Friday, March 30, 2007

Pusingan 2 - Chapter 2

Perjalanan ke Keane Street, letaknya The Cabaret terasa begitu jauh sekali. Mungkin kerana perbualan telefon dengan emaknya itu benar-benar menggusarkan hati. Sememangnya, tiap kali dia menerima panggilan telefon dari kampung, setiap kali itu Joyah akan jadi tidak keruan. Dengan keadaan sekarang pun masih dia tidak berapa stabil, lagi menambahkan beban fikiran.

"Ah, persetankan." Bisik hati Joyah, sendirian.

Kelab tersebut bagaikan menyambut-nyambut kedatangannya pada musim dingin yang sememangnya asing buat orang Malaysia sepertinya. Tetapi setelah beberapa tahun menyesuaikan diri di bumi Ireland, perasaan jakun dia kepada cuaca iklim bumi ini beransur-ansur hilang. Tidak seperti orang tempatan yang lebih banyak meluangkan masa di kediaman masing-masing dalam suasana dingin ini mengurumuni dandang api, dia lebih gemar mencari hiburan di luar. Bukan tidak pernah, malah berkali-kali juga Suhaila menyindir dia kerana lebih orang putih dari orang putih kerana tabiatnya yang sering keluar malam tidak mengira musim tapi bak kata pepatah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tidak diendahkan langsung peringatan dari Suhaila yang terlebih dahulu menjejakkan kaki di bumi Ireland ini.

"Jo?"

Ditolehnya ke arah suara yang memanggilnya.

“Hey, Matt? Is that you?”

Walaupun lampu jalan yang samar-samar tidak membantunya mengecam muka orang yang memanggilnya itu, tetapi suara itu seakan biasa didengarinya. Begitupun, Joyah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“No, you’re wrong. It’s just plain wrong, honey.” Orang itu berhenti berjalan dan membalas. Dari tutur kata, nyata ia lelaki kerana kasar suaranya..

“I am not interested in playing games. Say your name.” Joyah membentak.

“Hey hey hey, calm down, calm down. It’s me, Matt.” Lelaki itu mengalah dan melangkah ke hadapan menghulurkan tangan untuk bersalam.

Bengang Joyah kerana diperlakukan begitu. Sedang hati gundah gulana, tiba-tiba dipermainkan begitu, hati siapa tidak geram!

“What you are up to, mother fucker?” Tanpa menyambut salam, Joyah berpusing dan melangkah ke tujuan asalnya

“And now what you are up to, Jo?”

Tiada jawapan dari mulut mungil Joyah itu.

“Okay, I am sorry Jo. I am trying to bright you up but it doesn’t work. Let me try another trick, okay? “ Dalam kemaafan, sempat Matt menyelitkan jenaka.

Lelaki memang tidak boleh diberi muka. Diberi betis, hendakkan peha. Diberi peha, hendakkan benda lain pula. Joyah memang sudah masak dengan perangai lelaki-lelaki yang cuba mendampinginya. Disebabkan itu, dia lebih suka menjauhkan diri dengan mana-mana lelaki yang cuba merapatinya, walaupun rakan sepejabat seperti Matt.

“It seems like we are going to the same destination. It’s my pleasure if I can accompany you tonight. What do you say ?” Tak habis-habis Matt cuba menguji pendirian Joyah.

“I’m sorry, I already have companies. Maybe another time,” Jawab Joyah, acuh tak acuh kerana meluat dengan Matt yang tidak kenal putus asa itu.

“Oh, I am glad you are. Who’s the lucky guy, if you wouldn’t mind to tell?”

Joyah merasakan itu adalah suatu soalan yang tidak perlu dijawabnya. Sambil mengeluarkan telefon bimbit dari jaket, dia mendail Sasha yang telah lama menunggu.

“Sash, where are you girl?”
“Same place, like usual.”

Joyah menoleh ke sisi, untuk memastikan Matt mendengar apa yang diperkatakannya. Walaupun dia tidak menjawab pertanyaan Matt, tetapi secara tak langsung itu memberitahu Matt tentang temannya pada malam itu iaitu Sasha. Tetapi lelaki tersebut tiada.

