Sunday, December 16, 2007

3rd Meeting

Update Perjumpaan keTiga

Lokasi: Rumah Dani [Taman Selayang]
Tarikh: 15 Dec 2007
Waktu: 11.45pm - 3.15pm
Attendees: Huzai, Dani, DarkWan, Qaseyh


Perjumpaan kali ini.. Walaupun hanya 4 kerat aje yang hadir tapi nekad nak miting jugak. So antara isu-isu yang dibincangkan:


Isu 1 : Watak - Watak Utama

30 minit pertama, kami terpaksa baca balik entry2 8sen yang dulu-dulu sebab masing-masing dah konfiyus dan ingat-ingat lupe. heheh..

DarkWan pernah buat Character Diagram untuk watak-watak yang kita dah wujudkan, tapi dah hilang. Makanya dengan ehsan DarkWan, dia akan buat balik diagram tu and distribute to 8seners, k. Diagram ni sangat membantu nak merefresh balik relationships antara watak-watak and kat mana berlakunya perhubungan tu.

Contoh:
Nini adelah kawan Radi kat UiTM Dungun. Dedi pun diwujudkan masa kat zaman Uni nih jugak. Begitulah hendaknya.

Point Penting mengenai Watak-Watak utama dan Watak-Watak sampingan nih untuk Season 3 and seterusnya akan di utarakan dalam Isu 2, k.

Isu 2 : Rombakan Jalan Cerita

Objektif yang perlu dicapai untuk Season 3 ini adalah:

JOYAH..
- Joyah akan balik ke tanahair (selepas mendengar berita kematian ibunya, yang ditengking masa kat obersi dulu)
- Joyah insaf dari perangai buruk dia.. [clubbing, arak, seksi.. dll]

Watak-Watak
Pewujudan watak2 baru dengan nama khusus adalah perlu dielakkan. Wujudkan watak2 am sahaja.
Dengan kata lain..
Kita fokus untuk memantapkan Watak-watak yang sedia ada, dan pewujudan watak-watak baru sampingan sahaja, tak describe terlalu detail sampai nama penuh, tempat tinggal, pekerjaan, tarikh lahir.. Ala contoh macam pakcik Cleaner ke, Rakan Sekerja ke..
Rephrase kata-kata Qaseyh, pewujudan watak-watak sampingan ini kita cerita sikit-sikit je untuk menguatkan jalan cerita dan kita biarkan pembaca saja yang membayangkan watak-watak itu.

Detail yang perlu ditekankan kita lebihkan pada mendescribe suasana.... supaya pembaca boleh menggambarkan dengan jelas apa yang kita cuba ceritakan.

Isu 3 : 8sen ke WordPress

Huzai dah pun register 8sen ke WordPress. Tapi tak semua entry di pindah kan ke sana lagi. Walaubagaimanapun 8sen.blogspot masih digunakan.

8sen.blogspot -> development, internal comments sesama kita
8sen.wordpress -> final release for Production, kira untuk public reading lah. Publish kat sini bila correction untuk sesuatu episode tu telah di buat.

Isu 4 : Reviewer

Kerja: review setiap 4 episode. Memberi komen dan suggestion bahasa/lojik cerita dll.
Kriteria: ade knowledge bahasa.. tak kisah umo.. komited..

Memerlukan calon seramai 3 orang. Korang bagi suggestions nyeh. Selewat-lewatnya sebelum 15/1... Reviewer kena start review season 1 & 2 dulu sebelom masuk season 3 la kan.. Reviewer akses ke 8sen.blogspot akan diberi lepas 15/1..

Calon [1]: Hani kawan Suhaila

Isu 5 : Format & Konsep Musim ke-3

Panjang: 6-8 ms
Tempoh: 1minggu
*sebarang penalti dahulu akan di reset. hehe..

turn penulis untuk Season 3:
1. Dop
2. Qaseyh
3. Suhaila
4. Ida
5. Awie
6. Odja
7. Xai
8. Dani

#Qaseyh mencadangkan untuk membuat sinopsis.
Tujuan menulis sinopsis adalah untuk mendapat rangka gambaran kasar apa yang akan ditulis oleh penulis. Dengan mereview sinopsis itu ramai-ramai, dapatlah mengukuhkan jalan cerita 8sen nih.

Cara:
First writer akan buat sinopsis,dalam tempoh 3 hari.. Kemudian publish sinopsis tuh. 8seners akan komen sinopsis dalam tempoh 3 hari. Lepas tuh.. writer start menulis dalam tempoh seminggu. Contoh cara menulis sinopsis akan di Email oleh Qaseyh nanti.

Contoh Jadual Season 3:

DarkWan
Mula menulis sinopsis: 25 Dec 2007
Publish sinopsis: 27 Dec 2007
8sen Review n komen sinopsis: 28 Dec - 31 Dec
Mula menulis: 1 Jan 2008
Release Episode 1 Season 3: 7 Jan 2008

Qaseyh:
Mula menulis sinopsis: 1 Jan 2008
Publish sinopsis: 3 Jan 2008
8sen Review n komen sinopsis: 4 Jan - 6 Jan
Mula menulis: 7 Jan 2008
Release Episode 1 Season 3: 13 Jan 2008

..full Jadual akan di release kendian.

Isu 6 : 8sen ke Public

8sen.wordpress akan digunakan untuk public view.
Perihal Domain dan Hosting, akan diserahkan pada Dakwan. Dakwan juga sudah pun menDemo bagaimana untuk publish 8sen.wordpress dengan menggunakan Domain dan Hosting sendiri. Thanks Dop!

Isu 7 : GoogleAdSense

GoogleAdsense adalah meletakkan iklan2 yang dijana oleh Google, dan dengan setiap klik pengunjung ke website kita, kita akan dapatlah sen..

Hal ini masih understudy sebab tak ada yang betul-betul berpengalaman menggunakan GoogleAdsense nih. Tapi.. kite serah pada Dakwan untuk meneraju and sama-samalah kita bace pasal GoogleAdsense nih ae..

Isu 8 : Tips Penulisan

Dari semasa ke semasa Qaseyh akan post tektik2 penulisan yang baik untuk di kongsi bersama. K, Qaseyh...

Isu 9 : Odja

Hasil perbincangan, Odja digugurkan daripada menjadi penulis, juga di downgrade dari akses Admin kepada akses reader aje. K ae Odja..

Ini bermakna.. kita lack seorang penulis.. takkan proceed as 7sen / 8sen-1..
Kena carik writer. Everyone, carik ae.

Kalau boleh lelaki. hensem
Ade komitmen, macam kite2 punye komitmen, heheh.
Ade Akses Internet ofkos, kalau tak cemana dia nak publish and dapat updates kan.

BEFORE JANUARI ENDS!

Monday, May 28, 2007

Round 2 - Chapter 8

“Sabar. Sabar. Cuba cerita satu-satu. Mana tahu aku boleh tolong.”
“Dedi... Aku..”

Dedi sudah dapat mengagak. Ini mesti masalah besar.

"Karem.. dia dah..dia.." Suara Radi berselang seli dengan tangisnya.

"Kenapa dengan Karem, Radi? Aku tak dapat tangkap ayat kau.. cuba bawak bertenang dulu.." Pujuk Dedi.

Tangisan Radi makin menjadi-jadi. Radi bukan boleh dipujuk-pujuk begini. Makin hiba hatinya. Tambahan pula kalau yang memujuknya itu orang-orang yang rapat dengannya. Mana pernah Radi menangis depan rakan-rakannya. Cuma Nini seorang sahaja yang pernah melihatnya menangis. Itu pun disebabkan Karem telah dimasukkan hospital akibat kemalangan dilanggar traktor pembajak sawah. Karem lagi! Ahh..rindunya pada Nini. Rindu sungguh pada temannya yang sudah ketiadaan ibu dan bapa itu.

Sejak majlis konvokasi mereka di UiTM Shah Alam 3 tahun lepas, Radi sudah tidak berhubung lagi dengan Nini. Dengar khabar, rakannya itu telah berpindah rumah. Nombor telefonnya juga sudah tamat perkhidmatan. Ninilah tempat penghibur duka dan lara sejak ketiadaan Joyah ke Ireland. Ninilah tempat dia berkongsi masalah. Nini, anak angkat Dato' Seri Ismail Mohamad dan Datin Seri Noriani Sulaiman. Nurul Ardini, aku rindukan kau. Tetapi, sekarang ini Nini tiada di sini. Menyedari kenyataan itulah hati Radi makin menjadi hiba. Mujur ada Dedi.


"Radi.." Panggil Dedi perlahan.

Sesekali dilihatnya Radi menyeka tangisan di hujung matanya. Kelihatan hidung Radi sudah semakin merah. Sepanjang perkenalannya dengan Radi sejak di UiTM Dungun dahulu, ini merupakan kali pertama dia melihat air mata Radi tumpah kerana seorang lelaki. Mana pernah dia melihat temannya itu menangis atas perkara kecil sebegini. Hampir gugur juga kelakiannya melihat Radi menangis sebegini. Hiba sungguh hatinya. Barangkali, Karemlah lelaki pertama yang berjaya membuatkan Radi jadi begini. 'Hebat kau Karem', fikir Dedi. Teruk betul penangan cinta rupanya.

"Radi..ceritalah dekat aku.." Pujuk Dedi lagi.

Radi mengangkat mukanya dan memandang Dedi. Matanya sudah hampir bengkak akibat menangis yang terlampau. Sesekali dihembus hidungnya pada tisu dalam tangan tas tangannya. Dia merenung Dedi di hadapannya. Fikirannya berserabut. Pelbagai masalah ingin diluahkan pada Dedi ketika itu. Namun, suaranya tersekat tidak mahu keluar. Direnungnya saja Dedi di hadapannya.

"Eh.. janganlah pandang aku macam tu.. ngerilah Radi.. macam nak telan aku je" Dedi cuba berseloroh.

Radi tergelak kecil. Dedi memang pandai bergurau. Pandai mengambil hati kawan. Sebab itulah di UiTM Dungun dahulu, ramai yang meminati Dedi. Dan sebab itulah Radi sentiasa berasa selesa untuk berkawan dengan Dedi di UiTM dahulu. Radi, Nini dan Radi. Kemana-mana sahaja pasti bersama. Sama seperti keadannya di kampung ketika bersama Karem dan Joyah. Ah.. Karem lagi! Serta merta fikirannya ditumpukan pada Dedi. Kalau tidak silap Radi, semasa zaman belajar dulu, Nini memang pernah menyatakan pada Radi yang dia meminati Dedi dalam diam. Dan ingatan itu serta merta membuatkannya teringat kembali pada Nini. Teman rapatnya itu di mana sekarang. Sambil menyeka sisa air matanya, dia mengeluarkan suara.

"Dedi.. aku rindu Ninilah.." Radi bersuara.

"Hah..?! Nini..?" Dedi membuat air muka pelik. Biar betul Radi ini.

"Aku dah lama tak jumpa dia.. aku rindukan dia. Sangat-sangat.." Air mata Radi tumpah lagi.

"Laaa budak ni.. kau nangis sebab Karem ke sebab Nini ni.. aku confius lah.." Dedi.

Hairan Dedi dengan temannya seorang ini. Sangkanya Radi mahu bercerita perihal Karem. Ini tidak. Nini pula yang disebut-sebutnya. Bukankah Radi dan Nini berkawan rapat semasa zaman belajar dulu. Masakan Radi tidak tahu langsung perkembangan Nini.

"Aku selalu je jumpa Ninilah.." Dedi menyambung lagi.

"Hah..?! Serious shit ke?" Radi terkejut.

"Betullah.. apsal pulak aku nak tipu benda macam ni dengan kau.." Dedi memberikan pandangan pelik.

"Dia kat mana sekarang? Dia ok ke? Dia duduk mana? Dah keje ke? Kat mana? Ada nombor telefon dia?" Bertalu-talu Radi mengajukan soalan.

"Oi.. cuba sabar sikit. Satu..satulah kalau nak tanya pun.." Dedi tergelak melihat Radi.

"Teruklah kau.. selalu jumpa Nini tapi tak pernah nak bagitau aku pun.." Radi mula merajuk.

"Bila masa lah aku nak jumpa kau Radi. Kau yang tukar nombor telefon. Taknak bagitau aku pun. Tau-tau aje nombor kau dah tamat perkhidmatan. Macamanalah aku nak bagitau perihal Nini kalau macam tu. Kau yang dah sombong. Betul tak aku cakap? Betul kan? Kan?" Dedi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Radi terdiam. Memang dia sudah menukar nombor telefonnya. Gara-gara jutaan prank calls yang selalu diterimanya setiap hari. Hampir mahu gila bila difikirkan siapa gerangan pemanggil itu semua. Gersang sungguh. Mentang-mentanglah nombornya itu menarik. Nombor macam Celcom Centre. Maka, sesuka hati saja manusia-manusia itu membuat prank calls padanya. Dasar manusia gersang! Pantang tengok orang senang sikit.

"Eh.. janganlah marah. Aku gurau je Di.." Dedi mula rasa bersalah bila dilihatnya Radi mendiamkan diri.

"Taklah.. takpe. That's ok. Betullah tu cakap kau tu..aku memang dah sombong" Radi bersuara perlahan.

"Ala.. aku gurau je Di. Ok nah nah.. aku bagi nombor Nini ngan nombor aku sekali.. pastu.. dia sekarang kerja kat putrajaya" Dedi cuba memujuk Radi sambil menyuakan telefonnya.

"Putrajaya? Biar betik ni.." Radi sedikit terkejut.

"Betullah.. apa kau fikir aku kaki bergurau yang keterlaluan macam Nini ke.." Dedi tidak puas hati.

"Bukanlah.. kalau kat putrajaya.. maknanya sama dengan aku lah. Aku kan kerja sana jugak" Radi menjelaskan keadaan.

"Eh.. haahlah.. ye tak ye jugak. Laaa... kau rupanya satu daerahlah dengan dia kiranya ni. Dia kat Palace of Justice. Jadi Penolong Pengarah 1 woo sekarang! Jangan main-main. Hebat dah Nini sekarang!" Dedi memberitahu Radi lagi.

