Thursday, October 30, 2008

P3C3 - Dedi Dungu

Tit tit… tit tit…
Tersentak Azmi buat kali yang kedua. Bingkas dia bangun menggagau-gagau kocek seluarnnya untuk mendapatkan telefon bimbit yang semakin kuat berdering.

“Aih.. sapa pulak lah nii..”

Dilonggok-longgokkan segala isi yang ada dari koceknya, dompet, kunci kereta, kunci rumah, resit pembelian barang dan beberapa helai wang ringgit yang bergumpal-gumpal.

“Macam Doraemon jugak kau nih..”, ujar Dedi sinis.

Azmi memperdulikan sindiran Dedi lalu melihat ke skrin telefon bimbit yang akhirnya berjaya di keluarkan.

Incoming call… Nini

Azmi membuat isyarat tangan kepada Dedi yang dia mahu menjawab panggilan tersebut. Dedi mengangguk-anguk dan membuat isyarat, ‘silakan’ tanda setuju.

“Hello?” jawab Azmi.
“Hello Mie, kau busy ke?” suara Nini jelas kedengaran.
I’m OK, nape ni?” tanya Azmi prihatin.
“Takde, aku nak tanye pasal kes penduduk Kampung Sembilang versus pemaju perumahan tuh. Many against One body.. Aku nak confirm, kes nih akan difailkan as One kan, bukan setiap seorang penduduk kena bukak fail, betul tak?” Nini bertanya meminta kepastian.
Let me think.. Aku rasa aku kene tengok la fail tu dulu baru boleh buat keputusan” jawab Azmi sambil mengkerut-kerutkan keningnya.
“Eh, yeke? Erm.. OK. Tomorrow morning at 10, boleh?” cadang Nini.
“Aha.. since you put it that way, takpelah.. I’ll come over kejap lagi”
“Eh takpe takpe, its not due until Thursday pun”
“Its OK, takde hal punye.. tungu I k, bye” ujar Azmi tegas.
“Tapi aku dah nak baliiii”

Klik.

Azmi memotong pendek perbualan tersebut tanpa menghiraukan kata-kata akhir Nini. Di dalam fikirannya hanyalah yang dia perlu pergi dari café tersebut. Dia perlu berfikir dan menelan realiti. Realiti yang memang tak pernah terfikir dik akalnya itu. Inilah peluangnya.

“Dedi, aku kena gerak dulu. Urgent man, sorry.” Azmi meminta diri sambil cuba mengawal riak mukanya supaya tidak tergambar niat disebalik alasan tersebut.
“Ai, takkan takut kot Mie.. baru kena gertak sikit je” ujar Dedi seakan boleh membaca fikiran Azmi.
“Ooo.. kau memainkan aku ye..” suara Azmi kedengaran sedikit lega.
“Tak.. Aku serius” ujar Dedi dengan wajah yang serius.

Berderau darah Azmi dengan keseriusan sahabatnya itu. Jantungnya semakin berdegup kencang. Panic. Gabra. Tuhan sahaja yang tahu apa yang dirasakan Azmi pada ketika itu.

“Aku kena pergi nih.” Jawab Azmi pendek, sambil mengalih pandangannya ke arah jalanraya. Tangannya mengaut barang-barang yang dilonggokkan di atas meja ke dalam kocek seluarnya kembali.
“OK, oooook.” Suara Dedi seperti mengejek.

Azmi memulakan langkah beredar dari café meninggalkan Dedi yang masih menghirup-hirup cappuccino panasnya. Azmi keliru. Sepanjang perjalanannya ke kereta dia masih mempersoalkan benarkah apa yang dia dengar dari mulut Dedi tadi. Ataupun adakah dia tersalah dengar. Runsing.

