Thursday, April 19, 2007

Pusingan 2 - Chapter 5

“Apalah yang ayam ni nak? Hehe. Dia ingat pada aku lah tu. Macam ni lah yang dikatakan “chemistry”. Radi tersenyum seorang diri. Radi masih menggengam erat kertas kecil coretan Karem. Hatinya berbunga. Dan, tiba-tiba sedih kembali. Siapa “D”?

“Yerp..” bersuara sebaik sahaja punat “answer” ditekan.

“Assalamualaikum..” suara garuk yang dirindui bergema menyelinap ke hati Radi.

“Kom apa kombat, bat apa batmen, men apa mentol”..Radi mengawal debaran dengan lawak bodoh.

“Tol apa tolak, lak apa laksa sa apa satu, tu apa tunang…” Karem menyahut lawak bodoh Radi.

Apabila perkataan “tunang” disebut, serta merta Karem terdiam. Hatinya tidak keruan. Bagaimana dirinya perlu menghadapi masalah yang tidak pernah terjangka ini.

“Eh, ko tiru aku. Registered tau ayam!”

“Apa-apa pon, jawab la salam aku dulu wahai cik kambing fobia air” Karem cuba menceriakan hatinya yang gundah.

Radi tersenyum seorang diri. Ingat lagi Karem tentang perangai Radi yang malas mandi.

“Wa’alai..”

Toot…toot… Talian terputus. Radi mengoncang-goncangkan telefon bimbitnya. Argh.. Liputan suku daerah je rupanya di Pangkor ini.

Debaran hati Radi berkurangan. Mahunya tadi dia bertanya Karem siapakah D yang Karem maksudkan. Tetapi apabila berfikir tentang risiko yang bakal dihadapinya, dan Allah telah menyelamatkan situasi tadi dengan memutuskan talian, Radi agak terselamat dari bertanya soalan yang bukan-bukan.

“Mana aku nak cari kedai photostat ni” mata Radi meliar. Tangannya masih menggengam kertas tadi. Di kejauhan, Radi ternampak pejabat sebuah chalet. Radi berjalan pantas.

“Assalamualaikum kak, mintak tolong boleh?”

“Wa’alaikumussalam. Yer dik..” Kakak kerani agak terperanjat dengan kehadiran Radi.

“Boleh saya gunakan mesin photostat sini kak? Saya perlu buat salinan ni, tapi saya tak tahu dimana ada kedai photostat, saya datang sini pon pakai bantai je jalan-jalan, kalau saya tahu kedai photostat pon, saya tak ada transport, maka, tetap tak sampai juga. So, akak, boleh lah yer?”, dengan tidak segan silunya Radi meminta pertolongan.

“Erk..” kakak kerani itu seperti terperanjat dengan muka tidak tahu malu Radi.

Kertas kapsul masa yang terisi dengan catatan hati Karem diambil oleh kerani tersebut. Pantas membuat salinan dan memulangkan semula pada Radi. Mata kerani itu menjeling tulisan tangan Karem, dan senyuman kecil terpacul di bibir kerani itu.

Radi memerhatikan kerani tersebut. Lantaklah, bukannya jumpa pon lagi selepas ini. Kalau jumpa pon, aku buat-buat amnesia saja. Hehe.

“Terima kasih kak, saya nak belanja akak makan tengahari, tapi, sekarang dah petang pon, so, saya doakan akak cukup makan saja lah ye..”

“Hahaha.. baik, baik. Sama-sama. Nanti sesenang datang la sini lagi yer dik. Nanti akak belanja photostat lagi” kerani itu membalas gurauan Radi.

Langkah Radi menuju ke arah tempat kapsul masa ditanam untuk meletakkan semula kertas tadi. Kertas salinan tadi dilipat kemas-kemas dan disimpan didalam beg sandangnya.

****************************

“Dina, abang nak tanya ni.”