"Huiyoooooooo... iya ke? Alhamdulillahlah. Aku jugak yang jadi macai lagi. Ehh.. kejap.. kejap.. dia kat mana kau kata tadi? Palace of Justice??" Radi cuba mendapatkan kepastian.

"Haah.. situlah. Kenapa?" Dedi bertanya.

"Laaaaaaaaaaa.. aku kat situ jugaklah! Aku buat technical support lah tapi kat situ.." Radi berasa girang apabila mendengar berita Nini.

"Haa.. molek sangatlah tu. Habis kau tak pernah terjumpa dia ke Di?" tanya Dedi lagi.

"Haahlah.. apsal aku tak pernah terjumpa dia ek? Mungkin sebab aku vendor je kot. Mana ada can nak jumpa orang atasan seh.." Radi menjelaskan lagi sambil membuat muka.

"Ha baguslah macam tu. Lepas ni boleh bejumpa hari-hari. Pastu.. kan.." Dedi bersuara lagi.

"Pastu kan ape? Pas two.. three la" Radi cuba berseloroh.

"Oi main-main pulak! Bukan. Aku nak tanya ni. Pastunya, perihal tadi macamana? Kau dah ok ke?" Dedi cuba mengumpan Radi perihal Karem semula.

Radi terdiam.

"Di.. if you need any shoulder to cry on.. aku ada je tau" Dedi menawarkan dirinya.

Dilihatnya Radi menunduk dan terdiam. Temannya seorang ini bukan mudah untuk dikorek segala cerita. Habis disimpannya kemas-kemas dalam hati. Suka sangat simpan dalam hati. Lepas itu, sakit otak sendiri yang tanggung. Radi memang begitu sejak zaman belajar dulu. Susah sungguh untuk bercerita perihal masalahnya.

"Macam ni lah Di.. aku tak sure apa jadi between kau dengan that guy. But I think you do like him a lot, right? Kalau tak masakan kau senang-senang macam tu je nak nangis kat sini. Depan aku plak tu. Lepas tu.. kat public place pulak tu. Mana pernah kau macam ni Di. So nya, aku suggestkan kau bagi dia peluang nak explain perihal yang sebenarnya. Mungkin kau tersalah anggap dia barangkali. Manalah tahu kan Di" Lembut Dedi memujuk.

"Aku.. sedih. Sebab..dia nak bertunang dengan adik aku.." Perlahan Radi menyuarakan hatinya yang terbuku.

"Hmm.. that explains the reason you cry... no wonderlah bersungguh kau menangis tadi. Dahlah Di. Benda dah jadi. Solusion sekarang.. cuba kau jumpa dia balik and your sis sekali. Tanya diorang molek-molek. Barangkali kau tersilap faham ke apa ke I don't know. But I hope semuanya salah faham aje. Jangan sedih-sedih macam ni. Tak baik. Dah macam kain buruk muka kau tu. Renyuk habis.." Dedi memujuk lagi sambil berseloroh.

Radi tergelak mendengar gurauan Dedi. Memang hebat memujuk temannya seorang ini.

"Haaa.. gelak pun. Macam tulah anak mak.." Dedi berseloroh lagi.

"Hahaha.. banyaklah kau punya anak mak.." Radi tergelak lagi.

Dedi tersenyum melihat Radi. Sejuk hatinya melihat Radi kembali ceria.

"Eh jap.. jap.." Tiba-tiba Radi terfikirkan sesuatu sambil merenung Dedi dari atas sampai ke bawah.

"Apanya lagi? Oii.. apsal kau tengok aku atas bawah ni?" Dedi menutup dadanya dengan kedua belah tangan.

Terasa seperti pandangan Radi tembus ke dalam badannya. Bimbang juga kalau-kalau Radi mampu melihat apa yang tidak sepatutnya dilihat.

"Hahaha.. kau fikir apa ni Dedi.. otak blue lah kau ni.." Radi tergelak melihat Dedi.

"Kau lah yang blue.." Dedi mula merah muka.

"Apsal plak aku. Kau lah..selamba je tadi kau pegang-pegang aku ye? Pastu apa kau panggil aku? Dira? Eee.. nak kena belasah ke?" Radi bersuara tegas.

"Erkk.. kau marah ke Di. Sorilahh.. sori.. mana aku tahu. Ingatkan kau suka..lagipun kau yang suruh berlakon kan. Aku jalankan tugas je.." Dedi berasa serba salah.

"Suka kepala hangguk kau. Pasni kalau kau buat lagi.. siap kau!" Gertak Radi.

"Siap nak ke mana Di? Yela. Lepas ni aku siap-siaplah. Pakai baju lagi kacak, smart dan bergaya lagi dari hari ni.." Dedi cuba berseloroh.

"Hahaha.. main-mainlah dia ni. Dahlah.. aku nak balik dulu.." Radi tergelak. Kemarahannya pada sikap Dedi tadi terpadam terus.

"Aik.. macam tu je? Bukan ke kita dah lame tak jumpe? Habis aku macamana? Aku kan boifren kau. Sampai hati kau tinggalkan aku macam ni.." Dedi cuba meraih simpati Radi.

Langkah Radi terhenti. Diai berpaling ke belakang. Pandangannya tajam dilemparkan ke arah Dedi. Berkerut muka Dedi melihat pandangan Radi.

"Ok..ok aku gurau je. Garang betullah minah ni.." Dedi mula melangkah ke belakang.

"Hehehe.. takdelah. Aku cuma nak cakap terima kasih banyak-banyak je sebab tolong aku.." Radi akhirnya tersenyum.

"Gila kau! Nak cakap thank you pun kena jeling macam tu ke. Takut aku.." Dedi menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

"Yela.. sori..sori.. hehe. Thanks banyak-banyak ye. Aku nak gerak dulu. Insyaallah ada rezeki aku jumpa kau dengan Nini sekali nanti. Aku ada hal lain ni nak balik kampung. Da.." kata Radi sambil melambai ke arah Dedi.

Radi berpaling ke depan dan mula melangkah pergi. Dia harus bersemuka dengan Dina hari ini. Meminta penjelasan barangkali. Langkahnya dipercepatkan untuk pulang ke kampung. Dedi tersenyum sendiri melihat Radi berlalu dari kejauhan. Temannya ini memang anih. Jalannya macam ribut. Tapi, pakai kasut bertumit tinggi. Tak serupa gadis langsung. Semoga kau dilimpahi kebahagiaan selalu ye Radi, fikir Dedi sendiri di dalam hati sambil berlalu ke tingkat atas Central Market untuk mencari nasi minyak yang dihajatinya tadi.


* * * *


Sejak siang tadi ditinggalkan Radi dan jejaka yang dikatakan teman lelakinya itu, Karem bergegas pulang ke kampung. Ternyata kehadirannya ke Kuala Lumpur tidak menyenangkan Radi. Sewaktu berjumpa siang tadi, Radi kelihatan baik-baik sahaja. Dan sekembalinya Radi dari toilet pula dia telah mengusung lelaki lain. Macamanalah perempuan boleh berubah dalam masa kurang daripada 1 saat. Karem bingung memikirkan perihal Radi.

Malam ini, Karem pula tidak keruan. Lama dia merenung siling usang di dalam biliknya. Selepas menunaikan solat isyak tadi, dia hanya mampu terbaring di atas katil. Fikirannya terganggu dengan peristiwa siang tadi. Tak disangka pertemuannya buat sekian kalinya dengan Radi bisa membuat hatinya berkocak sebegini rupa. Biar betul Radi sudah ada orang lain. Setahunya, Radi bukan perempuan sebarangan. Mana pernah gadis itu berpasangan dengan mana-mana lelaki. Tak semudah itu untuk Radi sukakan lelaki lain. Bukan dia suka dekat aku ke? Dan kenapa salinan nota pengakuan aku yang ada di dalam time capsule suatu ketika dahulu itu ada pada Radi? Bukan ke itu tandanya dia masih.. masih..

"Aaahhh.. sampai hati kau Radi" bentak Karem sendiri.

Ingatannya jelas terbayang pada beberapa tahun lepas. Peristiwa dia ditimpa kemalangan akibat dilanggar traktor pembajak sawah. Hasilnya, kaki Karem patah. Dan Radi datang menjenguknya di hospital. Dengan air muka yang sungguh merisaukan. Masa itu, hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dia melihat kehadiran gadis itu. Dan pada ketika itu juga Radi meluahkan isi hatinya. Hatinya sedikit bergetar mendengar pengakuan ikhlas gadis itu. Rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Mujur dia mampu mengawal diri dan membuat muka selamba di hadapan Radi. Bukan senang untuk berpura-pura di hadapan orang yang kita suka. Dan bukan senang pula untuk Karem membiarkan isi hatinya terbeku begitu sahaja walaupun pintu sudah terbuka luas di hadapannya. Cuma ego lelakinya sahaja yang berjaya menahan hatinya dari menunjukkan permukaan yang sebenar.

Namun, apakan daya keadaannya yang memaksanya jadi sebegini. Dia sendiri jelas dengan keadaanya. Dia tidak punya harta. Pendidikan pula cuma setakat SPM saja. Kadangkala, Karem terasa kesal menolak tawaran belajar di UiTM Shah Alam suatu ketika dulu. Kalau tidak, pasti sekarang dia akan tergolong di dalam golongan yang terpelajar. Mana mungkin Radi akan memilih dirinya. Dan mana mungkin pula dia dapat membahagiakan Radi. Walaupun dia dapat mewarisi perniagaan arwah bapanya sebagai tauke ayam di Kampung Beringin, namun itu tidak mencukupi untuknya membahagiakan Radi. Takkan nak bagi anak orang makan ayam hari-hari. Tak ke muak nanti. Lepas itu, takkan lah aku nak kena luahkan isi hati aku dekat dia pula.

'Ahh.. kusutnya', bentak Karem sendiri.

Sedang fikirannya menerawang jauh memikirkan perihal Radi, telefon bimbitnya berbunyi. Lagu Harum Subur di Hati nyanyian BPR berkumandang di telinganya.

"Hello.. assalamualaikum.." Karem menjawab telefonnya.

"Waalaikumsalam.. abang Karem. Ni Dina.." Suara gadis di hujung telefon berbunyi perlahan dengan diiringi tangisan.

Karem serta merta bingkas bangun dari katilnya sebaik sahaja mendengar tangisan Dina.

"Dik.. kenapa ni..?" Karem mengajukan soalan dengan lembut walaupun hatinya sebenarnya disua seribu kebimbangan.

"Kak Radi.. dia.. sob sob... dia..sob sob.. tampar.. sob sob sob..abang Karem tolong.." Dina bersuara perlahan diselang seli dengan tangisnya.

Radi naik tangan? Karem terkejut mendengar berita itu. Seumur hidupnya, belum pernah dia melihat Radi menaikkan tangan pada adik perempuannya itu. Belum pernah langsung. Masakan Radi berani melempang Dina yang lemah lembut itu. Biar betul Radi ini. Dari hujung talian, kedengaran suara Dina yang tersedu-sedan menahan tangisnya.

"Dik.. bawa bertenang. Dina kat mana ni? Cuba cerita perlahan-lahan.. abang tak dengar.." Pujuk Karem.

"Dina dalam bilik. Abang Karem.. abang tak cerita dekat Kak Radi ke pasal kita?" Perlahan saja suara Dina mengaju soalan.

"Hmm.. abang tak berkesempatan Dina. Dia taknak dengar langsung penjelasan abang. Dia kat mana sekarang? Apa dia dah buat dengan Dina ni? Dia pukul Dina ke?" Bertalu-talu Karem mengaju soalan.

"Takdelah bang. Dina ok je. Cuma kak Radi je yang tak ok. Dia tak tahu perihal sebenar. Abang karem tolong jelaskan cerita sebenar kat dia ye.." Pinta Dina perlahan sambil cuba berselindung perihal dia ditampar Radi.

"Hmm..tengoklah macamana Dina.." Karem mengeluh panjang.

"Takpelah bang. Dina letak telefon dulu. Yang lain semua Dina serah kat abang.." Perlahan Dina bersuara dan memberikan salam sebelum meletakkan telefon.

Karem cuma mampu memandang telefon itu dengan pandangan yang tidak berkelip. Fikirannya semakin berserabut. Bertubi-tubi suara Radi hadir dalam benak kepalanya. Jiwanya semakin kacau. 'Sebelum terjadi apa-apa, lebih baik aku berterus terang dengan dia, apa nak jadi pun jadilah' fikir Karem sendiri. Malam ini Karem nekad. Dia tetap kena bersemuka dengan Radi malam ini. Andai Radi menolaknya, dia masih lagi boleh berkawan dengan gadis itu. 'Bukannya susah pun', Karem bermain dengan kata-katanya sendiri.

Karem bingkas bangun dari katilnya dan menukar baju. Benak fikirannya masih lagi dipenuhi dengan peristiwa siang tadi. Tangannya mencapai kunci motor yang tergantung di dinding. Kakinya laju melangkah ke luar rumah. Menuju ke rumah Radi. Hari ini, dia harus menjelaskan segala-galanya walaupun Radi tidak sudi memandang mukanya sekalipun.


* * * *


“Assalamualaikum. Assalamualaikum…”

Radi kenal akan suara itu. Tetapi, dia tak dapat mengagak siapakah empunya suara. Mungkinkah mak Karem? Ah – tak mungkin pada saat-saat genting macam ini dia muncul. Alamak, habis lah aku, baru aku teringat, itu kan suara....makcik Timah! Jiran sebelah rumah Joyah. Wanita yang berusia separuh abad itu memang dikenali dengan nama 'Mak Murai' oleh seluruh penduduk kampung Beringin. Sebarang berita dan juga gosip liar yang entah benar atau tidak itu pasti laju sahaja akan sampai ke pendengaran telinganya. Radi kaget. Mustahil mak Timah ini tahu perihal aku, Dina dan Karem? Ah.. sudah. Tiba-tiba, Radi berasa tidak tentu arah. Fikirannya yang menerawang sejak tadi berkenaan Dina, Karem dan Dedi dicampakkan jauh-jauh.

"Waalaikumsalam.. ye kejap..kejap" Radi bergegas berlari ke depan membuka pintu rumahnya.

