Monday, January 29, 2007

Pusingan 1 - Chapter 5

“aduhh.. sakitnya bontot aku…!!! Setan korang gelakkan aku..!!” merah padam muka Radi menahan kesakitan.

“Haa.ha..ha..ha..” Karim masih lagi menyambung ketawanya.. kelakar benar dia melihat Radi jatuh berdebub betul-betul di hadapannya tadi.

“Haa..ha.. haa..ha..” Joyah juga masih ketawa. Di pimpinnya tangan Radi, cuba menolong Radi untuk berdiri sambil tangan yang sebelah lagi mengesat air mata.

“Setan korang.. gelak sampai kuar air mata nampak.. ni sudah kes menghina ni..aduhhh..” Radi sudah berdiri. Tangannya pantas mengibas-ngibas daun-daun kering yang melekat pada pakaiannya. Habis calar balar tangannya akibat terkena dahan-dahan manggis. Nasib baik tak patah riuk. Kalau tidak satu hal pulak nak menjawab dengan mak nya nanti.

“Haa.. tulah.. kalu dah perempuan tu.. perempuan jugak.. jangan nak berlagak hero.. lain la aku ni.. memang dah sedia dilahirkan sebagai jaguh kampung.. haa..ha..ha.. perempuan lembik! Ha..ha..ha..” Karem memicit perutnya menahan ketawa yang masih ada.

Radi menjeling muka Karem. Perkataan ‘perempuan lembik’ itu cukup tajam untuk ditujukan kepada dirinya.

“Aku bukan perempuan lembik la!!!” Jerkah Radi. Tanpa memandang kepada sahabatnya berdua itu, Radi melangkah laju menuju ke rumahnya. Joyah terpinga-pinga. Disiku nya Karem. Tidak disangkanya gurauan Karem itu telah mengguris hati Radi.

“Oii Radi..!! Radi!!! Oii!! Merajuk ke?? Apalah..!! sejak bila kau jadi lembik lagi sensitif ni..!!” Jerit Karem cuba membakar amarah Radi sambil memandang kalibat Radi yang semakin menjauh.

Joyah berlari-lari anak mengejar Radi yang telah menghilang disebalik pohon-pohon buah-buahan yang pelbagai di kebun bapa Karem itu.

-----------------------------------

Radi tersenyum sambil tangannya pantas menyimpan kembali buku tersebut kembali ketempat asalnya. Masih segar lagi ingatannya terhadap peristiwa yang telah bertahun-tahun berlaku itu.

Kerana kejadian itula dia dibelasah teruk oleh ibunya. Itulah pertama kali dalam hidupnya dia melihat ibunya naik angin sebegitu rupa. Itulah pertama kali dia dibelasah teruk dengan menggunakan getah paip. Bukan dia tidak biasa dimarahi dan dipukul oleh ibunya, tapi ibunya tidak pernah segila itu. Radi pun tidak tahu mengapa kemarahan ibunya sungguh memuncak ketika itu. Takkan hanya kerana dia mengikut Karem dan Joyah ke kebun bapa Karem, ibunya marah sebegitu rupa? Dia tak tahu, dan tak pernah mahu mengambil tahu. Biarlah ia menjadi sejarah sahaja.

“Karem.. karem.. cakap aku lembik konon.. kau pun sama sahaja.. kalau tidak, tak kan kau menggeletar sampai pucat lesi muka masa kena ambush buat barbeque burung dalam kebun Ah Seng dulu.. hihihihi..jaguh kampung lah sangat.. hehehehe” Radi berbisik sambil tersenyum sendirian.

Mengingatkan peristiwa mereka bertiga ditangkap oleh Tok Aki, ketua kampung seberang itu, hatinya menjadi sebak. Peristiwa itula yang telah memisahkan mereka bertiga. Memisahkan dia dengan Joyah dan Karem dengan lebih tepatnya.

Gara-gara kejadian itulah, ibunya telah bernekad untuk menghantarnya ke asrama anak-anak yatim dan bersekolah di Bandar Beruntung yang letaknya jauh dari kampung kelahiran nya, dengan alasan mahu Radi menumpukan perhatian pada peperiksaan UPSR yang bakal dihadapinya tahun itu. Radi tiada pilihan lain selain menurut sahaja kehendak ibunya itu. Tetapi walau sejauh mana pun mereka terpisah, yang pasti setiap kali cuti semester, pasti mereka bertiga akan berkumpul bersama dan yang pasti ada sahaja aktiviti baru yang akan mereka lakukan setiap kali berjumpa.

“kak.. oo kak..!! Oii..!! gila apa.. tersengih-sengih macam Mat Jenin dapat bini..”
Sebiji starlait singgah didahi Radi.

“Sakit la mangkuk!! Kacau orang je..” Radi cuba untuk membalas, tetapi berjaya dielak Amer. Entah bila Amer duduk disebelahnya pun Radi tidak perasan. Asyik sangat dia melayan perasaan.

“kau nak apa? Kacau daun la kau ni..” Radi mencebik.

“Nak pergi hospital tak? Waktu melawat dah sampai.. nanti kalau lambat pergi, tak sempat pula akak nak melawat tokey ayam buah hati pengarang jantung pisang emas dibawa belayar akak tu..” Amer cuba serkap jarang.

“Banyak la kau buah hati jantung pisang! Eh, dah boleh pergi ke? Nak pergi sekarang ke? Kau tunggu jap akak tukar baju ek..Sudah-sudah.. keluar dari bilik akak ni..” terasa hati Radi berbunga riang. Tidak sabar dia mahu melawat Karem di hospital.

----------------------------

“Tit tit.. tit tit..” telefon bimbit Radi berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dicapainya telefon bimbit yang diletakkan di dalam poket hadapan seluar jeans nya sambil kakinya laju melangkah ke Wad 3.

“oii.. mcm mane dgn karem? Teruk ke? Weh, tadi dlm kelas, Dedi sebok tnye psl ko.. dia mtk no hp ko. sori aku kasik no ko tnpa mtk kebenaran ko dl.. :D”
Sender: Nini
+60123667426


Radi membaca pesanan itu sepintas lalu. Tiada masa untuk membalasnya. Melawat Karem adalah lebih penting dari segalanya.

Kakinya berhenti di carta pesakit diluar Wad 3, cuba mencari nama dan nombor katil yang menempatkan sahabat karibnya itu..

Yes!! Katil nombor 8.” Bisik Radi.

Langkah kakinya semakin dilajukan sambil matanya memlilau membaca nombor katil para pesakit hinggalah dia berhenti betul-betul dihadapan katil nombor 8. Perlahan-lahan dia menghampiri manusia yang sedang lena tidur diatas katil itu. Direnung nya muka Karem yang bertampal sana sini. Dapat dilihat tangan kanan Karem yang bergantung dan berbalut putih hingga ke siku.

“huh.. nasib baik patah tangan je.. kalau patah satu badan.. mahu tak kahwin kau sampai tua..hehehe” Radi berbisik kepada Karem walaupun dia tahu Karem tidak mendengarnya.

“Hoi ayam!! Bangun la.. tidur saja kerjanya..” Jerkah Radi sambil tangannya pantas menjentik telinga Karem.

“Aduhhh…” Karem mengaduh kesakitan. Matanya dibuka sedikit.

“Oii.. makcik!!! Bila sampai??” Mata Karem sudah terbuka luas sambil bibirnya menguntum senyuman. Terharu rasanya melihat sahabat karibnya datang melawat.

“Lama dah.. sempat la kira berapa round air liur basi kau meleleh.. haa..haa..haa” Gurau Radi.

“hantu kau.. tak kesian langsung dengan aku yang tengah menderita kesakitan ni..” Balas Karem sambil mejelirkan lidahnya.

“apa hal la kau ni.. macam manalah traktor bajak yang punyalah besar tu pun kau boleh langgar.. berangan kuat agaknya kau ni..” Radi bersuara.