Azmi menghampiri kereta Waja hitam di hadapannya. Dikeluarkan kunci keretanya dan menekan butang hijau untuk membuka pintu.
“Aih, kenapa pulak nii.” Azmi merengus.
Ditekan-tekan lagi butang hijau kunci keretanya. Tiada respon.
“Argh!! Masa ni lah bateri nak buat hal!!” Azmi menempelak dan berjalan pantas ke tempat duduk pemandu.
Dengan perasaan geram, Azmi membuka pintu menggunakan kunci keretanya. Masih tidak berjaya. Azmi hilang sabar lalu menghantukkan dahinya ke tingkap pemandu kereta tersebut, tanda kecewa.
“Bodohla..”
Perlahan Azmi mengangkat mukanya. Terkejut besar dia apabila melihat seraut wajah yang cemas di dalam kereta tersebut. Gadis Melayu bertudung. Ditanganya kelihatan sedang sibuk mendail2 nombor di telefon bimbitnya.
“Eh.” Azmi ke hadapan kereta dan memeriksa plat kenderaan tersebut. BGY 2054. Bukan keretanya.

Azmi memohon maaf berkali-kali kepada gadis tersebut dalam keaadan malu yang tersangat. Gadis itu sedikit pun tidak berganjak dari posisinya. Terkejut benar barangkali. Rupa-rupanya Azmi tersalah tingkat, keretanya berada di tingkat bawahnya.

Azmi berlalu sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya, di hidupkan enjin dan beredar dari bangunan tersebut. Azmi serabut. Sebaik sahaja hilang rasa malunya, terngiang pula kata-kata Dedi di café sebetar tadi.

“Azmi, aku cintakan kau.”

Hish. Nauzubillah. Banyak kali Azmi beristighfar. Sepanjang perjalanan dia gelisah. Berdebar-debar jantungnya setiap kali memikirkan perkara tersebut. Azmi keliru. Benarkah Dedi menyimpan perasaan terhadapnya. Perasaan seumpama itu. Azmi tersengih sendirian. Kagum juga orang hati kering seumpama Dedi boleh sukakannya. Terdetik juga rasa teruja di dalam hati Azmi.

Why am I flattered?” Tanyanya kepada diri sendiri.
“Salah. Ini salah. Salah disisi syarak. Salah disisi agama. Salah.” Azmi berperang dengan dirinya sendiri.

Berjam-jam juga Azmi memandu tanpa hala tuju. Serabut sangat fikirannya. Akhirnya perjalannya tiba ke penghujung. Perkarangan rumah teres dua tingkatnya di Seri Kembangan. Begitulah Azmi. Jika kerunsingan, jalan penyelesaian yang dicari adalah dengan tidur dan melupakan masalah yang ada. Dia akan reda dan dapat berfikir dengan baik setelah mendapat tidur yang lena, tanpa gangguan.

*****

Palace of Justice, Putrajaya.

“Ish.. mana mamat nih?” Nini kerisauan.
Sudah hampir 3 jam Nini menantikan Azmi di pejabatnya. Perutnya sudah mula berbunyi-bunyi tanda kelaparan. Nini menghiraukan sahaja perutnya yang lapar. Dia lebih risaukan Azmi yang tak kunjung tiba.

Calling… Azmi

Nini mencuba sekali lagi menghubungi telefon bimbit Azmi. Hampa. Dia hanya menerima jawapan dari suara rakaman mesin mengatakan nombor tersebut tiada dalam servis.

Nini sudah tidak keruan. Bermacam-macam andaian telah bermain di dalam otaknya. Setiap kali andaian negatif muncul, Nini akan membanterasnya dengan alasan lojikal yang positif.

Sudah hampir jam 9 malam. Di luar semakin kelam dan sunyi. Keseraman mula menyelinap ke dalam sanubari Nini. Teringat Nini kepada cerita ‘P2’ yang baru ditontonnya kelmarin. Ia berkisarkan penjaga sekuriti yang saiko. Nini cepat-cepat membatalkan fikirannya itu, dan cuba fokus kepada kes Azmi. Teringat Nini kepada panggilan telefon yang diterima Azmi tempoh hari. Doktor? Itulah perkataan yang menghantui fikiran Nini sejak hari tersebut. Apakah Azmi sakit? Nini kenal benar dengan sikap acuh tak acuh dan suka berahsia Azmi. Kerisauannya bertambah kritikal.