Sebaik sahaja pintu rumahnya terbuka, kelihatan makcik Timah di luar. Berkerut Radi memandangnya dari atas ke bawah. Gaya makcik Timah dilihatnya seperti baru sahaja turut serta dalam acara larian 100 meter. Tercungap-cungap. Berpeluh-peluh dan seperti di dalam keadaan yang tergesa-gesa.

"Eh.. kenapa ni makcik?" Radi mengajukan soalan.

"Ni haa Radiatul.. mak kamu mana? Ade berita penting ni..penting sangat-sangat" Jawab makcik Timah sambil tercungap-cungap.

"Mak ada. Kat dalam. Masuklah makcik.." Radi cuba menjemputnya ke dalam rumah.

"Tak payah.. takpe.. makcik nak bagitau ni.. mak si Dayah baru je meninggal tadi..lepas maghrib.." Makcik Timah memberitahu.

"Hah..?! Innalillahiwaiinailaijirajiun.." Radi terasa seperti disambar petir.

Bukannya dia tidak biasa dengan emak Joyah. Wanita itulah yang sering menghulurkan makanan kepadanya. Katanya Radi gadis yang sopan. Tidak macam Joyah. Keras kepala. Tidak mendengar kata. Dan kata-kata itulah yang sering membuatkan Joyah berkecil hati dengan ibunya. Tetapi, itu pada suatu masa dahulu. Kini, sudah tiada lagi ramah mesra wanita itu. Puan Hasnah sudah kembali ke rahmatullah. Joyah pula sudah lama tidak pulang ke kampung. Entah dia tahu atau tidak perihal ibunya ini. Serta merta air mata Radi tumpah.

"Nanti saya panggilkan emak ye makcik.. bila nak dikebumikan tu?" Tanya Radi perlahan sambil mengesat matanya.

"Esok pagi selepas subuh. Takpe. Makcik nak bagitahu yang lain sekali ni. Makcik balek dululah.." Makcik Timah meminta diri.

"Ha yelah makcik. Terima kasih bagitau.." Radi berjalan mengiringi Makcik Timah sehingga ke depan laman rumahnya.

Radi hanya memandang makcik Timah berlalu. Hatinya sebak. Bagaikan tidak percaya mendengar berita kematian ibu Joyah. Suatu ketika dahulu, Radi pernah menyuarakan kepada Joyah bahawa ibu Joyah itu merupakan ibunya juga. 'Emak kau.. emak aku jugak.. tapi emak aku.. emak aku lah..' Dan setiap kali Joyah mendengar kata-kata itu, dia pasti akan mencebik bibirnya.

Dari kejauhan, kelihatan sebiji motor hitam Kriss menuju ke rumahnya. Motor yang sangat-sangat dikenali Radi. Karem! Melihat susuk tubuh itu sudah cukup untuk membuat Radi menangis lagi. Motor itu diletak di hadapan rumahnya. Dan lelaki itu, turun dari motornya. Dilihatnya langkah kaki Karem semakin laju menuju ke arahnya. Dirasakan jantungnya berdegup semakin laju apabila melihat lelaki itu. Sangkanya tidak akan berjumpa lagi. Mana tahu, malam itu juga mereka akan bertemu kembali. Airmatanya diseka laju-laju. Tidak sekali-kali dia membiarkan Karem melihat airmatanya lagi. Cukuplah siang tadi. Dia harus menyampaikan berita kematian ibu Joyah kepada Karem. Itu yang lebih penting sekarang ini.

Dari kejauhan juga, Karem terasa berdebar-debar apabila melihat Radi. Selalunya tak macam ini. Ish.. hati ini. Karem berjalan sambil menepuk-nepuk dadanya. Dia tidak peduli. Malam ini, dia harus berterus terang dengan Radi. Tidak sampai hatinya melihat Radi berjauh hati sedemikian rupa. Hidup dengan salah sangka yang tidak tentu hala. Dia harus berterus terang dan menyampaikan hasrat hatinya yang terpendam selama ini kepada Radi. Itu yang lebih penting sekarang ini.

"Di.."

"Karem.."

Mereka sama-sama bersuara serentak. Radi terkedu. Karem memandang Radi. Direnungnya gadis itu. Gadis yang telah banyak membentuk dirinya sejak zaman kanak-kanak dahulu. Dan gadis yang telah berjaya mencuri hatinya.

"Ada benda aku nak cakap ni Di.." Karem bersuara.

"Aku pun..penting ni karem.." Radi memotong kata-kata Karem.

"Aku punya lagi penting.." Karem berkata dengan tidak puas hati. Marahkah lagi Radi padanya?

"Biar aku cakap dulu.." Radi bersuara tegas memotong kata-kata Karem.

"Ok.. kita cakap sama-sama.." Karem masih lagi tidak mahu kalah.

"Ok... aku kira.." kata Radi sambil membilang dengan isyarat jari.

Pada bilangan jari yang ketiga, mereka sama-sama bersuara.

"Aku suka kau Di.." Karem meluahkan isi hatinya dengan satu lafaz.

"Mak Joyah.. dah tak ada ni..." Serta merta Radi menangis. Tangisannya makin kuat. Kata-kata Karem tidak jelas di pendengarannya.

Karem terkejut. Air mukanya berubah.



p/s: yesss... aku bejaye kumpol penalti yang terlampau. gomen nasai kawan2. kalo ikotkan.. aku da takde turn utk round 3 ni. haha. xpela. sendiri buat sendiri tanggong. oke. kol 2pagi pada hari Senin.. bersamaan 28/5 aku baru submit menatang ni. Sila jatuhkan hukuman yang sewajarnya juga. Dan akhirnya... tamatlah round 2 ni. Terima kasih utk semua yang bekerja keras. Nanti aku pikir bila nak buat meeting round 3.

(Mode.. sedang gering. Duduk sorang2 kat umah. ngan adek.. mak ayah kat kampong. Sunggoh rindulah kat diorang. ~halaaaa...)

Tuesday, May 15, 2007

pengumuman

Firstly, aku nak minta maaf dan kesal atas performance buruk aku terhadap 8sen. Dah 2 kali aku susahkan korang due to my unacceptable delays in posting my storyline.
Secondly, berdasarkan komen2 tertentu, aku rasa quality entry aku pun tak seberapa compared to u guys. This may greatly leaving negative impacts to the whole artwork of 8sen.
Maka, setelah mempertimbangkan baik buruk dari semua aspek, aku fikir, adalah sesuai dan bertepatan pada masanya untuk aku mengundurkan diri dari keluarga 8sen demi kebaikan semua pihak.
Terima kasih atas semua kenangan dah pengalaman dari 8sen. Aku harap this wouldn't end our friendship. Halalkan segalanya. Minta maaf sekali lagi.
Fadzli a.k.a. oDJa

Monday, May 14, 2007

Pusingan 2 - Chapter 7

Sebaik saja aku masuk dalam Central Market tu, aku terasa pelik, mesti ada sesuatu akan terjadi – seorang Security Guard, kulit sawo matang dengan misai kontotnya semacam Hitler, berpeluk tubuh lengkap dengan pistol tersisip dipinggangnya cuba menghalang aku untuk masuk ke dalam Pasar Seni. “Encik, saya minta maaf ya, saya tak tahu sama ada encik sengaja atau tidak, boleh tolong zip seluar encik tak?” Soalnya dengan muka selamba.
“Hah! Eh. Sorry sorry. Saya tak perasan.” Dengan sepantas kilat aku ‘mengcover’ apa sepatutnya ‘dicover’.
“Takpe, Takpe. Biasalah tu. Hehehee.”
Senyum lebar pula Pak Guard ni. Gila. Patutlah aku rasa semacam. Mesti dari rumah terbuka luas macam ni. Nasib baik warna seluar dalam aku lebih kurang sama dengan seluar jeans. Hah – Malu gila. Apa yang buat aku hairan ialah, macam mana Pak Guard tu boleh perasan ‘benda’ ni dari jauh. Mesti dia asyik tengok celah kangkang aku. Malunya, kalau ikutkan perasaan, mahu saja aku balik. Tapi kenangkan tujuan aku ke mari untuk tempahkan lukisan potret untuk harijadi Azmi, aku teruskan juga langkah walaupun aku tahu muka aku dah merah-padam, tambah pula jalan pun dah tak betul.

Pukul tiga petang di Central Market yang baru lepas ‘renovation’ gah melambai-lambai memanggil ratusan manusia. Aku percepatkan langkah. Malu belum habis lagi. Walaupun berjalan cepat macam buat ‘saie’ di tengah ruang lengar Central Market, aku terleka melihat seorang makcik terketar-ketar tunduk cuba mencapai beg plastiknya yang terjatuh; dua tiga budak punk dengan topi dan seluar ketat tambah pula dengan subang penuh kat telinga sedang cuba mengorat minah rempit sambil terkinja-kinja; satu ‘couple’ Mat Salleh cuba tawar-menawar dengan penjual kerepek. Orang ramai bersepah-sepah buatkan aku tertanya-tanya, Apa yang seronok sangat kat tempat ni? Bukannya derang nak beli barang, yang melepak je belambak.
Tiba-tiba aku rasa lapar, teringat kedai nasi kahwin kunyit kat tingkat atas sekali. Entah ada lagi atau tidak. Sudah bertahun aku tak jenguk tempat ini. Aku tahu tangga menuju ke tingkat atas ada dua tiga, tapi terfikir yang mana satu paling dekat sekali. Lama juga aku berdiri kat situ. Tiba-tiba ada satu kelibat yang kecoh yang aku rasa macam pernah kenal – Sah, tu Radi. Apa yang dia buat kat sini? Mesti best kalau aku dapat kenakan dia. Lama aku tunggu untuk dapatkan masa yang sesuai.
“Hoi!” aku jerit dekat-dekat dengan telinga Radi.
Dia tersentap. tapi tak jerit. Aku dah agak, ini Radi, bukan macam perempuan lain.
“Kambing gurun betul!”
“Apa hoi hoi? Kau ingat aku ni lembu ke hoi hoi!”
“Kau buat apa kat sini nih? Kau keje mana sekarang ha? Putrajaya lagi ke?”
Saja aku tanya banyak-banyak. Radi sudah seperti menjangkakan semua pertanyaan terus saja membalas serentak pertanyaanku.
“Aku jumpa kawan jap. Ha ah situ lagi la mane lagi. Kau?”
“Oho. Aku baru je dapat keje kat Seremban. Kilang elektronik la. Tengok la camne kang. Kalau OK aku stay ah kot”
“Ish kau ni merata-rata tukar keje. Cubela stay lelame sikit. Macam mana la nak maju camni”
Minah kecoh ini sudah mula membebel. Dari dulu sampai sekarang memang macam inilah perangai dia. Mulut Radi memang tak ada insuran, sesuai dengan personaliti dia. Walaubagaimanapun, dia ikhlas, tak pandai selindung-selindung.
“Ala aku kannye ape Di. Aku kalau dah pandai sikit pasal product kampeni tuh, mesti aku boring. Nak pulak pressure sini sana. Lagi pun baru banyak pengalaman sikit kalau keje banyak tempat” aku cuba menjawab.
“Ceh! Yelatu. Pengalaman konon. Pengalaman kalau ciput sini ciput sana tak guna jugak”
Memang betul cakap Radi. Aku sudah empat kali tukar kerja. Pada aku, kenapa kita perlu kerja di tempat yang tak sesuai dengan diri kita sedangkan separuh dari masa dalam hidup kita hanya berkitar diruang pejabat dan mengadap muka yang sama. Lebih kurang sama macam kehidupan dengan keluarga, cuma keluarga; suka tak suka, kita kena terima. Macam orang kata, air dicincang tak akan putus. Tapi tempat kerja bukan keluarga. Kalau tak suka, tukar sajalah. Takkan nak bagi ‘pressure’ pada diri sendiri. Bodohlah kalau seseorang tu masih kerja dengan satu organisasi yang tak henti-henti menyusahkan pekerjanya. Lagi satu, pada aku, selagi aku boleh belajar sesuatu dari syarikat yang aku kerja itu, selagi itu aku akan teruskan. Hidup bekerjaya ini bagaikan sebuah pertandingan. Siapa yang lebih berkelayakan, lebih kualiti, lebih pengalaman pasti menang. Aku perlu menang. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku tahu satu perkara; aku tak mahu kalah- I just simply want to be ahead of the others. There is no specific reason out of this. Melihatkan celoteh Radi buatkan aku tersengih sendirian.

Baru aku teringat, aku teringin nak makan nasi kahwin kat tingkat atas Central Market. Tapi minah pulak muncul. Alang-alang ajak dia sekali.
“Eh Di jom minum? Ke kau dah nak balik?”
“Emm minum?” Radi terdiam sebentar,. Dalam sungguh dia berfikir. Aku tak pasti apa yang ada dalam kepala otak minah ni.
“Kau boleh tolong aku tak?”
“Tolong ape?” Apa pula yang dia nak. Tiba-tiba Radi mendekatkan mukanya ketelinga aku. Dia berbisik antara dengar dengan tidak.
“Tolong menyamar jadi boyfriend aku” perlahan Radi berbisik.
“Menyamar aje ke?”
Dushhh!! Satu tamparan melekat ke lenganku. Kalau melawak dengan Radi, mesti aku jadi mangsa. Cepat betul tangan dia. Kalau tak kena tampar macam tu, mesti kena starlait. Radi radi.
“Yela yela. Tapi kenape? Bile?” aku cuba dapatkan kepastian.
“Sekarang la dol! Dah dah jom ikut aku!” pantas Radi menarik lengan bajuku sambil menuju ke arah ke food court.
“Wei, bukan food court yang ni lah, aku nak pegi tempat makan yang atas sekali. Kat situ ada nasi kahwin sedap.”
“Kau diamlah, ikut je aku. Make sure ko berlakon betul-betul tau? Jangan pulak terpecah tembelang.”
Belum sempat aku nak jawab kami sudah berada disisi meja sebelah seorang lelaki. Kalau tengok cara ‘dressing’ dia, sebiji macam budak dari kampung. Selekeh tapi kacak juga. Apa pulak rancangan si Radi kali ini.
“Karem, kenalkan. ni Dedi. Err.. Boyfriend aku. Kami sama-sama belajar di UiTM dulu.”
Releks saja ekspresi si Radi. Selamba betul. Tak kusangka dia begitu bijak dan tenang mengatur tutur-katanya. Siapa tahu, barangkali dia kerap kali berlakon sebegini.

