Saturday, January 20, 2007

Pusingan 1 - Chapter 2

"Radi.. Radii.. psstt.."
Suara Joyah antara menjerit dan berbisik memanggil-manggil Radi dari luar tingkap bilik Radi yang terbuka.

"Oy Radi.. Oy.. Kau tido lagi ke?"
Karem yang sudah hilang sabar turut mencelah.

"Kejap kejap.. Shh.."
Radi mengelilingi rumah mencari ibunya. 2 kali ditawafnya namun masih tak jumpa. Lega. Dia menyelinap melalui pintu belakang rumah kampungnya itu, keluar mendapatkan Joyah dan Karem yang sudah tak sabar menunggu di bawah pokok ketapang belakang rumahya.

"Kau ni lupeke? Dah mandi belom?"
"Ala.. baru tunggu lima minit dah bising, semalam aku tunggu kau lima belas minit tau, kau pergi membuang"
"Eleh tupun berkira"
"Yela, gemuk! Menyusahkan orang. Asyik nak membuang jek. Sampai aku terlambat balek rumah, kantoi dengan Mak aku, semua kau punya pasal"
"Aku salah makanlah. Yang kau bagi aku makan mangga semalam tu banyak-banyak sapa suruh! Kau punya pasal baliklah!"

"Dah dah, kite ade misi harini. Korang jangan nak spoil mood aku. Aku 'stalait' dahi masing-masing karang. Jom!"
Akhirnya Joyah yang sedari tadi berdiam diri mencelah, menenangkan pertikaman lidah dua sahabatnya. Keduanya terdiam. Radi dan Karem memang kuat bertekak. Joyahlah yang sentiasa menjadi pengaman.

"Eh, kenapa tangan kau Di? Berbirat ni. Kau kene tawan musuh ke semalam? Teruk kau kena ni, Meh aku tengok."
Bergaduh-gaduh juga, tapi Karem memang sentiasa mengambil berat akan sahabat-sahabatnya. Dibeleknya tangan Radi yang masih jelas kesan libasan ibunya semalam.

"Adui, perlahanlah sikit. Sakit Dol"
"Eiii. kesiannya kau. Pembelot pecah rahsia ke?"

Joyah juga mula prihatin.

"Ha-ah. Adik aku tak boleh diharap. Pagi ni die pergi Pengakap, kalau tak memang aku dah ajak korang tabur die dah. Tapikan, belot-belot pun, lebam-lebam jugak die kena cubitan berbisa peringkat ketujuh Mak aku tu, nak suruh dia bukak mulut."


Mereka bertiga berjalan melalui pokok-pokok getah Ah Seng yang kelihatan masih segar ditoreh seawal Subuh tadi. Sambil berjalan mereka mengutip-ngutip buah getah yang gugur di sekitar lantai ladang tersebut. Hanya buah getah yang keras-keras sahaja dipilih. Lagi keras, lagi bagus.
Tiba di sempadan ladang getah, mereka melintasi titi pokok kelapa, menyeberangi anak sungai kecil dan terus menuju ke arah hutan di kaki Bukit Brinchang, tempat bermain kegemaran mereka.

"Eh, Di. Ni kau keluar ni takpe ke?"
Dalam tercungap-cungap bernafas, Karem bertanya memecah kesunyian perjalanan mereka.
"Kau ni Karem, kite dah sampai sini baru nak tanye. Kau nak patah balik hantar die ke?"
"Aku tanya Radikan, ade aku tanya kau?"

Radi menghela nafas.
"Mak aku pergi menolong rumah Kak Ita kenduri kat kampung sebelah tu. Die balik pun petang kot."
"Adik kau tahu?"
"Malas aku nak bagitahu dia. Pepandai lah dia carik nak makan apa tengahari karang."
"Ooo.. Eh kau ade bawak.."
"Shh.. Shh.. diam. Korang dengar tak."

Joyah menyampuk sambil memberi isyarat untuk diam dan berhenti. Tidak jauh dari situ, kedengaran sayup-sayup bunyi kicauan burung-burung dan sayap berkibas-kibas.