“Tak boleh jadi, aku mesti cari dia”

Setelah berkemas, Nini berjalan laju ke tempat letak kereta, masuk ke dalam keretanya dan mengunci pintu. Di pasangkan hands-free kepada telefon bimbitnya, bersedia untuk membuat panggilan kepada sahabat-sahabat dan rakan sekerja yang mengenali Azmi. Nini berkira-kirakan tempat-tempat yang Azmi gemar pergi, lalu dihidupkan enjin kereta dan menuju ke destinasi pertama, Alamanda.

Hampir 2 jam Nini ke hulu ke hilir mejejaki Azmi. Semuanya hampa. Taman Tasik Putrajaya, Jambatan, Masjid, semua diterokanya. Boleh dikira sekitar dari Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Puchong, sampailah ke Subang Jaya dicarinya. Semua tempat yang terfikir dik akal lojik dan tidak lojik semuanya diredah.

“Mie, mana kau niiiih?” suara Nini seakan hendak menangis.

Sudah puas dia menelefon nama-nama di dalam Address Book telefon bimbitnya yang mengenali Azmi. Hinggakan En. Rizal, General Managernya pun digagahi juga ditelefon.

Nini memberhentikan keretanya di stesen minyak Petronas, selepas melepasi tol Sungai Besi. Dia perlu berfikir seketika. Kelaparan, dia masuk ke McDonald’s dan membeli ‘takeawayChicken McNuggets.

Sambil mengunyah-ngunyah makanan, dia berfikir di mana lagi dia nak mencari Azmi. Sambil itu, jemarinya melayari Address Book telefon bimbitnya. Dari satu nama ke satu nama. Sampailah ke nama Dedi, dia terhenti. Nini pernah mengenalkan Azmi kepada rakan universitinya itu dahulu sewaktu secara kebetulan terserempak dengan Dedi di KLCC tidak lama dahulu. Mungkin..

Calling… Dedi Dungu

“Aloo.” Jawab Dedi ringkas.
“Dedi.. kau bizi ke?” ujar Nini sopan.
“Nope.” Dedi menjawab.
“Eh, by any means, kau ade contact-contact Azmi tak semenjak dua menjak nih?”
“Aku lepak dgn dia petang tadi, kenapa?” Dedi bertanya syak.
“Mana dia pergi ae?” suara Nini kerisauan.
“Tadi die dapat phone call, lepas tu blah macam tu aje, rasanya ada hal kerja kot. Die tak cakap nak pergi mana pun.” Jawab Dedi sedikit bingung.
“Aku la yang call dia tadi, aku tunggu-tunggu dia kat ofis sampai malam. Tak datang-datang pun. Aku risau gila. Keliling aku mencarik dia. Phone dia tak dapat pon. Huuuuh.” Nini mengadu.
“Kau dah cuba tengok kat rumah dia?” cadang Dedi.
“Rumah? Tak terpikir pulak. Emh. Ok aku pergi check sana dulu. Thanks.”

Nini menamatkan perbualan walaupun dia tahu dari riak suara Dedi masih mahu menyambung. Nini memusingkan arah kenderaannya menuju ke Seri Kembangan, rumah Azmi. Sepanjang perjalanan, Nini berdebar-debar dan berdoa semoga adalah Azmi di rumahnya. Terfikir juga Nini kenapa dia begitu mengambil berat. Kawan-kawan, macam itulah, sangkanya sendiri.

Sampai di perkarangan rumah Azmi, betullah kata-kata Dedi. Kereta Waja Azmi berada di halaman rumahnya. Tetapi lampu rumahnya tidak menyala pun. Nini masih belum puas hati, dia perlukan kepastian.

“Mie!! Oooo Mie!!”

Di panggil-panggil Azmi beberapa kali. Suaranya memecah keheningan kawasan perumahan tersebut. Namun, tiada jawapan.

Tiba-tiba jiran sebelah rumah Azmi membuka pintu. Keluarlah seorang wanita yang berusia lewat 50-an, berbaju kelawar batik menuju perlahan ke arah Nini.