Salah satu perkara yang aku suka pada Radi masa zaman belajar dulu ialah gayanya begitu selamba dan tenang. Teringat aku masa zaman belajar dulu. Kalau ada Radi, mesti ada Nini. Nini banyak mempengaruhi hidup Radi. Kalau tak ada Nini, Radi pasti masih dengan gaya kampungnya lagi. Tak ubah macam sahabatnya Karem.

Dulu aku pernah suka pada Radi. Pernah. Aku ulang sekali lagi. Pernah. Itu semua sudah jadi sejarah. Kini hidupku sudah jauh berbeza. Dulu aku memang mengharapkan kasih dari seorang perempuan. Tapi sejak satu peristiwa pada penghujung semester terakhir di UiTM menyebabkan pandanganku tentang erti sebuah percintaan bukanlah bermakna perasaan sayang yang timbul antara lelaki dan perempuan. Ia boleh melangkau lebih jauh dari itu. Maksudku, cinta juga boleh hadir diantara lelaki dengan lelaki; ataupun perempuan dengan perempuan. Dulu aku kesunyian. Sunyi bukan bermaksud aku tak punya rakan. Aku perlukan seorang teman. Orang yang aku harapkan itu adalah seorang lelaki.

Diantara rakan yang aku rapat adalah Nini. Aku masih lagi ‘keep-in-touch’ dengannya. Dia berkerja di Palace of Justice, Putrajaya. Kalau aku singgah di Kuala Lumpur, pasti kami akan berjumpa. Sesekali Nini datang, pasti Azmi turut serta. Azmi adalah rakan sekerja Nini. Setelah dua tiga kali berjumpa, aku dan Azmi kerap keluar bersama. Suatu perhubungan yang sukar digambarkan sedang berlaku antara kami berdua. Khamis depan harijadi Azmi. Aku nak hadiahkan dia potret kami berdua. Tanda ‘persahabatan’ kami.

“Dedi, ni Karem. Member sekampung I. Dialah yang I selalu cerita tu.”
“Hai, Haidi. Panggil saja Dedi. Ooh, awaklah Karem ye. Radi selalu juga cerita pasal awak dengan Joe.” Kataku dengan gaya peramah.
“Karem.” Jawabnya sepatah.
Muka Karem nampak berubah sedikit. Senyuman yang terukir nampak sangat dibuat-buat. Tawar. Kelat. Aku teringat Radi pernah menceritakan kisah zaman kanak-kanaknya dengan Karem dengan Joe masa kami belajar di UiTM dulu. Ini baru kali pertama aku bersua muka dengannya. Pelik pun ada. Tak kisahlah. Apapun aku perlu jalankan tugas dengan cemerlang, kalau tidak, mesti kena balik dengan minah ini. Bila difikirkan balik, kalaulah aku bercinta dengan Radi; Ah - tak mungkin. Aku sudah tukar selera.
“Dira, you nak minum apa? Macam biasa ke, Ice lemon tea?” saja aku panggil dia Dira, untuk tambah ‘side effect’ manja, serentak dengan itu sengaja aku main-main hujung rambut dia. Entah apa air yang dia suka mimun pun aku tak tau. Belasah je apa yang terlintas dalam kepala. Kelakar pun ada, nyaris-nyaris aku tergelak-Kalau nak berlakon, biar betul-betul. Amik kau Radi, nak sangat.
“Okay. Thanks” balasnya lembut.
“Kejap ek,”
Aku bingkas bangun. Satu senyuman dilemparkan kepada Radi. Senyuman inilah yang membuatkan gadis-gadis kilang tempat aku bekerja terpukau. Minta maaf lah kalau nak harapkan aku nak layan.
Aku tak tahu apa perasaan Radi sekarang. Dalam pada itu sempat juga aku mencuri pandang reaksi Karem yang agak terperanjat dengan berita ‘percintaan’ kami.

Kaunter tempat jual air tak berapa jauh dari meja kami. Dari sini aku boleh nampak kerancakan perbualan mereka. Suara mereka berdua tenggelam dalam keriuhan suasana Central Market. Aku tak pasti apa yang mereka bualkan tetapi tengokkan gaya, macam bertekak pun ada. Sengaja aku buat-buat lambat. Seronok juga perhatikan gelagat mereka berdua. Aku nampak Karem menghayun tangannya seperti cuba menerangkan sesuatu. Radi pula berpeluk tubuh tenang menjawab kata-kata Karem. Sekali sekala mereka menjeling ke arahku. Barangkali hendak pastikan kedudukanku. Acapkali mereka menjeling, cepat-cepat aku toleh kekanan atau kekiri. Aku tak mahu mereka sedar aku sedang perhatikan aksi-aksi mereka.

“Ice lemon tea. I pilih straw kaler merah. U kan suka merah.” kataku seakan lama benar mengenali Radi. Karem pula buat-buat tak dengar teruskan perbualan mereka.
“Di, kenapa terus balik hari tu? aku perlu terangkan keadaan sebenar. Hari tu-”
“Sudahlah Karem. Aku tak mau tau. Aku nampak apa yang berlaku” Pintas Radi sebelum sempat Karem menghabiskan kata-katanya.
“Tapi kami-”
“Tak ada tapi-tapi. Aku faham. Aku tumpang gembira. Lagipun, bakal tunang kau bukannya orang lain, adik aku sendiri. Korang memang secocok” Radi memotong lagi. Kali ni perlahan suaranya.
“Radi. Boleh tak kau dengar dulu apa yang aku nak cakap?” Karem mula meninggikan suaranya yang serak-serak basah.
“Hey, hey, what’s going here?” aku mencelah. Jari-jariku kemas menggenggam tangan Radi.
“Helo, ini bukan masalah kau. Tolong jangan masuk campur.” Bentak Karem. Dia mula naik berang bila aku mencelah.
“Karem! Kau kenapa hah? Jangan cakap macam tu pada Dedi.” Tiba-tiba Radi berdiri. Matanya berkaca-kaca. Suaranya yang terketar-ketar serta-merta jadi kuat. Orang disekeliling sudah mula memerhatikan kami. Sudah jadi macam dalam drama melayu pula.
“Sabar Dira. I okay je.” Balasku tenang.
Dari riak wajah Radi, aku dapat agak yang Radi sedih dengan pertunangan Karem dengan adiknya. Aku kira dia seperti menyimpan perasaan pada Karem. Mungkin sebab itu dia nak aku menyamar jadi ‘boyfriend’ dia depan si Karem ni.
“Yang kau bawak budak ni kenapa? Sejak bila korang kapel?
“Sukahati akulah. Dah lama aku dan Dedi bercinta. Apa yang kau sibuk?” balas Radi pantas. Sepantas itu juga Radi tarik tanganku bangun dan tinggalkan Karem sendirian. Mata-mata disekeliling kami tidak berkelip. Mereka terpaku dengan aksi drama murah kami bertiga. Namun Radi tidak mempedulikan semua itu. Aku lihat air matanya mengalir perlahan. Tangannya digenggam erat pada lenganku. Laju dia menarik aku melangkah keluar dari Central Market.
“Wei, Ko kenapa? Karem tu apasal? Marah tak tentu pasal?”
“Aku tak tau Dedi. Aku tak tau… Tolong aku, Aku tak mahu semua ni. Aku tak faham,”
“Sabar. Sabar. Cuba cerita satu-satu. Mana tahu aku boleh tolong.”
“Dedi... Aku..”


Aku dah agak. Ini mesti masalah besar.



* * * * * * * * * *



Pang!
Satu tamparan tepat hinggap di pipi kiri Dina.

Pang!
Satu lagi terbang di pipi yang sama. Kali ini dengan tenaga yang lebih kuat.
Pipi Dina merah berbekas. Matanya berair. Aku tahu dia sedang menahan air matanya dari mengalir.
“Adik kenapa? Aku menengking kuat.
"Kenapa Adik tak bagitau akak?”
Dina hanya tunduk diam. Aku tahu dia memang takkan melawan. walaupun lemah lembut macam tu, keras juga hati dia. Tamparan aku pun tak kurang hebat. Baru puas hati. Memang dia berhak terima tamparan itu. Marahku masih membara. Aku masih tak dapat terima apa aku aku nampak tempoh hari. Dina dan Karem leka berpegangan tangan di tepi padang tidak jauh dari rumah. Sengaja aku berhentikan Kereta Myvi putihku betul-betul dihadapan mereka berdua. Amboi, siap pegang-pegang tangan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Romantiklah kononnya. Celaka engkau Karem. Rupa-rupanya kau dengan si Dina. Dina pun satu. Geram aku makin membuak acapkali teringatkan sandiwara mereka berdua petang itu. Rasa meluat aku buatkan aku terus patah balik ke Putrajaya. Kalau mak tak suruh aku balik, sudah tentu aku masih membawa diri di sana. Benci betul.
“Sejak bila kamu berdua-” Aku tak sanggup nak teruskan kata-kata.
“Kami tak ada apa-apa akak.” Jawab Dina perlahan masih menundukkan kepalanya.
“Habis tu? Apa yang akak nampak hari tu, kamu tengah buat apa? Main pok amai-amai?”
Aku diam. Dina pun terdiam. Suasana tegang menjadi begitu senyap sebentar. Senyap hinggakan bunyi daun-daun pokok berdesir ditiup angin diluar bilik Dina boleh didengari. Mak aku keluar entah ke mana. Sudah dua hari aku tak bertegur sapa dengannya. Itu tanda protes. Tiada cara lain. Mana mungkin aku hadiahkan satu tamparan kepada ibuku. Sebaliknya aku hadiahkannya kepada Dina.
“Akak, Dina minta maaf.” Kata-katanya memecahkan suasana.
Belum sempat aku menjawab Dina teruskan penjelasannya.
“Akak, kami masih belum bertunang. mak abang Karem baru datang merisik.”
“Habis tu, kenapa orang kampung heboh cerita pasal si Karem nak bertunang?”
“Dina tak tahu akak, apa yang Dina tahu, mak yang setuju dengan cadangan mak abang Karem. Kalau akak nak tahu, Dina tak nak semua ni. Dina anggap abang Karem macam abang Dina sendiri. Akak pun tahukan? Lagipun mak tak bagi Dina pegi Jepun. Dina dapat sambung belajar akak” Katanya sambil mengusap pipinya yang masih merah.
Kata-kata Dina bagaikan satu tamparan balas bagiku. Namun apakah benar penjelasannya? Ah-mungkin itu satu alasan. Tapi Mungkin juga ianya benar.
“Lagipun belum ada apa-apa majlis kak. Abang Karem pun tak setuju dengan benda ni. Petang tu pun kami hanya berbincang macam mana nak selesaikan perkara ni.” Dina mula memberanikan diri.
“Pegang-pegang tangan tu apa? Itu waktu siang, kalau malam apa lagi yang kamu boleh buat.” Balasku tanpa memikirkan kesan kata-kataku terhadap Dina. Apapun penjelasannya aku masih tak puas hati. Tapi aku mula menyesal kerana melayangkan dua tamparan kepipinya. Bukan salah dia.
“Akak! Akak tau tak apa yang akak cakap ni?” Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi.
Aku terdiam, menyesal. Kelu. Aku tersedar kata-kataku tadi bagaikan menuduh Dina melakukan sesuatu yang tidak mungkin dilakukannya. Ayat kurang ajar tadi memang tidak boleh ditarik kembali. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Belum sempat aku menjawab, Dina sudah berlalu pergi. Kudengar pintu bilik ditutup perlahan dan dikunci dari dalam. Dina tak pernah menipu. Dina tak pernah melawan walaupun dia tahu dia tidak bersalah. Dia memang macam itu sejak kecil lagi. Kerana ikutkan hatiku yang luka dan kecewa, kulupakan semua itu. Sudah terlambat – Ya Allah, baru aku teringat apa yang berlaku di Central Market hari tu. Karem…Dedi… Aah, apa yang aku dah buat ni? Rupa-rupanya Karem cuba nak terangkan keadaan sebenar. Tapi aku buat macam tu kat dia. Aku pula melibatkan Dedi dengan benda-benda ni. Ya Allah… Apa aku nak buat? mana mungkin aku dapat memperbetulkan keadaan ini. Aku buntu. Aku takut.

“Assalamualaikum. Assalamualaikum…”
Aku kenal suara itu. Tapi aku tak dapat mengagak siapakah empunya suara. Mungkinkah mak Karem? Ah – tak mungkin pada saat-saat genting macam ni dia muncul. Alamak, habis lah aku, baru aku teringat, itu kan suara....

Tuesday, May 8, 2007

Bengkel penulisan

Salam Kepada Semua,

Tempoh hari sewaktu berada di booth PTS Publication sempena Pesta Buku, aku sempat berjumpa dengan salah seorang editor yang menguruskan penerbitan novel siri fortuna. Kami sempat berbincang beberapa perkara. Diantaranya tentang bengkel penulisan yang dikelolakan oleh PTS. Ada banyak bengkel yang diadakan di antaranya teknik penulisan surah yusof. Dan lain-lain bengkel penulisan untuk kanak-kanak, remaja dan juga professional. Ok, aku ni sebenarnya sekadar nak mengajak sesiapa yang free untuk menyertai bengkel penulisan teknik surah yusof. Keterangan lanjut sila lawati Unika PTS.

PS: Ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberikan sokongan moral pada aku dalam seminggu dua ini. Insya Allah akan ada next entri.

Saturday, April 28, 2007

Pusingan 2 - Chapter 6

Pusingan 2 - Chapter 6

“Oooo cis! Aku dah agak dah. Nanti kau Radi!” Karem cepat-cepat membetulkan lipatan yang dibukanya. Disimpannya kembali ke dalam beg duit Radi.