“Erm..”, Dina mengiakan sambil menunduk.

“Adik tahu tak apa yang family kita plan?”, mata Karem tertancap pada wajah gadis putih mulus berambut separa bahu di depannya.

“Dina tahu abang Karem”

“Abang anggap Dina macam adik abang sendiri. Abang dah tak dapat nak fikit dah ni”, Karem kehilangan kata-kata.

Bola mata dina berkaca. Seperti ada bebanan berat yang sedang menghimpitnya. Sesekali kakinya menguis rumput.

“Adik, abang bukan tak sukakan adik. Tapi adik abang dah anggap macam adik abang sendiri”, aduh, Karem jadi lemah bila berdepan dengan emosi.

“Dina paham, abang..”, pendek dan sayu suara Dina.

“Hmm..” keluhan berat dilepaskan.

Karem mengambil tempat di sebelah Dina. Suasana sepi tanpa bicara. Angin bayu petang menghembus perlahan. Bagai mengerti isi hati dua insan. Sesekali Dina menyisip rambut yang diterbangkan angin. Karem mengerling ke sipi, mencuri pandang ke arah Dina.

Dina melayan emosi. Pandangannya dilempar jauh ke tepi padang. Disitulah dia membesar, namun zaman kanak-kanaknya agak terbatas dek kerana sifat kegadisannya yang mendalam. Pemalu. Itulah Dina. Ketika rakan sebayanya sibuk melastik burung dan bergelumang dengan selut sungai, Dina lebih senang berada dirumah menolong ibunya. Walaupon kakaknya leka dengan dunia gembira alam kanak-kanak, Dina sudah seperti seorang yang lebih dewasa, lebih gadis secara tepatnya. Mungkin dakapan erat emosinya yang tidak lansung memberi ruang lalu untuk dia menikmati dunia sepatutnya.

Dina mengeluh kecil. Mengumpulkan kekuatan.

“Abang Karem, apa kita nak buat ya? Dina takutlah abang..” bibir digetap, satu satu perkataan bagaikan diatur untuk bicara.

“Dina, Dina suka abang?”, soalan nakal diajukan.

“Suka! Tapi...hmm”, satu lagi keluhan dilepaskan.

Perbualan terhenti seketika. Dina melorotkan matanya ke arah daun-daun kering. Terasa pahit tekaknya untuk berbicara.

“Bukan suka yang sepertinya, seperti yang kita mungkin telah ditakdirkan..”, ayat disambung dan diatur satu persatu.

Karem mendongak memandang Dina. Mukanya berkerut.

“Dina anggap abang Karem macam abang Dina sendiri, dan semestinya tak mungkin abang dan adik bersatu kan?” Dina lebih berani kali ini. Seperti satu kekuatan dihembuskan ke rohnya.
Karem senyum. Lapang dadanya.

Rupa-rupanya, nak bercakap dengan manusia hati ke hati lagi susah dari bercakap dengan ayam. Macam mana la ayam jantan aku tekel ayam betina, pastu dalam satu reban yang sama siap tekel 10 ekor sekali. Nasib baik aku ni bukan ayam. Kalau aku ayam, mesti taukeh aku pening, sebab jumlah ayam tak bertambah-tambah. Hehe.

Tapi, dalam hati kecilnya dan ego lelaki, terasa tercabar juga bila ada seorang gadis memberikan “direct rejection” untuknya. Nasib baik tidak berlaku dahulu, kalau tidak, mungkin dia akan melenting ataupon paling kurang menumbuk dinding di bilik sendiri.

“Adik, terima kasih sebab tak ambil hati dan sudi mendengar”

“Abang Karem, apa kita nak buat ya untuk halang semua ni?”

Arghh..Tak mungkin aku akan menghalang hasrat mak! Dan lagi tak mungkin aku menuruti hasrat ini. Di mata Karem, terbayang wajah mak yang telah banyak berkorban demi keluarga.