“Kau ni, kalau ye pun.. cuba la tanya khabar aku dulu ke.. ini tidak.. terus fire je tau.. aku bukan berangan la.. tapi masa tu aku tengah tengok si Aini, anak Pak Mail yang duduk hujung kampung tu.. Cantik giler dia sekarang.. tiba-tiba aku rasa macam dah jatuh cinta kat dia la.. tu pasal la aku tak perasan bila masa traktor tu melintas depan aku.. hehehehe..” Jelas Karem panjang lebar.

Terkelu Radi mendengar penerangan Karem. Jantungnya berdegup kencang. Cemburukah dia?

**************************

Sori la kengkawan, aku terpakse mengikut jejak langkah Shah wat cite lelaju sbb nnt bermula esok aku bkl bizi semula.. for sure xde ms nk kosentret pd penulisan yg bes ni.. maap kalu cite diatas tidak sebes mane.. tp aku da wat yg termampu.. kepada org ke-6sen.. sile lah perah otak anda dengan bersungguh2 ek.. go! go! Power Rangers!!!! :D

shah: anda sumber inspirasi ku.. (rekod aku: 3jam tuk story ni.. ko bape??) hahahahhaa...

Saturday, January 27, 2007

Pusingan 1 - Chapter 4

"Woi Nini! Ko suka kat Dedi yer", sergah Radi.

Kelas sudah tamat. Kebanyakkan pelajar mula berpusu-pusu untuk keluar dari bilik makmal sun dan ada yang berkumpul bersama Puan Ru, mungkin mereka hendak bertanya soalan apa yang tidak difahami.

"Dari tadi aku tengok kau tak berkelip memandang Dedi, haaa baru aku tahu kau dah jatuh cinta, cinta pandang pertama", Radi dengan nada separuh mengejek.

"Mana ada, aku cuma pandang tahi lalat yang ada kat muka dia aje. Takkan pandang tahi lalat kau nak jatuhkan hukuman, 'yang aku cinta pada dia' ", balas Nini dengan muka kemerah-merahan. Mungkin menahan malu.

Tiba-tiba Dedi melintasi mereka berdua, sempat pula Dedi menegur Radi.

"Eh! cantik kasut awak. Saya rasa lebih sesuai kalau awak tambah satu aksesori lagi, topi pancing. Ha ha ha ha", ketawa Dedi dengan raut muka yang sangat kejam.

Radi dan Nini terkesima, seluruh saluran urat nadi mereka menjadi kejang secara tiba-tiba. Lutut mereka bergetar. Seolah-olah inilah kali pertama mereka bercakap dengan lelaki. Lidah kelu, terdiam tak bersuara.


"Maaf atas lawak bodoh saya yang tak berapa menjadi tadi", tiba-tiba aje raut wajah Dedi berubah, berubah dari sangat kejam kepada sangat kool. Intonasi suaranya juga berubah kepada 'very low pitching'. Radi dan Nini masih lagi terkesima, seperti dirasuk hantu pokok.

"Sebenarnya saya nak ajak awak berdua menyertai perbincangan kumpulan untuk projek Puan Ru ni. Itu pun kalau awak masih belum ada kumpulan lagilah". Sambung Dedi lagi.

Radi dan Nini masih lagi dalam keadaan terkesima. Menjawab iya pun tidak, menjawab tidak pun tidak.

"Takpe, awak balik fikirkan dulu, malam nanti awak sms saya. Ni nombor telefon saya". Hulur Dedi kepada Radi sambil Dedi menyuakan senyuman yang paling manis ke arah Radi. Dengan perlahan Radi mengambil kertas yang mengandungi no telefon bimbit Dedi tersebut.


"Jangan lupa sms saya tau", pesan Dedi kepada mereka berdua sebelum dia sendiri berlalu dari situ.

Radi masih lagi terkesima, manakala Nini sudah mula boleh mengerlip-ngelip kan matanya.

"Hoi! apa tunggu lagi, jom balik. Petang ni kita pergi berbasikal mengelilingi kampus", ujar Nini. Radi seperti masih belum pulih dari terkena sampukan panah arjuna tadi.

"Woi! Radi...ko kenapa ni, jom lah balik". Satu starlait melekap penuh di dahi Radi.

"Woi..kenapa kau starlait aku", jerit Radi kepada Nini.

"Ha ha ha...kau ni mamai lah. Dah jom balik". Balas Nini

"Yer..yer...jom balik", Radi.

Dalam perjalanan pulang, sempat Nini mengusik Radi.

"Haa...nampaknya cempedak sudah jadi nangka, Dedi suka sama kamu, ujar nini dalam slang indon. ha ha ha", tawa Nini berderai semula.

Adush!!! Satu cubitan hinggap di lengan Nini.

Tiba-tiba....

Treet!...Treet!.....
Treet!...Treet!....
(Telefon Bimbit Radi Berbunyi)

Radi melihat pada skrin, kelihatan skrin telefon tersebut memaparkan perkataan 'RUMAH'.

Radi menjawab panggilan tersebut, tiba-tiba kelihatan air mata mulai membasahi pipi Radi. Selesai bercakap melalui telefon, Radi mulai bersuara.

"Ni, aku kena balik ke kampung, aku ada emergency". Sambil Radi mengelap sisa air mata yang masih ada di matanya.


"Tapi kenapa? cuba kau bagitahu aku. At least senang aku nak menjawab dengan lecturer bila diorang tanya aku nanti". Balas Nini cuba mengorek rahsia kenapa Radi menangis. Nini amat mengenali Radi, perempuan ni memang sukar untuk mengeluarkan air mata. Tapi kalau dah sampai tahap menangis, mesti perkara ni sangat menyentuh perasaan Radi.

"Ok, kau ingat Karem, kawan baik aku waktu kat kampung dulu. Dia accident. Mak aku cakap tadi, keadaan dia sangat parah. Motor yang karem tunggang untuk mengangkut ayam terlanggar dengan traktor pembajak sawah. Aku kena balik nak tengok keadaan dia", jelas Radi.

"Oo Karem yang tempoh hari kau tunjukkan gambarnya pada aku kan", balas Nini.

"Kasihannya dia, aku harap dia tak apa-apa", Nini cuba menunjukkan simpatinya.

"Kau tolong cover apa-apa yang patut yer. Kedatangan kelas tolong sign bagi pihak aku. Kalau ada apa-apa hal yang penting kau roger aje aku kat kampung", pesan Radi lagi.

Malam itu Radi bertolak pulang ke kampungnya di Tanah Rata, Cameroon Highland yang berhampiran dengan hutan Gunung Berincang dengan menaiki bas express. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, ingatannya hanya tertumpu kepada Karem. Hatinya begitu tidak tenang sekali, walaupun mereka sekadar berkawan sahaja, tetapi kadang-kadang Radi terasa seperti seolah-olah ada satu jalinan perasaan yang istimewa antara dia dan Karem. Satu jalinan yang lebih dari sekadar seorang sahabat.

Sepanjang yang dia tahu memang Karem telah mewarisi perniagaan dari bapanya. Menjadi seorang penternak dan peniaga ayam yang berjaya. Manakala satu-satunya kawan perempuan-Joyah yang dia ada telah berjaya melanjutkan pelajarannya di Ireland. Tak lama selepas Joyah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya, Radi pula menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di UITM. Sedar tak sedar dah empat tahun masa berlalu. Begitu pantas masa berlalu.

Tepat pukul 5.30 pagi, Radi tiba di pekan Tanah Rata. Amer Khan, adik kepada Radi telah bersedia menunggu di perhentian bas tanah rata dengan motor kapchainya. Oleh kerana waktu masih terlalu awal untuk Radi ke hospital, mereka pulang ke rumah terlebih dahulu.

Sesampai di rumah, Radi sempat bersarapan dengan kedua-dua ibu bapanya dan adik beradiknya yang lain. Sempat juga Radi bertanya perihal keadaan Karem pada ibunya, lega hatinya bila mengetahui keadaan Karem tidak separah yang disangka. Selesai bersarapan, Radi terus ke bilik untuk berehat. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah kotak lama yang menyimpan banyak khazanah miliknya.

