Monday, March 12, 2007

REVIEW PUSINGAN 1

Chapter 1 (Famia)

Zappp!!!

Satu sebatan menjilat tubuhnya.

Zappp!!!

Sebatan itu hinggap lagi. Berkerut dahinya menahan sakit.

Zappp!!!

Zappp!!!

Bertubi-tubi sebatan hinggap di badannya. Bukan salah ibu mengandung. Barangkali, salah anak yang dikandung. Masuk kali ini, bukan sekali badannya dijamah sebatan. Malah, sudah berkali-kali. Badannya sudah hampir lali dipukul ibunya. Sudah hampir renyuk kulitnya dijamah sebatan. Setiap kali ibunya naik angin, Radi lah yang menjadi mangsa. Segala macam bentuk sebatan pernah dirasainya. Getah paip. Penyangkut baju. Tali pinggang. Lima jari tapak tangan. Dua belah kaki. Sebelah kepala lutut. Azabnya, hanya Yang Maha Esa saja yang tahu. Kali ini, getah paip yang meratah badannya.

Zappp!!!

Kenyang... si getah paip itu.

"Hah! rasakan. Degil..."

"Aduhhhh mak. Sudah mak... sudah. Sakitnya..."

Matanya berair menahan sakit. Pedih. Perit. Betapa azabnya. Walau bagaimana teruk sakitnya pun, Radi tetap tidak mahu mengalirkan air mata di depan ibunya. Biar ibunya puas. Kedua belah lengannya sudah berbirat dilibas ibunya. Segala bekas libasan itu sudah mula timbul bengkak. Kepalanya ditempeleng ke bawah. Badannya sudah terperosok ke ceruk dinding. Akibatnya, Radi terpaksa mencangkung sambil menundukkan kepala. Bimbang kalau-kalau ibunya membantai muka pula. Libasan getah paip tadi hinggap lagi meratah badannya. Pedih. Perit. Maha azab. Kedua tangannya diletak atas kepala. Sebagai benteng penahan sebatan.

Ibunya semakin menggila. Sebatan itu semakin bertubi-tubi meratah badannya. Makin lama, makin rakus. Badannya sudah mahu hilang daya tahan penyakit. Air matanya tetap ditahan kuat. Biar keluar air mata darah sekalipun... takkan sekali dia bersedekah jujuran air mata itu untuk ibunya. Radi sememangnya keras hati. Setiap kali dibantai ibunya, Radi tidak pernah melawan. Bukannya bodoh. Barangkali, dia tidak mahu dirinya mencontohi si Tanggang ataupun si Malin Kundang.

Ibunya semakin menggila. Lebih-lebih lagi apabila Radi tidak melawan. Anaknya memang berhati kering. Manalah ibunya tidak bertambah geram.

"Degil kau ye.."

"Taknak mak. Sudah.. sakitnya.."

"Biar padan muka kau... aku cakap kau taknak dengar.."

"Sudah mak.. aduh!!!"

Malam itu, Radi terkulai lemah. Badannya bengkak-bengkak. Puas hati ibunya. Kadang kala, memang dia perlu memberi satu dua pengajaran kepada anak sulungnya ini. Keras kepala. Entah perangai siapa yang diikutnya. Bukannya dia tidak sayang akan anak itu, tetapi kadangkala dia sendiri tidak menyedari kemarahannya yang mampu sampai ke tahap yang menakutkan. Barangkali, dia hanya mampu menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya dengan cara itu. Mungkin.

'Kadang-kadang, orang yang paling kita sayanglah yang paling susah untuk disayangi..'

* * * * *

Palace of Justice, Putrajaya.

Jam 8 malam. Langit sudah mahu runtuh. Nini masih lagi di pejabat. Sakit kepalanya sudah datang menjemput. Terasa kepalanya semakin berdenyut kuat di bahagian kanan. Semacam ada ikan piranha yang sedang meratah gumpalan otaknya. Semacam otaknya semakin mengembang sedikit demi sedikit. Dan semacam juga otaknya sudah menolak keluar tengkoraknya untuk melihat dunia. Dunia yang fana. Penuh dengan masyarakat jahiliyah. Sampah sarap apatah lagi. Berdesing sakitnya bukan kepalang. Urat kepalanya terasa seperti ditarik-tarik. Nini memicit-micit kuat dahinya. Dengan harapan, picitan itu dapat mengeluarkan segala kerisauannya.

Esok, dateline.

Hari ini sudah Jumaat. Tempoh seminggu yang diberi sememangnya tidak mencukupi langsung. Tidak menang tangan Nini dibuatnya. Mana mungkin dapat dia menyiapkan ceritanya dalam satu malam. Ditambah lagi dengan dateline projek Mahkamah, iaitu pada Isnin depan. Macam lipas kudung Nini dibuatnya. Lainlah kalau dia seorang He-Man. Atau pun gaban. Atau pun juga ultraman. Tetapi, bila difikir-fikirnya lebih baik lagi Doraemon. Poket Doraemon yang sehelai sepinggang itu sudah mencukupi untuknya menghabiskan kerja malam ini. Semua sekali.

"Aaarghhh!!! macam mana ni, tak siap lagi"

Malam ini malam Sabtu. Putrajaya masih lagi sunyi. Lain benar kalau disamakan dengan Melawati. Atau KLCC. Atau juga Midveli. Malam ini, sudah pasti pusat-pusat itu dihurung manusia. Manusia yang tidak kenal erti malam.

"Susahnyeeee nak dapat idea. Idea... datang la idea.."

Nini menepuk dahinya berkali-kali. Mengharapkan idea terpacul keluar dari kulit dahinya. Sekejap dia bangun dari kerusinya. Sekejap dia duduk semula. Ini semua gara-gara mencari idea. Sangkanya senang. Hah.. rasakan. Terkulat-kulat Nini dibuatnya. Memang mencabar tali urat pusat. Ditambah lagi dengan perangai lamanya yang suka buat kerja disaat-saat akhir. Semakin menjadi-jadi tekanannya.

Lama Nini merenung skrin leptopnya. Masih mengharapkan idea terpacul keluar dari skrin putih itu. Lama skrin itu merenung mata Nini. Masih mengharapkan Nini menconteng sebiji dua huruf di mukanya. Mata Nini mula pedih ditenung skrin. Terkebil-kebil matanya memandang skrin 15 inci itu. Sekejap-sekejap matanya digosok.Sekejap-sekejap dia merenung dinding pejabat. Ideanya masih kosong. Kosong untuk projek 8sen ini. Projek yang disertai bersama 7 orang rakannya lagi. Mujur cuma perlu menulis sekali sahaja dalam satu pusingan. Dan, mujur sungguh cuma ada 8 pusingan. Lega hatinya.

Pap!!!

Cit!!! cit!!!

Tsit!!! tsit!!!

Berdarau darahnya sekejap. Entah dari mana datangnya bunyi itu. Pandang ke kanan, kosong. Pandang ke kiri, empty. Benda yang disangka makhluk itu berbunyi lagi. Jantungnya berdetak laju. Sekejap pandang ke kiri. Sekejap pandang ke kanan.

Prang!!!

Tiba-tiba, sebiji piring terjatuh. Jantung Nini berhenti berdenyut. Dadanya makin berdebar-debar. Sudah la dia berseorangan di ofis malam ini. Semua ofismatenya sudah angkat kaki dari pukul 6 petang tadi. Hari Jumaat. Semua pun tidak sudi terpacak di ofis melebihi jam 6 petang. Sanggup apatah lagi.

Benda itu berbunyi lagi. Kali ini, lebih dekat. Semacam berdekatan dengannya. Hatinya cemas. Debarannya semakin laju. Semacam sudah melebihi had kelajuan yang sepatutnya.

Nini cuba memandang ke atas. Rupa-rupanya.

"Aaaahhh!!! bodoh la cicak ni. Buat aku terkejut aje"

"Harghh.. tensyen betul"

Membuang masa sahaja darahnya berderau tidak tentu pasal. Kalau ada lastik ditangan, alamatnya selamatlah dua ekor cicak itu. Nasib baik di tangannya cuma ada lima pasang jari. Nasib baik. Nasib Nini sememangnya sangat baik. Idea itu... akhirnya menampakkan kelibat. Nini tersenyum sendirian memikirkan cerita yang bakal ditulisnya.

Jarinya mula membuka notepad. Papan kekunci itu ditekannya. Ayat pertama ceritanya bermula.


Chapter 2 (Danineh)

"Radi!!! ooohhhh Radii!!! psstt.."

Suara Joyah antara menjerit dan berbisik memanggil-manggil Radi dari luar tingkap bilik Radi yang terbuka.

"Oy Radi.. Oy.. Kau tido lagi ke?"

Karem yang sudah hilang sabar turut mencelah.

"Kejap kejap.. Shh.."

Radi mengelilingi rumah mencari ibunya. 2 kali ditawafnya namun masih tak jumpa. Lega. Dia menyelinap melalui pintu belakang rumah kampungnya itu, keluar mendapatkan Joyah dan Karem yang sudah tak sabar menunggu di bawah pokok ketapang belakang rumahya.

"Kau ni lupeke? Dah mandi belom?"

"Ala.. baru tunggu lima minit dah bising, semalam aku tunggu kau lima belas minit tau, kau pergi membuang."

"Eleh tupun berkira"

"Yela, gemuk! Menyusahkan orang. Asyik nak membuang jek. Sampai aku terlambat balek rumah, kantoi dengan mak aku, semua kau punya pasal"

"Aku salah makanlah. Yang kau bagi aku makan mangga semalam tu banyak-banyak sapa suruh? Kau punya pasal baliklah!"

"Dah dah, kite ade misi harini. Korang jangan nak spoil mood aku. Aku 'stalait' dahi masing-masing karang. Jom!"

Akhirnya Joyah yang sedari tadi berdiam diri mencelah, menenangkan pertikaman lidah dua sahabatnya. Keduanya terdiam. Radi dan Karem memang kuat bertekak. Joyahlah yang sentiasa menjadi pengaman.