“Kenapa ni dik, cemas je malam-malam buta nih.” Sapa wanita berkenaan.
“Saya cari Azmi Syed Sulaiman, makcik.” Jelas Nini.
“Imi? Mestilah dia dah tido, kamu ni pun.” Ujar wanita tersebut.
“Azmi di dalam ke makcik?” Tanya Nini lagi.
“Le, elok je dia masuk rumah tadi, bagi salam kat makcik masa makcik tengah siram pokok-pokok ni ha.” jawab wanita tersebut.
“Seharian saya cari dia makcik. Keliling dari Putrajaya sampai Subang Jaya sana tu. Saya call dia tak on telefon pula. Aduh, penat. Makcik pasti Azmi ada di dalam?” Nini masih ragu-ragu.
“Ofkos la. Makcik konfiden. Dari balik kerja ke kamu cari dia?” giliran wanita tersebut pula menyoal Nini
“Ha-ah makcik. Huuuuh..” Nini menghela nafas lega.
“Korang nih, budak-budak muda zaman sekarang, selalu habis kerja malam. Teruknye kerja. Tak boleh rilek-rilek. Ish ish ish.” Suara wanita itu simpati sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Em, balik malam tu sudah biasa sangat, balik pagi tuh kadang-kadang, tak balik langsung tuh baru jarang-jarang, jadi balik awal tu ajaib lah makcik, hehe” Nini berlawak sengal.
“Ahahah, kamu nii..” tersengih-sengih wanita tersebut menampakkan kurangnya 2 batang gigi hadapannya.
“Oke lah makcik, terima kasih, saya minta diri dulu ye.”
“Eh.. kejap.” Wanita itu kelihatan sedang berfikir-fikir lalu menyambung lagi, “Ke tu semalam aa.. eh, kelmarin pun sama jugak..”
“Kenapa Makcik?” soal Nini pelik dengan perilaku wanita itu.
“Si Imi tuh la. Tiap-tiap hari pun selalu die balik masa time macik tengah siram pokok. Hari-hari pun dia bagi salam kat makcik.. tadii.. ade ke ye..”
“Aa, sudah.”

Monday, October 20, 2008

P3C2 - Joyah Derhaka?

Kawan2,

Mohon maaf atas kedhaifan dan kelewatan dalam mempublishkan chapter 2 ini. Tiada sebarang alasan yang dapat diberikan diatas kelewatan ini. Andaikata aku perlu dihukum, cukup lah sekadar membelanjai aku secawan kopi pekat dan mee goreng mamak.

Salam,
Shah

...

Joyah bagaikan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Suhaila sebentar tadi. Joyah bagaikan mahu pitam. Joyah rasa langkahnya seperti tidak berdaya. Joyah seperti tidak boleh berdiri lagi. Joyah mahu menangis. Tapi air matanya tersekat. Joyah mahu menjerit tetapi suaranya tidak mahu keluar. Tapi akhirnya terlantun juga suara kecil hati Joyah memenuhi setiap inci ruang udara.

"Mak! Ampunkan Joyah mak!, ampunkan Joyah mak!"

Joyah seperti histeria. Suhaila dan beberapa kawan yang lain cuba menenangkannya.

"Mak! Mak! Kenapa mesti mak tinggalkan Joyah"

Joyah terus meraung, airmatanya terus tumpah seperti tidak mahu berhenti. Matanya bengkak. Suhaila cuba menenangkan keadaan. Begitu juga dengan teman serumahnya yang lain.

Joyah terus meraung, satu tekanan yang maha hebat dapat dirasakan. Pembuluh darah dikepalanya terasa mengembang. Jantungnya berdegup kencang. Aliran darah terasa bergerak begitu laju. Dunia seakan gelap. Tiada raungan. Tiada jeritan. yang tinggal cuma bunyi denyutan nafas.