“Pelik? Dua saat je `dah hilang?” Persetankanlah! Bagus juga dia tiada.” Dengus Joyah dalam hati.

Begitupun, dia hairan juga kerana kemunculan lelaki Inggeris tersebut di kelab ini sebab sebelum ini dia tidak pernah pun berjumpa dengan mana-mana kenalannya di situ.

“Jo!”

Sasha melambai-lambaikan tangan dari jauh. Gedik juga minah ni, kata Joyah dalam hati. Bukan dia tidak tahu tempat kegemaran mereka di kelab ini. Mungkin kerana ingin menarik perhatian orang lain, agaknya. Tidak mahu menghampakan sahabatnya itu, Joyah membalas dengan melambaikan tangan dan menuju ke arahnya sambil langkahnya diperhatikan beberapa lelaki di sekelilingnya.

Sambil melabuhkan punggung, Sasha bertanya tentang kelewatannya. Joyah tidak menjawab, sekadar memandang ke hadapan pentas tempat kumpulan band melakukan persembahan. Renungan yang dalam itu sudah pasti memberi gambaran tentang berat permasalahan yang ditanggungnya. Memecahkan kebuntuan, Sasha mempelawa minum.

“Beer or whisky?”
“Whisky”

Sasha mengangkat botol Scotch dan menuangkan sedikit ke gelas. Dicampurnya separuh soda ke dalam gelas tersebut supaya ia tidak terlalu keras. Sasha kemudian menghulurkan gelas tersebut kepada Joyah.

“Thanks”

Diteguknya air setan tersebut umpama orang kehausan di padang pasir. Sasha hanya mampu memandang. Kemudian, Joyah sendiri mencampurkan sendiri minumannya. Sekali lagi, kali ini tanpa soda. Belum sempat disuakan ke mulut, Sasha menahan tangan rakannya itu.

“Jo, please. Don’t.” Diambil gelas dari tangan Jo dan kemudian diletakkan di meja. Ditenungnya Joyah dengan lirikan mata tanda menghalang Joyah dari meneruskan.

Diam lagi.

“Tonight, we have a special band you know? You’ll be surprised”.
“Really?”

Jawab Joyah, sekadar melepas batuk di tangga. The Cabaret adalah milikan bapa saudara Sasha, jadi tidak hairan dia mengetahui tentang band yang membuat persembahan pada malam itu.

“Okay Jo, now you tell me. What’s on your mind now? I know you are thinking of something” Tanya Sasha, menyuarakan kebimbangannya terhadap sahabatnya itu. Bukan susah untuk membaca sahabatnya yang seorang itu.

“Hmm...” Jo melepaskan keluhan besar, umpama melepaskan seketul batu yang besar dari dadanya.

Sasha mendekatkan dirinya kepada Joyah supaya Joyah lebih merasa selesa untuk bercerita. Belum sempat dia bercerita, muzik latar belakang bertukar menjadi bingit. Rupanya, band istimewa yang diperkatakan oleh Sasha sebelum ini bersedia untuk memulakan persembahan.

“Ladies and gents, our band tonight is … Matt and Friends!!!" Pengurus kelab selaku pengacara majlis mengumumkan.

“This is what you call, special…?” Joyah bertanya, kurang berpuas hati.
“Yeah, can’t you recognize Matt? He’s playing as lead. He’s good, you know. The way he plays remind me...” belum sempat Sasha menghabiskan kata-kata, Joyah memotong.
“Yes, too good. And now I am leaving for good.” Joyah mencebik sambil mencapai beg tangannya.
“What’s wrong honey? Shouldn’t we cherish him?” Sasha kehairanan kerana tidak mengetahui insiden yang berlaku antara Joyah dan Matt di luar kelab tadi.
“You cherish him alone. Bye.” Tanpa menoleh, Joyah berlalu pergi.
“Sheesh..” Sasha mengeluh, tidak faham dengan sikap Joyah. Walhal, Joyah juga yang mengajaknya bertemu.

Harapkan pagar, pagar tak boleh harap. Susah-susah sangat, baik aku kawan dengan Cico Harahap. Bebel Joyah sambil melangkah ke pintu keluar. Dia pun tidak pasti arah mana yang hendak ditujunya. Ke mana kakinya melangkah, itulah tujuannya.