Eh, kenapa tangan kau Di? Berbirat ni. Kau kene tawan musuh ke semalam? Teruk kau kena ni, Meh aku tengok?"

Bergaduh-gaduh juga, tapi Karem memang sentiasa mengambil berat akan sahabat-sahabatnya. Dibelek-beleknya tangan Radi yang masih jelas kelihatan kesan libasan ibunya semalam.

Adui, perlahanlah sikit. Sakit Dol"

"Eiii. kesiannya kau. Pembelot pecah rahsia ke?"

Joyah juga mula prihatin.

"Ha-ah. Adik aku tak boleh diharap. Pagi ni die pergi pengakap, kalau tak memang aku dah ajak korang tabur die dah. Tapikan, belot-belot pun, lebam-lebam jugak die kena cubitan berbisa peringkat ketujuh Mak aku tu, nak suruh dia bukak mulut."

Mereka bertiga berjalan melalui pokok-pokok getah Ah Seng yang kelihatan masih segar ditoreh seawal subuh tadi. Sambil berjalan mereka mengutip-ngutip buah getah yang gugur di sekitar lantai ladang tersebut. Hanya buah getah yang keras-keras sahaja yang dipilih. Lagi keras, lagi bagus.

Tiba di sempadan ladang getah, mereka melintasi titi pokok kelapa, menyeberangi anak sungai kecil dan terus menuju ke arah hutan di kaki Bukit Brinchang, tempat bermain kegemaran mereka.

"Eh, Di. Ni kau keluar ni takpe ke?" Dalam tercungap-cungap bernafas, Karem bertanya memecah kesunyian perjalanan mereka.

"Kau ni Karem, kite dah sampai sini baru nak tanye. Kau nak patah balik hantar die ke?"

"Aku tanya Radikan, ade aku tanya kau?"

Radi menghela nafas.

"Mak aku pergi menolong rumah Kak Ita kenduri kat kampung sebelah tu. Die balik pun petang kot?"

"Adik kau tahu?"

"Malas aku nak bagitahu dia. Pepandai lah dia carik nak makan apa tengahari karang."

"Ooo.. Eh kau ade bawak.."

"Shh.. Shh.. diam. Korang dengar tak."Joyah menyampuk sambil memberi isyarat untuk diam dan berhenti.

Tidak jauh dari situ, kedengaran sayup-sayup bunyi kicauan burung-burung dan sayap berkibas-kibas.

"Kita dah sampai! Siap-siap.."

Joyah memberi arahan kepada kedua sahabatnya yang masih lagi cuba mendengar-dengar.

"Aku tak dengar." Karem bersuara, tidak puas hati.

"Pekak la kau. Kite lastik je dari sini. Aku rase diorang kat atas pokok belakang semak ni."

Radi dengan patuh pun mengeluarkan lastik dan buah getah yang dikutipnya tadi. Dengan berhati-hati Joyah menyelak semak di hadapan mereka. Ternyata sekumpulan burung sedang berkicau di dahan sebuah pohon tidak jauh dari semak tersebut.

"Wah! ops"

Karem menakup mulutnya, tanda senyap. Kagum melihat sekumpulan burung bertenggek di dahan pohon tersebut. Seakan burung-burung plastik di 'fun fair' yang bertenggek menunggu diri ditembak pistol mainan.

"Di, kau aim kat yang tengah tu. Yang gemuk tu kurang bergerak sikit."

Joyah memberi arahan.

Radi mengangguk dan membetulkan posisi lastiknya.

"Tarik banyak sikit Di, nanti tak sampai"

"Oke"

"Tahan napas Di."

"Ha, iye.."

"Aim Di, Aim..."

"Korang diam boleh tak, aku tahu lah"

Radi mengherdik, tidak sabar dengan tekanan yang diberikan oleh sahabat-sahabatnya itu.

Keperitan kecederaan di lengan kanannya tidak menahan Radi untuk beraksi dengan lastik kesayangannya. Setelah yakin dengan sasaran, Radi melepaskan buah getah, peluru untuk lastiknya. Laju buah getah itu melayang, terus tepat mengena sasaran. Bertempiaran terbang burung-burung lain di sekeliling.

"Yes!"

"Wah! Hebat kau Di!"

"Cayalah! Five Di Five!"

Radi membalas menepuk tapak tangan yang dihulurkan Karem. Mereka bertiga pantas menuju kearah di mana sasaran mereka mengena. Karem cepat-cepat menangkap burung yang menggelupur kecederaan itu.

"Aku cakap Aim yang gemuk tuh, ni kecik ni." Joyah mengkomen burung yang diangkat Karem

"Alah, dapat jugak kan. Bolehlah dari takde." Radi cuba mempertahankan kemahiran menembaknya.

"Eh korang, kite kene cepat ni, karang haram aku tanak tanggung." Karem bersuara tegas memperingati Joyah dan Radi.

Joyah bingkas mendapatkan burung berkenaan. Dilipat kepaknya kemas ke badan burung tersebut sambil Radi memegang kepalanya.

"Baca doa, jangan lupa," pesan Joyah.

"Allahumma BarikhLana..."

"Woy!!"

Karem tersengih-sengih menahan lucunya. Memang sengaja dibaca doa makan untuk menyakat Joyah dan Radi yang sedang memegang burung tersebut. Dengan cermat dia memulakan penyembelihan.

Karem sudah biasa dengan kerja tersebut. Maklumlah sebagai anak tauke ayam kampung di Kampung Beringin, memang menjadi rutin untuknya membantu ayahnya menyembelih ayam.

Unggun api yang dinyalakan mereka hanya tinggal bara-bara sahaja. Tiga sahabat itu khusyuk menikmati hasil buruan mereka sambil diselangi dengan hilai ketawa dan berbual, merancang projek untuk hari berikutnya. Maklumlah, hanya tinggal dua minggu sahaja lagi cuti sekolah akan berakhir.

”Eh, aku rase dah nak Asar ni. Sape bawak jam? Mak aku mengamuk karang aku tinggal solat,”
tanya Joyah sambil mencari-cari jam di dalam beg galasnya. Karem yang masih mengunyah-ngunyah makanan, menggeleng-gelengkan kepala. Radi pula melihat-lihat kedudukan matahari di sebalik dahan-dahan pokok sekeliling.

”Pthh!!! huih, kau tak buang habis bulu burung nih. Teruk. Anak dara apa ni.”

”Eleh kau ni banyak songeng. Ingat senang ke nak cabut. Tu kerja lelaki tau.”

Pertahan Radi yang tidak puas hati dengan herdikan Karem.

”Yela yela. Laen kali aku buat. Baru kualiti. Tapikan, burung ape kite makan tadik tu nyeh?”

Karem membelek-belek tulang burung yang di kulum-kulumnya tadi. Radi dan Joyah berpandangan, sambil berfikir sejenak.

”Ntah!”

Jawab mereka serentak. Sekaligus diiringi dengan dekahan tawa mereka. Bergema seisi penghuni hutan Brinchang akan kekecohan yang dibuat tiga sahabat ini.

Apabila reda hilai tawa mereka, Karem mengesat-ngesat air mata dan mulutnya yang comot lalu menyambung.

”Tapikan, aku lapar lagilah..”

”Nak kenyang makan kat rumah!!!”

Terdiam ketiga mereka oleh suara asing itu.

p/s: Joyah tu nama betul die Hidayah tau


Chapter 3 (Dop)

“Kenyang dah?”

Radi tidak menjawab. Direnung orang di hadapannya dari atas ke bawah.

“Kenyang atau tidak?”

“Belum.”

Jawab Radi, perlahan. Seakan berbisik. Dilihatnya lagi orang di hadapannya. Merah padam muka orang yang bertentangan dengannya. Matanya kelihatan merah menyala.

“Eh Nini, ko pakai contact lens ek?”

Ha’ah

“Bila ?”

“Dari pagi tadi.”

“Kenapa aku tak perasan ek.”

“Pasal ko tido. Kelas Sistem pagi tadi ko ponteng. Mempadan. Eh cantik tak?”. Tanya Nini sambil menayang-nayangkan matanya yang kelihatan merah itu.

“Cantik gak la. Tapi tak macam ko."

“Terkenan dengan ko lah. Oy, soalan aku ko belum jawab lagi. Ko tak kenyang lagi ke?”

“Belum la”. Ujar Radi sambil merenung dua mangkuk mi sup yang habis dimakannya.

“Nafsu daineso

“Suka aku la .. hihihi

Ha .. suka .. suka. Kita dah lewat dah ni. Tak nampak jam? Dah pukul 2:00 petang dah ni. Kelas Security gantian hari ni. Ko dah lupa ke?

“Alamak .. kenapa ko tak cakap awal-awal? Cargas weh .. cargas ..”

Dengan tak mengesat mulut, Radi terus mencapai beg dan berlari keluar dari kafeteria.

“Radi tunggu aku!!” Nini menjerit. Namun Radi tidak memperlahankan lariannya dan menuju ke Makmal Sun, UiTM Terengganu Kampus Dungun.

“Lari la weh, aku tanak kena duduk luar!!” Radi menjerit dari jauh.

Ko boleh la, pakai kasut sport. Oy .. tunggu la ..”

Nini separuh menjerit. Kemudian ditolehnya kiri dan kanan. Selepas dikira tiada siapa yang memerhatikannya, dia mencabut kasut tumit yang dipakainya dan dijinjing.

“Siap ko Radi .. aku dapat ko .. aku grip tanpa belas kasihan.” Bisik Nini dalam hati, geram.

Radi dan Nini bersahabat baik sejak sama-sama mendaftarkan diri di UiTM Dungun. Mereka ditempatkan dalam bilik yang sama di Kolej Pantai semasa Minggu Orientasi. Walaupun berbeza personaliti, mereka bersahabat baik. Radi aneh orangnya, yang paling jelas dilihat ialah dari segi pemakaian. Lihat sahaja hari ini, dengan baju kurung dan kasut sukan yang dipakai Radi. Selalu juga menjadi bahan perbualan pelajar lain terutamanya siswa tapi Radi memang selamba. Kadang-kadang segan juga Nini dengan perangai rakannya yang seorang itu tapi, entahlah. Bukan tidak pernah ditegurnya tapi Radi buat tak tahu saja. Mungkin juga kerana personaliti mereka yang berbeza ini membuat mereka serasi.