Radi menyelongkar kotak lama tersebut. Dia menemui sebuah buku autograft yang digunakan untuk menyimpan alamat dan kata-kata daripada kawan-kawannya. Dia menyelak-menyelak buku tersebut, sampai di suatu muka surat tiba-tiba Radi tersenyum.


Lantas memori Radi terkenang kembali...

"Ha ha haaaaa haaaa haaaaa", Kareem.

"Hihiii hii...ahaaa... hahhhhaa", Joyah.

"Padan muka kau. Kan aku dah kata, tapi kau tak mahu dengar cakap aku. Kan sekarang dah jatuh berdebub…hah haaa haaaah ahh", gelak Karem lagi.


Pusingan 1 - Chapter 3

“Kenyang dah?”

Radi tidak menjawab. Direnung orang di hadapannya dari atas ke bawah.

“Kenyang atau tidak?”.
“Belum ..”

Jawab Radi, perlahan. Seakan berbisik. Dilihatnya lagi orang di hadapannya. Merah padam muka orang yang bertentangan dengannya. Matanya kelihatan merah menyala.

“Eh Nini, ko pakai contact lens ek?”
Ha’ah
“Bila ?”
“Dari pagi tadi.”
“Kenapa aku tak perasan ek
“Pasal ko tido. Kelas Sistem pagi tadi ko ponteng. Mempadan. Eh cantik tak?”. Tanya Nini sambil menayang-nayangkan matanya yang kelihatan merah itu.
“Cantik gak la. Tapi tak macam ko.
“Terkenan dengan ko lah. Oy, soalan aku ko belum jawab lagi. Ko tak kenyang lagi ke?”
“Belum la”. Ujar Radi sambil merenung dua mangkuk mi sup yang habis dimakannya.
“Nafsu daineso
“Suka aku la .. hihihi
Ha .. suka .. suka. Kita dah lewat dah ni. Tak nampak jam? Dah pukul 2:00 petang dah ni. Kelas Security gantian hari ni. Ko dah lupa ke?
“Alamak .. kenapa ko tak cakap awal-awal? Cargas weh .. cargas ..”

Dengan tak mengesat mulut, Radi terus mencapai beg dan berlari keluar dari kafeteria.

“Radi tunggu aku !!”. Nini menjerit. Namun Radi tidak memperlahankan lariannya dan menuju ke Makmal Sun, UiTM Terengganu Kampus Dungun.

“Lari la weh, aku tanak kena duduk luar !!”. Radi menjerit dari jauh.
Ko boleh la, pakai kasut sport. Oy .. tunggu la ..”

Nini separuh menjerit. Kemudian ditolehnya kiri dan kanan. Selepas dikira tiada siapa yang memerhatikannya, dia mencabut kasut tumit yang dipakainya dan dijinjing.

“Siap ko Radi .. aku dapat ko .. aku grip tanpa belas kasihan”. Bisik Nini dalam hati, geram.

Radi dan Nini bersahabat baik sejak sama-sama mendaftarkan diri di UiTM Dungun. Mereka ditempatkan dalam bilik yang sama di Kolej Pantai semasa Minggu Orientasi. Walaupun berbeza personaliti, mereka bersahabat baik. Radi aneh orangnya, yang paling jelas dilihat ialah dari segi pemakaian. Lihatlah hari ini – baju kurung dengan kasut sukan yang dipakai Radi. Selalu juga menjadi bahan perbualan pelajar lain terutamanya siswa tapi Radi memang selamba. Kadang-kadang segan juga Nini dengan perangai rakannya yang seorang itu tapi, entahlah. Bukan tidak pernah ditegurnya tapi Radi buat tak tahu saja. Mungkin juga kerana personaliti mereka yang berbeza ini membuat mereka serasi.

Setibanya di Makmal Sun, Radi memperlahankan langkah. Dari jauh kedengaran suara Puan Ruhaidah, pensyarah subjek Security.

“Dah boleh scan ke belum?”. Lantang suaranya. Tapi tiada siapa yang menjawab.
“Saya tanya .. boleh scan atau tidak .. “. Kali ini lebih keras suaranya.

Nini mematikan langkah. Ini bukan masa sesuai untuk masuk kelas. Kelak dia yang jadi mangsa kemarahan Puan Ruhaidah atau lebih dikenali sebagai Puan Ru di kalangan warga UITM Dungun.

“Macam mana ni ..”. Getus Nini dalam hati.

Tiba-tiba Nini merasakan ada orang berlalu di sebelahnya. Dia menoleh ke kiri untuk memastikan siapa. Kelihatan Dedi, dengan muka macam tak mandi – selamba masuk kelas.

Terjingkit-jingkit, Nini mendengar reaksi dari dalam kelas. Nak mengintai tak boleh – Makmal Sun tersebut dilindungi kaca gelap. Tiada jerkahan dari Puan Ru.

Hm .. mungkin selamat agaknya”. Nini berbisik sendiri.

Sambil membaca Basmallah, Nini mengatur langkah ke dalam. Dia memandang muka Puan Ru, kemudian melihat ruang kosong untuk duduk.

“Nini .. !! Diri di tempat kamu sekarang”

Satu kelas ketawa. Puan Ru, walaupun dalam garang tetapi nada yang dikeluarkannya berbunyi lucu. Memang caranya begitu. Kadang-kadang, sukar dipastikan sama ada dia berbuat kelakar ataupun sedang marah.

“Kenapa lambat?”. Soal Puan Ru.
“Saya .. er .. saya .. sakit kaki”. Nini memberi alasan.
“Mana ada sakit? Saya tengok OK je”.
“Sakit puan, kat tapak kaki”. Rungut Nini sambil menunjukkan tapak kakinya yang kemerah-merahan kerana berkaki ayam tadi.
“Kamu sakit apa ni Nini? Tak pernah saya tengok orang sakit kaki macam ni. Dah pergi klinik?”
“Belum Puan. Saya pergi lepas kelas ni. Saya tak nak miss kelas Puan”
“Pandailah kamu. Penyakit kamu ni berjangkit?
“Tak, Puan”
“OK kamu boleh duduk sekarang”.

Nini mencari-cari tempat kosong di dalam makmal itu. Yang ada, cuma satu tempat bersebelahan dengan Dedi. Tempat duduk dan komputer di dalam makmal tersebut terbahagi dua – yang mana satu bahagian didominasi oleh siswa manakala satu lagi oleh siswi. Tempat duduk yang kosong tersebut ialah di bahagian siswa. Nini kemudian menuju ke tempat duduk yang kosong tersebut. Kebetulan – sebaris juga dengan kedudukan Radi tetapi di lain bahagian. Sambil berlalu ke tempat duduk tersebut, Nini menunjukkan muka menyinga terhadap Radi. Radi cuma tersengih dan membentukkan jari tangan seperti bentuk “peace”.

Sambil melabuhkan punggung, Nini menoleh ke kirinya – Dedi. Lelaki yang direnungnya itu pun pelik juga orangnya. Jarang bercakap, jarang dilihat berjalan dengan rakan-rakan lain dan jarang sekali memunculkan diri dalam mana-mana program. Nak kata pergi perpustakaan pun – tak pernah. Kerja sambilan pun, tak mungkinlah. Ini Dungun. Pekan kecil. Kalau mahu jadi nelayan mungkinlah. Balik-balik, Pantai Teluk Gadung yang terletak di hadapan kampus, tak pun pasar minggu pada hari Khamis yang menjadi tumpuan pelajar di luar waktu akademik mereka.

“Nini .. kamu dah buat port-scanning belum?”. Lamunan Nini terhenti. Dipandangnya ke hadapan.
“Kalau kamu nak berangan, balik rumah, suruh emak ayah carikan calon. Tak payah belajar”. Sambung Puan Ru lagi.