Sedang tangannya menyelit-nyelit Karem terpandang sesuatu yang mencuri perhatiannya. Perlahan dikeluarkan kad pengenalan Radi yang terselit kemas didalam wallet coklat gelap berjenama Guess dipegangnya itu.

“DIRA RADIATUL BINTI AZMI”

Lama Karem tersenyum. Dia dan Joyah lah punca sahabat mereka itu melekat digelar dengan nama timangan “Radi” hingga sekarang. Mana tidaknya, Radi sendiri langsung tidak bersikap seperti budak-budak perempuan sebayanya. Sejak kecil lagi Radi gemar melakukan aktiviti kanak-kanak lelaki. Mungkin juga tempias dek kerana ibu bapanya yang amat menginginkan anak lelaki sejak ibu Radi mengandungkannya. Sehinggalah meningkat alam sekolah rendah dia digelar dengan nama “Radi” oleh Karem dan Joyah. Radi sendiri tidak menentang malah kadangkala berbangga kerana difikirnya dia setaraf dengan kebolehan kanak-kanak lelaki sebayanya. Dia sama sekali tidak mahu diejek “lembik” seperti adiknya Dina. Sampailah menjangkau remaja dia masih mengekalkan nama timangan tersebut walaupun sikapnya tidaklah se”lelaki” dahulu.

“Nama sedap macam ni pun kau suka orang panggil Radi.Haih…” Karem mengomel sendiri.

Diselitkan kembali kad pengenalan Radi ke tempat asalnya. Beg sandang Radi kemas diletak di atas pehanya. Pantas dihirup perlahan-lahan kopi O ais dipesannya tadi. Sekali sekala Karem memandang persekitaran sekitar food court belum pernah dikunjunginya itu. Sempat Karem “mencuci” mata melihat pelbagai karenah orang ramai di food court tersebut. Ada yang bergelak ketawa, ada yang khusyuk membaca majalah dan ada pula pasangan anak muda yang bermasam muka seakan baru bergaduh. Sekali sekala kelihatan pelancong-pelancong mat salleh datang membeli makanan dan minuman. Mungkin juga mereka ingin mencuba makanan tradisional Malaysia yang terkenal dengan masakan yang pedas-pedas belaka. Asyik Karem memerhati.

Mata Radi sejak tadi meliar tercari-cari tandas. Hampir sepuluh minit dia cuba melewati setiap bahagian Central Market yang dibina sejak tahun 1888 ini. Namun masih belum tercapai tempat tujuan yang dicari. Walaupun sudah beberapa kali dia berkunjung ke sini tetapi inilah kali pertama Radi ingin ke tandas di tempat yang tidak pernah sunyi dengan pengunjung luar mahupun orang tempatan ini. Sempat juga dia curi-curi membelek satu dua gerai cenderamata yang melimpahi ruangan dalam Central Market. Penat dengan pencariannya Radi akhirnya membuat keputusan untuk cuba bertanyakan kepada mana-mana jurujual disitu.
Radi terpandang seorang penjual lukisan yang sedang asyik melukis sesuatu beberapa meter didepannya. Didekatinya pelukis bercermin mata bertopi pancing tersebut perlahan-lahan.

“Err err tumpang tanya bang” Radi cuba bersuara.

“Tandas kat mana eh?”

Sambil masih memegang berus lelaki tersebut lantas memberikan isyarat tangan menunjuk ke suatu arah sambil matanya masih asyik memandang lukisan dihadapannya.

“Emm terima kasih ye bang” senyum Radi tidak berbalas.

Radi berlari-lari anak mengikut arah ditunjukkan lelaki tersebut.
“Lahh kat sini rupanya” mata Radi terpandang simbol tandas yang dicari-carinya sejak tadi.

“Napela diorang buat tandas kat cerok-cerok macam ni. Kalau aku nak terberak tadi sah-sah dah terkeluar dah ni..hish!” Radi melepaskan geram.

Diseluk kocek seluarnya mencari-cari syiling. Dihela nafas leganya. Mujur dia masih menyimpan lebihan syiling bayaran tol pagi tadi. Cukup untuk sekali membuang hajat kecil tertunda sekian lama.

Keluar sahaja dari tandas Radi cepat-cepat bergerak menghala ke food court tadi. Sempat juga dia membetul-betulkan tudungnya sebelum keluar. Lama benar Karem menunggunya, fikir Radi sambil merpercepatkan langkahnya. Sekali sekala dilemparkan senyuman nakalnya kearah beberapa lelaki mat salleh yang ditemui sepanjang laluannya.

“Hoi!” Tiba-tiba satu jerkahan hinggap ke telinga Radi. Sepantas kilat Radi memekup kedua-dua telinganya. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.

“Kambing gurun betul!”

“Apa hoi hoi? Kau ingat aku ni lembu ke hoi hoi!” Radi mengusap-ngusap dadanya. Sedikit kelegaan terpancar diwajahnya.

Dedi yang sejak tadi mengikut di belakang Radi tersengih selamba. Sebelah tangannya masih menyeluk poket jeans biru lusuhnya itu.

“Kau buat apa kat sini nih? Kau keje mana sekarang ha?“

“Putrajaya lagi ke?” bertalu soalan Dedi.

Radi sudah mengagak pertanyaan Dedi itu.

“Aku jumpa kawan jap. Ha ah situ lagi la mane lagi. Kau?” cepat Radi membalas.

“Oho. Aku baru je dapat keje kat Seremban. Kilang elektronik la. Tengok la camne kang. Kalau OK aku stay ah kot” Dedi tersenyum.

“Ish kau ni merata-rata tukar keje. Cubela stay lelame sikit. Macam mana la nak maju camni” Radi membebel.

Bukan kali pertama Dedi bertukar tempat kerja. Termasuk ini sudah empat syarikat dilaluinya. Bagi Dedi selagi dia belum dapat mencari tempat yang sesuai dengan jiwanya dia akan terus mencari pekerjaan lain.

“Ala aku kannye ape Di. Aku kalau dah pandai sikit pasal product kampeni tuh then mesti aku boring. Nak pulak pressure sini sana. Lagi pun baru banyak pengalaman sikit kalau keje banyak tempat” Dedi meluahkan isi hatinya. Penuh bergaya percakapannya.

“Ceh! Yelatu. Pengalaman konon. Pengalaman kalau ciput sini ciput sana tak guna jugak” Radi membebel lagi.

“Heee” Dedi tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Eh Di jom minum? Ke kau dah nak balik?”

“Emm minum?” Radi seakan berfikir sesuatu.

“Kau boleh tolong aku tak?” Radi menyambung.

“Tolong ape?” dahi Dedi berkerut.

Radi mendekati telinga Dedi.

“Tolong menyamar jadi boyfriend aku” perlahan Radi berbisik.

“Menyamar aje ke?”

Dushhh!!

Satu tamparan melekat ke lengan Dedi.

“Yela yela. Tapi kenape? Bile?” Dedi cuba mendapatkan kepastian.

“Sekarang la dol! Dah dah jom ikut aku!” Radi menarik lengan baju Dedi sambil berlalu pergi ke arah ke food court ditinggalkannya Karem tadi.

**********

Malam itu Joyah pulang dengan perasaan bercampur-campur. Adakalanya dia tersenyum sendirian terkenangkan situasi kanak-kanaknya bersama sahabat-sahabat karibnya itu. Ada masanya pula dia mengalirkan air mata rindukan adik-adik dan ibunya di kampung. Ada ketikanya dia mengetap bibir tanda geram dengan Pak Lamat bapa tirinya. Sehingga sekarang Joyah masih belum mampu menerima kehadiran sebagai pengganti arwah ayahnya. Ada waktunya pula fikirannya ligat memikirkan situasi sebenar Karem ketika ini. Apakah benar dia akan bertunang hujung bulan ini? Masih menjadi tanda tanya di benaknya hingga sekarang.

Jam di tangan Joyah menunjukkan hamper pukul 4.30 pagi. Perlahan Joyah menarik grill pintu apartmentnya. Takut kalau-kalau mengejutkan rakan-rakannya yang sedang nyenyak tidur. Perlahan pintu apartmentnya dibuka. Kelihatan Suhaila terbaring tidur di sofa sambil tangan kanannya masih memegang remote control televisyen. Terdetik sedikit rasa kasihannya melihat keadaan Suhaila. Dicapainya sehelai selimut dari biliknya lalu diselimutinya Suhaila perlahan-lahan.

Suhaila tiba-tiba tersedar.

“Kau baru balik ke Joyah?” perlahan Suhaila bertanya. Sambil dikesat-kesat kedua-dua belah matanya.

“Pukul berape dah ni?” Suhaila mencelikkan sedikit matanya sambil mendongak melihat jam di dinding.

“Ha ah baru balik. Kau masuk tidur dalam bilik je la Su” Dilabuhkan punggungnya di hujung kaki Suhaila. Sambil tangannya memicit remote tadi membuka siaran televisyen.

“Bau ape ni?” Suhaila bingkas bangun. Berkerut dahi Suhaila menghidu kiri kanan mencari arah datangnya bau tersebut.
“Astagfirullahalazim. Kau minum lagi ke Joyah?” bulat mata Suhaila memandang Joyah.

“Sikit je” pendek Joyah menjawab. Ditukar-tukarnya channel televisyen mencari siaran yang masih tersiar.

“Mati-mati aku ingat kau dah berhenti. Kau bukan tak tahu mende tu haram Jo” Suhaila menggeleng-gelengkan kepala. Sedikit geram melihat perlakuan Joyah yang tidak mengendahkan nasihatnya itu.

“Alah kang aku kencing keluar la” senang Joyah menjawab.
"Kantoi pulak kali ini" Getus hati kecilnya.

Joyah memang pandai menyimpan perlakuan buruknya itu. Acapkali dia berjaya mengelak dari diketahui Suhaila dengan segera memberus gigi dan mengambil gula-gula penghilang bau mulut sebelum masuk ke kamar tidur yang dikongsinya bersama Suhaila itu.

“Kau jangan bawak mulut merata plak Su” Joyah seakan mengugut. Ada rasa cuak dihatinya. Takut juga kalau-kalu diceritakan Suhaila kepada ibunya melalui telefon. Sah-sah teruk dia dikerjakan apabila dia pulang ke Malaysia nanti.

“Memangla aku bawak mulut merata. Kalau tak macam mana nak makan?” sempat Suhaila membalas loyar buruk Joyah tadi.Geramnya pada sikap buruk Joyah itu masih belum reda. Diketap bibirnya. Selimut dipegangnya digenggam kuat.

“Kau buat lagi aku report mak kau!” Suhaila memberi amaran.
Marah sungguh dia pada Joyah. Hidup-hidup dia ditipu dengan janji-janji yang ditabur Joyah sebelum ini.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja Suhaila keluar dari apartment dikongsinya bersama Joyah dan rakan-rakan mat salleh mereka itu sekarang. Namun bukan mudah dia mencari penempatan yang berdekatan dengan Hospital Beaumont tempat latihan praktikalnya untuk enam bulan ini. Sudah lah dia seorang sahaja pelajar Malaysia yang ditempatkan di hospital itu. Jauh pula dari rumah sewa lamanya. Mujur pertemuannya dengan Joyah ketika gathering pelajar-pelajar Malaysia di Malahide Castle beberapa tahun yang lalu mempermudahkan segalanya. Perhubungan mereka berdua yang agak rapat sejak gathering itu juga telah menguatkan lagi semangat Suhaila untuk tinggal sebumbung bersama Joyah sepanjang tempoh praktikalnya ini.
Suhaila akhirnya bingkas bangun memasuki bilik tidur mereka. Dihempasnya pintu bilik tanda tidak puas hati. Terkejut Joyah sebentar dibuatnya. Terdengar bunyi pintu biliknya dikunci. Joyah lantas membaringkan badannya lalu kembali memandang televisyen didepannya.


P/s: Sorila kengkawan lamat. Besday sultan Perak ritu cuti lame. Penalti pon penalti la..haha

Thursday, April 19, 2007

Pusingan 2 - Chapter 5

“Apalah yang ayam ni nak? Hehe. Dia ingat pada aku lah tu. Macam ni lah yang dikatakan “chemistry”. Radi tersenyum seorang diri. Radi masih menggengam erat kertas kecil coretan Karem. Hatinya berbunga. Dan, tiba-tiba sedih kembali. Siapa “D”?

“Yerp..” bersuara sebaik sahaja punat “answer” ditekan.

“Assalamualaikum..” suara garuk yang dirindui bergema menyelinap ke hati Radi.

“Kom apa kombat, bat apa batmen, men apa mentol”..Radi mengawal debaran dengan lawak bodoh.

“Tol apa tolak, lak apa laksa sa apa satu, tu apa tunang…” Karem menyahut lawak bodoh Radi.

Apabila perkataan “tunang” disebut, serta merta Karem terdiam. Hatinya tidak keruan. Bagaimana dirinya perlu menghadapi masalah yang tidak pernah terjangka ini.

“Eh, ko tiru aku. Registered tau ayam!”

“Apa-apa pon, jawab la salam aku dulu wahai cik kambing fobia air” Karem cuba menceriakan hatinya yang gundah.

Radi tersenyum seorang diri. Ingat lagi Karem tentang perangai Radi yang malas mandi.

“Wa’alai..”

Toot…toot… Talian terputus. Radi mengoncang-goncangkan telefon bimbitnya. Argh.. Liputan suku daerah je rupanya di Pangkor ini.

Debaran hati Radi berkurangan. Mahunya tadi dia bertanya Karem siapakah D yang Karem maksudkan. Tetapi apabila berfikir tentang risiko yang bakal dihadapinya, dan Allah telah menyelamatkan situasi tadi dengan memutuskan talian, Radi agak terselamat dari bertanya soalan yang bukan-bukan.

“Mana aku nak cari kedai photostat ni” mata Radi meliar. Tangannya masih menggengam kertas tadi. Di kejauhan, Radi ternampak pejabat sebuah chalet. Radi berjalan pantas.

“Assalamualaikum kak, mintak tolong boleh?”

“Wa’alaikumussalam. Yer dik..” Kakak kerani agak terperanjat dengan kehadiran Radi.