Setibanya di Makmal Sun, Radi memperlahankan langkah. Dari jauh kedengaran suara Puan Ruhaidah, pensyarah subjek Security.

“Dah boleh scan ke belum?”. Lantang suaranya. Tapi tiada siapa yang menjawab.
“Saya tanya .. boleh scan atau tidak." Kali ini lebih keras suaranya.

Nini mematikan langkah. Ini bukan masa sesuai untuk masuk kelas. Kelak dia yang jadi mangsa kemarahan Puan Ruhaidah atau lebih dikenali sebagai Puan Ru di kalangan warga UITM Dungun.

“Macam mana ni ..”. Getus Nini dalam hati.

Tiba-tiba Nini merasakan ada orang berlalu di sebelahnya. Dia menoleh ke kiri untuk memastikan siapa. Kelihatan Dedi, dengan muka macam tak mandi – selamba masuk kelas.

Terjingkit-jingkit, Nini mendengar reaksi dari dalam kelas. Nak mengintai tak boleh – Makmal Sun tersebut dilindungi kaca gelap. Tiada jerkahan dari Puan Ru.

Hm .. mungkin selamat agaknya”. Nini berbisik sendiri.

Sambil membaca Basmallah, Nini mengatur langkah ke dalam. Dia memandang muka Puan Ru, kemudian melihat ruang kosong untuk duduk.

“Nini .. !! Diri di tempat kamu sekarang”

Satu kelas ketawa. Puan Ru, walaupun dalam garang tetapi nada yang dikeluarkannya berbunyi lucu. Memang caranya begitu. Kadang-kadang, sukar dipastikan sama ada dia berbuat kelakar ataupun sedang marah.

“Kenapa lambat?” Soal Puan Ru.

“Saya .. er .. saya .. sakit kaki”. Nini memberi alasan.

“Mana ada sakit? Saya tengok OK je.”

“Sakit puan, kat tapak kaki.” Rungut Nini sambil menunjukkan tapak kakinya yang kemerah-merahan kerana berkaki ayam tadi.

“Kamu sakit apa ni Nini? Tak pernah saya tengok orang sakit kaki macam ni. Dah pergi klinik?”

“Belum Puan. Saya pergi lepas kelas ni. Saya tak nak miss kelas Puan”

“Pandailah kamu. Penyakit kamu ni berjangkit?"

“Tak, Puan”

“OK kamu boleh duduk sekarang”.

Nini mencari-cari tempat kosong di dalam makmal itu. Yang ada, cuma satu tempat bersebelahan dengan Dedi. Tempat duduk dan komputer di dalam makmal tersebut terbahagi kepada dua bahagian di mana satu bahagian didominasi oleh siswa manakala satu lagi oleh siswi. Tempat duduk yang kosong tersebut ialah di bahagian siswa. Nini kemudian menuju ke tempat duduk yang kosong tersebut. Kebetulan sebaris juga dengan kedudukan Radi tetapi di lain bahagian. Sambil berlalu ke tempat duduk tersebut, Nini menunjukkan muka menyinga terhadap Radi. Radi cuma tersengih dan membentukkan jari tangan seperti bentuk “peace”.

Sambil melabuhkan punggung, Nini menoleh ke kirinya, kelihatan Dedi. Lelaki yang direnungnya itu pun pelik juga orangnya. Jarang bercakap, jarang dilihat berjalan dengan rakan-rakan lain dan jarang sekali memunculkan diri dalam mana-mana program. Nak kata pergi perpustakaan pun tak pernah. Kerja sambilan pun, tak mungkinlah. Ini Dungun. Pekan kecil. Kalau mahu jadi nelayan mungkinlah. Balik-balik, Pantai Teluk Gadung yang terletak di hadapan kampus, tak pun pasar minggu pada hari Khamis yang menjadi tumpuan pelajar di luar waktu akademik mereka.

“Nini!! kamu dah buat port-scanning belum?” Lamunan Nini terhenti. Dipandang wajahnya ke hadapan.

“Kalau kamu nak berangan, balik rumah, suruh emak ayah carikan calon. Tak payah belajar.” Sambung Puan Ru lagi.

Satu kelas gelak besar. Memang salah Nini kerana tiba-tiba dia berkhayal.

“Ni semua pasal kau la Dedi. Aku masuk kena tanya dengan Puan Ru. Ko masuk takde apa-apa pun”. Marah Nini dalam hati. Ditolehnya lagi ke arah Dedi. Lelaki tersebut hanya memandang ke arah workstation-nya dengan muka tanpa perasaan tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sedang mengetawakan Nini.

Nini makin geram.


Chapter 4 (Shah)

Woi Nini! Ko suka kat Dedi yer," sergah Radi.

Kelas sudah tamat. Kebanyakkan pelajar mula berpusu-pusu untuk keluar dari bilik makmal sun dan ada yang berkumpul bersama Puan Ru, mungkin mereka hendak bertanya soalan apa yang tidak difahami.

"Dari tadi aku tengok kau tak berkelip memandang Dedi, haaa baru aku tahu kau dah jatuh cinta, cinta pandang pertama," Radi dengan nada separuh mengejek.

"Mana ada, aku cuma pandang tahi lalat yang ada kat muka dia aje. Takkan pandang tahi lalat kau nak jatuhkan hukuman, 'yang aku cinta pada dia'," balas Nini dengan muka kemerah-merahan. Mungkin menahan malu.

Tiba-tiba Dedi melintasi mereka berdua, sempat pula Dedi menegur Radi.

"Eh! cantik kasut awak. Saya rasa lebih sesuai kalau awak tambah satu aksesori lagi, topi pancing. Ha ha ha ha" ketawa Dedi dengan raut muka yang sangat kejam.

Radi dan Nini terkesima, seluruh saluran urat nadi mereka menjadi kejang secara tiba-tiba. Lutut mereka bergetar. Seolah-olah inilah kali pertama mereka bercakap dengan lelaki. Lidah kelu, terdiam tak bersuara.


"Maaf atas lawak bodoh saya yang tak berapa menjadi tadi," tiba-tiba aje raut wajah Dedi berubah, berubah dari sangat kejam kepada sangat kool. Intonasi suaranya juga berubah kepada 'very low pitching'. Radi dan Nini masih lagi terkesima, seperti dirasuk hantu pokok.

"Sebenarnya saya nak ajak awak berdua menyertai perbincangan kumpulan untuk projek Puan Ru ni. Itu pun kalau awak masih belum ada kumpulan lagilah." Sambung Dedi lagi.

Radi dan Nini masih lagi dalam keadaan terkesima. Menjawab iya pun tidak, menjawab tidak pun tidak.

"Takpe, awak balik fikirkan dulu, malam nanti awak sms saya. Ni nombor telefon saya." Hulur Dedi kepada Radi sambil Dedi menyuakan senyuman yang paling manis ke arah Radi. Dengan perlahan Radi mengambil kertas yang mengandungi no telefon bimbit Dedi tersebut.


"Jangan lupa sms saya tau," pesan Dedi kepada mereka berdua sebelum dia sendiri berlalu dari situ.

Radi masih lagi terkesima, manakala Nini sudah mula boleh mengerlip-ngelip kan matanya.

"Hoi! apa tunggu lagi, jom balik. Petang ni kita pergi berbasikal mengelilingi kampus," ujar Nini. Radi seperti masih belum pulih dari terkena sampukan panah arjuna tadi.

"Woi! Radi...ko kenapa ni, jom lah balik." Satu starlait melekap penuh di dahi Radi.

"Woi..kenapa kau starlait aku," jerit Radi kepada Nini.

"Ha ha ha...kau ni mamai lah. Dah jom balik." Balas Nini

"Yer..yer...jom balik." Radi.

Dalam perjalanan pulang, sempat Nini mengusik Radi.

"Haa...nampaknya cempedak sudah jadi nangka, Dedi suka sama kamu, ujar nini dalam slang indon. ha ha ha." tawa Nini berderai semula.

Adush!!! Satu cubitan hinggap di lengan Nini.

Tiba-tiba....

Treet!...Treet!.....
Treet!...Treet!....
(Telefon Bimbit Radi Berbunyi)

Radi melihat pada skrin, kelihatan skrin telefon tersebut memaparkan perkataan 'RUMAH'.

Radi menjawab panggilan tersebut, tiba-tiba kelihatan air mata mulai membasahi pipi Radi. Selesai bercakap melalui telefon, Radi mulai bersuara.

"Ni, aku kena balik ke kampung, aku ada emergency." Sambil Radi mengelap sisa air mata yang masih ada di matanya.


"Tapi kenapa? cuba kau bagitahu aku. At least senang aku nak menjawab dengan lecturer bila diorang tanya aku nanti." Balas Nini cuba mengorek rahsia kenapa Radi menangis. Nini amat mengenali Radi, perempuan ni memang sukar untuk mengeluarkan air mata. Tapi kalau dah sampai tahap menangis, mesti perkara ni sangat menyentuh perasaan Radi.

"Ok, kau ingat Karem, kawan baik aku waktu kat kampung dulu. Dia accident. Mak aku cakap tadi, keadaan dia sangat parah. Motor yang karem tunggang untuk mengangkut ayam terlanggar dengan lori ikan. Aku kena balik nak tengok keadaan dia," jelas Radi.

"Oo Karem yang tempoh hari kau tunjukkan gambarnya pada aku kan," balas Nini.

"Kasihannya dia, aku harap dia tak apa-apa," Nini cuba menunjukkan simpatinya.

"Kau tolong cover apa-apa yang patut yer. Kedatangan kelas tolong sign bagi pihak aku. Kalau ada apa-apa hal yang penting kau roger aje aku kat kampung," pesan Radi lagi.