Satu kelas gelak besar. Memang salah Nini kerana tiba-tiba dia berkhayal.

“Ni semua pasal kau la Dedi. Aku masuk kena tanya dengan Puan Ru. Ko masuk takde apa-apa pun”. Marah Nini dalam hati. Ditolehnya lagi ke arah Dedi. Lelaki tersebut hanya memandang ke arah workstation-nya dengan muka tanpa perasaan tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sedang mengetawakan Nini.

Nini makin geram.

Sunday, January 21, 2007

Kenapa 8 sen..?

Diskripsi wajib

8 sen! Kenapa mesti 8 sen? Bukan 80 sen, 80 ribu sen ataupun 80 juta sen. Ini kerana 8 sen itu adalah sangat sedikit jumlahnya jika dibandingkan dengan 80 sen, sangat-sangat sedikit pula jika dibandingkan dengan 80 ribu sen dan tidak bererti langsung jika dibandingkan dengan 80 juta sen. Tapi ingat!, tanpa 8 sen tidak akan cukup 80 sen, 80 ribu sen ataupun 80 juta sen. Ini adalah karya 'complementary' atau karya pelengkap. 8 sen tidak bersaing dengan karya-karya yang bernilai 80 sen, 80 ribu sen atau pun 80 juta sen. Dan sekali lagi 8 sen adalah karya pelengkap. Bacalah kami, kerana hidup anda tidak akan lengkap tanpanya.

* Ini adalah slogan percubaan sahaja. Kemungkinan amat besar untuk di edit semula di saat-saat akhir.

** Ha ha ha....lihatlah kawan-kawan betapa effisyennya aku...(Sambil mengusap-gusap tanduk di kepala)

Saturday, January 20, 2007

Pusingan 1 - Chapter 2

"Radi.. Radii.. psstt.."
Suara Joyah antara menjerit dan berbisik memanggil-manggil Radi dari luar tingkap bilik Radi yang terbuka.

"Oy Radi.. Oy.. Kau tido lagi ke?"
Karem yang sudah hilang sabar turut mencelah.

"Kejap kejap.. Shh.."
Radi mengelilingi rumah mencari ibunya. 2 kali ditawafnya namun masih tak jumpa. Lega. Dia menyelinap melalui pintu belakang rumah kampungnya itu, keluar mendapatkan Joyah dan Karem yang sudah tak sabar menunggu di bawah pokok ketapang belakang rumahya.

"Kau ni lupeke? Dah mandi belom?"
"Ala.. baru tunggu lima minit dah bising, semalam aku tunggu kau lima belas minit tau, kau pergi membuang"
"Eleh tupun berkira"
"Yela, gemuk! Menyusahkan orang. Asyik nak membuang jek. Sampai aku terlambat balek rumah, kantoi dengan Mak aku, semua kau punya pasal"
"Aku salah makanlah. Yang kau bagi aku makan mangga semalam tu banyak-banyak sapa suruh! Kau punya pasal baliklah!"

"Dah dah, kite ade misi harini. Korang jangan nak spoil mood aku. Aku 'stalait' dahi masing-masing karang. Jom!"
Akhirnya Joyah yang sedari tadi berdiam diri mencelah, menenangkan pertikaman lidah dua sahabatnya. Keduanya terdiam. Radi dan Karem memang kuat bertekak. Joyahlah yang sentiasa menjadi pengaman.

"Eh, kenapa tangan kau Di? Berbirat ni. Kau kene tawan musuh ke semalam? Teruk kau kena ni, Meh aku tengok."
Bergaduh-gaduh juga, tapi Karem memang sentiasa mengambil berat akan sahabat-sahabatnya. Dibeleknya tangan Radi yang masih jelas kesan libasan ibunya semalam.

"Adui, perlahanlah sikit. Sakit Dol"
"Eiii. kesiannya kau. Pembelot pecah rahsia ke?"

Joyah juga mula prihatin.

"Ha-ah. Adik aku tak boleh diharap. Pagi ni die pergi Pengakap, kalau tak memang aku dah ajak korang tabur die dah. Tapikan, belot-belot pun, lebam-lebam jugak die kena cubitan berbisa peringkat ketujuh Mak aku tu, nak suruh dia bukak mulut."


Mereka bertiga berjalan melalui pokok-pokok getah Ah Seng yang kelihatan masih segar ditoreh seawal Subuh tadi. Sambil berjalan mereka mengutip-ngutip buah getah yang gugur di sekitar lantai ladang tersebut. Hanya buah getah yang keras-keras sahaja dipilih. Lagi keras, lagi bagus.
Tiba di sempadan ladang getah, mereka melintasi titi pokok kelapa, menyeberangi anak sungai kecil dan terus menuju ke arah hutan di kaki Bukit Brinchang, tempat bermain kegemaran mereka.

"Eh, Di. Ni kau keluar ni takpe ke?"
Dalam tercungap-cungap bernafas, Karem bertanya memecah kesunyian perjalanan mereka.
"Kau ni Karem, kite dah sampai sini baru nak tanye. Kau nak patah balik hantar die ke?"
"Aku tanya Radikan, ade aku tanya kau?"

Radi menghela nafas.
"Mak aku pergi menolong rumah Kak Ita kenduri kat kampung sebelah tu. Die balik pun petang kot."
"Adik kau tahu?"
"Malas aku nak bagitahu dia. Pepandai lah dia carik nak makan apa tengahari karang."
"Ooo.. Eh kau ade bawak.."
"Shh.. Shh.. diam. Korang dengar tak."

Joyah menyampuk sambil memberi isyarat untuk diam dan berhenti. Tidak jauh dari situ, kedengaran sayup-sayup bunyi kicauan burung-burung dan sayap berkibas-kibas.

"Kita dah sampai! Siap-siap.."
Joyah memberi arahan kepada kedua sahabatnya yang masih lagi cuba mendengar-dengar.

"Aku tak dengar"
Karem bersuara, tidak puas hati.

"Pekak la kau. Kite lastik je dari sini. Aku rase diorang kat atas pokok belakang semak ni."

Radi dengan patuh pun mengeluarkan lastik dan buah getah yang dikutipnya tadi. Dengan berhati-hati Joyah menyelak semak di hadapan mereka. Ternyata sekumpulan burung sedang berkicau di dahan sebuah pohon tidak jauh dari semak tersebut.

"Wah! ops"
Karem menakup mulutnya, tanda senyap. Kagum melihat sekumpulan burung bertenggek di dahan pohon tersebut. Seakan burung-burung plastik di 'fun fair' yang bertenggek menunggu diri ditembak pistol mainan.

"Di, kau aim kat yang tengah tu. Yang gemuk tu kurang bergerak sikit."
Joyah memberi arahan.
Radi mengangguk dan membetulkan posisi lastiknya.
"Tarik banyak sikit Di, nanti tak sampai"
"Oke"
"Tahan napas Di."
"Ha, iye.."
"Aim Di, Aim..."
"Korang diam boleh tak, aku tahu lah"
Radi mengherdik, tidak sabar dengan tekanan yang diberikan oleh sahabat-sahabatnya itu.

Keperitan kecederaan di lengan kanannya tidak menahan Radi untuk beraksi dengan lastik kesayangannya. Setelah yakin dengan sasaran, Radi melepaskan buah getah, peluru untuk lastiknya. Laju buah getah itu melayang, terus tepat mengena sasaran. Bertempiaran terbang burung-burung lain di sekeliling.

"Yes!"
"Wah! Hebat kau Di!"
"Cayalah! Five Di Five!"

Radi membalas menepuk tapak tangan yang dihulurkan Karem. Mereka bertiga pantas menuju kearah di mana sasaran mereka mengena. Karem cepat-cepat menangkap burung yang menggelupur kecederaan itu.

"Aku cakap Aim yang gemuk tuh, ni kecik ni."
Joyah mengkomen burung yang diangkat Karem

"Alah, dapat jugak kan. Bolehlah dari takde"
Radi cuba mempertahankan kemahiran menembaknya.