"Kita dah sampai! Siap-siap.."
Joyah memberi arahan kepada kedua sahabatnya yang masih lagi cuba mendengar-dengar.

"Aku tak dengar"
Karem bersuara, tidak puas hati.

"Pekak la kau. Kite lastik je dari sini. Aku rase diorang kat atas pokok belakang semak ni."

Radi dengan patuh pun mengeluarkan lastik dan buah getah yang dikutipnya tadi. Dengan berhati-hati Joyah menyelak semak di hadapan mereka. Ternyata sekumpulan burung sedang berkicau di dahan sebuah pohon tidak jauh dari semak tersebut.

"Wah! ops"
Karem menakup mulutnya, tanda senyap. Kagum melihat sekumpulan burung bertenggek di dahan pohon tersebut. Seakan burung-burung plastik di 'fun fair' yang bertenggek menunggu diri ditembak pistol mainan.

"Di, kau aim kat yang tengah tu. Yang gemuk tu kurang bergerak sikit."
Joyah memberi arahan.
Radi mengangguk dan membetulkan posisi lastiknya.
"Tarik banyak sikit Di, nanti tak sampai"
"Oke"
"Tahan napas Di."
"Ha, iye.."
"Aim Di, Aim..."
"Korang diam boleh tak, aku tahu lah"
Radi mengherdik, tidak sabar dengan tekanan yang diberikan oleh sahabat-sahabatnya itu.

Keperitan kecederaan di lengan kanannya tidak menahan Radi untuk beraksi dengan lastik kesayangannya. Setelah yakin dengan sasaran, Radi melepaskan buah getah, peluru untuk lastiknya. Laju buah getah itu melayang, terus tepat mengena sasaran. Bertempiaran terbang burung-burung lain di sekeliling.

"Yes!"
"Wah! Hebat kau Di!"
"Cayalah! Five Di Five!"

Radi membalas menepuk tapak tangan yang dihulurkan Karem. Mereka bertiga pantas menuju kearah di mana sasaran mereka mengena. Karem cepat-cepat menangkap burung yang menggelupur kecederaan itu.

"Aku cakap Aim yang gemuk tuh, ni kecik ni."
Joyah mengkomen burung yang diangkat Karem

"Alah, dapat jugak kan. Bolehlah dari takde"
Radi cuba mempertahankan kemahiran menembaknya.

"Eh korang, kite kene cepat ni, karang haram aku tanak tanggung"
Karem bersuara tegas memperingati Joyah dan Radi.

Joyah bingkas mendapatkan burung berkenaan. Dilipat kepaknya kemas ke badan burung tersebut sambil Radi memegang kepalanya.

"Baca doa, jangan lupa"
pesan Joyah.
"Allahumma BarikhLana..."
"Woy!!"


Karem tersengih-sengih menahan lucunya. Memang sengaja dibaca doa makan untuk menyakat Joyah dan Radi yang sedang bertarung memegang burung tersebut. Dengan cermat dia memulakan penyembelihan.
Karem sudah biasa dengan kerja tersebut. Maklumlah sebagai anak tauke ayam kampung di Kampung Beringin, memang menjadi rutin untuknya membantu ayahnya menyembelih.

Uggun api yang dinyalakan mereka hanya tinggal bara-bara sahaja. 3 sahabat itu khusyuk menikmati hasil buruan mereka sambil diselangi dengan hilai ketawa dan berbual, merancang projek untuk hari berikutnya. Maklumlah, hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi cuti sekolah akan berakhir.

”Eh, aku rase dah nak Asar ni. Sape bawak jam? Mak aku mengamuk karang aku tinggal solat”
Tanya Joyah sambil mencari-cari jam di dalam beg galasnya. Karem yang masih giat mengunyah-ngunyah makanan, menggeleng-gelengkan kepala. Radi pula melihat-lihat kedudukan matahari di sebalik dahan-dahan pokok sekeliling.