Malam itu Radi bertolak pulang ke kampungnya di Tanah Rata, Cameroon Highland yang berhampiran dengan hutan Gunung Berincang dengan menaiki bas express. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, ingatannya hanya tertumpu kepada Karem. Hatinya begitu tidak tenang sekali, walaupun mereka sekadar berkawan sahaja, tetapi kadang-kadang Radi terasa seperti seolah-olah ada satu jalinan perasaan yang istimewa antara dia dan Karem. Satu jalinan yang lebih dari sekadar seorang sahabat.

Sepanjang yang dia tahu memang Karem telah mewarisi perniagaan dari bapanya. Menjadi seorang penternak dan peniaga ayam yang berjaya. Manakala satu-satunya kawan perempuan-Joyah yang dia ada telah berjaya melanjutkan pelajarannya di Ireland. Tak lama selepas Joyah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya, Radi pula menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di UITM. Sedar tak sedar dah empat tahun masa berlalu. Begitu pantas masa berlalu.

Tepat pukul 5.30 pagi, Radi tiba di pekan Tanah Rata. Amer Khan, adik kepada Radi telah bersedia menunggu di perhentian bas tanah rata dengan motor kapchainya. Oleh kerana waktu masih terlalu awal untuk Radi ke hospital, mereka pulang ke rumah terlebih dahulu.

Sesampai di rumah, Radi sempat bersarapan dengan kedua-dua ibu bapanya dan adik beradiknya yang lain. Sempat juga Radi bertanya perihal keadaan Karem pada ibunya, lega hatinya bila mengetahui keadaan Karem tidak separah yang disangka. Selesai bersarapan, Radi terus ke bilik untuk berehat. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah kotak lama yang menyimpan banyak khazanah miliknya.

Radi menyelongkar kotak lama tersebut. Dia menemui sebuah buku autograft yang digunakan untuk menyimpan alamat dan kata-kata daripada kawan-kawannya. Dia menyelak-menyelak buku tersebut, sampai di suatu muka surat tiba-tiba Radi tersenyum.


Lantas memori Radi terkenang kembali...

"Ha ha haaaaa haaaa haaaaa," Kareem.

"Hihiii hii...ahaaa... hahhhhaa," Joyah.

"Padan muka kau. Kan aku dah kata, tapi kau tak mahu dengar cakap aku. Kan sekarang dah jatuh berdebub…hah haaa haaaah ahh," gelak Karem lagi.


Chapter 5 (Su)


“Aduhh!!! sakitnya bontot aku. Setan korang gelakkan aku,” merah padam muka Radi menahan kesakitan.

“Ha! ha! ha! ha!” Karim masih lagi menyambung ketawanya. Kelakar benar dia melihat Radi jatuh berdebub betul-betul di hadapannya tadi.

“Ha! ha! ha! ha!” Joyah juga masih ketawa. Di pimpinnya tangan Radi, cuba menolong Radi untuk berdiri sambil tangan yang sebelah lagi mengesat air mata.

“Setan korang. Gelak sampai kuar air mata nampak, ni sudah kes menghina ni. Aduhhhhhhh!!” Radi sudah berdiri. Tangannya pantas mengibas-ngibas daun-daun kering yang melekat pada pakaiannya. Habis calar balar tangannya akibat terkena dahan-dahan manggis. Nasib baik tak patah riuk. Kalau tidak satu hal pulak nak menjawab dengan mak nya nanti.

“Haa tulah, kalu dah perempuan tu perempuan jugak, jangan nak berlagak hero. Lain la aku ni, memang dah sedia dilahirkan sebagai jaguh kampung.. ha! ha! ha! perempuan lembik! Ha! ha! ha!” Karem memicit perutnya menahan ketawa yang masih ada.

Radi menjeling muka Karem. Perkataan ‘perempuan lembik’ itu cukup tajam untuk ditujukan kepada dirinya.

“Aku bukan perempuan lembik la!!!” Jerkah Radi. Tanpa memandang kepada sahabatnya berdua itu, Radi melangkah laju menuju ke rumahnya. Joyah terpinga-pinga. Disikunya Karem. Tidak disangkanya gurauan Karem itu telah mengguris hati Radi.

“Oii Radi! Radi!!! Oii!! Merajuk ke?? Apalah!! sejak bila kau jadi lembik lagi sensitif ni!!” Jerit Karem cuba membakar amarah Radi sambil memandang kalibat Radi yang semakin menjauh.

Joyah berlari-lari anak mengejar Radi yang telah menghilang disebalik pohon-pohon buah-buahan yang pelbagai di kebun bapa Karem itu.

-----------------------------------

Radi tersenyum sambil tangannya pantas menyimpan kembali buku tersebut kembali ketempat asalnya. Masih segar lagi ingatannya terhadap peristiwa yang telah bertahun-tahun berlaku itu.

Kerana kejadian itula dia dibelasah teruk oleh ibunya. Itulah pertama kali dalam hidupnya dia melihat ibunya naik angin sebegitu rupa. Itulah pertama kali dia dibelasah teruk dengan menggunakan getah paip. Bukan dia tidak biasa dimarahi dan dipukul oleh ibunya, tapi ibunya tidak pernah segila itu. Radi pun tidak tahu mengapa kemarahan ibunya sungguh memuncak ketika itu. Takkan hanya kerana dia mengikut Karem dan Joyah ke kebun bapa Karem, ibunya marah sebegitu rupa? Dia tak tahu, dan tak pernah mahu mengambil tahu. Biarlah ia menjadi sejarah sahaja.

“Karem.. karem.. cakap aku lembik konon.. kau pun sama sahaja.. kalau tidak, tak kan kau menggeletar sampai pucat lesi muka masa kena ambush buat barbeque burung dalam kebun Ah Seng dulu. hi! hi! jaguh kampung lah sangat.. hehehehe” Radi berbisik sambil tersenyum sendirian.

Mengingatkan peristiwa mereka bertiga ditangkap oleh Tok Aki, ketua kampung seberang itu, hatinya menjadi sebak. Peristiwa itula yang telah memisahkan mereka bertiga. Memisahkan dia dengan Joyah dan Karem dengan lebih tepatnya.

Gara-gara kejadian itulah, ibunya telah bernekad untuk menghantarnya ke asrama anak-anak yatim dan bersekolah di Bandar Beruntung yang letaknya jauh dari kampung kelahiran nya, dengan alasan mahu Radi menumpukan perhatian pada peperiksaan UPSR yang bakal dihadapinya tahun itu. Radi tiada pilihan lain selain menurut sahaja kehendak ibunya itu. Tetapi walau sejauh mana pun mereka terpisah, yang pasti setiap kali cuti semester, pasti mereka bertiga akan berkumpul bersama dan yang pasti ada sahaja aktiviti baru yang akan mereka lakukan setiap kali berjumpa.

“kak! oo kak! Oii!! gila apa. Tersengih-sengih macam Mat Jenin dapat bini.”
Sebiji starlait singgah didahi Radi.

“Sakit la mangkuk!! Kacau orang je.” Radi cuba untuk membalas, tetapi berjaya dielak Amer. Entah bila Amer duduk disebelahnya pun Radi tidak perasan. Asyik sangat dia melayan perasaan.

“Kau nak apa? Kacau daun la kau ni.” Radi mencebik.

“Nak pergi hospital tak? Waktu melawat dah sampai. Nanti kalau lambat pergi, tak sempat pula akak nak melawat tokey ayam buah hati pengarang jantung pisang emas dibawa belayar akak tu.” Amer cuba serkap jarang.

“Banyak la kau buah hati jantung pisang! Eh, dah boleh pergi ke? Nak pergi sekarang ke? Kau tunggu jap akak tukar baju ek. Sudah-sudah,keluar dari bilik akak ni,” terasa hati Radi berbunga riang. Tidak sabar dia mahu melawat Karem di hospital.

----------------------------

“Tit tit.. tit tit..” telefon bimbit Radi berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dicapainya telefon bimbit yang diletakkan di dalam poket hadapan seluar jeans nya sambil kakinya laju melangkah ke Wad 3.

“Oii!! macam mana dengan karem? Teruk ke? Weh, tadi dlm kelas, Dedi sebok tnye psl ko.. dia mtk no hp ko. sori aku kasik no ko tnpa mtk kebenaran ko dl.. :D”
Sender: Nini
+60123667426

Radi membaca pesanan itu sepintas lalu. Tiada masa untuk membalasnya. Melawat Karem adalah lebih penting dari segalanya.

Kakinya berhenti di carta pesakit diluar Wad 3, cuba mencari nama dan nombor katil yang menempatkan sahabat karibnya itu..

“Yes!! Katil nombor 8.” Bisik Radi.

Langkah kakinya semakin dilajukan sambil matanya memlilau membaca nombor katil para pesakit hinggalah dia berhenti betul-betul dihadapan katil nombor 8. Perlahan-lahan dia menghampiri manusia yang sedang lena tidur diatas katil itu. Direnung nya muka Karem yang bertampal sana sini. Dapat dilihat tangan kanan Karem yang bergantung dan berbalut putih hingga ke siku.

“Huh! nasib baik patah tangan je. alau patah satu badan.. mahu tak kahwin kau sampai tua..hehehe” Radi berbisik kepada Karem walaupun dia tahu Karem tidak mendengarnya.

“Hoi ayam!! Bangun la, tidur saja kerjanya.” Jerkah Radi sambil tangannya pantas menjentik telinga Karem.

“Aduhhh…” Karem mengaduh kesakitan. Matanya dibuka sedikit.

“Oii makcik!!! Bila sampai??” Mata Karem sudah terbuka luas sambil bibirnya menguntum senyuman. Terharu rasanya melihat sahabat karibnya datang melawat.

“Lama dah, sempat la kira berapa round air liur basi kau meleleh.. haa..haa..haa,” gurau Radi.

“Hantu kau.. tak kesian langsung dengan aku yang tengah menderita kesakitan ni.” Balas Karem sambil mejelirkan lidahnya.

“Apa hal la kau ni? macam manalah traktor bajak yang punyalah besar tu pun kau boleh langgar. Berangan kuat agaknya kau ni,” Radi bersuara.