"Untuk menghalang takdir, takdir yang tak ditakdirkan.." Karem bermain dengan kata-kata.

“Abang, sebenarnya, Dina dapat offer buat master, di Jepun. Mak tak kasi. Sebab tu mak terima risikan keluarga abang..” mata gadis ini mula berkaca semula. Menelan air liur untuk menyambung bicara.

“Hmm..kalau Dina tak dapat offer sambung master tu, Dina dapat terima abang?” Karem cuba menduga hati kecil Dina.

Sebenarnya, Karem memang mahu tahu jawapan soalan separa membunuh itu. Mana mungkin tidak, kerana gadis itu sangat istimewa sebenarnya. Tanpa dapat ditepis, memori itu muncul kembali.

“Abang Karem, ngelamun yer.. Ingat sape tu?” Dina mencuit lengan Karem.

“Tak ada lah. Pepandai je adik ni..” lamunan Karem terhenti.

Tangan Dina ditarik. Digenggam erat. Mata Dina ditenung. Dina cuba melarikan pandangan bola matanya.

“Dina, abang Karem akan usahakan supaya Dina dapat capai cita-cita Dina, dan supaya abang dan Dina, akan jadi adik dan abang sampai bila-bila”

“Terima kasih abang.. Dina akan kenang abang sampai bila-bila”

Tangan Karem digenggam erat. Utuhnya persahabatan yang usianya hampir sama dengan jasad. Tiada yang lebih indah dari difahami dan dimengertikan.

Ponn pon!!!!!!!!

Kereta Myvi putih membelok ke arah padang dan berhenti betul-betul di depan Dina dan Karem.

“Adik..?”

“Kakak?"

"Apa adik buat ni?”, sambil memandang ke arah Dina dan Karem yang sedang berpegangan tangan.

“Radi?” Karem melepaskan tangan Dina.

*********************************

Karem melangkah keluar dari sebuah motel di celahan Chow Kit. Tangannya dari tadi tidak habis-habis mendail nombor telefon Radi. Sudah empat hari Karem di ibu kota. Berjalan seorang diri tanpa arah. Hidup mesti terus. Karem pegang dengan pepatah itu.

Sememangnya Karem tidak biasa dengan kehidupan bandar. Karem rindukan bau rumput hijau dan bau kandang ayamnya. Beberapa hari sudah cukup untuk dia mengenal kota yang penuh dusta. Sudahlah duitnya habis dirompak pada malam kedatangannya ke Kuala Lumpur, selepas itu, kasutnya pula hilang dikebas di surau Central Market ketika sembahyang zohor. Nasib baiklah Karem sentiasa beringat. Wang tunai yang dibawanya cukup-cukup untuk perbelanjaan satu hari. Karem bukan buta dan tidak tahu menggunakan mesin ATM, malahan Karem selalu membeli barangan berjenama secara online. Tidak mungkin baginya untuk turun ke Kuala Lumpur semata-mata hendak membeli sepasang seluar jeans atau kasut.

Mana lah minah ni. Penat betol lah. Karem tahu Radi cemburu ketika ternampak Karem dan Dina di padang tempoh hari. Radi lansung tidak memberi Karem dan Dina peluang untuk berterus terang. Radi terus pulang ke Putrajaya tanpa menjenguk ibunya.

“Radi, aku nak jumpa kau di CM kul 2 ptg ni”, Karem tekad, menghantar sms. Ringkas dan padat.

Karem tidak tahu hala tujunya di kota. Paling memeningkan kepala Karem, bagaimana dia mahu meneruskan kehidupan disini. Perlukah dia pulang? Karem sudah berjanji pada Dina, sedaya upaya dia akan cuba tunaikan permintaan gadis istimewa itu. Supaya Dina tidak mendapat tentangan melanjutkan pelajaran, dan paling penting supaya dirinya sendiri tidak ditunangkan sesuka hati oleh orang tuanya.