Perjalanan dari kota Dublin ke kuala Lumpur menaiki penerbangan Lutfhansa mengambil masa hampir 14 jam. Suhaila, teman yang setia sanggup bercuti dari latihan praktikal semata-mata ingin menemankan Joyah untuk pulang ke kampung halamannya. Menemani Joyah untuk melihat wajah emaknya buat kali yang penghabisan. Biarlah dia menjadi tempat dakap dan tempat tumpah air mata Joyah dalam menanggung kesedihan ini. Sebagai seorang kakak dan sahabat baik, Suhaila tidak sanggup membiarkan Joyah menanggung kesedihan ini sendirian. Suhaila memandang kepada Joyah yang duduk disebelahnya, sejak dari menaiki penerbangan sehingga ke waktu ini sepatah perkataan pun tidak dilahirkan oleh Joyah. Cuma sekali sekali terdengar esak tangis pendam dari Joyah. Matanya membengkak. Air matanya kering. Suhaila sayu. Tapi Suhaila tidak boleh lemah. Suhaila cuba sedaya upayanya untuk tidak menangis. Suhaila kena kuat. Supaya Joyah boleh terus berpaut padanya. Siapa pun yang duduk di tempat Suhaila pasti akan menangis melihat nasib sahabat baiknya yang sedang dilanda malang.

Memori Joyah berputar-putar seperti sebuah mesin memproses masa, mengembalikan segala ingatannya terhadap sebuah peristiwa.

Mak! Oh Mak!

“Mana mak ni?”, sambil anak matanya memandang keliling.

Hampa.

Dik yah, berlari mencari keliling rumah. Dari jauh dik yah melihat kelibat emaknya.

“Mak! adik nak beli kuih karipap makcik Sara kat hujung kampung tu, boleh tak?” Sambil mata dik yah yang bundar itu merenung tepat ke dalam anak mata emaknya dengan penuh pengharapan.

“Tentulah boleh, tapi adik ada duit ke nak beli kuih karipap tu?” balas maknya kembali.

Dik yah lantas menghulurkan tangan sambil menggengam beberapa keping syiling kecil. Emaknya tersenyum sambil mengesat peluh yang mengalir dari dahi si mungil tersebut akibat dari berlari-lari mengelilingi rumah untuk mencari dirinya sebentar tadi.

“Ermm, cukup ke duit adik tu? Berapa syiling yang adik ada?” Tanya emak kepada dik yah.

“Aaa..aaa..aaa…dik yah ada aaa..aaaa..aaa”, jawab dik yah teragak-agak.

“Dik yah ada berapa?”, tanya emaknya lembut.

“Cuba tunjuk pada mak macam mane dik yah kira?”, sambung emaknya lagi.

“Aaa..dik yah ada duit 5 sen dua keping, pastu ada duit 10 sen tiga keping, duit 20 sen ada satu keping. Jumlahnya ada aa…aa…aa…”, dik yah cuba menggunakan kesemua jari kaki dan tangan yang ada untuk mengira. Sekejap-sekejap dia akan menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu.

“Aa…aaaa…aaa adik tahu!, adik ada 60 sen”, sambil dik yah tertawa kegirangan.

“Pandai anak mak,” sambil emaknya mengucup dahi dik yah.

Joyah, masih teringat betapa hangat dan dalamnya kucupan dan kasih sayang emaknya itu. Joyah sebak. Memori-memori ini datang silih berganti seperti DVD 3 in 1. Selepas satu cerita ke satu cerita. Joyah sebal. Dia cuba untuk melupakan kenangan itu buat sementara waktu. Dia tidak bermaksud untuk melupakan kenangan itu buat selama-lamanya. Cuma buat sementara waktu, sehingga Joyah cukup kuat untuk melihat tubuh emaknya buat kali yang penghabisan. Sebelum tubuh emaknya diangkat dan dibawa keluar rumah sambil diiringi oleh sanak saudara dan orang kampung.
Joyah tidak mahu jatuh terjelupuk sekali lagi. Joyah kena kuat. Joyah teringin sekali untuk mengucup dalam dahi emaknya buat kali yang penghabisan. Seperti yang pernah di lakukan oleh emaknya selalu sewaktu dia diusia kanak-kanak dahulu.

Teringat itu, air mata Joyah mengalir.

