Saturday, February 10, 2007

Pusingan 1 - Chapter 7

Pusingan 1 Chapter 7

“Aku pun rindukan kau Yah...,” perlahan ayat itu terluah dari mulut Radi yang sejak tadi termenung ke luar tingkap Wad 3. Seakan terdengar suara Joyah sedang menyapanya. Pemandangannya tertancap ke arah tiga orang kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran di luar sana. Pemikirannya tiba-tiba terkenang ke zaman kanak-kanak mereka. Begitulah jua situasi mereka bertiga ketika masih kanak-kanak.

Radi, Joyah dan Karem.Tiga sahabat sepermainan yang sukar dipisahkan. Hari-hari pasti ada sahaja aktiviti yang dilakukan. Langsung tiada masalah perlu difikir. Tiada assignment yang perlu diselesaikan. Tidak perlu berebut-rebut ke makmal komputer mencari PC demi menyiapkan tugasan. Tidak perlu bangun seawal pagi semata-mata takut ketinggalan bas ke kuliah. Tidak ada kelas-kelas gantian atau pun tutorial siang malam yang perlu dihadiri. Jauh sekali perlu ke library mencari buku rujukan yang entah ada entahkan tidak. Apalagi hendak bersengkang mata di malam peperiksaan menghafal nota-nota padat yang kadangkala tersengaja dibawa masuk ke dewan peperiksaan oleh segelintir pelajar-pelajar yang ”nakal”. Hatta tak perlu nak meratah mee segera semata-mata menunggu wang saku atau pun wang pinjaman MARA dikredit ke akaun bank yang kadang-kadang cepat tapi selalunya memang lambat.

Radi tersenyum sendirian.

”Haih, kenapa kau tersenyum sorang-sorang ni Radi?” Karem bersuara.
Lantas dia memperlahankan radio yang sejak tadi agak kuat kedengaran alunan lagu Harum Subur Di hati dendangan BPR yang begitu diminatinya.

”Ooo kau teringatkan balak lah ni”, Karem cuba meneka.

”Oii, aku lempang kau kang..memandai je” Suara karem mengejutkan Radi dari lamunannya. Dia berpaling dari tingkap lalu mencari-cari kerusi untuk diduduk.

”Tak main la balak-balak ni. Aku telinga tebal tau”

”Ke tahi telinga kau tebal? Hahaha”, kuat Karim ketawa.
”Habis, kau tengok ayam mengawan ke kat luar tu? Seronok je kau aku tengok”, Karem cuba mengorek.

Suka benar Karem dengan perkataan ”ayam”. Hidupnya pun dikelilingi ayam. Setiap hari dia akan bangun seawal 5 pagi ke ladang ternakan ayamnya bagi memastikan bekalan-bekalan ayam cukup dan sampai pada waktunya kepada para pemborong. Dia tidak menyesal kerana menolak tawaran memasuki UiTM Shah Alam. Sebagai anak sulung, Karem sedar tanggungjawab terhadap keluarga lebih penting dari dirinya sendiri. Sejak ayahnya kemalangan dan lumpuh separuh badan 2 tahun lalu, dialah yang berusaha menjaga perniagaan ayahnya itu. Karem tidak sanggup hasil titik peluh ayahnya itu jatuh ke tangan orang lain. Biarlah impiannya di khabar pada langit sahaja, walaupun langit tak mendengar.

”Ish kau nih! Aku tengah syok tengok budak-budak tu main la”, Radi memuncung bibirnya ke luar tingkap.
”Teringat lak aku masa kita kecik-kecik dulu..hehe. Kau selalu je kena starlait ngan aku kan? Hahaha..”, Radi ketawa terbahak-bahak.

Karem cuba bermuka selamba.

”Eh, mana Joyah sekarang eh?”

”La kau tak tahu lagi ke?”, soalan Karem membuatkan Radi terkedu seketika.

”Tahu apa? Joyah dah kawin ke? Dengan orang mana?”, Radi cuba membuat andaian.