“Boleh saya gunakan mesin photostat sini kak? Saya perlu buat salinan ni, tapi saya tak tahu dimana ada kedai photostat, saya datang sini pon pakai bantai je jalan-jalan, kalau saya tahu kedai photostat pon, saya tak ada transport, maka, tetap tak sampai juga. So, akak, boleh lah yer?”, dengan tidak segan silunya Radi meminta pertolongan.

“Erk..” kakak kerani itu seperti terperanjat dengan muka tidak tahu malu Radi.

Kertas kapsul masa yang terisi dengan catatan hati Karem diambil oleh kerani tersebut. Pantas membuat salinan dan memulangkan semula pada Radi. Mata kerani itu menjeling tulisan tangan Karem, dan senyuman kecil terpacul di bibir kerani itu.

Radi memerhatikan kerani tersebut. Lantaklah, bukannya jumpa pon lagi selepas ini. Kalau jumpa pon, aku buat-buat amnesia saja. Hehe.

“Terima kasih kak, saya nak belanja akak makan tengahari, tapi, sekarang dah petang pon, so, saya doakan akak cukup makan saja lah ye..”

“Hahaha.. baik, baik. Sama-sama. Nanti sesenang datang la sini lagi yer dik. Nanti akak belanja photostat lagi” kerani itu membalas gurauan Radi.

Langkah Radi menuju ke arah tempat kapsul masa ditanam untuk meletakkan semula kertas tadi. Kertas salinan tadi dilipat kemas-kemas dan disimpan didalam beg sandangnya.

****************************

“Dina, abang nak tanya ni.”

“Erm..”, Dina mengiakan sambil menunduk.

“Adik tahu tak apa yang family kita plan?”, mata Karem tertancap pada wajah gadis putih mulus berambut separa bahu di depannya.

“Dina tahu abang Karem”

“Abang anggap Dina macam adik abang sendiri. Abang dah tak dapat nak fikit dah ni”, Karem kehilangan kata-kata.

Bola mata dina berkaca. Seperti ada bebanan berat yang sedang menghimpitnya. Sesekali kakinya menguis rumput.

“Adik, abang bukan tak sukakan adik. Tapi adik abang dah anggap macam adik abang sendiri”, aduh, Karem jadi lemah bila berdepan dengan emosi.

“Dina paham, abang..”, pendek dan sayu suara Dina.

“Hmm..” keluhan berat dilepaskan.

Karem mengambil tempat di sebelah Dina. Suasana sepi tanpa bicara. Angin bayu petang menghembus perlahan. Bagai mengerti isi hati dua insan. Sesekali Dina menyisip rambut yang diterbangkan angin. Karem mengerling ke sipi, mencuri pandang ke arah Dina.

Dina melayan emosi. Pandangannya dilempar jauh ke tepi padang. Disitulah dia membesar, namun zaman kanak-kanaknya agak terbatas dek kerana sifat kegadisannya yang mendalam. Pemalu. Itulah Dina. Ketika rakan sebayanya sibuk melastik burung dan bergelumang dengan selut sungai, Dina lebih senang berada dirumah menolong ibunya. Walaupon kakaknya leka dengan dunia gembira alam kanak-kanak, Dina sudah seperti seorang yang lebih dewasa, lebih gadis secara tepatnya. Mungkin dakapan erat emosinya yang tidak lansung memberi ruang lalu untuk dia menikmati dunia sepatutnya.

Dina mengeluh kecil. Mengumpulkan kekuatan.

“Abang Karem, apa kita nak buat ya? Dina takutlah abang..” bibir digetap, satu satu perkataan bagaikan diatur untuk bicara.

“Dina, Dina suka abang?”, soalan nakal diajukan.

“Suka! Tapi...hmm”, satu lagi keluhan dilepaskan.

Perbualan terhenti seketika. Dina melorotkan matanya ke arah daun-daun kering. Terasa pahit tekaknya untuk berbicara.

“Bukan suka yang sepertinya, seperti yang kita mungkin telah ditakdirkan..”, ayat disambung dan diatur satu persatu.

Karem mendongak memandang Dina. Mukanya berkerut.

“Dina anggap abang Karem macam abang Dina sendiri, dan semestinya tak mungkin abang dan adik bersatu kan?” Dina lebih berani kali ini. Seperti satu kekuatan dihembuskan ke rohnya.
Karem senyum. Lapang dadanya.

Rupa-rupanya, nak bercakap dengan manusia hati ke hati lagi susah dari bercakap dengan ayam. Macam mana la ayam jantan aku tekel ayam betina, pastu dalam satu reban yang sama siap tekel 10 ekor sekali. Nasib baik aku ni bukan ayam. Kalau aku ayam, mesti taukeh aku pening, sebab jumlah ayam tak bertambah-tambah. Hehe.

Tapi, dalam hati kecilnya dan ego lelaki, terasa tercabar juga bila ada seorang gadis memberikan “direct rejection” untuknya. Nasib baik tidak berlaku dahulu, kalau tidak, mungkin dia akan melenting ataupon paling kurang menumbuk dinding di bilik sendiri.

“Adik, terima kasih sebab tak ambil hati dan sudi mendengar”

“Abang Karem, apa kita nak buat ya untuk halang semua ni?”

Arghh..Tak mungkin aku akan menghalang hasrat mak! Dan lagi tak mungkin aku menuruti hasrat ini. Di mata Karem, terbayang wajah mak yang telah banyak berkorban demi keluarga.

"Untuk menghalang takdir, takdir yang tak ditakdirkan.." Karem bermain dengan kata-kata.

“Abang, sebenarnya, Dina dapat offer buat master, di Jepun. Mak tak kasi. Sebab tu mak terima risikan keluarga abang..” mata gadis ini mula berkaca semula. Menelan air liur untuk menyambung bicara.

“Hmm..kalau Dina tak dapat offer sambung master tu, Dina dapat terima abang?” Karem cuba menduga hati kecil Dina.

Sebenarnya, Karem memang mahu tahu jawapan soalan separa membunuh itu. Mana mungkin tidak, kerana gadis itu sangat istimewa sebenarnya. Tanpa dapat ditepis, memori itu muncul kembali.

“Abang Karem, ngelamun yer.. Ingat sape tu?” Dina mencuit lengan Karem.

“Tak ada lah. Pepandai je adik ni..” lamunan Karem terhenti.

Tangan Dina ditarik. Digenggam erat. Mata Dina ditenung. Dina cuba melarikan pandangan bola matanya.

“Dina, abang Karem akan usahakan supaya Dina dapat capai cita-cita Dina, dan supaya abang dan Dina, akan jadi adik dan abang sampai bila-bila”

“Terima kasih abang.. Dina akan kenang abang sampai bila-bila”

Tangan Karem digenggam erat. Utuhnya persahabatan yang usianya hampir sama dengan jasad. Tiada yang lebih indah dari difahami dan dimengertikan.

Ponn pon!!!!!!!!

Kereta Myvi putih membelok ke arah padang dan berhenti betul-betul di depan Dina dan Karem.

“Adik..?”

“Kakak?"

"Apa adik buat ni?”, sambil memandang ke arah Dina dan Karem yang sedang berpegangan tangan.

“Radi?” Karem melepaskan tangan Dina.

*********************************

Karem melangkah keluar dari sebuah motel di celahan Chow Kit. Tangannya dari tadi tidak habis-habis mendail nombor telefon Radi. Sudah empat hari Karem di ibu kota. Berjalan seorang diri tanpa arah. Hidup mesti terus. Karem pegang dengan pepatah itu.

Sememangnya Karem tidak biasa dengan kehidupan bandar. Karem rindukan bau rumput hijau dan bau kandang ayamnya. Beberapa hari sudah cukup untuk dia mengenal kota yang penuh dusta. Sudahlah duitnya habis dirompak pada malam kedatangannya ke Kuala Lumpur, selepas itu, kasutnya pula hilang dikebas di surau Central Market ketika sembahyang zohor. Nasib baiklah Karem sentiasa beringat. Wang tunai yang dibawanya cukup-cukup untuk perbelanjaan satu hari. Karem bukan buta dan tidak tahu menggunakan mesin ATM, malahan Karem selalu membeli barangan berjenama secara online. Tidak mungkin baginya untuk turun ke Kuala Lumpur semata-mata hendak membeli sepasang seluar jeans atau kasut.

Mana lah minah ni. Penat betol lah. Karem tahu Radi cemburu ketika ternampak Karem dan Dina di padang tempoh hari. Radi lansung tidak memberi Karem dan Dina peluang untuk berterus terang. Radi terus pulang ke Putrajaya tanpa menjenguk ibunya.

“Radi, aku nak jumpa kau di CM kul 2 ptg ni”, Karem tekad, menghantar sms. Ringkas dan padat.

Karem tidak tahu hala tujunya di kota. Paling memeningkan kepala Karem, bagaimana dia mahu meneruskan kehidupan disini. Perlukah dia pulang? Karem sudah berjanji pada Dina, sedaya upaya dia akan cuba tunaikan permintaan gadis istimewa itu. Supaya Dina tidak mendapat tentangan melanjutkan pelajaran, dan paling penting supaya dirinya sendiri tidak ditunangkan sesuka hati oleh orang tuanya.

Karem memasang langkah ke arah Central Market. Jam menunjukkan 2 petang. Orang ramai lalu lalang memandangkan hari ini adalah hari minggu.Remaja berpeleseran. Karem rimas.

“Hoi ayam!”, satu sekehan sampai ke kepala Karem.

“Huh..ko dari England ke tadi? Ko tengok jam? Kul 3 tau!” Karem buat-buat marah, sedangkan dia sangat bersyukur Radi datang.

“Tak de la, jem la tadi” muka Radi yang sengaja berlakon ceria.

“Kesian aku tau. Dah la orang kampung, merempat, ada kawan kat sini, tapi tak angkat fon. Hantar mesej nak jumpa jam 2, jam 3 baru sampai. Apa kata kawan aku tu belanja air..dahaga laa, tengok.. aku nak beli air pon tak ada duit”, Karem berlakon, sedangkan duit dalam banknya lebih dari boleh untuk membeli sebuah kereta nasional secara tunai, hasil dari penat lelahnya.

“Yer la yer la.. Tapi, kejap.. aku nak pergi toilet jap. Ko pegangkan beg ni, dalam ni ada wallet gi food court, order la air ape ko nak, air basuh tangan ke kaki ke.. semua on me..”, Radi melangkah ke tandas Central Market yang bersebelahan dengan Medan Selera.

Karem mengambil beg sandang belakang Radi, dan mengambil tempat duduk paling hujung di medan selera.

“Kopi o' satu bang!”, Karem mengangkat tangan sambil memesan minuman.

Pekerja di kaunter mengangguk tanda pesanan diterima.

“Seringgit dua posen bang”, air diletakkan diatas meja.

Karem mengeluarkan dompetnya. Tiada wang kecil. Lantas Karem mencapai beg sandang belakang Radi. Mencari duit kecil. Gopoh gapah Karem menyelongkar beg duit Radi.

“Nah..” Karem memberikan wang kepada pelayan tadi.

Karem berusaha untuk mengemaskan semula beg Radi yang telah disepahkan secara tak sengaja. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu kertas putih berlipat yang berbayang tulisan tangan.

“Macam tulisan aku je ni..”, Karem membuka lipatan kertas salinan photostat.




p/s: Pada semua ikan duyong dan dugong sekalian, mahap yer lambat kemut. sori entry aku cam kurang kualiti, sebab QC tak ade, QC cuti. huh.. peluh ni..

Wednesday, April 11, 2007

Pusingan 2 - Chapter 4

Joyah Call...Answer

Radi tersentak.. bulat mata Radi memandang skrin telefon ditangan nya.. sekejap matanya memandang kertas ditangan kanan, sekejap pula memandang telefon ditangan kiri.. pandangannya bersilih ganti antara telefon dan kertas..

“kebetulan apakah ini Ya Allah? Kenapa waktu-waktu begini dia telefon??”

Telefon ditangan masih menagih untuk diangkat.. menggeletar jari Radi menekan butang hijau.. Radi membetulkan suaranya, cuba mencari nada gembira agar tidak jelas kedengaran nada tangisan nya oleh si pemanggil.

“Oit Jo!! Apa kes telefon aku tiba-tiba ni?” dengan nada gembira yang di buat-buat Radi menjawap panggilan.

“Oii makcik.. kot ye pun happy dapat call dari aku, kasik la salam dulu ke.. paling koman pon ucap selamat ke.. perangai tak berubah.. gelojoh.. hahahah” kedengaran suara ceria si pemanggil.

Radi tersenyum kelat..

“Kau busy ke? Aku mengganggu kau ke?” soal si pemanggil bertubi-tubi.

“err.. tak adalah.. aku OK je.. kenapa?”

“eemmm.. aku.. err… akuu…. hmm.. tak adalah.. aku saja je nak tanya khabar kau.. dah lama tak dengar cerita dari Malaysia” suara di hujung sana menjawab.

“tak ada cerita yang menarik kat Malaysia ni Jo.. semua nya sama saja.. kalau ada cerita terbaru pun pasal aku nak kahwin ajela.. hihihih” Radi tersenyum nipis.

Suara di hujung talian senyap….. tiada sebarang jawapan mahupun perkataan yang keluar dari corong telefon Radi.

“Jo.. Hello.. Jo.. Oii Jo!! Ada lagi tak ni?” Radi memandang telefonnya..

“line ade.. blom putus lagi..” Radi membebel sendiri sambil memandang telefon bimbitnya..

Hello.. Ya.. ya.. aku ada.. ” Tetiba kedengaran balasan dari si pemanggil..

“kenapa tetiba hilang? Kat sana tak ade line ke? Orang kuning tak sampai sana ke?.. hahaha” Radi ketawa mengingat kembali iklan Digi di TV yang di tontonnya malam tadi..

“Orang kuning??” senyap..

“Hmm.. Apa2 la.. errr.. eemm.. betul ke kau nak kahwin Radi?? Bila?? Dengan siapa?” Si Pemanggil bertanya bertubi2.