”Pthh... huih, kau tak buang habis bulu burung nih. Teruk. Anak dara apa ni.”
”Eleh kau ni banyak songeng. Ingat senang ke nak cabut. Tu kerja lelaki tau.”
Pertahan Radi yang tidak puas hati dengan herdikan Karem.

”Yela yela. Laen kali aku buat. Baru kualiti. Tapikan, burung ape kite makan tadik tu nyeh?”
Karem membelek-belek tulang burung yang di kulum-kulumnya tadi. Radi dan Joyah berpandangan, sambil berfikir sejenak.

”Ntah!”
Jawab mereka serentak. Sekaligus diiringi dengan dekahan tawa mereka. Bergema seisi penghuni hutan Brinchang akan kekecohan yang dibuat 3 sahabat ini.

Apabila reda hilai tawa mereka, Karem mengesat-ngesat air mata dan mulutnya yang comot lalu menyambung,
”Tapikan, aku lapar lagilah..”

”Nak kenyang makan kat rumah!”
Terdiam ketiga mereka oleh suara asing itu.


p/s: Joyah tu nama betul die Hidayah tau

20 comments:

me_ said...

oii cek kak.. byk typo ni..
1. "Kau ni lupeke ? Dah mandi belom?"
2. aku terlambat balek rumah
3. banyak-banyak sapa suruh!
4. kite ade misi harini
5. Kau kene tawan musuh
6. Pagi ni die pergi Pengakap
7. "Eh, Di. Ni kau keluar ni takpe ke?"
8. Pepandai lah dia carik
9. "Tahan napas Di."
10. Bolehlah dari takde"
11. etc........

yang lain2 ko crk sndr la.. da rs cam cekgu BM tande ketas peksa la plak.. hehehee.. :D bravo!!

DarkWan said...

"Kau ni Karem, kite dah sampai sini baru nak tanye. Kau nak patah balik hantar die ke?"

"Aku tanya Radikan, ade aku tanya kau?"

"Ooo.. Eh kau ade bawak.."

"Aku cakap Aim yang gemuk tuh, ni kecik ni."

”Eh, aku rase dah nak Asar ni. Sape bawak jam? Mak aku mengamuk karang aku tinggal solat”

famia said...

hah hah hah..
tapi kan nini..
aku suka la ko punya cerita ni.
dalam satu hutan je da selamad habes chapter 2..
tak saba nak tunggu yang lain.

dop.. nex..
1..2..3 oke go

DarkWan said...

Proposal aku - pasni utk ayat2 colloquial yg digunakan dlm perbualan bolehlah digunakan tulisan condong.

Dlm blog agak payah nk set2 semula dia punya italics bagai tapi kalau dalam Word version tu aku rasa patutlah dibuat.

Contoh - mcm ayat 'sat', 'karang', dan lain-lagi.

Hanya 2 sen (",)

Dani neh said...

sori korang

famia said...

xpe dani.
aku pun tak biasa nak bebahasa sopan2 ni. lama2 jadi biasa la nanti.

nanti memasing tolong review utk orang lain punya ye.

oke dop.
aku setuju gak.
kita italic kan lelain tu semua.

~inilah saya~ said...

hi korang,

Best makin mencabar, pasal review tu nanti kita sama-sama buat.

Dani, ni ko punya pengalaman sendiri ke? Melastik burung, sembelih burung dan makan burung. Hehehehe

~inilah saya~ said...

ooo lupa, aku setuju dengan idea darkwan pasal ayat-ayat perbualan.

Sebagai contoh:
"Wei!, wa rase wa takmau makan benda haram tu lagi aar", bisik mat gian pada kawan-kawannya.

Jadi kalau boleh, kita 'italic' ayat tersebut.

So memudahkan keja editor, sebab tak payah nak edit tukar wording standard ke italic waktu final editing nanti.

~1/2 sen sahaja ~

LediAgli said...

hah.. sangat bes dan gelak tutop mulot baca.. cayaaaaaa lahhhhhhhhhhhh daninehh .. *sambel stalait kat dahi danineh


tak saba nak tunggu dop nyer version.. musti pala hangguk bes nyeee...sebab dop neh manusia unexpected! heheheh

DarkWan said...