Mesej yang diterimanya minggu lepas benar-benar mengganggu fikirannya. Emaknya di kampung memberitahu yang Karem akan melangsungkan pertunangan pada bulan berikutnya. Dia bertanya siapakah gadis pilihannya, tetapi emaknya enggan memberitahu. Dia tahu benar, emaknya sengaja berbuat demikian dengan harapan dia sendiri akan pulang ke Malaysia setelah lama merantau di bumi orang. Bukan dia tidak rindukan kampung, bukan dia tidak rindukan adik-adiknya, tetapi dia enggan menghadap bapa tirinya. Sejak kematian bapa kandungnya kerana serangan jantung tidak lama selepas Joyah mendapat keputusan SPM, mereka sekeluarga bergantung dengan duit pencen bapanya yang bekerja kerajaan ketika hayat untuk belanja seharian. Tetapi, dua tahun lepas, emaknya memberi khabar dia sudah berkahwin dengan Pak Lamat. Joyah geram dengan sikap emaknya. Dia tidak boleh menerima hakikat perkahwinan tersebut kerana bagi Joyah, emaknya tidak setia kepada arwah bapanya. Dia enggan menerima Pak Lamat sebagai bapanya sekarang!

Lagi pula, emaknya menjadi isteri kedua. Joyah malu, emaknya seperti diberitahu Karem menjadi buah fitnah orang kampung yang mengatakan emaknya sangat tergila-gilakan Pak Lamat. Bagaimanapun, dalam perbualan singkatnya dengan Karem ketika itu, Karem memberitahu yang Pak Lamat memang ikhlas berkahwin dengan emaknya tanpa sebarang maksud lain. Joyah tak faham. Sudah luputkan ingatan emaknya pada arwah bapanya? Mengapa orang-orang yang dikasihinya makin lama makin meninggalkannya seorang demi seorang?

Sekarang ini, Karem pula yang ingin bertunang. Karem pun satu! Bukan tak pernah dia menghubungi Karem sejak dari berita pertunangan itu terdengar ke daun telinganya! Malah berkali-kali juga Joyah mendesak siapa gadis pilihan hatinya itu tetapi, jejaka itu akan mengalih topik perbualan setiap kali soalan itu diajukan lalu Joyah menjadi bosan. Joyah pun tak tahu siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memberitahunya maklumat tentang siapa bakal tunang Karem.

Radi? Joyah tak berani. Malah yang paling ditakutinya ialah, sekiranya gadis pilihan Karem ialah Radi sendiri. Dalam cinta, Radi adalah musuh ketatnya walau di permukaan mereka bersahabat baik. Joyah tak pernah mengaku yang dia meminati Karem. Begitu juga Radi. Tapi dia tahu yang Radi juga meminati Karem. Dari lirik mata Radi, gerak bibirnya, tutur katanya, Joyah dapat baca. Semuanya. Joyah tahu, kerana dia juga perempuan. Hanya perempuan yang dapat memahami perempuan.

Sementelahan Karem, selalu menyebut perihal Radi semasa mereka bersama-sama di sekolah menengah dulu. Tidak pernah mereka berdua bertemu tanpa Karem menyebut Radi di mulutnya sambil mengimbau kenangan-kenangan mereka bersama sehingga Joyah naik meluat. Dan mengulang-ngulang ungkapan betapa indahnya jika mereka dapat sama-sama belajar di bawah bumbung yang sama.

"Even if I fell to the bottom, life doesn't end. And life doesn't end easily."

Joyah teringatkan dialog itu dalam salah sebuah drama yang pernah ditontonnya. Dia menguatkan semangat.

“Malulah Joyah, dari Malaysia sampai ke Ireland aku juara Taekwando. Tak pernah kalah. Takkan pasal jiwa pun boleh kalah. Aku takkan kalah. I will never die! Yeah...” Semat Joyah pada diri sendiri seraya mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mencari entri di dalam buku telefonnya lalu menekan butang panggilan untuk mencari kepastian dalam pencarian sebuah kebenaran.

Terpapar di skrin telefon bimbitnya.

Calling... Radi

17 comments:

~inilah saya~ said...