"Eh korang, kite kene cepat ni, karang haram aku tanak tanggung"
Karem bersuara tegas memperingati Joyah dan Radi.

Joyah bingkas mendapatkan burung berkenaan. Dilipat kepaknya kemas ke badan burung tersebut sambil Radi memegang kepalanya.

"Baca doa, jangan lupa"
pesan Joyah.
"Allahumma BarikhLana..."
"Woy!!"


Karem tersengih-sengih menahan lucunya. Memang sengaja dibaca doa makan untuk menyakat Joyah dan Radi yang sedang bertarung memegang burung tersebut. Dengan cermat dia memulakan penyembelihan.
Karem sudah biasa dengan kerja tersebut. Maklumlah sebagai anak tauke ayam kampung di Kampung Beringin, memang menjadi rutin untuknya membantu ayahnya menyembelih.

Uggun api yang dinyalakan mereka hanya tinggal bara-bara sahaja. 3 sahabat itu khusyuk menikmati hasil buruan mereka sambil diselangi dengan hilai ketawa dan berbual, merancang projek untuk hari berikutnya. Maklumlah, hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi cuti sekolah akan berakhir.

”Eh, aku rase dah nak Asar ni. Sape bawak jam? Mak aku mengamuk karang aku tinggal solat”
Tanya Joyah sambil mencari-cari jam di dalam beg galasnya. Karem yang masih giat mengunyah-ngunyah makanan, menggeleng-gelengkan kepala. Radi pula melihat-lihat kedudukan matahari di sebalik dahan-dahan pokok sekeliling.

”Pthh... huih, kau tak buang habis bulu burung nih. Teruk. Anak dara apa ni.”
”Eleh kau ni banyak songeng. Ingat senang ke nak cabut. Tu kerja lelaki tau.”
Pertahan Radi yang tidak puas hati dengan herdikan Karem.

”Yela yela. Laen kali aku buat. Baru kualiti. Tapikan, burung ape kite makan tadik tu nyeh?”
Karem membelek-belek tulang burung yang di kulum-kulumnya tadi. Radi dan Joyah berpandangan, sambil berfikir sejenak.

”Ntah!”
Jawab mereka serentak. Sekaligus diiringi dengan dekahan tawa mereka. Bergema seisi penghuni hutan Brinchang akan kekecohan yang dibuat 3 sahabat ini.

Apabila reda hilai tawa mereka, Karem mengesat-ngesat air mata dan mulutnya yang comot lalu menyambung,
”Tapikan, aku lapar lagilah..”

”Nak kenyang makan kat rumah!”
Terdiam ketiga mereka oleh suara asing itu.


p/s: Joyah tu nama betul die Hidayah tau

Saturday, January 13, 2007

Pusingan 1 - Chapter 1

Zap..!

Satu sebatan menjilat tubuhnya.

Zappp...!

Sebatan itu hinggap lagi. Berkerut dahinya menahan sakit.

Zapppppp..!
Zaappppppp..!

Bertubi-tubi sebatan hinggap di badannya. Bukan salah ibu mengandung. Barangkali, salah anak yang dikandung. Masuk ini, bukan sekali badannya dijamah sebatan. Malah, sudah berkali-kali. Badannya sudah hampir lali dipukul ibunya. Sudah hampir renyuk kulitnya dijamah sebatan. Setiap kali ibunya naik hangin, Radi lah yang menjadi mangsa. Segala macam bentuk sebatan pernah dirasanya. Getah paip. Penyangkut baju. Tali pinggang. Lima jari tapak tangan. Dua belah kaki. Sebelah kepala lutut. Azabnya.. hanya Yang Maha Esa saja yang tahu. Kali ini, getah paip yang meratah badannya.

Zapppppppppp...!

Kenyang… si getah paip itu.

"Hah... rasakan. Degil..."
"Aduhhhh mak. Sudah mak... sudah. Sakitnya..."

Matanya berair menahan sakit. Pedih. Perit. Betapa azabnya. Walau bagaimana teruk sakitnya pun, Radi tetap tidak mahu mengalirkan air mata di depan ibunya. Biar ibunya puas. Kedua belah lengannya sudah berbirat dilibas ibunya. Segala bekas libasan itu sudah mula timbul bengkak. Kepalanya ditempeleng ke bawah. Badannya sudah terperosok ke ceruk dinding. Akibatnya, Radi terpaksa mencangkung sambil menundukkan kepala. Bimbang kalau-kalau ibunya membantai muka pula. Libasan getah paip tadi hinggap lagi meratah badannya. Pedih. Perit. Maha azab. Kedua tangannya diletak atas kepala. Sebagai benteng penahan sebatan.

Ibunya semakin menggila. Sebatan itu semakin bertubi-tubi meratah badannya. Makin lama, makin rakus. Badannya sudah mahu hilang daya tahan penyakit. Air matanya tetap ditahan kuat. Biar keluar air mata darah sekalipun... takkan sekali dia bersedekah jujuran air mata itu untuk ibunya. Radi sememangnya keras hati. Setiap kali dibantai ibunya, Radi tidak pernah melawan. Bukannya bodoh. Barangkali, dia tidak mahu mencontohi si Tanggang. Malin Kundang apetah lagi.

Ibunya semakin menggila. Lebih-lebih lagi apabila Radi tidak melawan. Anaknya memang berhati kering. Manalah ibunya tidak bertambah geram.

"Degil kau ye.."
"Taknak mak. Sudah.. sakitnya.."
"Biar padan muka kau... aku cakap kau taknak dengar.."
"Sudah mak.. aduh.."

Malam itu, Radi terkulai lemah. Badannya bengkak-bengkak. Puas hati ibunya. Kadang kala, memang dia perlu memberi sebiji dua pengajaran kepada anak sulungnya ini. Keras kepala. Entah perangai siapa yang diikutnya. Bukannya dia tidak sayang akan anak itu, tetapi kadangkala dia sendiri tidak menyedari kemarahannya yang mampu sampai ke tahap yang menakutkan. Barangkali, dia hanya mampu menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya dengan cara itu. Mungkin.

'Kadang-kadang, orang yang paling kita sayanglah yang paling susah untuk disayang..'

* * * * *

Palace of Justice, Putrajaya.

Jam 8 malam. Langit sudah mahu runtuh. Nini masih lagi di ofis. Migrainnya sudah datang menjemput. Terasa kepalanya semakin berdenyut kuat di bahagian kanan. Semacam ada piranha yang sedang meratah gumpalan otaknya. Semacam otaknya semakin mengembang sedikit demi sedikit. Dan semacam... otaknya sudah menolak keluar tengkoraknya untuk melihat dunia. Dunia yang fana. Penuh dengan masyarakat Jahiliyah. Sampah sarap apetah lagi. Berdesing sakitnya bukan kepalang. Urat kepalanya terasa seperti ditarik-tarik. Nini memicit-micit kuat dahinya. Dengan harapan... picitan itu dapat mengeluarkan segala kerisauannya.

Esok... dateline.

Hari ini sudah Jumaat. Tempoh seminggu yang diberi sememangnya tidak mencukupi langsung. Tidak menang tangan Nini dibuatnya. Mana mungkin dapat dia menyiapkan ceritanya dalam satu malam. Ditambah lagi dengan dateline projek Mahkamah, Isnin depan. Macam lipas kudung Nini dibuatnya. Lainlah kalau dia seorang He-Man. Atau pun... gaban. Atau pun juga... ultraman. Tetapi, bila difikir-fikirnya... lebih baik lagi Doraemon. Poket Doraemon yang sehelai sepinggang itu sudah mencukupi untuknya menghabiskan kerja malam ini. Semua sekali.

"Aaarghhh.. macam mana ni... tak siap lagi..!!"