Shah:
Yg file dlm Group yg ko upload tu,

hijau - ayat yg ditambah
merah - ayat yg dibuang

nk buat format mcm tu kah?

kalo ko ada masa, cuba ko tengok sikit Google Docs & Spreadsheet. Kat situ ada ability utk revision history. For time being aku masih tak biasa dengan control dia tapi aku rasa kalau boleh digunakan dg baik boleh jadi great tool juga sbb ada revision control. Just in case nk revert ke version sblmnya - boleh aja.

Cuba la tengok test acu ok.

lg satu - aku boleh download yg pusingan 1 chapter 1 (famia) punya shj. yg dani punya tu dia buka dlm firefox dengan paparan yg huduh a'la wordpad dgn beberapa karakter pelik. mungkin ko kena upload lagi sekali kot.

ida:
aku tak buat ape2 lagi neh. ending yg sgt mencabar utk disambung (despite of typo error huhuhu). ngam ngam 4 muka surat dan kena pula dramatic ending kat hujung entri tu. adeh..

kalau Radi kena sebat lagi, mcm ulang cite famia (mcm aku tade modal sgt lak. isk). kalau tak kena sebat, bila masa mak dia jadi baik lak. kalau kene ikat kat pokok ketapang - sama je cerita asek2 kena dera.

hmm ...

~inilah saya~ said...

darkwan: itu format aku aje. Kalau kau ada idea yang best mungkin kita boleh kembangkan kot.

Ok pasal doc&spreedsheet tuh nanti aku test. Kalau boleh digunakan untuk kerja2 revision memang kewl. Apa-apahal nanti aku test balik.

Pasal file revision dani tuh, nanti aku update balik. aku rasa aku tahu kat mana masalah dia.

DarkWan said...

Shah:
Bagi aku warna hijau utk penambahan dan warna merah untuk penghapusan ayat adalah sesuai.

Kalau Doc&Spreadsheet dlm Google tu boleh dimanfaatkan sepenuhnya - tool tu juga boleh buat perbandingan (sepatutnya) dgn versi sebelum satu-satu fail tu.

*tgh prektis bahasa baku (",)

iwafays said...

wah mentarek jugak neh..maken mencaba lak nak mensambong aku tgk..hee...
dakwan ko samong la citer melastik kambing plak..hee

famia said...

hah hah hah..
menjana daya kreativiti yang membunuh.

bes lah korang ni.
lagi. .nak lagi...

gudlak dop!

p/s: tolong ye kenkawan review kan kenkawan laen punye entri. sama2 betolkan.

DarkWan said...

haihh.. ni membunuh aku namenye. jap ye aku baru nk piker nk buat cane la cite aku neh.

famia said...

hah hah hah..
habis haritu aku nak setat cite lagi payah dop.. sbb takde firestarter nye..

sekurangnya korang dah ade 2 entri terawal..kan kan kan?

cumanya.. nak kene pelbagaikan corak gaya mutu keunggulan daya kekreativitian yang membunuh tu.

hah hah hah..
pape pun.. aku rasa yang agak paling tercabar urat sendi adalah orang ke 8. sbb dia kene baca 7 entri atas dia. banyak tu... juling jugak nanti tengok huruf sebijik2. dah la die punya timeline pun 7days mcm org lain. hee hee hee..

mencabar.
berusahalah.
marilah menulis secara hebat bergaya.

~inilah saya~ said...

Famia:

Aku suka slogan pembangkit semangat kau.

mencabar.
berusahalah.
marilah menulis secara hebat bergaya.

Ha ha ha ....Best bangat sih....

oDJa said...

arramm.... matila aku cenni!! huhuhuhu... aku kena relatekan 7 entri... sure ayat aku jadi ayat2 kelingz...

famia said...

keling?
ahahahha.. takpe oja.
keling pun relevan jugek jd 8sen.

~inilah saya~ said...

ha ha ha ....macam-macam lah korang ni.