”Dia dah tak ada”, perlahan suara Karem menjawab. Karem menunduk muka ke katilnya.

”Hah??”, Radi tersentak lantas terduduk ke lantai. Matanya tampak berair.

Radi bukanlah seorang yang mudah bersedih. Apatah lagi mengalirkan air mata. Tapi kali ini jelas dia sukar menahan. Kata-kata Karem itu bagai menyentak jantungnya. Dia tidak fikir Karem berbohong dalam hal ini walaupun dia tahu Karem memang pandai berhelah. Itu dulu, fikirnya.

Melihat keadaan Radi itu Karem bingkas menyambung.

”Dia dah tak ada kat sini la. Dia dah pergi Ireland sambung degree kat sana..Hehe”, Karem tersengih menampakkan giginya yang jarang. Seronok hatinya dapat mengenakan Radi.

’Eeeeeee!! Hampeh kau Karem!”, Radi membaling bungkusan buah limau yang sejak tadi dipegangnya. Mujur Karem sempat menyambut.

Wajah ceria Karem itu membuatkan Radi hilang sedikit rasa marah. Wajah itulah yang menjadi kegilaan remaja perempuan kampungnya.

”Aku sepak kaki kau yang tergantung ni baru tau!”

Karem tersengih sambil memegang kakinya. Buat disepaknya betul-betul mahu seminggu dua lagi terlantar disitu. Dua hari di wad tanpa hiruk pikuk ayam-ayam dan kambing ternakannya sudah cukup membuatkan Karem terasa begitu sunyi dan tidak senang duduk. Mujurlah dia tak akan lama disini setelah Doktor Mahfuz yang menemuinya pagi tadi memberitahu keretakan tulang betisnya hanya sedikit. Dia akan dibenarkan pulang berehat di rumah keesokan harinya. Karem lega.

”Aku gurau je la..Well, you know me”,Dikenyit matanya ke arah Radi. Karem cuba memujuk.
“Lama betul aku tak tengok kau marah. Hehehe. Sebijik macam cekodok kena penyek”

“Eeeee!”

Radi menghampiri Karem.

”Biasa nih!!”, satu starlait hinggap di dahi Karem.

”Adoi!!”

”Padan muka!”

”Tapi aku suka..Hehe”, Karem mengosok-gosok dahinya.

“Dah dah jangan nak lebih-lebih. Aku bagi seketul tu pun bersyukur la”

”Eh kau ada nombor henpon Joyah?” Radi menukar topik. Jantungnya seakan sedikit berdebar mendengar perkataan ”suka” dari mulut Karem tadi.

”Mestila ada. Tapi kau tahu tak...”, Karem meraba-raba di kiri kanan mencari telefon bimbitnya.

”Mana nak tahu..kau belum cakap”, sepantas kilat Radi memotong ayat Karem.

”Grrrr!!”

Radi tersengih.

”Kau nak ke tak nak ni nombor dia ni?”, Karem geram. Diletakkannya balik handphone Nokia 3310 yang agak lusuh warnanya itu di bawah bantal disandarnya.

”Yela yela. Haa cepat sambung”, Radi mengeluarkan telefon bimbit SonyEricson K610i dari kocek depan jeansnya. Ditekan-tekan punat telefon bimbitnya mencari phonebook.

”Takdela. Aku jarang gila mesej ngan dia. Mahal la Di nak mesej dia. 50 sen tu satu sms. Huhu!”, Karem mengeluh.

” Kau ni kedekut memangla”
”Jual ayam kau seekor pun dah boleh beli topup RM5”, perli Radi lagi. Ada tertawa kecik dihujung kata-katanya.

”Aku bukan kedekut la. Aku berjimat. Tak macam budak-budak zaman sekarang ni. Asyik harap duit mak bapak aje. Tengah study lagi pun dah boleh beli henpon canggih manggih. Study asyik kantoi aje”, bebel Karem.