Rentetan memori terus mengasak minda Joyah tanpa diminta-minta. Tinggal lagi setengah jam sebelum penerbangan Lutfhansa mendarat di KLIA.

Tiba-tiba Suhaila bersuara seakan cuba memujuk kesedihan hati temanya itu.

“Errmm, yah. Akak rasa adalah lebih baik kalau yah dapat mengadiahkan bacaan al-fatihah dan yasin pada……………..”

Suatu petang dik yah pulang ke rumah sambil teresak-esak. Lutut kakinya berdarah akibat terjatuh dari basikal.

Dik yah menangis teresak-esak sambil kedua belah tanganya cuba mengesat-ngesat air mata yang mengalir di pipinya sambil menahan kesakitan luka yang ditanggungnya.

“Mak! Mak! Kaki adik berdarah,” sambil dik yah tersedu-sedu mengadu kesakitan yang di alami pada emaknya. Emaknya dengan segera memeluk dan mendukung dik yah. Dik yah terasa kehangatan pelukan emaknya itu. Sedikit sebanyak kehangatan itu menenteramkan dirinya. Esaknya semakin perlahan cuma sendunya yang masih ada.

“Mak! Betapa pada saat ini yah merindukan pelukan itu mak. Mak! Yah sangat merindui mak. Yah juga sangat menyanyangi mak.

“Yah oh yah, dengar tak apa yang akak katakan tadi? Tanya Suhaila berkali-kali.

“Ya Allah! Astafirullah, sambil Joyah mengesat air matanya yang terus mengalir. Joyah seperti tersedar dari lamunan. Memori silam terus memburunya, seperti tidak mahu melepaskan Joyah dari ikatan dosa-dosa yang pernah dilakukan terhadap seorang emak yang tidak pernah mengharapkan sebarang balasan diatas setiap kasih sayang yang pernah dicurahkan pada dirinya.

Joyah memandang pada Suhaila. “Apa akak cakap tadi?” tanya Joyah pada Suhaila meminta kepastian.

“Ya Allah, tadi akak cakap, lebih baik kalau Yah dapat mengadiahkan bacaan al-fatihah dan yasin pada roh mak. Jangan terlampau banyak menangis kerana tangisan selain daripada takut dan rindu pada Allah swt adalah tanda pada kelesuan iman,” ulas Suhaila sambil kemudiannya Suhaila menghulurkan senaskah Al-Quran kecil pada Joyah.

“Ingat Yah, sebesar manapun dosa kita pada Allah, besar lagi kasih sayang dan cintaNya pada kita. Mohon lah keampunan dari Nya. Insya Allah, Allah akan sentiasa menerima permohonan ampun daripada hamba-hambaNya yang ingin kembali kepadaNya. Seperti mana dari sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ahmad dan Tabrani, Barangsiapa yang mendekati Allah sejengkal, Allah akan mendekatinya sehasta. Barangsiapa mendekati Allah sambil berjalan, Allah akan menyambutnya sambil berlari.” ulas Suhaila lagi.

Joyah menyambut huluran Al-Quran kecil dari Suhaila. Tangannya mengigil. Lidahnya kelu.

“Ya Allah, apa yang telah aku lakukan selama ini?” tanya Joyah pada dirinya sendiri.

Senyap.

Tiada siapa yang dapat menjawab persoalan tersebut. Dunia seperti tempat yang kehilangan warnanya. Tiada wangi bunga-bungaan. Tiada unggas yang berkicau ataupun rama-rama yang berterbangan. Dunia sudah menjadi seperti TV hitam putih. Bila sesuatu sudah tiada warnanya, maka itulah tanda kedukaan.

Air matanya menitik, membasahi lebaran ayat-ayat suci. Setiap kalimat yang dilihatnya itu sebenarnya adalah pengharapan dan cahaya dari Allah menerangi jiwa yang kelam.

Tiba-tiba.

“Please fasten your self belt, we are going to landing in 5 minutes time,” suara kapten penerbangan menandakan penerbangan tersebut sudah tiba ke destinasinya.

“Ya Allah, berikan aku kekuatan,” Joyah berdoa tidak putus-putus.