Malam ini malam Sabtu. Putrajaya masih lagi sunyi. Lain benar kalau disamakan dengan Melawati. Atau... KLCC. Atau juga... Midveli. Malam ini, sudah pasti pusat-pusat itu dihurung manusia. Manusia yang tidak kenal erti malam.

"Susahnyeeee nak dapat idea. Idea... datang la idea.."

Radi Nini menepuk dahinya berkali-kali. Mengharapkan idea terpacul keluar dari kulit dahinya. Sekejap dia bangun dari kerusinya. Sekejap dia duduk semula. Ini semua gara-gara mencari idea. Sangkanya senang. Hah.. rasakan. Terkulat-kulat Nini dibuatnya. Memang mencabar tali urat pusat. Ditambah lagi dengan perangai lamanya yang suka buat kerja last minute. Semakin menjadi-jadi tekanannya.

Lama Nini merenung skrin leptopnya. Masih mengharapkan idea terpacul keluar dari skrin putih itu. Lama skrin itu merenung mata Nini. Masih mengharapkan Nini menconteng sebiji dua huruf di mukanya. Mata Nini mula pedih ditenung skrin. Terkebil-kebil matanya memandang skrin 15 inci itu. Sekejap-sekejap matanya digosok.Sekejap-sekejap dia merenung dinding ofis. Ideanya masih kosong. Kosong untuk Projek 8sen ini. Projek yang disertai bersama 7 orang rakannya lagi. Mujur cuma perlu menulis sekali sahaja dalam satu pusingan. Dan, mujur sungguh cuma ada 8 pusingan. Lega hatinya.

Pap..!
Cit.. cit..
Tsit... tsit..

Berdarau darahnya sekejap. Entah dari mana datangnya bunyi itu. Pandang ke kanan... kosong. Pandang ke kiri... empty. Benda yang disangka makhluk itu berbunyi lagi. Jantungnya berdetak laju. Sekejap pandang ke kiri. Sekejap pandang ke kanan.

Prang..!

Tiba-tiba... sebiji piring terjatuh. Jantung Nini berhenti berdenyut. Dadanya makin berdebar-debar. Sudah la dia berseorangan di ofis malam ini. Semua ofismatenya sudah angkat kaki dari pukul 6 petang tadi. Hari Jumaat. Semua pun tidak sudi terpacak di ofis melebihi jam 6 petang. Sanggup apetah lagi. Benda itu berbunyi lagi. Kali ini... lebih dekat. Semacam berdekatan dengannya. Hatinya cemas. Debarannya makin laju. Semacam sudah melebihi had kelajuan yang sepatutnya.

Nini cuba memandang ke atas. Rupa-rupanya...

"Aaaahhh... bodoh la cicak ni. Buat aku terkejut aje.."
"Harghh.. tensyen betul.."

Membuang masa sahaja darahnya berderau tidak tentu pasal. Kalau ada lastik ditangan, alamatnya selamatlah dua ekor cicak itu. Nasib baik di tangannya cuma ada lima pasang jari. Nasib baik. Nasib Nini sememangnya sangat baik. Idea itu... akhirnya menampakkan kelibat. Nini tersenyum sendirian memikirkan cerita yang bakal ditulisnya.

Jarinya mula membuka notepad. Papan kekunci itu ditekannya. Ayat pertama ceritanya bermula.



p/s: Orang ke2... tolong sambung sebagai Chapter 2 yek. Orang ke3... Chapter 3. Selamad menulis. Hah hah hah.. ni cerita ke 4 aku karang. Ayat macam keling. Sila beri tunjuk ajar ye kawan-kawan. Tolong betolkan ayat rojak tu sume. Arigato.

Saturday, January 6, 2007

Update Perjumpaan Pertama

Lokasi: Taman KLCC
Waktu: 3.00 ptg - 6.10 ptg
Cuaca: Hujan rintik-rintik

Akhirnya muka-muka bertujuh telah dapat dipertemukan, Semuanya lawa-lawa dan macho-macho belaka. Cuma sorang aje yang tak dapat menghadirkan diri iaitu Cik Suhaila. Walau apa pun ada beberapa perkara yang telah dipersetujui ketika perbincangan pada petang tadi.

Isu Pertama
Untuk round pertama ni, semuanya setuju untuk memasukkan watak masing-masing kedalam Projek kitab/buku/blook 8sen ni. Aku tak tahu nak panggil apa jadi aku panggil kitab 8sen aje. Kalau korang ada idea-idea yang menarik leh post kan idea korang kat dalam kotak komen. Ok , kalau ikut plan asal ada dua watak aje. Tapi lepas apa yang kita bincang ptg tadi, lepas ni akan ada 8 watak dalam jalan cerita ni. Lapan watak tu adalah korang, jadi korang boleh gunakan nama korang sendiri atau nama pengganti diri untuk menyembunyikan kewujudan diri korang kat alam maya ini. Itu korang decide sendiri. Tapi janganlah guna nama Hang Lemon ke, Cik Siti Wan Kembang ke ataupun Tuk Misai ke, carilah nama yang boleh menglamourkan diri korang sendiri dan menyenangkan pembaca-pembaca.

Isu Kedua
Berkaitan dengan jalan cerita yang telah dipersetujui. Terserah pada famia selaku penulis pertama untuk pusingan ini. Kalau ada sesapa yang tak jelas lagi boleh pegi tukar spek mata atau pada yang tak paham-paham lagi boleh hentak kepala kat aspal jalan. Mana tahu lepas ni boleh paham ke.

Isu Ketiga
Semua orang setuju pasal tempoh kritikal 7 hari tuh. Komitmen korang amat-amat diperlukan. Setiap entri mesti diselesaikan dalam tempoh max tujuh hari. Bukan tujuh likur yer. Jadi kepada sesiapa yang terlebih guna hari sebagai contoh, Lediagli terguna 11 hari untuk menyiapkan entrinya. Maka sebagai penalti, next entri untuk Lediagli due dia adalah 3 hari sahaja. Tapi kalau korang dapat menyiapkannya lebih awal, adalah menjadi tanggungjawab korang untuk memberitahu kepada next writer akan kecekapan dan keeffektifan anda supaya next writer akan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan dan menghabiskan entrinya. Kalau boleh, aku nak cadangkan agar benda ni dipantau. Ada sebarang idea untuk memantau benda ni?

Isu Keempat
Tetiba aje ketika sampai giliran korang untuk menyiapkan entri, waktu tu lah pulak bos korang suruh buat laporan nilah, laporan itu lah, suruh korang siapkan assignment programming korang lah, kucing korang nak beranak lah atau apa-apa sahaja kesibukan yang boleh menghalang ilham korang daripada terkeluar daripada minda korang. Adalah disarankan agar orang yang bertanggungjawab itu untuk mencari pengganti secara suka sama suka. Sebarang penggantian writer hendaklah diupdatekan kedalam blog 8sen.

Isu Kelima
Menurut undian yang telah kita jalankan tadi, berikut adalah keputusannya.

Pusingan Pertama:
Penulis 1 : Famia
Penulis 2 : Dani
Penulis 3 : Darkwan
Penulis 4 : Shah
Penulis 5 : Suhaila
Penulis 6 : Ledi
Penulis 7 : Awi
Penulis 8 : Odja

Sebarang bantahan tidak akan dilayan sama sekali.

Lain-Lain Isu
Jangan segan-segan untuk meluahkan sebarang idea-idea atau cadangan-cadangan atau komen-komen atau apa sahaja yang korang rasa semua orang patut tahu. Ok kat bawah ni aku akan letakkan phone dan email add semua lapan orang yang terlibat dalam projek ni. Sesapa yang pakai YM tuh boleh lah addkan apa-apa yang patut.