“Kau ni, kalau ye pun cuba la tanya khabar aku dulu ke. Ini tidak, terus fire je tau. Aku bukan berangan la. Tapi masa tu aku tengah tengok si Aini, anak Pak Mail yang duduk hujung kampung tu.. Cantik giler dia sekarang. Tiba-tiba aku rasa macam dah jatuh cinta kat dia la. Itu pasal la aku tak perasan bila masa traktor tu melintas depan aku. hehehehe.” Jelas Karem panjang lebar.

Terkelu Radi mendengar penerangan Karem. Jantungnya berdegup kencang. Cemburukah dia?

**************************

Chapter 6 (Ledi)

Joyah meletakkan beg di lantai, sambil tangannya sibuk membuka tali kasut kulitnya. Tiba-tiba bau tengit menerjah lubang hidung. Joyah terpinga-pinga mencari bau itu

"Inilah dia kerjanya, habis telur aku beli kat kedai Ah Seng!" ibu Joyah melemparkan sebelah kasut sukan ke arah Joyah.

Joyah mengelak. Bau tengit itu makin kuat. Alamak! Baru Joyah perasan, Joyah ada memeram telur dalam kasut, untuk projek sains. Joyah mengelak ala penari rap. Buku Sains PMR terbitan Fajar Bakti terlepas dari tangan. Kasut sukan jatuh sipi-sipi Joyah, tapi telur ayam dalam kasut itu masih disitu.

Hahaha, hebat juga aku mengelak ni! Boleh masuk askar kalau makin hari makin pandai. Boleh sasarkan musuh! Detik Joyah dalam hati.

"Yah buat apa ni? Aku tanya kau ni. Kau buat apa? Aku baru beli je kasut ni, baru sebulan, kau ambik basuh kasut ni! Kau cuba buat apaaaaa?" ibu Joyah menengking.

Joyah menelan air liur dan memulakan bicara.Muka ibunya seperti singa kelaparan.

"Mak tahu tak, bila kita peram telur ni, nanti dia akan jadi ayam, lepas tu, ayam tu bertelur lagi, pastu peram lagi, kaya kita mak, mak cuba tengok Pak Cik Dolah ayah si Karem tu, tokei ayam tu. Karem cakap, dulu ayah dia buat macam tu, sikit-sikit lama-lama banyak la, siap ada ladang ayam lagi tu."

Lega! Joyah menarik nafas. Rasa seperti beban di atas kepala keluar habis bila dapat mengarang dengan bijak dengan cuma satu nafas. Joyah tersenyum. Mesti mak berbangga dengan aku, sebab aku ada perancangan masa depan, detik hati Joyah.

"Apasal lah kau ni bodoh sangat. Kau ingat telur ayam ni boleh menetas ke?”

Raket badminton yang disangkut dipaku dinding dicapai ibu Joyah. Raket dihayun 180 darjah ke badan Joyah. Joyah cuba mengelak. Kali kedua mengelak, cubaan tak berjaya. Joyah terhumban ke lantai. Muka Joyah terpekap ke kasut. Hidung joyah yang agak mancung ala-ala anak mami tu menjunam kearah kasut telur tembelang. Pecah! Slurrppp..Joyah bernafas, sambil teredut cecair telur tembelang projek sainsnya itu.

“Uwekkk”, Joyah termuntah.

Joyah mengelap mulutnya dengan lengan baju kurung putih sekolahnya. Sambil hidungnya cuba menghembus untuk membuang saki baki cecair telur tembelang yang disedutnya tadi, tekak Joyah mual, dan masih memuntahkan isi perut.

Ibu Joyah makin hebat menghayun dan melibas raket badminton ke badan Joyah. Badan Joyah terlalu sakit sehingga sudah kebal, tapi kekebalannya itu akan hilang bila bekas birat itu direnjis air waktu mandi nanti.

Arghhhhhhhhhh!!!

Joyah bangun, tangannya mencapai sebelah lagi kasut sukan yang masih berda di rak kasut. Kaki Joyah dipandu laju.

"Karem!!! turun kau!" Joyah yang busuk dan comot menjerit dari bawah rumah Karem.

"Oi..jap jap.." Karem jenguk kepala melalui tingkap, sambil terkocoh-kocoh membetulkan kain pelikat.

Nampak sahaja Karem di tingkap, Joyah sudah bersedia untuk mensasarkan telur tembelang itu ke arah Karem dari bawah.

Pap! Tepat ke dahi Karem. Pecah.

"Apa ni weh? Cari gado ke Joyah?" Karem tidak puas hati.

"Itu untuk kau! Kau tipu aku! Main-main! Aku punya la peram telur tu, kau tahu tak dateline untuk projek sains ni lagi seminggu? Bedebah punya kawan!" Joyah menghayunkan kakinya ke badan Karem.

Karem elak. Karem senyum. Karem kawal emosi.

Bukk! Sekali lagi perut karem dihunus dengan penumbok. Joyah bergaya ala-ala di gelanggang Taekwondo. Joyah melepaskan tumbukan dengan sekuat tenaga. Tenaga yang juga pernah menobatkan Joyah sebagai gold medalist negeri tiga tahun beturut-turut, dan mungkin tahun hadapan juga.

Karem tertunduk. Perutnya senak. Aku tak boleh tunjuk aku lemah depan minah ni! Tapi, pantang keturunan aku nak pukul perempuan. Kontrol beb kontrol. Karem monolog sendirian. Tangan kanan Karem memegang perutnya. Kuat juga budak perempuan ini!

Karem maju ke hadapan. Menuju ke Joyah.

Pap! Dahi Joyah di stalait Karem. Karem sengih.

Joyah terhenti, terkejut dengan tindakan Karem yang main-main. Geram. Sebiji penumbuk singgah ke perut Karem. Ambil kau!

"Puas hati aku! Kau tipu aku!” Joyah tersenyum walaupon badannya sendiri berbirat-birat.

Joyah pulang dalam tangisan. Sampai hati Karem menipu. Projek Sains sekolah perlu dihantar dalam satu minggu lagi. Projek yang paling hampir dengan realiti akan dinobatkan sebagai pemenang. Joyah adalah antara pelajar terbaik matapelajaran Sains di sekolahnya. Mana mungkin Joyah tewas.

Karem, kau tahu tak kenapa aku pilih projek yang kau cadangkan pada aku? Aku pilih sebab aku suka kau. Kau cakap projek hasilkan telur ayam, aku angguk. Kau cadangkan telur itu diperam dalam kasut, aku ikut. Kau tahu tak, kalau projek ni berjaya, kita akan kaya. Kau dan aku! Kita paling secocok. Kau jadi taukeh ayam daging, aku jadi taukeh ayam telur. Kan seronok tu ? Arghh!! tapi kau tak pernah paham. Lansung tak pernah cuba hendak paham!

Air mata Joyah berlinangan. Mungkin hanya 20 peratus sahaja kerana birat dibelasah ibunya, lagi 80 peratus kerana terlalu kecewa dengan sikap Karem. Kalaulah Radi ada, mesti Radi di pihak Joyah, membelasah si Karem. Tapi kalau Radi ada juga, Joyah tidak akan rapat dengan Karem. Karem sukakan Radi!

Karem, aku benci kau! Aku harap nanti kau cepat-cepat blah dari sekolah ni. Pergi la mana-mana jauh dari sini, kalau kau tak pergi, biar aku saja yang pergi! Aku berazam, aku nak belajar sungguh-sungguh, aku nak dapatkan tempat ke asrama penuh. Biar kau bergelumang dengan ayam-ayam kau sampai mati!

Lagi sebulan peperiksaan PMR akan berlangsung, pelajar-pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran. Dulu Joyah ada Karem dan juga Radi untuk mengulangkaji bersama. Joyah masih ingat mereka bertiga bersengkang mata belajar. Kadangkala di rumah Joyah, atau rumah Karem, kadangkala di rumah Radi. Joyah masih ingat jemput pisang istimewa bersama kopi kisar pekat buatan ibu Karem yang aromanya menusuk hidung dan hirupannya memecah kedinginan malam.

Radi, kau rindu aku tak? Tiba-tiba air mata sakit hati Joyah bertukar menjadi sebak rindu pada seorang sahabat. Seorang kawan yang setia, bebelannya menjadi halwa telinga, kekalutan emosinya menjadi sebuah drama yang ditonton bersama. Bahunya menjadi tempat melempiaskan rasa. Persamaan Radi & Joyah ialah birat-birat di belakang badan, tanda kehebatan mengharung “cabaran anak kampung” Hmm..mungkinkah berulang?

PMR berlalu, sesi bertungkus lumus sudah selesai. Keputusan pon sudah diumumkan Baik Karem, Radi atau Joyah, semuanya mendapat 8A, satu kejayaan yang membanggakan. Radi masih lagi di sana di Bukit Beruntung, Karem masih lagi menjadi musuh Joyah. Joyah sangat bosan berada di rumah. Joyah sudah menjauhkan diri dari Karem. Joyah benci Karem. Benci tapi suka. Pelik.

“Yah! ni ada surat ni haaa,” ibu Joyah bersuara lantang dari halaman rumah.

Joyah kelam kabut menerpa kearah ibunya. Surat di tangan ibunya dirampas. Mungkinkah surat dari kekasih? Joyah ketawa mengekek seorang diri.

TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM BESERI PERLIS SESI 1998

Joyah melompat keriangan! Yes! Aku berjaya! Kau ingat aku belajar seorang aku tak hebat? Ha ha ha. Dalam hati Joyah terdetik sepi dan sayu. Lepas ini Joyah sudah tidak boleh lagi memanjat pokok rambutan, mengail ikan di alor sungai, melastik burung dan macam-macam lagi aktiviti budak kampung. Paling Joyah berbelah bahagi sekali apabila ibu Joyah menjanjikan sebuah skuter bila usia Joyah cukup 16 tahun, dan lulus ujian memandu.