Karem memasang langkah ke arah Central Market. Jam menunjukkan 2 petang. Orang ramai lalu lalang memandangkan hari ini adalah hari minggu.Remaja berpeleseran. Karem rimas.

“Hoi ayam!”, satu sekehan sampai ke kepala Karem.

“Huh..ko dari England ke tadi? Ko tengok jam? Kul 3 tau!” Karem buat-buat marah, sedangkan dia sangat bersyukur Radi datang.

“Tak de la, jem la tadi” muka Radi yang sengaja berlakon ceria.

“Kesian aku tau. Dah la orang kampung, merempat, ada kawan kat sini, tapi tak angkat fon. Hantar mesej nak jumpa jam 2, jam 3 baru sampai. Apa kata kawan aku tu belanja air..dahaga laa, tengok.. aku nak beli air pon tak ada duit”, Karem berlakon, sedangkan duit dalam banknya lebih dari boleh untuk membeli sebuah kereta nasional secara tunai, hasil dari penat lelahnya.

“Yer la yer la.. Tapi, kejap.. aku nak pergi toilet jap. Ko pegangkan beg ni, dalam ni ada wallet gi food court, order la air ape ko nak, air basuh tangan ke kaki ke.. semua on me..”, Radi melangkah ke tandas Central Market yang bersebelahan dengan Medan Selera.

Karem mengambil beg sandang belakang Radi, dan mengambil tempat duduk paling hujung di medan selera.

“Kopi o' satu bang!”, Karem mengangkat tangan sambil memesan minuman.

Pekerja di kaunter mengangguk tanda pesanan diterima.

“Seringgit dua posen bang”, air diletakkan diatas meja.

Karem mengeluarkan dompetnya. Tiada wang kecil. Lantas Karem mencapai beg sandang belakang Radi. Mencari duit kecil. Gopoh gapah Karem menyelongkar beg duit Radi.

“Nah..” Karem memberikan wang kepada pelayan tadi.

Karem berusaha untuk mengemaskan semula beg Radi yang telah disepahkan secara tak sengaja. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu kertas putih berlipat yang berbayang tulisan tangan.

“Macam tulisan aku je ni..”, Karem membuka lipatan kertas salinan photostat.




p/s: Pada semua ikan duyong dan dugong sekalian, mahap yer lambat kemut. sori entry aku cam kurang kualiti, sebab QC tak ade, QC cuti. huh.. peluh ni..

30 comments:

me_ said...

adakah aku pengkomen yg kesatu? :D

komen #1:
radi ade adek pompuan ek?? igtkan laki je.. kekeke..

komen #2:
dina?? dani?? dopINA?? kekekke..

komen #3:
mayvi puteh?? arghhhh tidakkkk!! apsal x itam??? arghhh tidakkkkk!!

komen #4:
apsal separuh je weh?? tgh2 feel tetiba stop plak.. mencinyeeeeeee... x puas bace.. huwaaaaaaaaaa....

me_ said...

nway cek ieda, ko telah berjaye mensaspenkan aku ni..aku excited gilas ni nak tau ape reaksi karem.. berdebar2 ni.. huhuhu.. :D

famia said...

arghhhhhhhhhhhhhhhhhh...
apsallll brek imejensi ni ida..
aduuuuu...


gudjob gileee. hahahha.
penalti 2 hari yg sunggoh bebaloi.

famia said...

eh jap..
bukan radi kat pulau ke..
bile pulak dia rushing balek kg ek?

pastu..
radi ade adek laki kan?
dope ke sape tah yg letak nama mcm industan sket.. shahrukhan ke ape tah.. ke aku konpius..

pastu..
wahhh..cemane radi bley tatau yg dina ngn karem tu rapat..
amboihh.. siap pegang tangan..
mau aje aku ikat dina tu..
haha.

famia said...

haa..
utk org next..