1. Famia, 019-2000733 / 017-2247172 * orang glamer biasalah ada dua phone numbers.
harasxt_21@yahoo.com (famiaxz)

2. Dani, 019-6114011
jemputz@yahoo.com

3. Suhaila, 012-2235502
antu800@yahoo.com

4. Lediagli, 012-4457445
eiddamajid@yahoo.com

5. Syafawi, 012-4802079
iwafayz@yahoo.com

6. Odja, 012-3961325
ariouz@yahoo.com, msfadzli@gmail.com

7. Darkwan, 012-3436268
darkwan@mykruk.org

8. Shah @ Qasseh-Hati, 012-6935484
mdshah_80@yahoo.com.my (Yahoo ID: nursejati)

Ok, kalau korang rasa ada benda yang tertinggal tolong updatekan yer....

Wednesday, January 3, 2007

Bluk (Blog Buku) - Part 5

Setiap kontributor 8sen dikehendaki secare wajeb atau wajek untok penohkan tempat kosong di bawah. Deskripsi anda akan dimasukkan ke dalam pengenalan Bluk 8sen. Sila lengkapkan ayat di bawah menggunakan daya kreativiti anda. Semoge bejaye.


Kenapa 8 sen..?

……………………………………………………

(tidak melebihi 180 patah perkataan)


Tarikh tutup: 8 Mac 2007.

Bluk (Blog Buku) - Part 4

Hari tu... aku kepicisan idea nak pikir name hero ngn heroin dan suku sakatnye yang laen. Maka... mereka seperti di bawah telah sudi menghulor sebijik dua bijik name yang ensem lagi begaye buat penggunaan watak 8 Lagi. Kengkorang... tengs.

*KALO ADE LAGI SEBARANG CADANGAN NAME... SILE JANGAN SEGAN SILU CAMPAKKAN DI BAWAH YE. NAME MASEH BOLEH DIROMBAK KEPADA SEBARANG PESEN DAN GAYA BENTOK RUPE JIWE.

(Ni hak suare ramai... ikot suke korang la ye)


Dani
Zaki bin Ahmad
Karim bin Ahmad
Abdul Hadi bin Ahmad
Suhaila binti Mustafa (ibu Sara Diana)
Hidayah binti Mustafa (panggel Jo)
Shahirah binti Sharifuddin (panggel Sasha)
FaraDiba (panggel Bob)
Laila Nabila (ibu Abdul Karem)

Awie
Zul Syazwan Abu Zahid
Sulaiman Mat Tun
Md KhairZulhaidi (ayah Sara Diana)
Haslan Abd Halim
Nadmi MusaSyed Ismail (panggey "Tuah")
Nizam Mat Aris (panggey "Mat Jem")
Asraf Jamaludin (panggey "Polo") (Besfren Abdul Karem kat skola rendah)
Mat Tat..

Suhaila
Seri Bayu.. (Besfren Sara Diana kat skola rendah)
Abu (name glamer Ash)..

Huzai & Eida
Sara Diana (heroin) - panggel radi
Abdul Karem (hero)
Zahrin Zainal (ayah Abdul Karem)

Bluk (Blog Buku) - Part 3

NOMBOR GILIRAN PENULIS

Penulis 1: Famia (Huzai)
Penulis 2: LediAgli (Ida)
Penulis 3: Jemputz (Dani)
Penulis 4: PenaKut (Suhaila)
Penulis 5: Darkwan (Dop)
Penulis 6: Qasey Hati (Shah)
Penulis 7: Awie (Awie)
Penulis 8: Odja (Odja)


PUSINGAN GILIRAN PENULIS

Pusingan 1:
1) Famia
2) Eida
3) Dani
4) Suhaila
5) Dopwan
6) Qasey Hati
7) Awie
8) Odja

Pusingan 2:
1) Odja
2) Famia
3) Eida
4) Dani
5) Suhaila
6) Dopwan
7) Qasey Hati
8) Awie

Pusingan 3:
1) Awie
2) Odja
3) Famia
4) Eida
5) Dani
6) Suhaila
7) Dopwan
8) Qasey Hati

Pusingan 4:
1) Qasey Hati
2) Awie
3) Odja
4) Famia
5) Eida
6) Dani
7) Suhaila
8) Dopwan

Pusingan 5:
1) Dopwan
2) Qasey Hati
3) Awie
4) Odja
5) Famia
6) Eida
7) Dani
8) Suhaila

Pusingan 6:
1) Suhaila
2) Dopwan
3) Qasey Hati
4) Awie
5) Odja
6) Famia
7) Eida
8) Dani
Pusingan 7:
1) Dani
2) Suhaila
3) Dopwan
4) Qasey Hati
5) Awie
6) Odja
7) Famia
8) Eida

Pusingan 8:
1) Eida
2) Dani
3) Suhaila
4) Dopwan
5) Qasey Hati
6) Awie
7) Odja
8) Famia


*Perhatian: Korang sile bagi nick maseng2 kalo ade sebarang petukaran nick ye. Tengs.

Bluk (Blog Buku) - Part 2

Asal Usul 8sen..

Pasti ramai yg terfikir.. kenapa mesti 8sen? Kenapa bukan 5sen ataupun 10 sen? Atau pun juga.. 20 sen. Harga duit 8sen bukannya sesuatu nilai wang yg cukup untuk membeli apa-apa. Sebatang aiskrim pun belum tentu dapat dibeli dengan harga 8sen. Zaman sekarang... harga aiskrim yg paling murah pun bernilai dalam 80sen. Itu pun hanya boleh didapati di kedai ceruk kampung. Mana mungkin boleh diperolehi di bandar yg sebegini maju ini.

Lapan (8) adalah satu nombor yang selalu dipersebutkan untuk pengiraan dan juga percakapan. Satu nombor yang sinonim dengan kehidupan dan juga sumpah seranah. Satu emosi yang berkubur pada nombor 8 patut dirungkai. Jika dalam animasi & kartun, "jenaka bernombor" selalu disertakan dengan nombor 8, bukan tiga, dua atau enam. Lapan. Tetap lapan.

Dalam 8sen ini... terdapat 8 orang pengarang yg berbilang idea. Setiap pengarang mempunyai nilai harga 1sen. Walaupun 1sen ini dipandang semacam sesuatu yg tidak bernilai, namun ia mempunyai nilai yg sangat tinggi. Nilai yg tidak berbelah bagi. Nilai yg tidak mungkin boleh diganti dengan mata wang ringgit USD sekali pun. Nilai 1sen juga merupakan salah satu kontributor matawang rm1 juta. Benar. Ini adalah realiti. Bukan fakta sains.

Dan antara semua matawang syiling Malaysia, hanya matawang 1sen sahaja yang bernilai tinggi. Benar. Jika tidak, masakan duit 1sen diwarnakan dengan warna merah berbanding warna syiling yang lain. Ini bukan kasta matawang. Tetapi, nilai harga yang tinggi pada duit syiling 1sen berbanding duit syiling yang lain.

Jangka masa untuk satu entri:
1 minggu

Panjang satu entri:
Lebih daripada 2 mukasurat DAN tidak melebihi 4 muka surat ATAU cukop 4 muka surat (MS Word)

Font Style: Normal + Arial
Font Size: 10
Line Spacing: 1.5

ATURAN MUKASURAT:
1. Penghargaan
2. Pengenalan Penulis 8sen
3. Pendahuluan / The Making of 8sen
4. Kompilasi Cerita 8sen
5. Akhiran / Penutup Cerita 8sen
6. Cetusan Lidah Penulis 8sen (Suka Duka Penulis Semasa Pembikinan 8sen & Ucapan Terima Kasih)


GARAPAN CERITA

Permulaan: Seorang kanak-kanak lelaki & perempuan, yang membesar di satu perkampungan, tidak mengenali satu sama lain, dan hidup dalam kisah kanak-kanak yang biasa & lucu. Konflik persekitaran contohnya keluarga, dan rakan-rakan yang mematangkan satu sama lain. Tiada perkataan cinta, tiada perkataan sayang, cuma yang terpancar adalah keihlasan dalam kehidupan kanak-kanak yang penuh warna warni. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Tetapi, hidup dalam satu komuniti yang sama. Rangka cerita meliputi kisah mereka daripada kecil sehingga dewasa sehingga cukup 8 pusingan. Mempunyai 8 pusingan cerita di mana setiap satu pusingan, akan mempunyai 8 cerita dari 8 pengarang.