“Hahaha.. apa la kau ni.. mana ada.. aku gurau jela.. yang ko kalut sangat ni kenapa?” Radi ketawa

“ Siapa la yang nak kat minah ganas cam aku ni Jo.. Orang nak tumpang tanya toilet pon tak berani agaknya.. hihhiih.. apa lagi nak ajak kahwin.. hmm..”Radi mengetap bibir sambil matanya menatap kertas kecil di tangan kanannya..

Satu helaan nafas di hujung telefon kedengaran..


“kau kat mane ni Radi?? Aku dengar cam bunyi ombak je” Si pemanggil masih setia bertanya soalan..

“errr.. hak ah aku kat tepi pantai.. kat Terengganu.. saja je nak melawat tempat aku belajar dulu” Radi membuat helah..

“hmm.. Tetiba aku teringat masa kita pergi Pangkor dulu kan.. Apa la cerita botol yang kita tanam dulu.. ada lagi ke tidak entah.. ke dah kena hanyut dek ombak.. entah apa la yg korang tulis agaknya ye..” Panjang lebar si pemanggil bercerita..

Radi menelan air liur.. perit tekaknya mendengar ayat2 dari si pemanggil.. Matanya tak lepas memandang kertas di tangan.. air mata kembali bergenang..

“kalau lah kau tahu Jo..” Radi berbisik di dalam hati.

“Err.. Radi.. kawan aku dah panggil la.. aku kena pergi la.. lain kali kita sembang lagi ek.. Take care girl.. Bye” si pemanggil telah pun memutuskan talian sebelum sempat Radi membalas..

Radi memandang telefon bimbitnya tidak berkelip.. perlahan-lahan di picitnya butang Power untuk mematikan telefon bimbitnya.. dia tidak mahu diganggu.. fikiran nya sudah sedia kusut di saat ini..

----------

Terasa janggal perbualan mereka tadi.. telefon ditangan ditenung lama.. Suara ceria yang sengaja dibuat-buatnya cukup menjadi bagi mengaburi pendengaran pihak di hujung talian.. Jo mengeluh perlahan.. ingatannya kembali mengingati perbualan sebentar tadi..

“tak ada cerita yang menarik kat Malaysia ni Jo.. semua nya sama saja.. kalau ada cerita terbaru pun pasal aku nak kahwin ajela.. hihihih”

Tersentak Joyah ketika itu.. terasa seperti kepalanya di hempap dengan batu besar.. lidahnya kelu, air matanya mula bertakung..

Radi dah nak kahwin?? Dengan Karem? Joyah mengetap bibir menahan perasaan.. segalanya bercampur.. sedih, marah, geram, kecewa.. semuanya menjadi satu.. rasa ingin dicampak kan sahaja telefon ditangannya ketika itu..

“Hahaha.. apa la kau ni.. mana ada.. aku gurau jela.. yang ko kalut sangat ni kenapa?”

“Gurau?? Ini bukan masa untuk bergurau.. aku bagai nak mati kat sini menahan pankreas ginjal bagai yang nak terkeluar ni.. ko boleh pulak buat lawak tali rapia kaler ijau.” Rengusannya hanya dibiarkan meletup di dalam hati..

Tetapi sedikit sebanyak jawapan dari Radi itu melegakan perang perasaan didalam dirinya.. sekarang memang jelas dan nyata bukan Radi yang menjadi pilihan Karem..

“Kalau betul la diaorg berdua kahwin, mahu tak balik Malaysia terus aku.. tapi kalau bukan Radi.. siapa??”

Sebenarnya bermacam-macam soalan yang ada dalam kepalanya sebelum dia menelefon Radi tadi.. bukan khabar Radi sebenarnya yang hendak di tanya. Tetapi soalan ‘Siapa yang bakal berkahwin dengan Karem’ adalah ibu bagi segala kemusykilan yang bersarang dalam kepalanya ketika ini..

“ishh.. kenapa lah tak terkeluar soalan tu tadi.. lain yang aku nak tanya.. tapi lain pulak yang terkeluar.. arghhh bodoh!!” Joyah menstarlait dahinya sendiri..

“huh..!” Joyah melepaskan keluhan sambil memandang kosong kehadapan.. kelihatan anak-anak muda berkulit putih berpasangan lalu lalang dihadapannya.. berbual mesra sambil berpelukan.. indahnya hidup mereka yang bercinta..

“hmm.. Tetiba aku teringat masa kita pergi Pangkor dulu kan.. Apa la cerita botol yang kita tanam dulu.. ade lagi ke tidak entah.. ke dah kena hanyut dek ombak.. entah apa la yg korang tulis agaknya ye..”

Botol itu.. kenangan dulu berlegar-legar dikepalanya ketika ini.. saat dia, Karem dan Radi memasukkan kertas rahsia hati masing-masing kedalam botol itu.. time capsule bak kata Karem..

“Time capsule?? Yang aku tahu time capsule tu yang dalam cerita filem-filem fiksyen orang putih je.. yang cerita ala-ala Back to The Future tu.. kekekeke..tak sangka rupa-rupanya kawan baik aku sendiri pon ada jugak time capsule ni ek.. hahaha..” Joyah tertawa ketika kali pertama Karem memperkenalkan botol tersebut kepada dia dan Radi dahulu..

Hmmm… kenangan.. adakalanya terlalu indah untuk dimiliki.. tetapi adakalanya terlalu pahit untuk diingati..

“apalah agaknya rahsia hati Karem yang tersimpan di dalam botol tu.. kalau aku dapat lampu ajaib Aladdin, aku akan mintak Jin Hensem tu bawakkan botol tu ke sini sekarang jugak, supaya aku boleh tahu apa yang tersimpan dalam botol tu.. oh.. tak lupa jugak mintak bawakkan Karem sekali..” Joyah tersenyum nipis memikirkan angan-angan mat jenin nya yang tak kan tercapai itu..

Lagu Come To Me nyanyian P. Diddy bersama Nicole Scherzinger berkumandang dari telefon bimbitnya.. Joyah memandang ke skrin.. nama Karem tertera.. Baru dipikir-pikir dah telefon.. panjang umur sungguh..

Karem.. kawannya yang satu ni tak pernah tertinggal bas untuk bertanya khabar tentang dirinya.. walaupon jarang Karem menelefon tetapi paling tidak mesti ada satu SMS akan dihantar sekali dalam seminggu atau 2 minggu untuk bertanya perkembangan terkini mengenai dirinya.. Sikap Karem yang mengambil berat inilah yang membuatkan Joyah berasa semakin jatuh hati pada lelaki itu..

Lagu terus berkumandang.. Mata Joyah masih melekat pada skrin telefonnya..

“kenapa Karem telefon?? Kan ke mahal nak telefon aku dari Malaysia tu… ape hal Karem telefon aku time-time ni??” Joyah membebel sendiri, namun tidak tergerak langsung jarinya untuk menekan butang hijau itu, dan akhirnya panggilan itu terhenti di disitu sahaja, tanpa Joyah mengangkatnya..

-------------------
“Arghh..!!” Karem membaling batu ditangannya.. melepaskan geram yang berbuku dihati..

“Apahal diaorg ni.. Yang dekat masuk voicemail.. Yang jauh tak berangkat.. Hari ni hari Jangan Angkat Telefon Sedunia ke??” Karem mengomel sendirian sambil jarinya menekan-nekan keypad telefon bimbitnya mencari menu Kalender.. Mahu dipastikan tarikh hari berkenaan..

“Gila.. mana ada dalam kalender dunia Hari Jangan Angkat Telefon Sedunia.. Aparaaaa… kikiki” Karem tertawa memikirkan kebodohan diri sendiri..

“hmm.. mana la Radi ngn Joyah ni.. time-time aku ada masalah ni.. dua-dua nya hilang entah kemana.. yang sorang masuk gua.. yang sorang lagi dah tidur mati agaknye..”

Karem sedia maklum yang waktu di Ireland adalah malam ketika ini, walaupun dia tidak tahu waktu sebenar di Ireland ketika ini, tapi dia juga pasti yang Joyah bukan jenis yang suka tidur awal.. tapi kenapa panggilan nya tidak berangkat..

“Joyah berak agaknya..” Karem menyejukkan hati nya sendiri..

“Yang si Radi ni pulak dah masuk ke gua mana.. asal aku call je cik secretary dia plak yang menjawap.. dah la dia balik last week tak nak singgah rumah aku.. kalau tak aku terserempak dengan adik dia kelmarin, confirm sampai tahun depan pun aku tak tahu yang dia ada balik minggu lepas.. hish…!!!”

Karem terus mengomel sendiri.. sekali sekala keluhan berat dilepaskan… Keluhan yang digunakan untuk menenangkan diri yang sedang dirundung masalah besar ketika ini..

Tinggal lagi lebih kurang 3 minggu..ataupun dalam 18 hari lagi untuk dia bakal menjadi tunangan orang..

“erkkk.. aku bakal bertunang?? Biar benar.. arghhh..!!”

karem meramas rambut nya.. terasa dirinya seperti anak-anak dara pulak bila di paksa bertunang dengan gadis yang bukan menjadi pilihan hati nya.. tapi lebih kepada pilihan hati ibunya sendiri.. Ya benar.. ibunya memaksa Karem untuk menerima gadis tersebut.. Gadis yang muda setahun dari dirinya itu.. yang Karem telah anggap seperti adiknya sendiri..

“Mak berkenan benar dengan dia tu Karem.. Lembut budaknya.. Sopan santun, tahu menjaga adap, hormat orang tua.. pandai masak lagi.. bertuah kau Karem kalau kau kahwin dengan dia nanti” Kata-kata ibunya masih terngiang di telinga Karem..

“apa kurangnya budak tu sampai kau tak nak kahwin dengan dia.. kau bukannya tak kenal dia.. mak tengok didikkan agama dia bagus.. pandai mengaji, solat pun dia tak pernah tinggal.. errr.. ada la jugak tertinggal seminggu dalam sebulan.. hehehe” sempat pula ibunya membuat lawak.. cisss..

“mak tak kira.. esok mak dengan Pak Ngah kau akan pergi merisik budak tu.. kalau kau sayangkan mak, kau kena bersetuju jugak untuk kahwin dengan budak tu” desak ibunya..

Memang Karem sayangkan ibunya.. terlalu sayang, tapi dalam menentukan corak hidupnya pada masa hadapan, itu adalah hak dia yang mutlak.. bukan ibunya mahupun sesiapa.. Karem maklum yang ibunya mahukan yang terbaik dalam hidupnya.. tetapi dia tidak boleh memaksa dirinya sendiri untuk menerima gadis itu di dalam hidupnya..

Sudah bermacam-macam alasan diberikan kepada ibunya.. sudah berbuih mulut Karem menyatakan yang dia tidak mahu dijodohkan dengan gadis itu, tetapi ibunya tetap berdegil.. mahu sahaja mulutnya menyuruh ibunya sahaja yang berkahwin dengan gadis itu ataupun pinangkan sahaja gadis itu untuk menjadi isteri kedua Pak Ngah nya.. tetapi akalnya masih waras dan dia masih menghormati ibunya.. dia bukan sekeji itu untuk berkurang ajar dengan orang tua, lebih-lebih lagi ibunya.. maka ditelan nya sahaja semua itu..

Sudahnya kelmarin ibunya bersama dengan bapa saudaranya telah pergi merisik gadis tersebut.. dan kepulangan ibunya dari rumah gadis itu membawa berita yang majlis pertunangan mereka akan berlangsung pada bulan hadapan..

Ahhh.. kenapa ibunya terlalu memaksa?? bukan gadis itu yang bertahta di hatinya ketika ini..Tetapi ‘dia’.. ‘Dia’ yang telah lama bertahta di hatinya.. perasaan yang telah lama di simpan kemas di dalam hatinya dan juga tertutup rapat dan tertanam kemas di dalam time capsule di Teluk Nipah itu..

Kenangan itu datang.. mereka bertiga bergelak ketawa sambil berlari berkejaran di kaki pantai Teluk Nipah.. Dia, Radi dan Joyah amat gembira ketika itu.. bergelak ketawa, bergurau senda.. dan akhirnya hari itu di tamatkan dengan masing-masing menulis rahsia hati dan memasukkan kedalam time capsule sebelum di tanam di tepi batu besar..

Arghhh.. apa la agaknya yang Radi dengan Joyah tulis ek.. kalau aku ade ‘Pintu Sesuka Hati’ Doraemon, mesti sekarang ini juga aku dah pergi ke Pangkor untuk membongkar rahsia hati mereka..

“huh!” Karem mengeluh lagi.. pada ketika dan waktu ini, dia tiada teman untuk mengadu masalah yang di hadapinya.. Karem merenung awan.. terasa rindu.. rindu pada ‘dia’ yang bertahta di hati..

“arghh..!! macam mana ni..?? macam mana aku nak mengelak dari bertunang dengan gadis tu..?? nak mtk tolong kat siapa ni? Radi.. kalaulah kau ada… harap-harap kau balik lah minggu depan.. atau minggu depannya..ahh.. tak kisah la kau nak balik bila-bila, asalkan sebelum majlis bertunang paksa aku tu..arghh.. tekanan sungguh!! Hish!!” Karem menyepak tunggul di hadapannya..

Mata Karem tidak lepas memandang seekor ayam jantan yang lalu dihadapannya..

“bahagianya jadi ayam.. tak ada masalah langsung.. tak payah susah-susah fikir kena kahwin paksa macam aku ni.. errr.. tapi masalah jugak kalau hari raya.. kena pikir cara-cara nak lepaskan diri dari kena sembelih.. uishh.. lagi berat masalah ayam ni rupanya.. hihihi.. ish... otak aku dah biul agaknya” Karem tersenyum nipis..
“Radi.. Mana kau pergi?? Kau sengaja off kan handset ke ataupun kau memang dalam gua sekarang ni.. Radi.. I really need you right now..” muka Karem mencuka..

Karem mencapai telefon bimbitnya kembali.. keypad di tekan, dan berhenti pada nama Radi.. butang hijau di tekan, dan telefon segera di rapatkan ke telinga nya..

“aku tak kira, selagi tak dapat, selagi tu aku akan terus call kau.. biar sampai penat cik secretary kau tu nak menjawap” Karem bertekad di dalam hati..

1.. 2.. 3.. Tutt tutttt.. tutt tuttt… bunyi talian bersambung di sebelah sana..