1- aku rasa.. radi kene patah balek kat karem... pasal dia x bwk duit 1 sen pon.. masok toilet kat CM kene bayar 30sen..

2- next writer kena xplain camne Dina ngn Karem bley rapat tanpa pengetahuan Radi..

3- camne radi bley laju2 smp ke kg...bukan dia kat pulau ke.. hehe..

4- joyah yg asik dpt miskol dr karem kat ovesi sana.. apecite beliau..

org next..
awi.. berusahalahhhh!

sunggoh sassseepennn la ending ko ni ida.. brek imejensi sunggoh.. tgh syok2 ni.. aduuu..


p/s: sori.. rakus sangat komen.

~inilah saya~ said...

ha ha ha

Seram sejuk tengkuk aku baca cita ko ni...Ahakk!!!

Aku suka part ni, "Tangan Dina ditarik. Digenggam erat. Mata Dina ditenung. Dina cuba melarikan pandangan bola matanya."

Wahh...romantiknya...

Aku cuma nak ulas satu perkara aje. Apa yang aku nampak kat sini ada tiga plot. Ketiga-tiga plot tu memang related antara satu sama lain. Jadi point aku kat sini sebenarnya nak sentuh pasal plot dialog antara Dina dengan kareem, Kurang perincian dari segi penyata. Tapi aku puji plot satu dan plot tiga, perincian dan dialog seimbang.

Aku faham ko cuba timbulkan kesan emosi kat situ, tapi kalau kau perincikan lagi persekitaran, emosi dan pengenalan watak baru. Memang superb.

Sebagai contoh:

Suasana di padang ketika itu hiruk pikuk dengan jeritan budak-budak yang sedang bermain layang-layang. Disuatu sudut kelihatan Kareem berdiri disamping Dina. Dina adalah adik kepada Radi.

“Dina, abang nak tanya ni.”

“Erm..”, Dina mengiakan sambil menunduk.

.......sampai abis cerita....


Yang atas tu sekadar contoh aje...

overall, memang best...

Dani neh said...

Tepat pukul 5.30 pagi, Radi tiba di pekan Tanah Rata. Amer Khan, adik kepada Radi telah bersedia menunggu di perhentian bas tanah rata dengan motor kapchainya. Oleh kerana waktu masih terlalu awal untuk Radi ke hospital, mereka pulang ke rumah terlebih dahulu.

Sesampai di rumah, Radi sempat bersarapan dengan kedua-dua ibu bapanya dan adik beradiknya yang lain.

Name adek Radi yang disebut2 tuh Amer Khan.. rujuk Pusingan 1 Entry Qaseyh.. namun ade frasa 'dan adik beradiknya yang lain' so.. boleee laa dari tak de

~inilah saya~ said...

Aku harap komen kat atas ni dapat dijadikan panduan pada penulis-penulis lapansen yang lain.

Dari,
Yang juga tengah menuntut...

famia said...

insyaallah qasey.

menulis... itu bukan keje senang.
honestly aku sendiri pun xde bakat menulis mcm tu.
yg mane mampu aku tulis.. itu aje aku sedekahkan.

hehe.

~inilah saya~ said...

Famia:

Samo lah kitoooooooo.........

Heheheheh

me_ said...

eh.. tp aku rs ok je kalu ida x mensen yg dina tu adik radi awal.. sbb ms aku bace tu.. aku dok terpikir dina ni adek sape.. radi ke joyah..

tp at last.. bile scene yg radi kasik hon tu, br la tau dina tu adek dia.. :D

ok what.. aku suke je saspensen cam tu.. :D

tp ni pendapat aku je..