Joyah berazam untuk ketepikan skuter impiannya itu demi sebuah cita-cita dan ketenangan. Ceh! ketenangan konon. Mahu lari dari Karem sahaja. Karem yang juga sebahagian dari memori zaman kanak-kanak Joyah. Kanak-kanak? Sudah remaja kah aku? Joyah senyum. Remaja? Sangat asing bunyinya.

Hati Joyah sangat berdebar-debar. Seperti dirisik teruna idaman. Sekolah yang sangat asing baginya. Sekolah yang hebat menurut kawan-kawannya. Pelik benar mereka semua, berbaju peach berkain coklat, berbaju biru muda dan berkain biru tua seperti pengawas di sekolah lamanya. Ramai senior yang kacak-kacak. Wah! sangat best kalau begini. Mesti teruja untuk belajar.

“Hidayah, ini nombor bilik awak, Desamara Anggun di sebelah hadapan sekali. Ini nombor keluarga pelajar dan ini kelas awak, 4 Makmur. Briefing akan dijalankan jam 5 petang. Di Dewan Sri Beseri kat depan tu. Enjoy ur stay here!” senior yang bertugas di kaunter pendaftaran bertutur laju dan padat.

Joyah meluru ke arah ibu dan ayahnya. Beg yang besar seperti mahu menunaikan haji itu diseret laju. Ayah Joyah memegang sebelah topang beg menolong mengheret. Dalam kesibukan dan kepenatan menyeret beg itu, ayah Joyah bersuara…

“Anak Pak Dolah Ayam pon dapat sambung sini jugak. Tadi abah terjumpa Pak Dolah Ayam hantar anak dia. Napa Yah tak bagitau abah yang anak Pak Dolah pon dapat sini juga? ”

Hah? Jemmmmmmm! Joyah menampar dahi sendiri.

“Woi Telur! kau ngelamun ke. Kalau ngelamun pon, agak-agak la. Ni sampai blocking pintu. Kasut pon tak bukak-bukak lagi..”

“Hah..mana deee..”, lamunan Joyah terhenti.

Gelaran “Telur” yang diberi oleh Karem ketika di MRSM lekat pada Joyah sehingga hari ini. Habis satu batch mereka tahu tentang kisah Joyah memeram telur di dalam kasut. Di MRSM juga, tiada siapa kenal Joyah atau Hidayah, tetapi, Telur adalah seorang pelajar yang sangat glamour dan berfikiran 2/10

Joyah menyeringai. Geram. Walaupon acapkali Joyah memarahi dan mengugut untuk memukul sesiapa yang memanggilnya Telur, tetapi Joyah tetap tewas. Joyah tetap Telur, dan Telur tetap Joyah. Sehinggalah ke Ireland, Hidayah atau Joyah tetap Telur.

Joyah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup. Joyah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Home sweet home. Joyah senyum sendirian.

Komputer peribadi di buka suisnya. Skrin komputer dibiarkan seketika. Joyah ke dapur. Membuat air Nescafe kegemarannya. Di sini tiada lagi kopi kisar seperti di kampungya. Air dihirup perlahan-lahan. Nikmat.

Icon mIRC iaitu laman sembang internet di klik. Sejak berada di Ireland, Joyah lebih senang menghiburkan diri dengan internet, dan laman sembang dari berpeleseran di luar. Joyah dapat mengekspresikan dirinya sehabis mungkin di situ. Boleh menaip sesuka hati.

Kotak mesej berkelip. Ada chatters memesej Joyah. Joyah bosan. Mana pergi kawan-kawan aku yang lain? Boring la nak layan chatters baru! Tetapi jari Joyah tetap mengklik nick chatters itu.

“Hai..boleh kenalan..”

“Boleh je”, Joyah membalas pendek. Terus menukar tetingkap. Assignment belum siap.

“Nama U apa?”, kotak mesej berkelip lagi.

“Joyah..”, pendek dan jelas menunjukkan emosi Joyah yang suram

“Wahh..uniknye nama. Umor bapa?”

“53. Dua tahun lagi bapa saya pencen.”

“Hah?? Tak paham?”

“Awak tanya umor bapa saya, saya jawab la..”

Joyah ketawa berdekah-dekah. Sampai keluar air mata. Joyah tak tahan. Menunduk di kerusi menekan perut. Tiba-tiba.. Pap! kaki Joyah tersadung plug komputer. Joyah teragak-agak, hendak online lagi ataupon tidak. Arghh..tido lagi bes! Dapat mimpi Karem lagi lah best!

Sambil memeluk bantal busuk, Joyah teringatkan Radi. Radi, kau sihat di sana? Kau ingat aku tak? Mesti kau sudah ada pengganti aku kan? Kawan untuk susah, kawan untuk letakkan minyak gamat di luka kau. Tapi aku tahu, kita dah besar, kita cuma ada kenangan, yang terindah...

Chapter 7 (Awi)


“Aku pun rindukan kau Yah,” perlahan ayat itu terluah dari mulut Radi yang sejak tadi termenung ke luar tingkap Wad 3. Seakan terdengar suara Joyah sedang menyapanya. Pemandangannya tertancap ke arah tiga orang kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran di luar sana. Pemikirannya tiba-tiba terkenang ke zaman kanak-kanak mereka. Begitulah jua situasi mereka bertiga ketika masih kanak-kanak.

Radi, Joyah dan Karem.Tiga sahabat sepermainan yang sukar dipisahkan. Hari-hari pasti ada sahaja aktiviti yang dilakukan. Langsung tiada masalah perlu difikir. Tiada assignment yang perlu diselesaikan. Tidak perlu berebut-rebut ke makmal komputer mencari PC demi menyiapkan tugasan. Tidak perlu bangun seawal pagi semata-mata takut ketinggalan bas ke kuliah. Tidak ada kelas-kelas gantian atau pun tutorial siang malam yang perlu dihadiri. Jauh sekali perlu ke library mencari buku rujukan yang entah ada entahkan tidak. Apalagi hendak bersengkang mata di malam peperiksaan menghafal nota-nota padat yang kadangkala tersengaja dibawa masuk ke dewan peperiksaan oleh segelintir pelajar-pelajar yang ”nakal”. Hatta tak perlu nak meratah mee segera semata-mata menunggu wang saku atau pun wang pinjaman MARA dikredit ke akaun bank yang kadang-kadang cepat tapi selalunya memang lambat.

Radi tersenyum sendirian.

”Haih, kenapa kau tersenyum sorang-sorang ni Radi?” Karem bersuara.
Lantas dia memperlahankan radio yang sejak tadi agak kuat kedengaran alunan lagu Harum Subur Di hati dendangan BPR yang begitu diminatinya.

”Ooo kau teringatkan balak lah ni”, Karem cuba meneka.

”Oii, aku lempang kau kang. Memandai je” Suara karem mengejutkan Radi dari lamunannya. Dia berpaling dari tingkap lalu mencari-cari kerusi untuk diduduk.

”Tak main la balak-balak ni. Aku telinga tebal tau.”

”Ke tahi telinga kau tebal? Hahaha,” kuat Karim ketawa.
”Habis, kau tengok ayam mengawan ke kat luar tu? Seronok je kau aku tengok,” Karem cuba mengorek.

Suka benar Karem dengan perkataan ”ayam”. Hidupnya pun dikelilingi ayam. Setiap hari dia akan bangun seawal 5 pagi ke ladang ternakan ayamnya bagi memastikan bekalan-bekalan ayam cukup dan sampai pada waktunya kepada para pemborong. Dia tidak menyesal kerana menolak tawaran memasuki UiTM Shah Alam. Sebagai anak sulung, Karem sedar tanggungjawab terhadap keluarga lebih penting dari dirinya sendiri. Sejak ayahnya kemalangan dan lumpuh separuh badan 2 tahun lalu, dialah yang berusaha menjaga perniagaan ayahnya itu. Karem tidak sanggup hasil titik peluh ayahnya itu jatuh ke tangan orang lain. Biarlah impiannya di khabar pada langit sahaja, walaupun langit tak mendengar.

”Ish kau nih! Aku tengah syok tengok budak-budak tu main la,” Radi memuncung bibirnya ke luar tingkap.

"Teringat lak aku masa kita kecik-kecik dulu. hehe. Kau selalu je kena starlait ngan aku kan? Hahaha,” Radi ketawa terbahak-bahak.

Karem cuba bermuka selamba.

”Eh, mana Joyah sekarang eh?”

”La kau tak tahu lagi ke?” soalan Karem membuatkan Radi terkedu seketika.

”Tahu apa? Joyah dah kawin ke? Dengan orang mana?” Radi cuba membuat andaian.

”Dia dah tak ada,” perlahan suara Karem menjawab. Karem menunduk muka ke katilnya.

”Hah??” Radi tersentak lantas terduduk ke lantai. Matanya tampak berair.

Radi bukanlah seorang yang mudah bersedih. Apatah lagi mengalirkan air mata. Tapi kali ini jelas dia sukar menahan. Kata-kata Karem itu bagai menyentak jantungnya. Dia tidak fikir Karem berbohong dalam hal ini walaupun dia tahu Karem memang pandai berhelah. Itu dulu, fikirnya.

Melihat keadaan Radi itu Karem bingkas menyambung.

”Dia dah tak ada kat sini la. Dia dah pergi Ireland sambung degree kat sana. Hehe,” Karem tersengih menampakkan giginya yang jarang. Seronok hatinya dapat mengenakan Radi.

’Eeeeeee!! Hampeh kau Karem!”, Radi membaling bungkusan buah limau yang sejak tadi dipegangnya. Mujur Karem sempat menyambut.

Wajah ceria Karem itu membuatkan Radi hilang sedikit rasa marah. Wajah itulah yang menjadi kegilaan remaja perempuan kampungnya.

”Aku sepak kaki kau yang tergantung ni baru tau!”

Karem tersengih sambil memegang kakinya. Buat disepaknya betul-betul mahu seminggu dua lagi terlantar disitu. Dua hari di wad tanpa hiruk pikuk ayam-ayam dan kambing ternakannya sudah cukup membuatkan Karem terasa begitu sunyi dan tidak senang duduk. Mujurlah dia tak akan lama disini setelah Doktor Mahfuz yang menemuinya pagi tadi memberitahu keretakan tulang betisnya hanya sedikit. Dia akan dibenarkan pulang berehat di rumah keesokan harinya. Karem lega.