Abis rosak Joyah...ha ha ha

Aku ingatkan dop nak rosakkan watak gadis yang bernama suhaila yang kononya menten ayu dan comel tu. Ha ha ha

Aku rasa plot makin complekated. Dop buat kerja bagus, sebab setiap situasi dicerita dengan detail. Dialog dengan penyata balance.

Perkataan "Sementelahan", aku tak jumpa lak maksud perkataan ni dalam kamus. Mungkin kamus yang aku pakai version lama kot.

Aku paling suka ayat ni, "Dia mencari entri di dalam buku telefonnya lalu menekan butang panggilan untuk mencari kepastian dalam pencarian sebuah kebenaran."...fuhhh!!! ayat manis ni memang best.

famia said...

whoaaa.. bravo.
best gile.
sbb detail.
aku boley bayang keadaan joyah besama kemelutan pikirannye.

tak sia-sia penalti ko ye dop.
hee hee hee..guddok.
maksod aku.. gud job.

p/s: joyah.. gileee la budak ni. telan air kencin satan.. kalo betol2 ade membe aku buat camni.. mau aku pelangkong ni. fuh..

awi said...

haih rusak rusak!..tapi aku sukee!aku tgh syok-syok bace, tetibe lak Radi kol.ish! eh eh tade..masod aku Radi kol Joyah..

Dani neh said...

wah.. dop!!
terbaeks lah.. heheh...
aku paleng suke ending tuh...

die kalo macam filem,
ending macam tu...
pastu ...

"rancangan ini akan bersambung selepas BERITA DUNIA"

yang memakan masa setengah jam...

DAN

setengah jam tu rase macam setahun nak tunggu sambungan die.. (pastu aku tertido depan tv, sampai esok pagi dan akhernya tak tahu jugak ape samungan cite tu.. hahak)


*aku rasa nih penangan PaintBall lah kau tules dengan cargas camnih..

taniah dop.. gud job!

Dani neh said...

bukan Radi call Joyah la...
Joyah yang call Radi..

~inilah saya~ said...

Penceritaan details ni berkesan jika kita menceritakan satu keadaan yang pembaca kita tak pernah sampai lagi ke tempat tu atau sesuatu yang sukar untuk dibayangkan.

Kalau dalam bukunya SN A. Samad Said yang bertajuk Dari Salina ke Langit Petang, beliau ada menceritakan bagaimana dia juga terpengaruh untuk menceritakan sesuatu plot itu sedetails mungkin walaupun ia agak lewah.

Bagi aku sendiri, plot details ini seperti sebuah lukisan hidup yang hanya dapat diprojekkan ke alam fikiran kita ketika membaca. Harap penulis2 8sen yang lain boleh cuba terapkan penceritaan details seperti ini.

DarkWan said...

@famia
aku boley bayang keadaan joyah besama kemelutan pikirannye.

Hu .. kemelut fikiran aku sbb nak siapkan cite pun kena piker juga. hahak.

@dani
*aku rasa nih penangan PaintBall lah kau tules dengan cargas camnih..

Aku dh tulis 3 ms pastu stuck. Entri Lepas paintball (tepatnya lepas tulis entri paintball kekeke ialah masa Sasha melabuhkan punggung utk duduk dkt dgn Joyah

bukan Radi call Joyah la...
Joyah yang call Radi..


Awi maksodkan 'Radi' kot. Hue ....

@qassey
Sementelahan - aku pun tatau dari mana aku dpt ayat ni tapi kalo ko Google, salah satu link untuk perkataan sementelahan membawa ke blog aku kekekeke.

Dan jeng jeng jeng ..

Disebalik Tabir Pusingan 2 Chapter 2 (aka episod masuk lif tekan sendiri kekeke)

Spt yg dibgtau di atas, separuh drpd penceritaan aku buat mlm tadi. Ceritanya, aku buntu sejak minggu lepas mcm mana nk gambarkan Ireland tu mcm mana. Aku search Google dan cari maklumat berkenaan dgn Ireland, Apartment 88, musim sejuk, dan The Cabaret tapi masih stuck. Qassey beri tips utk aku baca blog tuantanah - http://tanahpusaka.blogspot.com/ (which, aku tak teringat nak baca pun .. isk)