Huzai:
pendapat aku, x semestinye karem jumpa dina tu lps dia tepon radi kan.. myb situasi yg ida cube nk sampaikan tu adalah 2/3 hr lps dia kol radi kat kg tu.. n radi plak time tu br je sampai kg.. br blk dr pulau tu.. ade lojik x?? :D
same le kes cam dia gi kl tu.. myb tu minggu lain plak.. hehehe

tu pendapat aku je.. berdasarkan pemahaman pembacaan aku yg x terer BM Paras Tinggi :D

tp aku still x puas la sbb crite terberenti pd thp emosi tgh rancak bersaspen... huhuhu

me_ said...

eh.. tp aku rs ok je kalu ida x mensen yg dina tu adik radi awal.. sbb ms aku bace tu.. aku dok terpikir dina ni adek sape.. radi ke joyah..

tp at last.. bile scene yg radi kasik hon tu, br la tau dina tu adek dia.. :D

ok what.. aku suke je saspensen cam tu.. :D

tp ni pendapat aku je..

Huzai:
pendapat aku, x semestinye karem jumpa dina tu lps dia tepon radi kan.. myb situasi yg ida cube nk sampaikan tu adalah 2/3 hr lps dia kol radi kat kg tu.. n radi plak time tu br je sampai kg.. br blk dr pulau tu.. ade lojik x?? :D
same le kes cam karem gi kl tu.. myb tu minggu lain plak.. hehehe

tu pendapat aku je.. berdasarkan pemahaman pembacaan aku yg x terer BM Paras Tinggi :D

tp aku still x puas la sbb crite terberenti pd thp emosi tgh rancak bersaspen... huhuhu

me_ said...

apehal komen aku skali 2 ni.. :P

oDJa said...

uhuk!... tajadi aku nak berak baca entri ko ida... adoi... mati la aku... mati la ko awi...

iwafays said...

aduu dina adek radi? seksa btol ang neh ida bg aku jln2 blom tar neh..haih..
berat neh berat..
*samel stat motor pegi beli pen

famia said...

hehe.
aku bace selaju munken wahai suhaila.
nanti aku bace balek dr mule..
nak kene stat tules rangka penutop ni.

kalo da awi kasik pintal 8..
pastu oja kasik pintal mati..
abesla aku nak tutop season 2 ni.

iwafays said...

name pon maen jit jit semot..sape saket naek atas la! ;p

~inilah saya~ said...

Me: yang aku bagi tu contoh aje.

Tapi sebenarnya perincian tu penting jugak walaupun korang taknak introduce watak baru.

Ho ho ho

iwafays said...

pas aku bace balek dr chapter 1 sme smlm baru aku pasan ade beberape perkara yang agak menkonpiuskan:

Neh aku summarizekan point2 utk dr chapter 1 smpai 5.Saje nk kongsi:

1)Joyah tinggal di Apartment 88, besame Suhaila & beberape org kwn omputihnye.
2)Dah hampir 3 tawon Joyah stay disitu.
3)Adik die(yg mane 1 belom dinyatekan) baru masok semester baru (kolej@U belom dinyatakan).
4)Joyah slalu lepak The Cabaret di Keane Street.Sasha punye pacik punye pub.
5)Musim dingin skrg di Ireland.
6)Ayah Joyah mati saket jantung lps Joyah SPM.
7)Mak Joyah baru kawen dgn Pak Lamat 2 tawon lps. Jd isteri kedua.
8)Joyah juara Taekwando.

9)5 tawon lalu Radi,Karem & Joyah dtg Pangkor tanam time capsule.Tp eh, Joyah da 3 tawon keje kt Ireland. So aku assume die keje partime la. Sbb x logik kalo br lps SPM 5 tawon lps, tp skang da keje betawon kt Ireland.Bape tawonnye stadi.

10) Karem akan ditunangkan dlm seminggu dua je lg (slps chapter Ida) dgn Dina adik Radi. Muda setawon dr diorg.Tp camne radi tatawu..huh..penat aku kang..

11) 4 ari Karem kt kl.Tungu nk jumpe Radi.Ari keempat baru bley jumpe kt CM.Radi ondaway ke toilet.Karem samel tuh bukak beg duet Radi nk amek duet bayo air. Tenampak la pulak kertas photostat nota time capsule die punye dulu.