Yesss!!” Mata Karem bercahaya..
-----------------
p/s: Sori la korg aku pnye cerita slow mosyen sket.. balik-balik pusing kat situ.. mst korg busan kan.. ampunnnnnnn skali lagi.. gua tgh kering idea la beb.. sori ek.. ok nexttttttttttt.... :D

Tuesday, April 3, 2007

Pusingan 2 - Chapter 3

Nyiur gading tinggi menjulang,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan,
Hancur daging berkisi tulang,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan.

Suasana di jeti Lumut kelihatan sedikit sibuk. Kelihatan beberapa orang pemborong ikan kering sedang mengarahkan para pekerja mereka untuk memunggah kotak-kotak yang berisi hasil lautan dari bot yang baru tiba dari Pulau Pangkor. Memang menjadi kebiasaan pemborong-pemborong ini untuk mendapatkan ikan kering dari Pulau Pangkor yang memang terkenal dengan hasil kering dari lautan itu. Disuatu sudut menunggu kelihatan beberapa orang penumpang feri sedang menunggu kedatangan feri yang sepatutnya tiba 10 minit yang lalu. Kelihatan rona resah diwajah mereka. Kelihatan disuatu sudut pula duduk seorang ibu mendukung seorang bayi yang masih berusia merah. Disampingnya seorang anak kecil yang berumur dalam lingkungan lima tahun berdiri sambil memegang erat hujung baju si ibu. Radi memerhatikan gelagat anak beranak itu, naluri kewanitaannya sedikit tersentuh bilamana melihat kemesraan anak beranak tersebut. Radi mendengus perlahan. Menghitung usianya yang semakin meningkat itu. Teman-temannya yang lain semuanya sudah berpunya, dia sahaja yang masih bersendirian. Bukannya dia memilih tapi apakan daya. Yang ditunggu tak kunjung tiba, yang diharap entah kemana.

Apa diharap padi sebendang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan sudi entahkan tidak

Radi berdiri di tepi jeti sambil melontarkan pandangan jauh ke dasar lautan. Kelihatan anak-anak ikan berenang-renang bebas didalamnya. Radi mencampakkan beberapa ulas roti kering dan hatinya begitu girang setiap kali melihatkan telatah anak-anak ikan yang berebut-rebut mendapatkan roti tersebut.

“Alangkah damainya hatiku kalau aku menjadi seperti ikan-ikan ini. Bebas berenang-renang kemana sahaja aku sukai. Aku tidak mahu hatiku terikat dengan impian yang akhirnya akan melukai diriku sendiri. Tetapi aku juga tidak mahu orang yang aku sayangi melukakan diriku,” bisik hati Radi sendirian.

Tiba-tiba kedengaran satu pengumum, “Feri menuju ke Pulau Pangkor akan tiba dalam tempoh masa lima minit dari sekarang. Para penumpang diminta bersedia.”

Ingatan Radi terhadap impiannya terputus, Radi lantas mengambil bagasinya yang berupa backpack dan menyandarkan dibelakang badannya. Dia mengenakan kacamata Ray-ban. Semilir bayu laut bertiup menyebabkan hujung tudungnya sedikit mengerbang. Radi kelihatan sungguh ayu sekali.

Sebaik sahaja feri sampai di jeti. Radi lantas masuk ke dalam kabin penumpang dan mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan bilik kemudi. Tidak lama selepas itu, feri tersebut membunyikan honnya tanda untuk berlepas dari jeti Lumut.

Perjalanan mengambil masa sekitar 25 minit sehingga 30 minit. Gelombang nipis ombak menyebabkan keadaan di dalam feri itu sedikit terhuyung-hayang. Radi tidak betah, di lantas keluar ke bahagian geladak kapal. Disitu Radi berdiri sambil memerhatikan arah daratan Pulau Pangkor. Radi tahu selepas ini feri akan berhenti sebentar di Jeti Sungai Pinang Kecil sebelum menuju ke Jeti Sungai Pinang Besar. Ini bukan kali pertama Radi kesini, bahkan ini kali kelima Radi ke sini. Setiap tahun tanpa pernah ada keuzuran dia akan datang kesini bersedirian. Radi teringat lima tahun yang lalu dia pernah datang kesini bersama-sama dengan Joyah dan juga Karem. Waktu tu mereka semua baru habis SPM. Di pulau ini lah mereka mengikat janji untuk menjadi sahabat sehidup semati. Dan di pulau ini jugalah tersimpannya rahsia hati mereka masing-masing.

Perjalanan Feri begitu lancar. Diufuk langit kelihatan sepasang camar terbang beriringan.

“Alangkah baiknya kalau aku dapat jadi seperti pasangan camar itu. Kemana sahaja aku terbang aku tidak akan pernah bersendirian. Hanya takdir Allah sahaja yang dapat memisahkan aku,” bisik hati Radi pilu.

Burung camar terbang melayang
Singgah sebentar didahan mati
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi

Tanpa Radi sedari Feri itu semakin menghampiri jeti Sungai Pinang Kecil. Beberapa orang penumpang kelihatan berebut-rebut berdiri di pintu keluar Feri tersebut. Kelihatan ibu yang ditemuinya di jeti Lumut tadi terkial-kial menarik beg pakaiannya sambil mendukung bayinya. Radi menoleh ke kiri dan kanan mencari anak si ibu itu yang seorang lagi. Rupanya si anak itu sedang berdiri dihadapan ibunya sambil menahan asakan orang-orang yang berdiri dihadapannya. Radi menghampiri ibu tersebut dan cuba menghulurkan pertolongan dengan cara membantu ibu tersebut mengangkat begnya sehingga ke jeti dan kemudian Radi kembali semula kedalam Feri untuk menuju ke jeti Sungai Pinang Besar.

Perjalanan Feri diteruskan menuju ke perhentian yang seterusnya. Sesampainya Radi di jeti yang seterusnya Radi lantas menahan teksi van yang banyak terdapat disekitar jeti tersebut.

“Pakcik! Saya nak ke Teluk Nipah,” Radi.

“Naiklah!” jawab pemandu teksi van sambil tersenyum ramah.

Sepanjang perjalanan Radi lebih banyak berdiam diri, ingatannya kembali ke lima tahun yang lepas.

“Alah…jomlah kita pegi Pangkor. Lepas ni aku dah tak jumpa korang lagi. Radi dah pegi UITM Dungun, kau pulak Joyah nak pergi Ireland. Jomlah! Jomlah!” gesa Karem bersungguh-sungguh.

“Apa aku nak bagitahu mak aku,” jawab Radi.

“Alaaah! kau katalah kau ada rombongan sekolah. Kalau kau orang tak pergi, rugilah korang. Aku ada benda surprise tuk korang semua ni. Ni tengok ni!” sambung Kareem sambil menghulurkan beg sandang sekolah yang dibawanya kepada Radi dan Joyah.

“Aip! Aip! Pegang boleh tapi tengok jangan harap,” Karem.

“Kareemmm… apa benda dalam beg kau ni, pelik semacam aje,” Joyah.

“Haaa…kalau korang nak tahu hujung minggu ni kita pegi Pangkor. Amacam? ON tak?” Kareem mengumpan.

“Tengok dululah,” jawab Joyah.

“Aku…aku, bagi aku pikir dululah,” Radi.

“Alaahh…korang ni mengadalaaa. Oklah aku bagi masa sampai esok jer. Esok konfirm dengan aku sebab aku nak pegi beli tiket bas,” gerutu Karem.

. . . . . . . . . .

“Adik! oh Adik! Kita dah sampai Teluk Nipah ni,” pemandu.

Radi sedikit tersentak. Lamunannya terhenti.

“Oh berapa bayarannya?” tanya Radi sedikit terkebil-kebil.

“Sepuluh dah lah,” pemandu.

Radi mengeluarkan dompetnya dan membayar tambang yang dipinta oleh pemandu tersebut.

Setelah menyelesaikan pembayaran, Radi lantas turun dari teksi tersebut. Dan dihadapannya terbentang sebuah pantai landai yang berbentuk seperti teluk. Pemandangan ketika itu sangat indah sekali.

Deruan ombak,
Landai membelah titipan pantai,
Bersendirian Aku,
Merenung ufuk timur,
Desiran bayu yang mengasyikkan,
Tenggelam bersama bunyian dan warna alam,

Disini aku berdiri,
Mencari kedamaian,
Mencari makna cinta,
Memahami erti kehidupan,

Kicauan beburung menambah kedamaian,
Tenang, damai, rindu dan cinta,
Seolah terdampar disyurga dunia,

Aku diam,
Aku pandang,
Dan aku mengerti,
Betapa diri ini kerdil sekali,
Jika dibandingkan seluas samudera,

Wahai Tuhan,
Resapkan rasa alam ini ke dadaku,
Agar aku juga damai selalu.


Radi meneruskan langkahnya menuju kehujung teluk, dikawasan berpantai yang sedikit berbukit batu. Semakin dia menghampiri kawasan bukit batu tersebut semakin kuat debaran hatinya. Semakin dia menghampiri kawasan tersebut semakin kuat ingatannya kembali menerjah peristiwa lima tahun yang lalu. Disinilah dia, Karem dan Joyah pernah berdiri lima tahun yang lalu.

“Woi! woi! Kareem, cepatlah tunjuk apa benda yang kau nak tunjukkan sangat tu,” bising Radi.

“Cepatlah woi!, apalah sangat surprise kau tu,” sambung Joyah pula.

“Yelah…yelah, tengok ni. Jeng! Jeng! Jeng!” Kareem.

“Aduhhh!” jerit Kareem.

Satu starlait hinggap tepat di dahi Kareem.

“Apasal kau starlait aku,” marah Kareem pada Radi.

“Botol kecik bodoh ni kau kata surprise. Tak guna punya kawan,” marah Radi pada Kareem.

“Aku ingatkan apa benda lah tadi, buang karan sungguh,” marah Joyah pula.

“Wei! Dengar lah dulu cerita aku, belum aku habis cerita korang dah marah-marah aku. Pastu siap starlait aku pulak tu. Hampeh punya Radi,” balas Kareem sambil merenung marah ke arah Radi. Radi membuat muka selamba badaknya tanpa menghiraukan kemarahan Kareem padanya.

“Yelaaah, hah cepatlah cerita,” Radi.

“Ok macam ni, botol ni nampak aje macam botol minyak cap kapak saiz besar tuh, tapi harga dia mahal wooo. Aku beli kat KL waktu aku ikut bapak aku pegi melawat saudara aku sakit bulan lepas. Harga dia seratus lima puloh hinggit. Habis aku pecah tabung duit aku tuk beli benda alah ni. Ok benda ni kita panggil time capsule ataupun dalam bahasa melayu standardnya kita panggil kapsul masa,” jelas Kareem.

“OOOO,” jawab Radi dan Joyah serentak.

“Ok! kapsul masa ni tahan cuaca dan juga water proof, pasal tu harga dia mahal. Okey sekarang ni, apa yang kita semua perlu buat adalah korang tulis korang punya rahsia hati dan juga impian korang dalam kertas ni,” Kareem menghulurkan kertas pada Radi dan juga Joyah.

“Weeeei! guna pen ni. Pen dan kertas ni pun special jugak. Kertas ni tahan lasak, sekali korang tulis atas kertas tu pakai pen ni memang confirm korang takleh padam apa yang korang tulis. So pikir dulu sebelum tulis,” sambung Kareem.

“Korang dah abis tulis ke belum? Lembab macam siput sedut betul lah korang ni. Dah abis tulis, korang lipat, pastu tulis nama korang kat atas kertas tu. Okeh lepas tu, aku masukkan aku punya, Radi punya dan Joyah punya jugak dalam botol ni. Okeh, tengok ni. Aku tutup rapat-rapat botol ni," sambil Kareem menutup ketat-ketat penutup kapsul masa tersebut.

"Okeh, bila korang semua dah abis belaja kita datang sini balik untuk buka balik kapsul masa kita ni. Ok benda alah ni aku tanam kat sini. Tengok baik-baik, nanti terlupa tempat dia susah pulak kita nak cari benda ni balik nanti,” Kareem.


. . . . . . . . . .

Kerana kapsul masa inilah Radi sanggup saban tahun datang ke tempat ini sendirian untuk memastikan bahawa kapsul masa itu masih berada ditempatnya. Tiada siapa yang tahu kedatangannya kesini. Sama ada Kareem mahupun Joyah.

Tapi kali ini tujuan Radi datang bukan setakat untuk memastikan bahawa kapsul masa itu masih berada di tempatnya. Tapi niatnya datang adalah untuk mengetahui apakah rahsia hati Kareem yang tersimpan di dalam kapsul masa tersebut.


Debaran Radi semakin kencang. Dengan tergopoh-gapahnya Radi mengali kawasan tanah dicelah-celah batu besar tersebut. Akhirnya Radi menemui apa yang dicari-carinya.

Radi tidak berminat untuk mengetahui apa rahsia hati Joyah, yang penting Radi mesti tahu apa rahsia hati Kareem.

Tangan Radi menggeletar ketika membuka penutup kapsul masa tersebut. Radi cuba mengawal emosinya. Antara keinginan yang begitu meluap-luap dan kesabarannya yang sudah menjadi begitu semakin nipis.

Dengan perlahan Radi mengeluarkan kertas yang tertulis nama Kareem di atasnya. Radi membuka lipatan dan membacanya.

D,

Aku suka sangat kat ko. Tapi kalau ko tak suka aku takpelah.
Akekekekeek.

Yg Benar,
Kareem

Radi menatap lembaran kertas tersebut. Air matanya bergenang.

Siapa D? Adakah ia RaDi ataupun Dayah (Hidayah merangkap Joyah). Dayah merupakan nama panggilan keluarga Joyah terhadap dirinya. Yang pastinya D bukanlah untuk Darkwan, Dop ataupun Danineh.

Air mata Radi yang tadinya hanya sekadar bergenang kini mula bersedu. Radi tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.

Tiba-tiba telefon bimbit Radi berbunyi…

Joyah Call...Answer

P/s: Next writer, suhaila. Sambung jangan tak sambung. akekekkeke ;-)