(Aku terpengaruh utk gambarkan Ireland dgn detail disbbkan Ayat-Ayat Cinta)

http://www.isnan-nur.web.ugm.ac.id/ayat_cinta.htm

Ptg smlm, aku belek2 mcm mana nk sambung dengan secepat munken. Sbb dh byk kena penalti la, of course. Since aku pn xtahu nk buat mcm mana, aku buat2 finance report (personal) aku dulu, tengok drama Jepun (ayat "Even if I fell to the bottom, life doesn't end. And life doesn't end easily." diambil dr drama Nobuta Wo Produce). Ambil mood dulu, lps tu belek entri2 lama dari mula smpi habis, dgn mainkan semula Karem, Joyah dan Radi dlm kepala.

Lepas tu, aku keluar makan (12:30 tgh mlm) dan pesan nasi + tomyam di sebuah kedai makan. Selama 5 bln aku makan kat kedai tu, mlm tadi adlh menu lain yg pertama yg aku cuba sbb, pesanan aku setiap kali datang Nasi Putih + Daging Goreng Kunyit + Teh O Suam Gelas sehingga semua pelayan kedai pun paham .. (Qassey, aku tgh kumpulkan lagi 6 perkara pelik yg aku buat kekeke). Pukul 1:30 pg aku balik semula ke rumah, dan mula mengarang sehingga 4:30 pg.

Bapa kandung Joyah meninggal dunia, Emaknya berkahwin dgn suami orang adalah watak realiti seorang rakan aku yg telah meninggal dunia beberapa tahun lepas yg bernama Allahyarham Mohd Izahar bin Kasim. Arwah meninggal dlm kematian jalan raya dan dialah satu-satunya org yg aku boleh mengaku sbg rakan baik ketika di sekolah menengah sblm dia dibuang asrama.

http://nestrules.blogspot.com/2007/03/kawan.html

Al-Fatihah ..

Realitinya, emak allahyarham menoreh getah selepas kematian arwah ayahnya, seorang guru.

==

Aku xada expectation khusus utk cerita selanjutnya, tapi yg boleh aku gambarkan ialah kemelut sebuah persahabatan antara Radi, Joyah dan Karem.

Juga, antara isu yg pernah dibincangkan dgn Qassey slps balik Paintball dlm LRT .. hehe ..

i) Dia kwsn mana Joyah tinggal? Dublin ? Dublin bandar besar, spt KL. Mesti duduk di suburban, atau kwsn mana2. Keje apa? Pegi keje naik apa?
ii) Mak Joyah telefon Joyah ketika waktu antara Maghrib dgn Isya' di Ireland. Pukul berapa waktu Maghrib di Ireland ? Lebih kurang, Mak Joyah (orang tua) sanggup berjaga sehingga pukul 2 pagi utk menelefon Joyah jadi mungkin kesungguhan Mak Joyah menyayangi Joyah boleh di'highlight' lagi pada entri-entri lain.

http://www.timeanddate.com/worldclock/sunrise.html

iii) Perbezaan masa Ireland dgn M'sia ialah 7 jam. (Dublin UTC +1 manakala Malaysia UTC+8)

http://www.timeanddate.com/worldclock/converter.html

Jadi kalau Radi angkat telefon Joyah, mesti la Radi terkulat-kulat jawab bukan? Jangan tulis Radi angkat dengan bertenaga seolah baru lepas makan malam dah le. Unless, Radi pun baru nak menulis entri 8sen kikikiki :p

famia said...

hahahahahah..
alaaaaaaaaahhaii..
aku dah terasa susah gileee nak tutop round 2 ni. aduhhhh duhh duh.

me_ said...

dop.. cite yg bagus tp penuh yg konflik.. dan sccr x lgsg otak aku pon berkonflik gak sbb aku da dpt bygkan camne susahnye nk menyambung nye nnt.. huwaaaa.. shah wat la simpel2 sket aa.. sejak kepala kena tabuh 2kali ngn pallets hr tu, perjalanan otak aku semakin slow la.. kakaka..

aku sbnrnye sambil bace cite ko ni dop, (mase bab matt tego joyah tu) aku da membygkan yg matt tu nnt nk wat something jahat kat jo ni sha tu plak berkomplot ngn matt tu.. kakaka.. da rupe cam drama swasta la plak kan.. :D

papepon, tahniah dop! :D entri anda telah berjaye mengkomplikatakan lg crite ini.. :D

me_ said...

errr kengkwn, sy tumpang tye leh?? round 2 ni mmg zmn dorg da bekerja ke?? aku da kompius la ngn kitaran hidup mereke ni.. :P

~inilah saya~ said...

su: belasah aje lah zaman mana ko nak masuk. Tapi yang penting kena ada unsur-unsur kesinambungan dari satu chapter ke chapter yang lain.

oDja said...

aku suka.
aku suka.
hebat!!
tahniah dop...