Watak Heroin: Seorang kanak-kanak yang dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang dan kemewahan harta benda tetapi berada dalam kelompok kolot dan agak kekampungan. Menjadi seorang kanak-kanak yang sering dibuli, dan seorang gadis yang comot, tidak pandai bergaya dan anti-sosial. Menyambung pelajaran di IPTA kerana anti kepada sistem pembelajaran di luar negara, sedangkan ibu bapa telah memilih sebuah kolej di UK.Mempunyai pendirian yang tegas walaupun tidak dapat dilihat daripada luaran. Seorang yang penuh dengan adab ketimuran dan kesopanan serta bijak di dalam pelajarannya. Pada masa yang sama adalah seorang yang degil, kuat berpegang teguh pada pendirian sendiri dan sering memberontak dalam diam.

Watak Hero: Kanak-kanak lelaki yang berada di dalam keluarga sederhana, mempunyai ramai kawan, seorang yang nakal, pemalas dan mempunyai IQ bertaraf rendah. Di besarkan dengan kasih sayang dan kepercayaan, menjadi seorang yang agresif. Mempunyai cita-cita yang tinggi tapi tidak mempunyai kelebihan dari segi akademik. Mendapat peluang belajar di IPT yang sama dengan Heroin. Pandai memikat gadis-gadis dengan kelebihan rupa dan wang. Membuat kerja separuh masa untuk menampung kehidupan di IPTA, kerana tabiat boros yang dimiliki.

Watak Sampingan: Unlimited (sukehati pengarang)


RANGKA MASA CERITA

Pusingan 1:
1) Kelahiran watak dari kecil.
2) Sekolah rendah (Darjah 1-3)
3) Hero dan heroin berada dalam satu sekolah yang sama tetapi berlainan kelas.

Pusingan 2:
1) Pembentukan peribadi watak
2) Sekolah rendah (Darjah 4-6)

Pusingan 3:
1) Melangkah ke alam muda remaja
2) Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)
3) Hero masuk sekolah lelaki.
4) Hero masuk sekolah perempuan.
5) Jalan cerita di kedua-dua sekolah berjalan serentak dalam satu masa.

Pusingan 4:
1) Pengaruh alam remaja dalam kehidupan
2) Sekolah Menengah (tingkatan 4-5)

Pusingan 5:
1) Mula melangkah ke alam universiti
2) Belajar selama 4 tahun
3) Ruang lingkup pembelajaran tahun 1-2 di universiti
4) Hero dan heroin berada dalam satu universiti tetapi berlainan kursus.

Pusingan 6:
1) Detik pertengahan di universiti
2) Ruang lingkup pembelajaran tahun 3-4 di universiti.
3) Tahun terakhir di universiti.
4) Watak hero dan heroin dipertemukan buat kali yang pertama.

Pusingan 7:
1) Melangkah ke alam dewasa (Zaman Bekerja)
2) Hero dan heroin mula mencari nafkah dengan cara yang tersendiri.
3) Watak hero dan heroin dipertemukan semula sekali lagi.

Pusingan 8:
1) Sambungan pertemuan hero dan heroin.
2) Happy ending? Atau sad ending..? Akan diperbincangkan ending cerita secara berjemaah bersama kesemua 8 orang penulis.
3) Penutup cerita adalah persetujuan bersama kesemua penulis.

Bluk (Blog Buku) - Part 1

Nama Projek:
8sen

Tajuk Buku:
'8 Lagi…'

Kontributor:
8 orang SAHAJA

Klasifikasi:
Sengal + Seram + Serius + Sedih + Suka + Sebagainya

Objektif:
Menjana daya kreativiti yg membunuh

Vision:
Jangkaan Di Luar Batasan



Sumber Rujukan Idea BerSiri:
Adaptasi daripada kisah kehidupan diri sendiri (pengarang) atau kisah kawan sekitar. Segala jalan cerita haruslah diadaptasi dari kisah benar sendiri. Segala watak dalam cerita ada kene mengena dengan yang hidup atau yang mati.


Sinopsis:
Watak dalam cerita akan ditetapkan. Jalan cerita akan wujud dalam 8 jenis koleksi yg dikarang oleh 8 orang. Ada beginning dan ending yg tersendiri. Hanya akan ada 1 ending dan 1 permulaan sahaja dalam kesemua 8 kompilasi pengarang. Kisah yg disambung2 oleh 8 pengarang. Tapi tetap digarap menjadi satu kompilasi yg sama. Terdapat 8 pusingan dalam satu zaman cerita. Bermaksod setiap sorang pengarang akan mengarang sebanyak 8 kali. Setiap penulis akan diberi ‘time frame’ rangka jalan cerita atau rangka zaman bagi kedua-dua watak hero dan heroin tersebut agar pembentukan watak yang mengikut perubahan zaman dapat dihasilkan dengan sempurna. Contohnya, watak dari bangku sekolah sehingga remaja sehingga menuntut di universiti dan dewasa.

Kompilasi akan dilakukan pada bulan Jun 2007. Cara cerita ini dikarang adalah seperti konsep membuat cerita sambungan oleh orang-orang yg berlainan sehingga cerita itu menjadi lengkap. Suasana dan situasi jalan cerita adalah mengikut kesesuaian pengarang itu sendiri. Tetapi, watak hero dan heroin haruslah watak yang sama di mana kedua-dua watak ini akan wujud dalam ke semua entri yang dikarang oleh penulis. Watak sampingan adalah terpulang kepada daya kreativiti penulis itu sendiri.

Sebuah blog buku (Bluk) akan diwujudkan khas untuk para penulis membuat entri sendiri. Entri ini kemudiannya akan disambung oleh penulis yang berikutnya. Dan seterusnya menjadi kompilasi sebuah cerita yang lengkap. Setiap penulis akan diberi ‘access’ ke dalam blog tersebut. Penghasilan bluk ini akan diberitahu kemudian.



Perhatian:
Jalan cerita adalah bebas dan boleh mengandungi semua unsur U, 18SX, 18PA, 18SG, 18PL dan juge 18PO (poyo). Gaya bahasa haruslah senang difahami dan menggunakan Bahasa Melayu yg betul. Sekiranya menggunakan bahasa rojak atau Manglish (Bahasa Melayu + English), haruslah dijadikan sebagai italic. Gaya bahasa juga adalah sederhana dan tidak terlalu rojak atau pun terlalu skima. Struktur ayat haruslah mudah difahami. Ejaan perkataan haruslah betul dan tepat. Dialog perbualan boleh disertakan sekali berdasarkan daya kreativiti penulis itu sendiri.


Amaran Keras
*Sebarang penggunaan bahasa rojak yang terlampau seperti di dalam IRC dan juga penggunaan bahasa pendek sama sekali tidak dibenarkan.

Contoh:
1) Ai nk kwn ngn yu bley?
2) Smerang tawu psl durian xleh bwk msk dlm otel.



TIME FRAME
1. Launching - 8/1/2007 (Isnin)
2. Kompilasi - 8/6/2007 (Jumaat)
3. Kemaskini Terakhir - 8/7/2007 (Ahad)
4. Release - 8/8/2007 (Rabu)


8SEN PENGKARANG KONFEM:
a) Famia (http://famia.blogdrive.com)

b) LediDa (http://ladyugly.blogspot.com)

c) Jemputz (http://jemputz.blogspot.com)
d) Suhaila
e) Darkwan (http://darkwan.blogspot.com)

f) Qasey Hati (http://www.qasseh-hati.blogspot.com/)
g) Awie (http://iwafays.blogdrive.com)

h) Odja (http://odjaoneinamillion.blogspot.com/)


HASIL USAHASAMA: BlogBridge (http://blogbridge.blogspot.com)