Ape akan terjadi seterusnye?? Nantikan Chapter 6 - BiLa Laut Mula Bergelora di episod akan datang....

famia said...

tp betolla..
aku musykil gak.. takkan la radi x penah tau yg karem ngn dina ada pape.. dan takkan la radi taktau yg dina kene tunang ngn karem.. dan takkan la mak dia x bagitau dia..
laen la kalo dia dok ovesi tak balek2.. tu barangkali lah.

haha.. maka..
berusahalah wi membetolkan aliran cerita. jangan ko mengkomplikatakkan lagi cite ni sudah. haha.

mati aku tejerut nak tutop.

LediAgli said...

awi & famia
aku nak jawab.

9 Joyah studi kat Ireland. Amik accounting, dia keje part time kat sana lepas amik degree. Dia tengah sambung ACCA, which is sangat payah nak lulus. Sebab bebudak M'sia kat Ireland, yang amek ACCA, semuanya studi part time dan keja full time kat sana.

10 Karem AKAN ditunangkan dengan Dina, family arrangement. Karem & Dina tak ada apa2, dan tak rapat pon. Diorang jumpa time plot 2 entry aku tu pon, sebab diorang dua-dua TEKANAN sebab akan ditunangkan. Maksudnya..Karem&Dina plot 2 tu adalah sedang melawan masalah, sebab tu diorang di alkisahkan macam "rapat" je. Kan ke orang yang sama masalahnya akan tetiba rasa close to each other. Diorang tak penah dok deting2 pon.. tu adalah perjumpaan untuk "dealing" cam ne nak solve poblem. Berita diorang dua akan ditunangkan tu, memang tak bagitau lagi kat Radi. Sebab aritu kan ke cuma MERISIK secara tak formal oleh mak Karem. Tup-tup..lepas balek pangkor, si Radi teros balek kapong..hahahah.. tejumpa & salah paham.. oke ayam? paham?

iwafays said...

Degree akaun bape tawon ida? Kalo 4 tawon maknenye dlm setawon baru ah die amaek ACCA kan?
iye aku paham plot tu ang tuh..;p

oDJa said...

huhuhu.... aku yang TEKANAN...

~inilah saya~ said...

Hahahah...

Kawan2 berusahalaaaaaa

I lap you.....

famia said...

aduuuuuuu..
masalah problem.
izinkan aku kumpol penalti tebanyak sekali wahai kawan2. haha.

wi.. last date ko bile wi?
kames?

iwafays said...

sori sever tenet kitorg da 3 ari down.same down dgn akunye pale otak.emel lotus note je bley pakai.
haih..eh takan rini kot? bukan jumaat ke?
ida post lewat mlm ma..huhu..kire jumaat mlm la paleng las oke.sabtu lg oke

~inilah saya~ said...

sabtu pun boleh laa.

:-)

iwafays said...

hidup Qasey!

LediAgli said...

haha.. aku post jam 11.30 malam tak salah aku.. pada ari khames... kiranya last day ko ari khames la labuuu... penalti jumaat.. bwahahha.. sebab time si su pon centu.. hahak...

yess awi penalti lamat..

counting.. jumaat 1 ari penalti
counting.. sabtu 2 ari penalti

hish.. syoknyaa ada geng

iwafays said...

tula mslhnye...kames tu 19 hb..besday sultan perak.pahtu kampeni aku bg replacement cuti 20hb..sonye da 4 ari aku tabley pegi opis. sonye 4 ari jugela aku tade pc nk buat.nk pegi cc jawoh..(kedekot sebetulnye..heheh)..pahtu isnin,kames, jumaat ade customer miting & inspection pojek aku handle..tingai bape arije huhu..
*alasan je benonye neh..ala 2 ari je penalti..okelatu..hee