DarkWan said...

Pertama:
Tengkiuz korang yg menyokong kerjaya saya selama ini kekeke.

Kedua:
Lepas baca entri sendiri byk2 kali, aku mcm da buat silap lah. Isk! Semacam aku salah memahami maksud Dani dlm P2-C1.

"La, gaji beribu-ribu beli la baru, susah mak nak hubungi kau. Telefon rumah selalu takde orang. Kalau nak harap kau telepon, berakarlah.."

Aku mcm budget2 drg slalu keluar rumah (termasuk Suhaila sendiri) tp kalo ikut Eida dlm P1-C6,

Icon mIRC iaitu laman sembang internet di klik. Sejak berada di Ireland, Joyah lebih senang menghiburkan diri dengan internet, dan laman sembang dari berpeleseran di luar. Joyah dapat mengekspresikan dirinya sehabis mungkin di situ. Boleh menaip sesuka hati.

Munken aku kena edit semula ayat aku yang ini

Tidak seperti orang tempatan yang lebih banyak meluangkan masa di kediaman masing-masing dalam suasana dingin ini mengurumuni dandang api, dia lebih gemar mencari hiburan di luar. Bukan tidak pernah, malah berkali-kali juga Suhaila menyindir dia kerana lebih orang putih dari orang putih kerana tabiatnya yang sering keluar malam tidak mengira musim tapi bak kata pepatah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Kiranya mcm dia kenal Suhaila ms keje ke (ms student dia men mIRC, lps keje/sblm kenal Suhaila dia dah berjinak dgn pub/kelab/disko disko (sambil nyanyi lagu putih putih melati ali baba eh ape la aku yg neh) jadi sbb tu la Suhaila perli dia semacam je ke mcm mana haa ..

Aiyoh ..

awi said...

oho ha ah la..aku terkonpius..joyah yg kol radi..hee
patotla henpon die x rase vibrate

Dani neh said...

k, dalam episode aku ade mengatakan yang 'sejak kebelakangan ineh, Joyah berperangai pelik, yang merisaukan suhaila' so kire dalam konteks aku, aku nak mengatakan yang dulu joyah ni oke jek.. sejak kebelakangan ineh jek..

eniwei... pade imaji aku yang 2 sen neh.. jo kenal su sejak skolah, em.. uni lah.. tak semestinye mereka berkampeni sama, mungkin su boleh amek aliran doctor.. manakala jo acc kan... (doctor kan belajar nya lamaaa.. heheh.. mebbi su still tak abes blaja lagi..) Alah kenal sesama persatuan pelajar malaysia stadi di ireland.. itu macam punye kenal..

ramai kawan aku yang dok ireland lepas blajar sambung dok ctu untuk kerja selagi kampeni tu sanggup nak bayar permit kerja derang..

jadi... mungkin la kan.. dunia bekerja di ireland telah mengubah jo? ataupun.. sejak kebelakangan ini baru jo jadik liar mungkin sbb tensen dgn hal kat kampung.. wallahualam... em.. terpulang kepade next writer... NEXT!!! heheh

... oke tak aku kaver? heheh ...

DarkWan said...

ala kesian la aku tade kawan kat Ireland, huhu.

kawan2 aku .. korang je .. *nangis (haha, syahdu xayat aku neh. jwb jgn tak jawab)

Dani neh said...

syahdu jugak... em rase nak kene balas dengan pantun ah.. jap jap..

Apa diharap padi sebendang,
Tuai berguni2 belum tentu hidup senang,
Apa diharap kawan seberang,
Yang sini2 setia main perang-perang.

Kihkihkih