”Aku gurau je la..Well, you know me,” dikenyit matanya ke arah Radi. Karem cuba memujuk.

“Lama betul aku tak tengok kau marah. Hehehe. Sebijik macam cekodok kena penyek”


“Eeeee!” Radi menghampiri Karem.

”Biasa nih!!” satu starlait hinggap di dahi Karem.

”Adoi!!”

”Padan muka!”

”Tapi aku suka..Hehe”, Karem mengosok-gosok dahinya.

“Dah dah jangan nak lebih-lebih. Aku bagi seketul tu pun bersyukur la”

”Eh kau ada nombor henpon Joyah?” Radi menukar topik. Jantungnya seakan sedikit berdebar mendengar perkataan ”suka” dari mulut Karem tadi.

”Mestila ada. Tapi kau tahu tak?” Karem meraba-raba di kiri kanan mencari telefon bimbitnya.

”Mana nak tahu..kau belum cakap,” sepantas kilat Radi memotong ayat Karem.

”Grrrr!!”

Radi tersengih.

”Kau nak ke tak nak ni nombor dia ni?” Karem geram. Diletakkannya balik handphone Nokia 3310 yang agak lusuh warnanya itu di bawah bantal disandarnya.

”Yela yela. Haa cepat sambung,” Radi mengeluarkan telefon bimbit SonyEricson K610i dari kocek depan jeansnya. Ditekan-tekan punat telefon bimbitnya mencari phonebook.

”Takdela. Aku jarang gila mesej ngan dia. Mahal la Di nak mesej dia. 50 sen tu satu sms. Huhu!”, Karem mengeluh.

"Kau ni kedekut memangla”

"Jual ayam kau seekor pun dah boleh beli topup RM5”, perli Radi lagi. Ada tertawa kecik dihujung kata-katanya.


”Aku bukan kedekut la. Aku berjimat. Tak macam budak-budak zaman sekarang ni. Asyik harap duit mak bapak aje. Tengah study lagi pun dah boleh beli henpon canggih manggih. Study asyik kantoi aje” bebel Karem.

”Tapi aku pakai duit loan aku, takpe”, Radi mencelah.

”Aku tak kata dekat kau. Aku kata dekat anak jiran sebelah aku tu la”

”Tipu langsung, rumah kau rumah banglo. Mana ada jiran sebelah. Kandang kambing ada la”

”Oho eh..lupa lak aku..hehe..”

”Ceh!”

Terasa pedas sedikit telinga Radi dek kata-kata Karem itu. Tapi benar kata-kata Karem. Memang situasi begitu seakan sudah biasa di kalangan pelajar-pelajar sekarang termasuklah di UiTM Dungun sekali pun.

”Aa cepatla bagi nombor Joyah. Lupa lagi ke?” Radi bersuara.

Karem cepat-cepat menekan punat telefon bimbitnya mencari nombor Joyah.

"+353851455281”, satu demi satu Karem menyebut nombor Joyah supaya mudah Radi menyimpan ke dalam telefon bimbitnya.

"Nombor aku kau dah ada blom?”, tanya Karem penuh niat.

”Ha ah ada. Kenapa, kau tukar nombor baru ke?”

Radi yang baru sahaja duduk bingkas bangun dan terkocoh-kocoh cuba mengeluarkan semula telefon bimbit dari poket jeans birunya yang agak ketat itu.

”Takdela, aku ingat dah hilang nombor aku. Tak sms atau call aku pun.” Karem menjuih mulutnya.

Radi terdiam.

* * * * *

Chapter 8

Pap..!
Tsit... tsit..

Haargh!

Nini bingkas bangun. Dia terkejut lagi. Ceritanya terhenti. Dia pandang atas, jengah ke kiri, jengah ke kanan. Kali ini tak ada cicak pun. Entah dari manalah datangnya bunyi tu. Setahu Nini, semua rakan sekerjanyadah balik awal tadi. General Managernya, En. Rizal yang memang terkenal dengan ‘stay back’ itu pun sudah pulang tepat pukul 5.30 petang tadi. Mungkin ada hal agaknya.

“Kau buat apa tu?” Tiba-tiba ada suara menegur dari belakang.

Haargh!!

Nini terkejut sekali lagi.

“Hoi! Sial betul kau ni Mie, aku ingatkan ada hantu dalam opis kita nih, kecut perut aku. Dah la idea tgh mencurah-curah, ada pulak bunyi-bunyi. Sial betul,” sentak Nini.

“Aku pun ingat aku tinggal sorang je kat opis. Aku pun dengar juga bunyi-bunyi, ko ingat ko sorang je takut hantu?”

“Oii! bendalah tu jangan la sebut-sebut! Nanti dia datang sungguh baru padan muka.. Syyy…”

“Okay okay, sorry.. sorry..”

“So, what are you doing here at this particular time Nini? Something urgent I guess? Come on la, it is Saturday night. You should be out there enjoying your life.”

“Aaahh! pandai la kau. Nak suruh aku berpoya-poya. Ni ha, tak nampak file bertimbun-timbun ni? Next week is the deadline for me to submit the consultancy project for Hakim Mansor’s Trial. Sepatah haram pun aku tak buat lagi. Satu lagi, aku punya 8 Sen project nih, esok kena submit. Yang kau tu, buat apa kat sini? Tak enjoy?”

“8 Sen? Apa tu?”

“Pasal tu ko jangan tanya lebih-lebih… Nanti dah berjaya aku berketak kat satu Putrajaya.heh heh heh,” bentak Nini pantas.

“Nini… U dah makan? Jom? Tonight is on me.” Azmi menyeringai disela dgn kekekan nakal.

Tit tit… tit tit…

“Hello, Yes, Azmi here. Yeah.. yeah.. I see… Okay, okay.. I’ll go right away… Thank you Doctor.. Yea..No problem. Thanks.” Azmi letak telefonnya semula dalam ‘pouch’nya. Mukanya pucat bagai darah habis disedut lintah. Serba salah dibuatnya. Apapun baginya, dia mesti control macho.

“Mie, what’s wrong? Something bad is it? Need any help?” Nini menunjukkan kerisauannya. Dalam hati sudah menjangkakan pelbagai kombinasi perbualan Azmi sebentar tadi.

“Err! Nini, tader apa. Eh, kau nak pegi makan tak ni?” Ujar Azmi selamba. Tetapi riak mukanya jelas membayangkan soaljawab seribu satu persoalan, kerisauan dan ketakutan.

“Kau jangan tipu aku la Mie, kalau kau sakit gigi pun, satu dunia boleh tau ko tahan sakit. Well, we’ve been friends for many years. I know you and you can trust me.”

“Memanglah. Tapi Nini, Hal ni aku tak pernah cerita kat kau. Aku takut Nini. Aku takut.” Balas Azmi.

“It’s okay Mie. You know whom to look for if you need help. Satu lagi, Aku belum ada selera lagi. Lagipun idea aku tengah rancak ni. Kalau mati idea kang, sampai esok pun aku duduk kat depan laptop nih. Kau pegilah. I know you are in rush. Don’t worry about me okay.”

“Thanks. Wei! aku terpaksa gerak nih. See you next Monday yah!”

Azmi Azmi. misteri betul jejaka seorang ini. Azmi adalah seorang penguam muda ditempat Nini bekerja di Putrajaya. Tidak sampai 2 tahun bekerja, jejaka yang tidak kurang tampannya ini boleh dikategorikan sebagai seorang Casanova. Pantang nampak perempuan berdahi licin, sepantas kilat Azmi akan memainkan peranannya. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan Si Azmi ini.

Itu Azmi. Sebelum ideanya hilang, Nini menyambung ceritanya...

*****************************************


”Takdela..aku ingat dah hilang nombor aku. Tak sms atau call aku pun," Karem menjuih mulutnya.

Radi terdiam. Entah kenapa lidahnya terkelu kali ini. Sudah bertahun dia menunggu saat-saat sebegini. Sudah bertahun jugalah dia berlatih untuk meluahkan perasaannya kepada Karem.

Radi serba salah. Telefon yang digenggamnya terasa berat sekali. Lemah lutut Radi untuk meneruskan kata-katanya. Mahu saja dia pengsan waktu itu. Tapi dia gagahkan juga semangatnya. Kalau tidak sekarang, masakan dapat peluang kedua selepas ini.

“Oy Radi! Ko kenapa nih? Aku tanya kenapa ko tak call aku? Kalau tak sebab aku terbaring ni, memang ko dah kena starlait.” Karem memecahkan suasana.

“Err Karem, aku.. aku..” Radi cuba untuk menyusunkan semula dialog yang pernah dia praktis sebelum ini.

“Ececeh.. Gagap pulak... Kau kenapa Radi? Macam nak cakap sesuatu je? Cuba bagitau aku.”

“Karem! Aku... Aku sayangkan kau, Karem!” Merah padam muka Radi. Matanya merah. Air mata sudah mula bertakung. Tunggu masa saja untuk melimpah. Radi meneruskan kata-katanya. Sudah terlambat untuk menarik balik apa yang dikatakan tadi. Diteruskan juga kata-kata pahit itu.

“Aku betul-betul sayangkan kau, Karem. Aku tak mau kehilangkan kau lagi. Aku ikhlas. Tapi aku sedar, aku bukan seperti Joyah. Dia bijak, dia cantik. Aku pulak... ko tengok nih. Selebet. Serabai. Bodoh. Rupa pun tak ada. Belajar pun tak seberapa. Aku tau Joyah pun suka kat ko. Siapalah aku Karem?” Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Tangisan berterusan tanpa henti.