”Tapi aku pakai duit loan aku, takpe”, Radi mencelah.

”Aku tak kata dekat kau. Aku kata dekat anak jiran sebelah aku tu la”

”Tipu langsung, rumah kau rumah banglo. Mana ada jiran sebelah. Kandang kambing ada la”

”Oho eh..lupa lak aku..hehe..”

”Ceh!”

Terasa pedas sedikit telinga Radi dek kata-kata Karem itu. Tapi benar kata-kata Karem. Memang situasi begitu seakan sudah biasa di kalangan pelajar-pelajar sekarang termasuklah di UiTM Dungun sekali pun.

”Aa cepatla bagi nombor Joyah. Lupa lagi ke?”, Radi bersuara.

Karem cepat-cepat menekan punat telefon bimbitnya mencari nombor Joyah.

” +353851455281”, satu demi satu Karem menyebut nombor Joyah supaya mudah Radi menyimpan ke dalam telefon bimbitnya.

”Nombor aku kau dah ada blom?”, tanya Karem penuh niat.

”Ha ah ada. Kenapa, kau tukar nombor baru ke?”

Radi yang baru sahaja duduk bingkas bangun dan terkocoh-kocoh cuba mengeluarkan semula telefon bimbit dari poket jeans birunya yang agak ketat itu.

”Takdela..aku ingat dah hilang nombor aku. Tak sms atau call aku pun.”, Karem menjuih mulutnya.

Radi terdiam.

* * * * *
P/s:
Sori kengkawan kalo citer aku x bes. tapi aku rase mcm cepat sangat kalau nak citer flashback memacam. Tu yang aku tumpu kat konversesyen derang beduwe neh..eceh..

13 comments:

iwafays said...

Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong tunjukkan,
saye budak baru belajar, kalo salah tolong jolokkan ;)

iwafays said...

ish silap kalo salah tolong TUNJUKKAN...haih..

~inilah saya~ said...

Mula-mula sekali aku baca P/S tu: Aku baca konversesyen as konvokesyen. Mak aik! cepat benor diorang graduate. Pastu keja...terus kawin dan dapat anak. Ha! ha! ha!

”Tapi aku suka..Hehe”, Karem mengosok-gosok dahinya

* Aku pun suka jugak. Abislah next writer Odja....konspirasi cinta.

Pastu ayat paling tak tahan sekali adalah, "Wajah itulah yang menjadi kegilaan remaja perempuan kampungnya."

Hensem sangat ke karem tuh?

Jawab...jgn tak jawab sapa yang reka watak tu.

famia said...

haha.
aku pun tekejot tau wi.
aku pun tejerit kejap.
aku ingat... joyah betol2 takde.
bederau darah aku.

huwaaaaaa...
jangan la matikan watak dia.
baru round 1 ni.
haha.

tapi.. best je ni.
aku suka.
haha. tahniah!
bakat badak berendam.

next.. oja!
gudlak dude.

Dani neh said...

qaseh: heheh.. semacam terpanggel2 oleh kau.. meh aku jawab sebagai pereka karem... hihi... em.. aku ade describe karem real life tu macamane dalam komen aku untuk entry lepas.. em.. lepas lepas.. eh.. entah.. hahak... *karem mmg ensem laaa.. huhu

wa:
echewaaa... bakat terendam neh... best aku ske gejolak jiwa yang cube ko kedepankan..

famia: bes ek ek ek..

pemerhatian 2seb aku je:

-ade sedikit persamaan care penulisan awi dengan famia.. kalo korang perasan la.. seken paragraph awi... heheh.. ke perasaan aku je.. heheh

-heheh.. adekah pertalian antara kedua jenis enpon Nokia 3310 dengan SonyEricson K610i? heheheh.... ke perasan aku je..

-spellcheck -> Radi mengeluarkan telefon bombit SonyEricson K610i dari kocek depan jeansnya... hahak..

-in all.. aku puas hati dengan perjalanan cerita 8 sen sekarang... odja!! all the best!! mencabar dah ni...

~inilah saya~ said...

Dani neh:

adekah pertalian antara kedua jenis enpon Nokia 3310 dengan SonyEricson K610i? heheheh.... ke perasan aku je..

Aku pun perasan jugak...ho! ho! ho!

famia said...

cite2 yg korang tulis ni best sbb aku x expect dia mcm tu. haha.
kire bes la.
xpect the unexpected.

DarkWan said...

Huehueheue. Hensem je ending dia. Ending pendek mcm ending aku gak. Hak hakhak. Tak kira nak interprem gak.

Dop
Nini makin geram.

Awi
Radi terdiam.

iwafays said...

2Qaseh: Tak grad lag pon..maseh blaja..
Aku bagi kias sket je psl wajah Karem tuh..nasebla next writer nak godek2 olah2 wajah die camne..krekekek!

Ringkasan ttg Karem yg aku olah..eceh:
- bergigi jarang..hee..mcm syarifah alia tuh hee
- kegilaan remaja perempuan "kampungnya"
- suke bejenake (terutame ngn girls..eceh)..tp tadela playboy
- bertanggungjwab (terutame dgn keluarge)
- penah tolak tawaran UiTM sak alam (senaje tanak letak course ape..hee) sbb nak jage ladang ayam ayahnye yg baru lumpuh.
- mule bejinak dgn penternakan kambin secare kecil-kecilan
- anak sulong (pepandai la nk letak bape beradik kang)
- Pakai henset cabuk nokia 3310 ;p

2Jai: Lah ko pon tekejot keh? haih..lemah perot ko neh..tabley..maneleh matikan..watak utama tuh..eceh..

2Dani: Eceh same ke eh penulisan kitorg? name pon bradek..;p

pertalian cemane tuh? mungken ade la kot pasni..lalala~

aa aku edit balek spellcheck tuh..okeh..

2Dakwan: well..itula gaye "potong tepi" namenye..hee

me_ said...

aku x sempat bace lg sbb ade miting sat lg.. tp gatal nk tinggal komen..muahaha.. tp td ms aku jumpa huzai ms mkn2 opis td, uzai kate bess.. x sabo nk bace ni.. da save dah page ni dlm laptop.. kang lps abis miting aku nk nyorok bwh meja nk bace.. x sabonyeeeeeeeeeeeee!!!! muahahaha..

Go Oja Go!!!!! :D

me_ said...

huahahaha.. aku da bace dah.. x sempat nk tggu miting abis.. jahat sungguh!! x leh nk sabor dah ni.. terasa dipanggil2.. muahahaha...

awi: seingat aku.. aku dulu wat karem patah tangan je.. nape patah dia berpindah ke kaki lak?? doktor salah balut ke?? ke aku yg slh bace.. ke dia mmg pth sebelah badan??? (kaki+tangan)ke camne??

tp overall syok wooo!! x sabo nk bace ending part1 ni.. hihihih.. :D kamon OJA!!!!!!

iwafays said...

"Lah yeke?", kening Awi berkerut. Lantas die mengskrol blog yg dipos Suhaila.Diamatinya baris demi baris.

"Ish.Lamat btol", getus hatinya. Ditekannya Ctrl + F lalu ditaip perkataan "tangan".

"Aiseh! Btol la.Cemane aku tak pasan neh.Grrr!",hatinya seakan menyumpah diri sendiri.

Awi tiba-tiba tersenyum.

"Tape, Oja ade.Die lagi terer bab kaver mengkaver neh..heheh"

"Naseb ko la Oja",hatinya sedikit lega. Wai Yee yang duduk bersebelahan kebingungan melihat dia tersenyum sendirian.

p/s: Haha..aku da demam mentulis agaknye neh. Tape die retak kaki tapi patah tgn. Sbb tu dr bg balek sbb buley bejalan.Hehe..

famia said...

bencinye jd org first.
bileeeeeeeeee la aku bley tulis lagi mcm korang ni.

alahai.