“Aku tau ko suka kat aku. Aku pun tau Joyah suka kat aku.” Jawab Karem ringkas. Tiada tanda-tanda terkejut pada riak wajah Karem. Bukan Karem tak tahu, memang dia sudah agak dari dulu lagi yang Radi dan Joyah ada menyimpan perasaan terhadapnya. Tiada rasa bangga pada dirinya kerana dua gadis menyukainya. Segala bibit-bibit cinta dan sayang ini timbul sejak mereka ditangkap oleh Tok Aki. Teruk dia dikerjakan Tok Aki. Bukan apa, dia mengaku dia yang memberikan buah fikiran kepada Radi dan Joyah semata-mata untuk menyelamatkan mereka berdua. Karemlah yang mempertahankan Radi bila dia dipukul oleh ibunya. Bukan Radi seorang, dia juga mempertahankan Joyah sekali. Karem juga tahu dulu ibu Radi pernah menyimpan perasaan terhadap ayahnya. Sebab itulah ibu Radi berkeras menghalang Radi menjadi lebih rapat dengan keluarganya. Sebab itu jugalah ibu Radi sentiasa melampiaskan nafsu amarah dan rasa kecewanya terhadap Radi. Kerana itu juga akhirnya Radi dihantar ke asrama anak-anak yatim. Karem tahu semua itu. Ibunya menceritakan segala-galanya selepas ayahnya meninggal dunia.

“Apa? Ko dah tau? Macamana ko tau?”

“Aku bukannya bodoh Di. Dari dulu lagi kau suka kat aku kan? Sejak sebelum kau pindah ke Bandar Beruntung kan? Sejak kita kena tangkap dengan Tok Aki kan? Betul tak Di?”

“Karem! Kenapa kau buat aku mcm ni? Kalau kau dah tau, kenapa kau diam Karem? Kenapa? Sampai hati kau Karem?” Tangisan Radi sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Kalau ikutkan hatinya mahu dicekik Karem masa itu juga. Kalau ikutkan hatinya, mahu dia menjerit sekuat hati. Tetapi, Radi sedar, dia berada di hospital. Dia sedar, siapalah dia untuk memaksa Karem menurut kehendak perasaannya.

“Di, kalau kau kenal aku, kau mesti faham kenapa aku mcm ni. Aku pun tak mau kehilangan kau ngan Joyah. Aku hargai persahabatan kita bertiga. Koranglah tempat aku bersedih. Korang jugaklah tempat aku bergembira. Tambah lagi sejak ayah aku meninggal, aku dah tak ada sapa Di. Aku ada kau dengan Joyah je. Kalau kau nak tau, aku dengan Joyah tak ada apa-apa. Tak ada perasaan langsung lebih dari sahabat. Tak ada beza dengan kau.”

“Tapi Karem, kenapa aku nampak kau dgn Joyah..” Pintas Radi. Tangisannya mula reda.

“Tak ada tapi. Kami jadi rapat sebab ko pindah asrama dulu. Rapat pun bukan sebab perasaan sayang. Rapat sebab keadaan yang menyebabkan kami kongsi segala benda. Alah, samalah rapat macam ko dengan aku masa dulu-dulu. Sama juga macam kau rapat dengan Joyah sekarang. Tak ada beza Radi oii!!” Karem meneruskan hujahnya.

“Karem, aku malu. Macamana aku nak berdepan dengan kau lepas ni? Macam mana aku nak berdepan dengan Joyah? Aku malu. Tapi.. aku tetap sayangkan kau. Aku percaya peluang masih ada.”

“Takpe. Macam nilah. Kau buatlah apa yang kau rasa betul. Aku faham. Cuma aku nak kau faham aku tak dapat berikan apa yang kau harapkan. Aku betul-betul sayangkan persahabatan kita. Aku tak mau sebab ni kau menjauhkan diri. Aku tak mau sebab ni jugak kau putuskan persahabatan dengan Joyah.” Sambung Karem tersenyum.

“Terima kasih Karem. Tapi bagi la aku peluang. Aku yakin suatu hari nanti kau mesti dapat menerima aku.”

“Hehehe... kau goda aku mcm mana pun mesti tak dapat punye." Balas Karem dengan hilai tawa bagaikan tiada apa yang berlaku.

“Eeeeeiii..Hampeh... sempat lagi ko buat lawak ye.. Nak amik nih!” Satu starlait hinggap di dahi Karem. Radi ketawa kembali. Hatinya lapang. Semacam satu beban yang dipikulnya sejak sekian lama hilang dengan tiba tiba. Dia bersyukur Karem tidak marah. Dia bersyukur Karem seperti lelaki lain. Kalau orang lain, semestinya dia sudah dihalau keluar.

“Di, bila kau balik Terengganu? Esok kau kat sini tak?” Tanya Karem. Dia pun lega kerana dapat menangani perkara dengan baik. Memang sudah dia menjangka perkara sebegini pasti tiba.

“Hari ni hari Khamis, Alang-alang aku amik cuti esok. Minggu depan aku balik sana. Kenapa?”

“Aku teringin nak makan ketam masak lemak cili padi...”

“Oy Karem! Kau perli aku ye. Macam la ko tak tau aku tak pandai masak. Nah amik nih..” Satu lagi starlait melayang ke dahi Karem. Kali ini Karem berjaya mengelak. Terburai mereka ketawa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Grrr....
Brrrr..... Brrrrllrr.... Krruk!


Nini tersentak lagi. “Kali ini bunyi apa pulak?” Dilihatnya jam pada penjuru kanan laptopnya. Pukul 3:25 am.

“Hish... biar betul? Dah pukul tiga lebih dah.”

GGrrr....
Brrrrllrr.... Krruk!

“Laa... patutlah aku rasa lain macam.. Tak makan lagi rupanya...” katanya pada diri sendiri sambil menggetu(Aku tak pasti ayat yang sesuai) perutnya yang langsing itu.

Nini menyelongkar laci mejanya. Di dalam laci meja bawah sekali memang tempat dia menyimpan stok makanan untuk kegunaan masa kecemasan seperti waktu sebegini. Manalah nak cari makanan pukul 3 pagi kat Putrajaya ini. Lainlah kat Petaling Jaya ke, kat tengah-tengah Kuala Lumpur ke, boleh la pegi kedai mamak.

“Hah! ada pun. Crispy pun crispy lah.” Rakus sungguh Nini menyentap plastik pembungkus Crispy. Lapar benarlah kononnya. Yelah, tengah hari tadi dia hanya makan pau sebiji. Itu pun Kak Imah front desk yang beri.

Sambil mengunyah Nini baca semula apa yang ditaipnya tadi. Khusyuk betul. Dia pun sudah tidak berapa ingat apa yang ditaipnya. Jarang benar idea datang mencurah-curah sebegini. Nini tersenyum sendirian..

Seingat Nini, kisah Radi, Joyah dan Karem yang ditaipnya memang satu cerita benar. Itupun kerana Nini pernah mengenal rapat rakannya Radi di UiTM Terengganu dulu. Mengingatkan kisah mereka bertiga, Nini teringatkan kisah silamnya yang tidak kurang hebat berbanding dengan kisah Radi.

Seboleh-bolehnya Nini tidak mahu mengingati cerita lamanya. Tetapi apakan daya, makin lama makin kuat ingatannya terhadap peristiwa bertahun-tahun dulu...

Dia bangga dengan apa yang dikecapinya sekarang. Jawatan Penolong Pengarah 1 di Putrajaya cukup untuk menutup segala tomahan yang diberikan oleh saudara-maranya. Cukup untuk membuat kakaknya terdiam. Inilah bukti segala kecekalan dan keperitan yang dialaminya sejak kematian kedua ibubapanya dulu. Hidup Nini bukan seperti apa yang orang lain sangka. Semua orang ingat dia hidup mewah. Makan pakai cukup, apa yang dihajati mesti termakbul. Semua orang tahu Nini adalah anak Dato’ Seri Ismail Mohamad. Anak perempuan Datin Seri Noriani Sulaiman. Tetapi hanya Nini yang tahu siapa dia sebenarnya. Dia hanyalah anak yatim piatu. Selepas kematian ibunya kerana kanser rahim, ayahnya menyusul dengan sakit jantung. Nini terpaksa tinggal dengan kakak dan dua orang adiknya. Dia tahu kakaknya hanya pentingkan wang ringgit. Dia juga tahu, kakaknya cemburu dengan kejayaan akademiknya. Dia tahu sebab itu lah juga kakaknya melayaninya seperti orang gaji.

Nini mula mengenali Datin Seri Noriani semasa dia berada di tahun akhir di UiTM Terengganu. Itupun secara tidak sengaja semasa dia mengarah satu projek komuniti. Dari situ dia mula rapat dengan Datin Seri yang panggilnya "bonda". Datin Seri pula secara kebetulan tidak dikurniakan cahaya mata. Mungkin kerana lewat berkahwin dengan Dato’ Seri Ismail. Mungkin kerana itu mereka menganggap Nini sebagai anak kandung mereka. Kemana saja Dato dan Datin pergi, dibawanya Nini bersama, mereka bangga untuk mengenalkan anak mereka kepada rakan dan kenalan mereka. Maklumlah, anak dara sopanlah katakan.

Bagi Nini, pantang ada cuti. Ada saja tempat yang dibawa ibu dan ayah angkatnya. Bagi Nini sudah lima benua sudah dijelajahinya. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Walaupun begitu, Nini sedar, kemewahan yang ada bukan tiket baginya untuk menonjolkan diri. Tiada alasan untuknya berlagak dengan kejayaan orang lain. Namun dia bersyukur, selepas tamat Diploma di UiTM Terengganu, Nini berjaya melanjutkan pengajiannya di University of Wales, UK. Kalau tidak kerana Ayahanda, mungkin Nini tidak berpeluang langsung untuk menjejakkan kaki kesana.

Trit trit.... trit tri...

Lamunannya terhenti. Ada SMS. Nini terlupa sekejap password utk membuka SMS Inboxnya. Handphone canggih zaman sekarang ini lengkap dengan security system. Payah betul.

+60123552616
wei, ko dh tido ke lum? Jom kuar? Aku tau ko x tdo lg. Aku xleh tdo nih.

“Sape nih? Tak kenal pun?” tanya Nini dalam hatinya.

TAMAT PUSINGAN 1



No comments: