Friday, March 30, 2007

Pusingan 2 - Chapter 2

Perjalanan ke Keane Street, letaknya The Cabaret terasa begitu jauh sekali. Mungkin kerana perbualan telefon dengan emaknya itu benar-benar menggusarkan hati. Sememangnya, tiap kali dia menerima panggilan telefon dari kampung, setiap kali itu Joyah akan jadi tidak keruan. Dengan keadaan sekarang pun masih dia tidak berapa stabil, lagi menambahkan beban fikiran.

"Ah, persetankan." Bisik hati Joyah, sendirian.

Kelab tersebut bagaikan menyambut-nyambut kedatangannya pada musim dingin yang sememangnya asing buat orang Malaysia sepertinya. Tetapi setelah beberapa tahun menyesuaikan diri di bumi Ireland, perasaan jakun dia kepada cuaca iklim bumi ini beransur-ansur hilang. Tidak seperti orang tempatan yang lebih banyak meluangkan masa di kediaman masing-masing dalam suasana dingin ini mengurumuni dandang api, dia lebih gemar mencari hiburan di luar. Bukan tidak pernah, malah berkali-kali juga Suhaila menyindir dia kerana lebih orang putih dari orang putih kerana tabiatnya yang sering keluar malam tidak mengira musim tapi bak kata pepatah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tidak diendahkan langsung peringatan dari Suhaila yang terlebih dahulu menjejakkan kaki di bumi Ireland ini.

"Jo?"

Ditolehnya ke arah suara yang memanggilnya.

“Hey, Matt? Is that you?”

Walaupun lampu jalan yang samar-samar tidak membantunya mengecam muka orang yang memanggilnya itu, tetapi suara itu seakan biasa didengarinya. Begitupun, Joyah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“No, you’re wrong. It’s just plain wrong, honey.” Orang itu berhenti berjalan dan membalas. Dari tutur kata, nyata ia lelaki kerana kasar suaranya..

“I am not interested in playing games. Say your name.” Joyah membentak.

“Hey hey hey, calm down, calm down. It’s me, Matt.” Lelaki itu mengalah dan melangkah ke hadapan menghulurkan tangan untuk bersalam.

Bengang Joyah kerana diperlakukan begitu. Sedang hati gundah gulana, tiba-tiba dipermainkan begitu, hati siapa tidak geram!

“What you are up to, mother fucker?” Tanpa menyambut salam, Joyah berpusing dan melangkah ke tujuan asalnya

“And now what you are up to, Jo?”

Tiada jawapan dari mulut mungil Joyah itu.

“Okay, I am sorry Jo. I am trying to bright you up but it doesn’t work. Let me try another trick, okay? “ Dalam kemaafan, sempat Matt menyelitkan jenaka.

Lelaki memang tidak boleh diberi muka. Diberi betis, hendakkan peha. Diberi peha, hendakkan benda lain pula. Joyah memang sudah masak dengan perangai lelaki-lelaki yang cuba mendampinginya. Disebabkan itu, dia lebih suka menjauhkan diri dengan mana-mana lelaki yang cuba merapatinya, walaupun rakan sepejabat seperti Matt.

“It seems like we are going to the same destination. It’s my pleasure if I can accompany you tonight. What do you say ?” Tak habis-habis Matt cuba menguji pendirian Joyah.

“I’m sorry, I already have companies. Maybe another time,” Jawab Joyah, acuh tak acuh kerana meluat dengan Matt yang tidak kenal putus asa itu.

“Oh, I am glad you are. Who’s the lucky guy, if you wouldn’t mind to tell?”

Joyah merasakan itu adalah suatu soalan yang tidak perlu dijawabnya. Sambil mengeluarkan telefon bimbit dari jaket, dia mendail Sasha yang telah lama menunggu.

“Sash, where are you girl?”
“Same place, like usual.”

Joyah menoleh ke sisi, untuk memastikan Matt mendengar apa yang diperkatakannya. Walaupun dia tidak menjawab pertanyaan Matt, tetapi secara tak langsung itu memberitahu Matt tentang temannya pada malam itu iaitu Sasha. Tetapi lelaki tersebut tiada.

“Pelik? Dua saat je `dah hilang?” Persetankanlah! Bagus juga dia tiada.” Dengus Joyah dalam hati.

Begitupun, dia hairan juga kerana kemunculan lelaki Inggeris tersebut di kelab ini sebab sebelum ini dia tidak pernah pun berjumpa dengan mana-mana kenalannya di situ.

“Jo!”

Sasha melambai-lambaikan tangan dari jauh. Gedik juga minah ni, kata Joyah dalam hati. Bukan dia tidak tahu tempat kegemaran mereka di kelab ini. Mungkin kerana ingin menarik perhatian orang lain, agaknya. Tidak mahu menghampakan sahabatnya itu, Joyah membalas dengan melambaikan tangan dan menuju ke arahnya sambil langkahnya diperhatikan beberapa lelaki di sekelilingnya.

Sambil melabuhkan punggung, Sasha bertanya tentang kelewatannya. Joyah tidak menjawab, sekadar memandang ke hadapan pentas tempat kumpulan band melakukan persembahan. Renungan yang dalam itu sudah pasti memberi gambaran tentang berat permasalahan yang ditanggungnya. Memecahkan kebuntuan, Sasha mempelawa minum.

“Beer or whisky?”
“Whisky”

Sasha mengangkat botol Scotch dan menuangkan sedikit ke gelas. Dicampurnya separuh soda ke dalam gelas tersebut supaya ia tidak terlalu keras. Sasha kemudian menghulurkan gelas tersebut kepada Joyah.

“Thanks”

Diteguknya air setan tersebut umpama orang kehausan di padang pasir. Sasha hanya mampu memandang. Kemudian, Joyah sendiri mencampurkan sendiri minumannya. Sekali lagi, kali ini tanpa soda. Belum sempat disuakan ke mulut, Sasha menahan tangan rakannya itu.

“Jo, please. Don’t.” Diambil gelas dari tangan Jo dan kemudian diletakkan di meja. Ditenungnya Joyah dengan lirikan mata tanda menghalang Joyah dari meneruskan.

Diam lagi.

“Tonight, we have a special band you know? You’ll be surprised”.
“Really?”

Jawab Joyah, sekadar melepas batuk di tangga. The Cabaret adalah milikan bapa saudara Sasha, jadi tidak hairan dia mengetahui tentang band yang membuat persembahan pada malam itu.

“Okay Jo, now you tell me. What’s on your mind now? I know you are thinking of something” Tanya Sasha, menyuarakan kebimbangannya terhadap sahabatnya itu. Bukan susah untuk membaca sahabatnya yang seorang itu.

“Hmm...” Jo melepaskan keluhan besar, umpama melepaskan seketul batu yang besar dari dadanya.

Sasha mendekatkan dirinya kepada Joyah supaya Joyah lebih merasa selesa untuk bercerita. Belum sempat dia bercerita, muzik latar belakang bertukar menjadi bingit. Rupanya, band istimewa yang diperkatakan oleh Sasha sebelum ini bersedia untuk memulakan persembahan.

“Ladies and gents, our band tonight is … Matt and Friends!!!" Pengurus kelab selaku pengacara majlis mengumumkan.

“This is what you call, special…?” Joyah bertanya, kurang berpuas hati.
“Yeah, can’t you recognize Matt? He’s playing as lead. He’s good, you know. The way he plays remind me...” belum sempat Sasha menghabiskan kata-kata, Joyah memotong.
“Yes, too good. And now I am leaving for good.” Joyah mencebik sambil mencapai beg tangannya.
“What’s wrong honey? Shouldn’t we cherish him?” Sasha kehairanan kerana tidak mengetahui insiden yang berlaku antara Joyah dan Matt di luar kelab tadi.
“You cherish him alone. Bye.” Tanpa menoleh, Joyah berlalu pergi.
“Sheesh..” Sasha mengeluh, tidak faham dengan sikap Joyah. Walhal, Joyah juga yang mengajaknya bertemu.

Harapkan pagar, pagar tak boleh harap. Susah-susah sangat, baik aku kawan dengan Cico Harahap. Bebel Joyah sambil melangkah ke pintu keluar. Dia pun tidak pasti arah mana yang hendak ditujunya. Ke mana kakinya melangkah, itulah tujuannya.

Mesej yang diterimanya minggu lepas benar-benar mengganggu fikirannya. Emaknya di kampung memberitahu yang Karem akan melangsungkan pertunangan pada bulan berikutnya. Dia bertanya siapakah gadis pilihannya, tetapi emaknya enggan memberitahu. Dia tahu benar, emaknya sengaja berbuat demikian dengan harapan dia sendiri akan pulang ke Malaysia setelah lama merantau di bumi orang. Bukan dia tidak rindukan kampung, bukan dia tidak rindukan adik-adiknya, tetapi dia enggan menghadap bapa tirinya. Sejak kematian bapa kandungnya kerana serangan jantung tidak lama selepas Joyah mendapat keputusan SPM, mereka sekeluarga bergantung dengan duit pencen bapanya yang bekerja kerajaan ketika hayat untuk belanja seharian. Tetapi, dua tahun lepas, emaknya memberi khabar dia sudah berkahwin dengan Pak Lamat. Joyah geram dengan sikap emaknya. Dia tidak boleh menerima hakikat perkahwinan tersebut kerana bagi Joyah, emaknya tidak setia kepada arwah bapanya. Dia enggan menerima Pak Lamat sebagai bapanya sekarang!

Lagi pula, emaknya menjadi isteri kedua. Joyah malu, emaknya seperti diberitahu Karem menjadi buah fitnah orang kampung yang mengatakan emaknya sangat tergila-gilakan Pak Lamat. Bagaimanapun, dalam perbualan singkatnya dengan Karem ketika itu, Karem memberitahu yang Pak Lamat memang ikhlas berkahwin dengan emaknya tanpa sebarang maksud lain. Joyah tak faham. Sudah luputkan ingatan emaknya pada arwah bapanya? Mengapa orang-orang yang dikasihinya makin lama makin meninggalkannya seorang demi seorang?

Sekarang ini, Karem pula yang ingin bertunang. Karem pun satu! Bukan tak pernah dia menghubungi Karem sejak dari berita pertunangan itu terdengar ke daun telinganya! Malah berkali-kali juga Joyah mendesak siapa gadis pilihan hatinya itu tetapi, jejaka itu akan mengalih topik perbualan setiap kali soalan itu diajukan lalu Joyah menjadi bosan. Joyah pun tak tahu siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memberitahunya maklumat tentang siapa bakal tunang Karem.

Radi? Joyah tak berani. Malah yang paling ditakutinya ialah, sekiranya gadis pilihan Karem ialah Radi sendiri. Dalam cinta, Radi adalah musuh ketatnya walau di permukaan mereka bersahabat baik. Joyah tak pernah mengaku yang dia meminati Karem. Begitu juga Radi. Tapi dia tahu yang Radi juga meminati Karem. Dari lirik mata Radi, gerak bibirnya, tutur katanya, Joyah dapat baca. Semuanya. Joyah tahu, kerana dia juga perempuan. Hanya perempuan yang dapat memahami perempuan.

Sementelahan Karem, selalu menyebut perihal Radi semasa mereka bersama-sama di sekolah menengah dulu. Tidak pernah mereka berdua bertemu tanpa Karem menyebut Radi di mulutnya sambil mengimbau kenangan-kenangan mereka bersama sehingga Joyah naik meluat. Dan mengulang-ngulang ungkapan betapa indahnya jika mereka dapat sama-sama belajar di bawah bumbung yang sama.

"Even if I fell to the bottom, life doesn't end. And life doesn't end easily."

Joyah teringatkan dialog itu dalam salah sebuah drama yang pernah ditontonnya. Dia menguatkan semangat.

“Malulah Joyah, dari Malaysia sampai ke Ireland aku juara Taekwando. Tak pernah kalah. Takkan pasal jiwa pun boleh kalah. Aku takkan kalah. I will never die! Yeah...” Semat Joyah pada diri sendiri seraya mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mencari entri di dalam buku telefonnya lalu menekan butang panggilan untuk mencari kepastian dalam pencarian sebuah kebenaran.

Terpapar di skrin telefon bimbitnya.

Calling... Radi

Monday, March 26, 2007

T E M P U R













Nila gaya dan lagak ngeri derang-derang.. aku tak boh sume.. lelaen korang tgk kat potopej xai ke, ida ke eh.. heheh.. [gambar2 neh courtesy of xai]






Derang nih maen guling2.. terjun2.. rilek je dalam hutan curam berkayu2 berbatu2 tuh.. huu..gile









Qasey. aku tak jumpe la gambar kau pakai mask yang sgt merimaskan kau tuh.. heheh..










Gambar posing2 maut pun aku tak boh disini.. sile carik di memane fotopej berdekatan eh.. heheh






















------------------------------------------------------------------------------

Pada
25 Mac 2007, geng 8 sen gi maen PaintBall!! Giiiiile ah... antara geng yang hadir:

-Dani (Organizer)
-Xai (Organizer)
-Dakwan
-Ida
-Shah
-Suhaila

yang tak dapat hadir:
-Awi
-Odja

Note: sambung-sambung tajuk aku nih...

------------------------------------------------------------------------------


By: Huzai
Team:
Team Timba lah (Thiput Thedut)
Pengalaman Lengkap Tanpa Tapisan.

Masa brader tu start bagi briefing kat tengah markas. Aku dah terpecahkan satu pallet. Terpercik kena tudung. Maknanya... ada maknaaaaa tu. Memang dasar siput sedut betul. Itulah titik permulaan menjadi seekor siput sedut. Muahkahakahkahks. Benci betol.

Masa mula-mula start main.. team aku lawan team Sri Altantuya Sri Ayuthia altantuya. Ngeri seot. Kena main markas bawah pulak tu. Aku tengok mamat altantuya tu mcm rakus je. Ngan as3 lagi dalam team tu. Ngan syafik skali! Ahh tetekan. Masa mula-mula marshall suruh standby tu.. socks marker aku tak bukak lagi. Sejenak aku lupe macamana nak bukak. Pastu safety marker tu pon on lagi. Aku lupe. Kene tekan ke luar ke biar ke dalam ke ape ke. Sebab die tak bagi test tembak lagi taim tu. Lepas dah start tembak botol tu. Semua lari bertempiaran. Gila lah. Aku jadi blur. Taktau nak lari mana. Strategi pun tak ada. Lari ke kiri. Sekali tak perasan tiba-tiba dari celah pokok keluar si syafik. Dia cop ngn marker dia. Ahhh!! Mati dah. Kena lari bawah balik recharge nyawa. Pastu naikkk balek. Bila dah naik.. mula main sembunyi-sembunyi. Pandang kiri pandang kanan. Nak tengok musuh. Pandang kanan balek. Sekali... zzzas kena tembak! Kat telinga kiri. Terus berdengung telinga aku. Langsung mati. Huarghhhh... benci. Baru pakai pallet 3 bijik je!! Gila banyakkk lagi balance.

Kedua. Lawan team Diera. Diera pahlawan terulung wanita. Haha. Ngeri beb! Nasib baikkkkkkk lah dapat main atas. Kami main backup je banyak. Aku Zaki ngn Fariz. Best la jugak main mcm tu. Tapi.. draw akhirnya. Eh.. ke entah ada sape tah yang menang. Aku pun tak ingat lah apa jadi dalam tu. Aku tau lari. Nyorok. Lari. Nyorok je. Haha. Kesudahannya.. masa pun habes. Dan macam biaselah... peluru masih banyakkkkk lagi. Alahai.

Ketige. Dan paling last. Lawan Dani. Dani!!! Haha. Aku tengok Zaki dah keluar. Fariz pon aku tak nampak posisi dia. Chinozie pon tah ke mana. Eida je kat atas. Takde bekap siot! Kesudahannya.. aku meredah ke bawah. Sampailah ke tangki tu. Masa tu.. diorang (dira ngn suhaila sume) dah besorak.. cakap ada orang kat situ. Aku tak nampak. Pastu tengok air muka diorang pon macam tipu je. Macam susah je nak percaye. Sekali tengok.. Dani jerkah dari atas. Cakap Die! Die! Aku terkejut. Aku tembak dia. Haha. Dan aku masih lagi nak lepaskan trigger tu lagi seDas kat Dani. Haha. Best. Tapi.. sori dani. Hee Hee Hee..

Dan petunjukan chicken run korang. Pemandangan dari atas.. memang sangat kamikaze lah. Aksi Dop melompat merebut bendera utk dipacakkan. Aksi yang berkali-kali. Dengan si Altantuya sekali. Memang kamikaze lah. Haha. Tapi.. berbaloi kan.

Sekarang.. aku dah jadi pengguin. Jalan kena tegakkk je kaki. Tak boleh bengkokkan. Sakit wo! Pastu naik turun tangga adalah satu penyeksaannnnnnn. Belakang pinnggang pon sakit gile. Hari-hari tampal koyok. Peha kiri kena tembak. Nasib baik lebam ngn bengkak je. Lutut kanan pon kene tembak. Naseb baek tak belobang. Bengkak ngn lebam je. Takla terok macam mereka yg melecur berdarah berluka bagai.

Bab makan. Aku tak sempat brekpes pon pagi tu sebelum lawan. TElan air milo je segelas kat umah. Tu yang tecungap-cungap nak mati. Stamina maken pancit dibuatnya. Lepas dah lawan gile-gile baru terhegeh-hegeh carik mihun mader. Sedap wo! Terima kaseh buat Dani sekeluarga. Atas makanan dan segala hamper bagai. Oke.. itu ajela kot laporan bertempur aku.

Oh ye... grup 2.. sapeeee lah yg tembak telinge aku tu ek? Berdesing wo. Kalau aku dapat... siaplah! Haha.

By: Shah
Team:
Chipan Angkasapuri
Pengalaman Lengkap Tanpa Tapisan edisi Bernafas pakai topeng.

Sesak, sesak betul nafas aku. Rasa macam Dark vader bila pakai mask tu. Lepas tu napas pun bunyi macam mana dark vader bernapas. Kuat...macam lembu lepas sembelih.

Sepanjang game, aku jadi sniper. Dua kali kat base atas, satu kali kat base bawah. Base atas paling best, sebab sebagai sniper ko boleh nampak semua posisi. Peluru sampai pun ko boleh nampak. Macam mana boleh nampak, senang saje. Sebab bila kat atas musuh dari bawah akan menembak, daya pecutan peluru tu semakin berkurangan sebab bila musuh tembak dari bawah peluru tersebut terpaksa melawan daya graviti bumi. So pecutan peluru tu semakin perlahan. Nah...ko akan nampak peluru tu bergerak dengan begitu perlahan. Dan dengan machonya kau boleh mengelak peluru tersebut. Serius macam cita matrix plak.

Ada sekali tu aku lawan satu geng ni. Aku nampak kepala sorang perempuan yang bertopeng berlari-lari anak mendaki bukit. Mungkin sebab bukit tu tinggi, aku rasa dia kepenatan. Tapi aku tak kasihan, sebagai sniper...aku kena menjalankan tanggungjawab aku. Kalau dia tak mati, aku yang mati. Tak pun geng aku yang mati. So aku aim baek-baek, sebiji macam radi aim burung2 yang bertenggek kat hutan berincang tu.

So, aku pun lepaskan trigger...pomm!! sebiji tepat kena kat kepala. Tapi aku tengok dia macam relex aje. Aku tembak lagi...aku rasa banyak jugaklah aku tembak dia. semuanya kena kepala. Aduhai! rasa bersalah pulak aku tembak orang pompuan ni. Tak cowboy langsung, hilang ciri-ciri kegentleman aku. Bila abis game, rupa2 nya orang yang kena tembak tu adalah lediagli. Yaaa...ampun ledi....kalau aku tawu tu ko...for sure aku tembak sampai peluru aku habis. Ha ha ha....

Pastu, aku cuba jugak aim kat huzai, tapi sayangnya dia tak menonjolkan diri. Takut lah tu...

Pastu aku dengar ada orang tertonggeng.....walaupun aku tak sempat melihat aksi tertonggeng tu, tapi aku nak gelak jugak kat sini....Akakakakakakakaka

Dani plak aku tengok banyak habiskan masa kat base camp. Tapi dani done a great job, bila ada satu mamat (geng HP yang nak blah ke shell tu) yang cuba curi flag pada minit2 kecemasan. Aku rasa mamat tu memang tak nampak dani kat situ. Baru aje nak meraikan kejayaan mendapatkan bendera, tak pasal2 kena tembak. Kesian...jatuh berdebub macam nangka busuk.

Dop pulak memang kewl. tangkas macam kuda belang (bila sebut kuda ni aku teringat kat su, akeekkekekeek). Aku suka game last sekali tu. Rising flag, setiap kali geng hijau pacakkan flag, aku nampak dop dari jauh berlari dan menendang flag tersebut. Sampai tercampak bendera dari tiang. Sampai marsyal terpaksa 'pause'kan game sebab nak pasang bendera pada tiang tersebut.

Huh!!! menci betul aku dengan topeng tu, dah lah susah nak bernapas. Nak tengok kaki sendiri pun susah. Dua tiga kali jugak aku bukak topeng dalam zon perang tu. sampai kena sound dengan marsyal.

Eh...aku dengar ada orang langgar bungker sampai runtuh....korang tahu tak siapa?

Overall, memang best bangat...Rasa macam nak masuk PLKN plak.

Okey lah...

Chow...chee...chow....


-------------------------------------

By: Suhaila d SENGAL d CHAMP
Team: SENGAL d CHAMPION!!
Penampilan Sulong

sebelum perlawanan
------------------------------
aku da lame tringin nak main.. da byk kali aku ajak bdk2 aku main, tp sume wat bodo je.. tp bile dani ajak main hr tu.. aku rs aku la antara org per1 yg angkat tangan nk join.. hepi x terkate sbb da lame ngidam nak main mende ni..

mule2 dani kate maks 20 org je, time tu ade bape kerat je.. pastu pakat2 ajak bsk2 8sen, pastu aku pon menyebar2kan bdk2 aku, still memasing wat bodo.. pastu ms main game badminton (aktiviti mingguan yg aku n bebudak wat) terjumpa liza n kari, so aku gatal2 mulut la ajak dorg skali.. n dorg pon rupenye mmg tringin nk main.. so.. on... :D

skali tau2 je dani kate da ade 31 org.. perghh... hebat tul marketing dorg ni.. kekeke.. aku x sabar nak tau aku dok dlm group mane since dani/huzai kate nk main liga.. time tu dlm otak aku kate.. cukup ke bullet nk main liga 4/5 game? pastu huzai/dani kate leh topup bullet yg harge sekotak rm320.. ok la.. leh la sedapkan ati aku sket.. pastu aku tnye lg bape lame main tuk 1 game.. huzai kate 5menet je.. ms tu aku pikir.. 5menet??? nk main hape camtu.. nk aim org pon amik ms 7mnt.. tp rupe2nyeeeeeeeeee.. kakaka.. pancit.. kakka.. belagak cam hebat.. :P


hari kejadian
-------------------
janji amik zaki kul 9.45 kat umah dia.. tepat kul 9.50 aku sampai.. mlm sbmlm tu, dani da igtkan beli sudu garpu plastic tuk mkn2.. same gak igtkan beli tepung nk rejam zaki+dani sndr.. kakakak.. dlm kul 11 sampai umah dani, yg ms tu dorg pon da siap2 nk kuar.. seb baik sempat sampai.. kalu x kena tinggal.. huhuh..

dlm kul 12.00 sampai hutan bolacat tu.. yg lain2 da ramai gak yg sampai.. yg puratenye sume aku xkenal.. tp game pnye psl wat2 la cam da kenal 21thn.. kekeke..

mak dani lead senamrobik.. pastu brother2 tu kasik cite psl etika bermain.. ms tu rs seram sejuk je dgr abg tu terang psl marker la.. psl mask la.. psl etika dlm pdg la perghh.. seram beb.. rs cuak pon ade.. tp dlm ati excited nk main ni..

team kena rombak balik.. aku masuk group no.3, yg semua makhluk dlm tu aku mmg x kenal lgsg.. even dorg da kenalkn diri memasing pon, still aku dpt igt sape name dorg..kakaka..yg aku tau adik huzai sorg dlm group aku.. n diera n jue (kwn adik dani) yg laki sorg pon aku x igt name.. kekeke.. ooo.. kepten je igt name dia.. name dia fariz.. :D kwn sape aku xtau.. :D

game 1
-----------
group aku ngn group sakai mule2 kena panggil bertempur.. wahh.. time tu gile seram sejuk tgn x terkate.. ms brother tu kasik mask n marker.. lutut da rs gegar da.. tp sbb ecited pnye psl nk main.. redah jela..

group ktorg dpt bhgn atas.. sampai atas, kepten wat strategi.. tugas aku ngn jue kena bekap kapten kalu dia nk gerak.. ok.. kire senang la keje aku.. lps botol jatuh, bermula la aksi penyurukan yg selamat.. dlm pala time tu nk crk banker terdekat je sbb takut kena tembak.. da dpt banker.. dlm pale nk menembak je.. x kire la ape mende yg aku tembak.. asalkan aku tembak.. ntah cam ne.. skali dussshh!! Kena sedas kat kepala.. ntah makhluk mane ntah yg tembak..

hampeh tull.. cpt2 aku gi recas blk.. time tu bullet da nyawa2 ikan.. lyn tembak lg.. pastu bullet habis.. aku da gabra.. tetiba jue dtg kat aku.. dlm ms yg same aku ade nmpk pala sorg musuh kt banker x jauh kat dpn aku.. aku ckp kat jue suh dia tembak pala tu.. tp btul2 abis je aku ckp.. tetiba.. "Die!! die!!" cessssssssssss...!!! mangkuk tingkat tul darkwan!! padahal dia pon da xde bullet time tu.. cesssssss!!! pastu marshall suh gi recas blk.. aku ngn jue pon berusaha merecas kan diri sndr.. sep pokok.. tp lps je sep pokok.. br aku tringat.. eh ni kali ke-2 aku sep pokok.. kakakak.. ahhh.. lantakla.. marshall x kate
pape pon.. kakakaka..

pastu aku gi kat kepten aku.. aku ckp aku da abis bullet, tp aku wat dummy shoot kasik kaver dia, pastu suh dia lari gi amik bendera.. n at last.. strategi berjaye!! SENGAL menang bergaye!! muahahaha..

lps game mmg napas tercungap2 nk mati la.. rs cam nk tercabut jantung.. tp mmg syok gilossssss!!!!

game 2
-----------
yg ni aku lwn ngn group Siput Sidut.. ktorg dpt kat bwh lak.. gile mencabar.. cam biasa.. startegi yg same.. aku ngn jue kena bekap kepten tuk dia lari amik flag.. aku in d same time kena tgk2 flag gak.. kali ni aku clean.. x kena tembak lgsg.. n cam game yg 1st ktorg menang bergaye lg skali.. kakaka.. sori la huzai+ieda.. aku pon xtau la camne group ktorg leh menang.. kekekke..

tp aku pelik la.. ms game on,aku x nmpk lgsg huzai ke, ieda ke zaki ke.. sorg pon aku x nmpk.. ntah mane dorg nyuruk ntah.. :P takut la tu.. kakakak (gile riak ni)

tp yg pasti.. dok area bwh ni mmg lg super duper penat sbb kena daki bukit.. gilo cam nk tercabut da jantung.. fuh fuh fuh..


game 3
-----------
kali ni lwn ktorg geng cipan angkasa.. geng qasey.. kekeke.. skali lg dpt area bwh.. n startegi tetap x berubah.. aku still dok kat banker yg same.. tp kali ni flag mmg btul2 kena jage rapi.. aku mmg asik kena attack ngn org atas.. ntah sape ntah.. sampai la org atas tu turun 1 banker ke bwh.. bullet da nazak.. dia lak hebat menyerang.. dan last2 bullet aku habis.. ahh sudah.. aku try intai belah kiri, dia tembak kiri, aku intai kanan.. dia tembak kanan.. aku hulur marker.. dia tembak gak marker.. aiseh.. ilang akal.. skali kena sebijik kat peha.. haduiii.. gile sakit.. seb baik jeans tebal.. n seb baik cat x pecah.. pastu kena lg skali kat mask.. lg skali nasib baik.. bullet x pecah.. aku siap pggl marshall suh wat cekpaint lg.. :D n kali ke-3 kena kat blkng.. pon bullet x pecah.. mst hangin je makhluk yg aim aku tu.. :D

tp nasib x bape nk baik.. kali ke4 sedas kena kat dahi.. haduiiii.. super duper sakit... seb baik ade lapik tudung.. kalu x mau luke dahi aku.. tp yg ni kompem mati.. marshall suh recas.. sepantas kilat aku bgn sep pokok.. tp mmg da tertulis la hr tu bkn hr group ko qasey, by d time aku sep pokok, astri dtg nk amik flag, dan aku berjaye menDie kan dia ngn marker tanpe bullet aku tu.. kakaka sape suh kamikaze dtg kat situ time aku ade.. mmg sah2 cam serah diri la.. n game over ngn seri bergaye..

seb baik seri, kalu kalah wat malu je.. :D lps game br aku tau syafik yg dok aim aku tu.. cess!! ko mrh sket dia dani.. :D


show game
-----------------
mm syok tgk dorg main.. gile mencabar.. sume pakat2 kamikaze je main.. mmg hebat la korg.. n lps tu br aku sedar game da nk abis n br trs cam addicted lak nk main.. x sabo nk tunggu next game.. bile ek cik organizer..?? :D

anyway... SENGAL mmg menang bergaye hr tu.. muahaha.. berkat x kenal sume ahli group.. bravo2 SENGAL.. kakakak.. SIPUT SIDUT, berlatih lg kuat2 ek.. geng SAKAI, ko tunggu la.. aku menDie kan ko lak pasni (khas tuk Darkwan :P) geng CIPAN ANGKASA.. leng kali nk amik flag tu toleh kiri kanan dulu ek.. kakaka.. papepon korg
mmg ROK!!!

papepon aku hepi gile main game tu.. hepi sbb sronok main.. n hepi sbb wat 1st timenye aku jumpa Ieda, Qasey n Darkwan (die! die!) korg mmg rok! br 1st time jumpe tp rs cam da 32kali jumpe.. tp aku xnak ckp ngn darkwan dah..! :P kakaka.. gurau2.. nnt aku kasik naik kude pree.. kalu x pon nnt aku kasik kucing jalanan pree kat ko.. nak?? nak?? kkakka..

pas kuar dr utan, blk umah amik brg, trs blk ke kl blk nk cek in tuk weksop kat Q hotel.. ngn muke sememeh, ngn tudung kalerful ngn baju tompok sane sini, aku heret beg masuk bilik taklimat yg pd ms tu da halfway stat.. sume tgk aku pelik je.. seb baik kat umah sempat tukr jeans, kalu x mau aku kena halau dr hotel kakaka..

kul 10.30, br masuk bilik.. then br mandi.. pastu br la sedar bdn da sakit gileeeeeeee.. pastu lebam kena tembak da muncul.. haduii.. tido pon asik terjage2 je.. xtau la tekejut sbb terkenen kena tembak or sbb x selasa tido ngn bdn sakit or sb teralih tmpt tido.. yg nyata.. pg smlm aku bgn kaki da stat sakit..nk sujud gile seksa!! haduiii.. tp aku x cam huzai la jd penguin.. at least aku leh kaver lg jd manusia normal.. time turun tangga n solat jela rs langakh tu sumbang sket,.. kakaka papepon.. aku sabar nk main lagi weh!!! da rindu gile nk pegang marker tu.. cume aku x suke la mask dia.. :P

<<>>

By: Dop
Team: Sakai
Pengalaman Lengkap dgn Tapisan He he he.

Sebelum Hari Perlawanan

Petang.
Duit dlm poket tinggal RM40. Aku nak beli pelindung tangan dgn glove tapi duit mcm xcukup. Jadi aku periksa dulu dlm Maybank Bangsar kalau budak2 ni dh masukkn duit. Masih, RM9.61. Aku telefon En. X, dan minta dia masukkan duit dgn budak2 yg lain. Masa tu dia masih tidur. Aku minta maaf juga la, sbb kacau tidur dia.

Duit pun xberapa ada, skali aku teringat yg aku masih xambil kad kredit AEON aku. Aku buat saje2 baru ni sbb dia kata kalo guna kad kredit AEON dgn Jusco Card, dpt double point kt Jusco Card tu. So, aku apply lah. Pukul 6:18 ptg masa tu. Aku bertolak ke Midvalley utk collect card, dan sampai pukul 6:30 ptg.

Lepas ambil card, aku pun teringat yg aku mmg xde kasut nk main Paintball ni. Sblm ni, aku main guna kasut housemate aku. Teringat juga pada seluar dan baju yg aku guna sblm ni kena tegur dgn officemate aku. "Go-cart pakai baju ni jugak". Yelah, aku tade baju *kataku menunduk pilu

Jadi, aku pun cuba-cuba kasut. Beli. Lepas tu, nampak seluar. Beli. Aku pun MEMANG xada seluar track yg panjang tu. Lepas tu tengok tali pinggang. Beli juga.

Kasut = RM69.90
Seluar = RM69.90
Tali pinggang = RM29.90

Setiap item ada potongan 20%. Walaupun aku sbrnya agak kesal dgn perbuatanku ini kerana tidak berbelanja dgn berhemat, akan ttp aku xdpt lagi menerima hinaan dan cercaan yg kuterima oh. Lalu .. zass ... rasmi la kad kredit AEON tu (sambil terlebih dahulu mengeluarkan J-Card).

Pastu balik la rumah, makan kat luar sbb plan asal nk masak kat rumah tapi sbb aku tak beli barang mentah jadi makan kt luar lah. Sambil balik, aku pun msg Suhaila. The rest is history, keke.

Di Hari Perlawanan

Altantuya (Salman) tepon, kata mcm mana plan sbb dia nk pegi rumah tunang dia di Subang Jaya lepas game. Last2, kami resort utk aku pegi ke Terminal Putra dgn LRT. Aku pun, disebabkan Unta aku tgh overhaul, jadi ia msh dlm pantang sehingga 16-April ni. Kalau pegi Rimba Harmonis dgn Unta aku dgn 60 km/j, mahu 2 jam baru smpi. Dlm perjalanan, dia soh aku turun kt Wangsa Maju lak. Tunggu dlm 10 minit, pastu dia sampai dan kami sarapan di Wangsa Maju Seksyen 2 pukul 10:00 pg. Salman smpt balik rumah utk mandi, sbb malam sblmnya dia kerja sehingga 8:30 pg.

Hajat sebenar mmg nak cari pelindung tangan (aku pun tatau nk sebut apa, alah .. yg selalu kalo org pakai naik moto atau kete tanak terbakar kena cahaye matahari tu ah) dan glove Bell yg tutup separuh jari tu, tapi sbb nak cepat jadi xjadi. Tapi aku bgtau Salman, yg glove Racing Boy tu aku mmg bawa. Salman kata, pakai glove tu je. Pro pun pakai yg tu sbb full. Glove Bell separuh yg aku nk beli tu, tak bagus - katanya.

Aha, aku tepon famia. Dia kata budak2 berkumpul di rumah dia dgn Dani. Aku yg ingat2 lupa pun meredah yg tak berapa meredah sbb terus jumpa rumah famia. Part ni aku skip lah.

Smpi kat Rimba Harmonis, En. Cx dh hangin sama aku sbb lmbt. Bla bla bla, pastu Dani dan friend pun smpi, dgn Mader Dani pun ada skali dgn hamper. Masa ni Salman bisik kat aku - "Wah, bagusnya mak dia. Siap support lagi". Aku senyum je. Sbb mak Dani, bukan mak aku huhuhu.

Stretching
* masa ni ada orang seluar dia terkoyak di bahagian kelengkang

Game I
Posisi: Panjat bukit
Lawan : Grup Sengal
Keputusan: Kalah

Masa prebiu masuk dlm field, aku usha orang yg aku rasa boleh lari. Jadi aku ckp sama Lan, sama ada dia boleh atau x. Dia kata dia boleh. Lepas tu, aku sempat dengar Mader Dani pesan sama Dani

"Dani, jaga adik"

Dgn itu, pembahagian posisi aku jadi mcm ni.

Frontmen
- Aku
- Lan

Centerman
- Zira
- Liza

Backman
- Kimi
- Boboy
- Dani

Masa mula shj, aku dah lari ke depan. Tapi, entah mcm mana, ada pallet terbang dan kena loader aku - membuatkan byk pallet jatuh. Kemudian, opponent flanking dari sblh kanan kami. Aku backup sblh kanan. Peluru tak kena, one by one berhadapan. Marshall kata aku mati (tapi sbnrnya tak kena pun). Lalu aku sep pokok huhu. Aku pegi left flank pula, tengok ada sorang insan terngendap-ngendap. Sekali dia bangun, lalu aku tembak dgn sebiji pallet yg tinggal. Tak kena. Dia tembak tembak, lepas tu tade tembakan lagi. Aku datang dekat, lepas tu aku sergah.

Ada dua orang rupanya, wahahaha. The rest is kudastory.

Pastu aku take cover balik, tapi lutut pulak terdedah. Kena tembak kat lutut, dan aku eliminated.

Kemudian, dari kejauhan luar padang sana, kulihat si baju hujau mengambil bendera. Pandanganku berbalam-balam ..

Game 2
Posisi: Atas bukit
Lawan : Grup Cipan Angkasa
Keputusan: Menang

Sblm game, aku ckp dgn semua orang.

"Skrg kita analisa, kenapa kita kalah tadi"

Posisi pun berubah di bahagian center dan back. Liza ditugaskan utk jadi sniper di fortress. Zira dgn Kimi di bhgn Center manakala Dani dan Boboy msh sbg backman. Aku dan Lan, juga sbg frontmen.

Mula2 game, drg dh serang. Aku xsempat ke depan belah kiri, opponent player dgn baju merah dah advance ke depan. Aku tembak sekali, peluru tak splash. Aku tembak dua kali, pun tak splash juga. Tipu punya baju.

Aku tunggu isyarat dari Liza. Bila aku tengok belah kanan clear, aku pergi belah kanan. Berbalas tembakan, sehingga peluru habis. Aku drop marker, dan berlari utk breakthrough dari tengah. Tapi kena tembak. Angkat tangan, aku balik ke belakang.

Sambil sep pokok, aku tengok kedudukan semua orang dan pemain lawan. Drg dah datang dekat dekat sangat, dan situasi = hopeless untuk kami. Aku ambil nafas kejap, lari lelaju, melangkah bunker (feveret action), dan mendapatkan bendera.

Berjaya.

Aku ambil marker aku semula, Lan ucap tahniah.

"Cayalah bos"

Cipan Angkasa protes dgn Marshall, yg aku dah kena tembak sblm ambil bendera. Marshall buat paintcheck, dan tengok badan aku cuma ada satu bekas tembakan di bahagian lengan.

Menang, tapi aku tak puas hati sbb sbnrnya tadi hampir betul nak kalah.

Game 3
Posisi: Bawah bukit
Lawan : Grup Siput Sedut
Keputusan : Menang

Sblm perlawanan, aku tengok board. Grup Siput Sedut cuma mengumpul 5 mata sahaja. Pastinya, mereka lebih tertekan utk mendapatkan mata sedangkan kami sudahpun memperolehi 10 mata. Sementara Grup Siput Sedut mengambil tempat, aku mengumpulkan semua orang di luar medan tempur. Aku mengambil keputusan utk bertahan.

"Orait Sakai, skrg ni, kita akan camping. Lan, ko xlarat nak buat running lagi kan. Ko jadi mid (centerman). Kimi, Zira - korang forward (frontmen). Dani dgn Boboy, back. Liza, jaga bendera - terutamanya pada minit-minit terakhir mmg diorang akan buat running. Itu paling penting. Jangan leka. Dani, Boboy, semua orang - masa kritikal ialah masa Marshall buat counting untuk end of the game.

Kalau seri, kita dapat 5 mata dan kita masih lagi atas dr diorang. JUST DEFEND. Tapi kalau korang tengok ada peluang utk ambil bendera, dan confident utk ambil bendera, then proceed. Seronok ambil bendera ni sbb sangat thrill.

Anyway, tiada tekanan dlm game ni. JUST DEFEND, AND ENJOY YOUR GAME."

Kemudian, kami pun dipanggil utk masuk ke medan pertempuran. Di dalam, aku menunjukkan tempat mereka perlu bertahan. Boboy di sebelah tengah, Dani di sebelah kanan, Lan di sebelah kiri, Kimi dan Zira yg menjadi umpan supaya mereka tidak berfikir yang kami cuma bertahan dlm perlawanan ini dan Liza yg menjaga bendera. Setelah perlawanan bermula, semua orang pun berlari ke arah posisi masing-masing dan aku cuma menunduk, melihat keadaan pertempuran.

Serangan dari kanan !

Dani agak tertekan utk mempertahankan kedudukan, menyebabkan aku mara untuk memberi bantuan sokongan dari belakang. Satu musuh berjaya ditumpaskan. Seorang lagi datang; aku berlari dan menembak. Entah peluru datang dari mana, kena pada badan. Lalu aku pun pulang semula ke markas, utk sep pokok.

Semasa charge nyawa, kelihatan Lan agak relaks bertahan di sebelah kiri. Boboy tertunduk-tunduk, sedang Liza mencari-cari kedudukan musuh. Sekali lagi di sebelah kanan. Aku terus lari memberi bantuan. Setelah berbalas-balas tembakan, musuh tumpas. Aku sendiri tak pasti sama ada aku kena tembak atau tak jadi aku hadap penonton dan mereka kata aku masih hidup. Aku pun berlari semula tapi Marshall kata aku dah mati laa.

Sebelum melangkah keluar, aku sempat tuang belen pallet aku ke loader Dani. Dari luar, aku lihat situasi perlawanan. Famia meluru dari atas. Dani menoleh, menyusup dgn pantas dan dgn tangkas menembak dgn mulut.

DIE!

Famia ke atas semula, dan Dani pergi ke posisi sblm. Boboy ketika itu sudah kena tembak agaknya, dan dia berada di tempat permulaan perlawanan dan mengangkat sedikit mask. Boboy neh, mengikut Sapik agaknya ehehehe. Dalam padang pun angkat mask.

"Boy! Tunduk Boy! Tunduk!"

Tak tahu la dia dengar ke tak. Tapi dia tunduk juga lepas tu.

Dari jauh, aku nampak Kimi dah hampir dgn kwsn musuh.

"Storm the front! Storm the front!"

Aku harap Kimi boleh secure satu lagi bunker di hadapan supaya Siput Sedut lebih tertekan. Best defence is the good offence. Berjaya. Kimi menoleh ke belakang, dan dari riak badan, meminta pendapat sama ada kedudukan di sesuai atau tidak atau perlu advance lagi ke hadapan. Sambil menjerit, aku beri isyarat dgn tangan supaya dia stay.

"Get in position! Get in position!"

Aku jerit, dari tempat penonton la ehehehe. Paling risau la aku bila diorang ni out of position. Dgn kedudukan yg selesa, tak ragu-ragu lagi kami akan mencapai objektif tidak lama lagi sambil menunggu minit-minit terakhir. Tanpa diduga, Kimi berlari dan mendapatkan bendera lawan. Aku tak dengar kata-kata dari Marshall. Dengan tiba-tiba juga, Nasir meluru dari tengah untuk mendapatkan bendera kami. Liza menembak. Kena! Tapi tidak pasti sama ada Marshall nampak atau tidak. Keputusan perlawanan tidak tahu.

Keputusan kemudian diumumkan. Kami menang! Yes-lah. Aku pergi kpd semua orang dan mengucapkan tahniah atas kesungguhan yang ditunjukkan.

"Good game!"

Game 4
Posisi: Bawah bukit
Lawan : Handsome
Keputusan : Kalah

Dalam perlawanan pertunjukan ini, aku pakat dgn Salman mengenai strategi. Ialah aku - drop marker dan terus mencacakkan bendera. Aku namakan ini sebagai "pre-emptive strike". Tetapi, belum sempat aku cacakkan flag, musuh dah cacakkan flag mereka terlebih dahulu. Haram je, tak sempat buat apa2. Jadi apa yg aku buat, ialah menjatuhkan bendera lawan la. Tapi kena tembak.

Charge nyawa, aku ambil marker dan meluru ke hadapan semula. Salman berlari, tetapi kelihatan misi gagal. Marshall masih on his counting. Aku berlari semula ke hadapan, slide dan menyepak flag. Dan kena tembak.

Charge nyawa, aku tak fikir apa, terus berlari, nampak flag musuh masih on, meluru ke flag dengan hasrat utk jatuhkan. Sblm sampai, aku kena tembak. Misi tak berjaya.

Counting is still ON, aku berlari lagi tapi dah kalah.

Game ini ialah game yg paling aku tak ingat sbb aku cuma berlari, melompat dan kena tembak. He he he.

*****
Game favourite aku ialah Game 3 sbb
i) Well-executed plan. Semua orang dlm posisi yg ditugaskan.
ii) We're not under pressure, before and within the game berbanding dengan Game 2.
iii) We're enjoying our Game.
iv) Everyone is doing their job

Dani - Managed to defend right side dgn baik slps aku keluar. Aksi cemerlang ketika owned Famia.
Boboy - Selain dari larian Nasir pada minit-minit terakhir, tiada serangan yang berjaya menembus bahagian tengah
Lan - Musuh tak advance dari sebelah kiri, bermaksud sblh kiri berjaya bertahan dgn baik
Kimi - Walaupun target aku cuma seri, tapi Kimi dpt terjemahkan "ENJOY YOUR GAME" dgn mendapatkan bendera musuh.
Liza - Kalaulah Kimi tak berjaya mendapatkan bendera, Nasir tetapi berjaya ditembak.
Zira - Tak nampak apa dia buat, tapi dengan tiada serangan dari bahagian tengah, pastinya meletakkan dia sbg umpan adalah berkesan. Mungkinnya peluru musuh banyak dihabiskan utk menembak Zira tetapi tak dapat.

Akhirul kalam, aku ada pengakuan. Ini adalah game kedua aku di Rimba Harmonis, selaku game Paintball kedua juga sepanjang karier aku sbg pemain Paintball amatur. He he he he he.

Tuesday, March 20, 2007

Hasil review - Pusingan 1

Sila ambil perhatian perkara-perkara dibawah:-

1. Penggunaan tanda koma, noktah, tanda seru, tanda soal dalam dialog.

Contoh ayat:
"Puas hati aku! Kau tipu aku!, Joyah tersenyum walaupon badannya sendiri berbirat-birat.

Ayat yang sebetulnya.
"Puas hati aku! Kau tipu aku!" Joyah tersenyum walaupun badannya sendiri berbirat-birat.

Ulasan: Kalau dah pakai tanda seru, tak perlu letak koma.

Contoh ayat menggunakan koma.

Contoh Ayat: ”Ooo kau teringatkan balak lah ni”, Karem cuba meneka.

Ayat yang sebetulnya.

"Ooo! kau teringatkan balak lah ni," Karem cuba meneka.

Ulasan: Koma letak kat belah dalam, bukan kat belah luar. Pastikan simbol tanda ini digunakan pada tempat yang sepatutnya. Jangan salah guna seperti ayat dibawah.

Aduh. Kau buta ke!

Ayat sebetulnya: Aduh! Kau buta ke?

2. Penggunaan tanda dot dot dot (......)

Contoh Ayat:
“Hai..boleh kenalan..”

Ayat yang sebetulnya.
"Hai! boleh berkenalan?"

Ulasan: Elakkan 'unnecessary' dot..dot..dot...

Contoh ayat lain:
“Aku pun rindukan kau Yah...,” perlahan ayat itu terluah dari mulut Radi bla bla bla bla.

Ayat yang sebetulnya:
"Aku pun rindukan kau Yah," perlahan bla bla bla.

Ulasan: Aku tahu memang sukar nak membuang kebiasaan ni. Tapi kalau boleh cuba jangan guna dot dot dot dalam ayat dialog ataupun ayat penyata.

3. Penggunaan perkataan singkatan.

Contoh Ayat:
“Apa? Ko dah tau? Macamana ko tau?”

Ayat Sebetulnya:
"Apa! Kau dah tahu? Macam mana kau tahu?"

Ulasan: Singkatan 'Ko' untuk 'Kau' kalau boleh cuba elakkan di dalam dialog. Korang hanya boleh gunakan singkatan yang seperti ini jika korang nak menunjukkan bahawa watak tersebut sedang membaca sms yang diterimanya.

+60123552616
wei, ko dh tido ke lum? Jom kuar? Aku tau ko x tdo lg. Aku xleh tdo nih.

Dan sekali lagi, kalau boleh elakkan penggunaan ayat singkat dalam dialog dan ayat penyata.

Sebenarnya ada banyak lagi. From time to time aku akan update kan.

Terima Kasih

Monday, March 19, 2007

Pusingan 2 - Chapter 1

“Alaaaaaaaaaaaaaaaah.. Malas betullah..”

Rengus Joyah dengan kuat. Malas betul rasanya untuk dia menjawab sms itu. Diletakkan telefon bimbitnya di atas meja kopi di ruang tamu dan bingkas ke biliknya. Suhaila mengangkat muka dari bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya dan mengintai rakan serumahnya dari celah-celah pintu bilik. Bingung dengan perangai Joyah sejak akhir-akhir ini. 1000 macam jenis masalah sentiasa bermain difikiran Suhaila tentang rakannya itu. Lamunannya terhenti apabila mendengar bunyi pancuran air bilik air dibuka. Mandi. Baguslah. Disambung bacaannya yang terhenti sebentar tadi.

Beberapa detik kemudian, telefon bimbit Joyah berdering pula. Pancuran air bilik air terhenti dan keluarlah Joyah dari biliknya dengan bertuala, masih basah kuyup. Bergegas Joyah mendapatkan telefon tersebut.

"Alaaaaaaaaaa.. Eish"

Joyah masuk ke biliknya dengan telefon itu dan dibiarkannya berdering-dering tidak berjawab. Suhaila hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dan meneruskan bacaannya.

"Kriiing... Kriiiing.."

Telefon rumah pula yang berdering. 3 deringan. 4 deringan.

"Jo! angkat la phone tu, aku nak ngaji ni" laung Suhaila dari dalam bilik.

Joyah mengabaikan permintaan Suhaila dan menyelongkar almari pakaiannya mencari scarf yang boleh dipadankan dengan baby-t hijaunya.

Suhaila semakin tidak senang duduk dan sudah tidak dapat menumpukan kepada bacaannya. Pastinya yang menelefon itu cuba menghubungi Joyah. Bimbang yang kemungkinan ada sesuatu perkhabaran yang penting hinggakan si pemanggil bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rakannya itu. Dia bingkas bangun mendapatkan telefon yang memecah kedamaian aparment 88, kediaman mereka.

"Hello?" sapa Suhaila lembut kepada pemanggil di hujung talian.

"Hello? Emh.. eee.. May ai tolk tu Joyah?.. Eh.. Hidayah. Emh.. Emm Hidayah plis" ujar si pemanggil yang kedengaran seperti menghadapi kesukaran berbahasa Inggeris. Namun suara itu sudah tidak asing lagi untuk Suhaila mengecamnya.

"Heheh, Makcik Timah ke tu? Nak cakap dengan Jo ye?"

"Ha-ah iye, Berbuih makcik prektis cakap omputih. Nasib baik kau yang angkat, bukan kawan-kawan mat saleh korang. Fuuuuh. Eh, ha-ah Hidayah ade tak? Makcik call-call handphone die tak angkat pun. SMS pulak langsung takde dijawabnye." Ujar Makcik Timah penuh harapan.

"Oh, Hidayah ade ade, kejap ye makcik.."

Suhaila meletakkan gagang telefon di tepi meja dan mendapatkan kawannya,

"Jo!! mak kau nak cakap dengan kau ni"

"Ala, aku dah lambat ni" ujar Joyah keras.

"Kejap je, kesian mak kau call kau jauh-jauh" pujuk Suhaila.

"Hurgh.." Joyah masih berkeras sambil mengenakan anting-anting jade hijaunya.

"Jo.." Suhaila menaikkan sedikit suaranya keras. Dilemparkan pandangan maut kepada Joyah sambil mengangkat kening.

"Ha, yelah yelah aku datang, kejap kejap"

Sekeras-keras hati Joyah, dia tetap tidak boleh melawan tona ugutan Suhaila yang tua setahun dari usianya itu. Suhaila sudah seperti seorang kakak baginya. Sudah lama mereka bersama mengharungi dunia asing yang mencabar di kota Ireland itu. Dalam kelembutan Suhaila yang menyerlahkan adab dan kesopanan seorang gadis timur, terselindung seorang gadis yang tegas dan garang juga apabila kena pada tempat dan situasinya.

Joyah bergegas ke arah meja telefon, sambil lalu mengetap bibirnya dan sempat melontarkan jelingan kepada Suhaila.

"Aaa... Mak, Assalamualaikum. Sorry, Yah mandi tadi"

"Yah. susahnye mak nak call kau. handphone kau rosak ke?"

"Em.. aa.. aaa.. ha-ah, handphone Yah rosak la mak. Kalau orang call Yah tak dengar bunyi."

"La, gaji beribu-ribu beli la baru, susah mak nak hubungi kau. Telefon rumah selalu takde orang. Kalau nak harap kau telepon, berakarlah.."

"Heheh.. sorry Mak sorry.. heheh. Eh Mak, Yah dah lambat nak keluar ni, ade hal ape ek?"

"Aik, kalau mak tak salah kiralah, sekarang ni bukan malam Jumaat ke? Dah lewat lagipun ni. Kau nak keluar pergi mane lagi? Duduk rumah lah anak dare."

"Tak la lewat sangat mak, kat sini cerah lagi time gini."

"Jangan la nak tipu Mak. Mak memang la orang kampung. Bodo-bodo sikit. Tapi mak ade Astro tahu. Discovery Channel, CNN, semua tu ade macam-macam tahu."

Joyah berdiam, bengang dengan bebelan ibunya. Mendengarkan anaknya membisu, Mak Timah cuba berlembut kembali dengan sedikit kesempatan yang dia ada untuk bercakap dengan anaknya itu,

"Mak bukan nak telefon kau berleter Yah. Mak risaukan kau kat sane. Jauh. Nak balik beraya pun susah. Mak dah takde sape dah. Kau jela yang boleh diharap nak tolong-tolong mak uruskan adik-adik kau ni."

Joyah berdengus kecil, "Kejap je mak.."

Mak Timah menyambung, ”Yah, Yah.. Malam Jumaat kan elok kau bace Yaasin ke, sedekah pada....”

"Mak, Yah betul-betul nak kene keluar sekarang ni. Ade ape hal mak call?" Joyah memotong syarahan ibunya yang baru hendak panas.

"Aih, mak nak tanye kabar pun tak boleh ke?" ujar Mak Timah, sedikit terusik.

"Bukan macam tu mak, nanti Yah telefon mak baliklah" Joyah cube memotong perbualan mereka pendek.

"Takpelah… ” Suara Mak Timah terhenti seketika, menahan sedu kecil hatinya dia menyambung, “.. mak nak bagitahu ni je, adik kau lagi 2 minggu dah nak mula semester baru.. "

"Oh, nanti Yah hantar duit yuran dan belanja dia, oklah mak Yah kene keluar ni.." ujar Joyah laju-laju.

"Eh Yah, mak belum..."

"Ok mak, bye!", Joyah memotong pendek kata-kata ibunya dan mematikan panggilan.

”Huuuuuuhhhhh”, Joyah menghela nafas dan seperti berjaya membuang sebuah beban yang berat, dia merebahkan badannya ke sofa velvet empuk yang berhampiran. Berbaring, kedua tangannya menjadi lapik kepalanya, Joyah merenung kosong ke arah siling putih apartment yang didiaminya sudah hampir 3 tahun.

Timbul sedikit perasaan bersalah jauh di lubuk sanubarinya. Berkerut kening Joyah memikirkan perbuatannya kepada ibunya sebentar tadi. Mesti ibunya berkecil hati. Mungkin juga sekarang ni dia sedang menangis.

”Teruknya aku” fikir Joyah sendirian.

”Aaah... takdelah. Mak mesti faham punya. Aku kan busy. Lagipun bukan aku tak bagi derang kat kampung tuh duit. Aku rasa lebih dari cukup aku tanggung derang sume.” Suara hati yang menidakkan rasa bersalahnya berbunyi.

Lamunannya jauh. Terkenang kampung halamannya. Damai, hijau, nyaman, tenang. Itulah suasana yang dapat dirasai yang tidak boleh diganti di mana sekalipun. Setiap pagi Pak Husin Lembu akan datang dari rumah ke rumah, dengan motor cabuknya membawa daging lembu, kambing, dan kadang-kadang daging-daging istimewa seperti kijang, rusa, biri-biri dan unta kepada suri-suri rumah yang tidak ke pasar.

”Tiiiinn... tiiiin... tiiiiiin, Dagiiiing Lembuuuuuuu... Dagiiiiing Lembuuuuuu...” begitulah laungan Pak Husin hingga lekat panggilan Husin Lembu padanya. Hingga sekarang, Pak Husin masih lagi menjalani rutinnya menjual daging walaupun sudah lanjut usia.

Selepas kedatangan Pak Husin ke rumah, giliran Pak Kob pula memberi salam dari rumah ke rumah,

”Assalamualaikuuuum... Ado oghe ko?” Pak Kob, walaupun sudah lama menetap di negeri lain, namun dia masih dengan loghat negeri asalnya.

”Heheh... once you go German, always a German..” gelak kecil Joyah sendirian.

Setiap kali Pak Kob datang menegur, cepat-cepat Joyah akan ke tingkap untuk menjawab. Teruja benar untuk menguji kebolehannya berbahasa Kelantan.

Ado.. Ado.. kejap yeh Pak Kob, nok panggil mok”. Ujar Joyah dengan cubaan berbahasa Kelantannya. Jika didengar oleh orang-orang Kelantan pastinya Joyah dipanggil “Darat” kerana kekerasan lentok bahasanya.

“Mek, gi panggil saing mek skali. Ngaji samo, sene” pesan Pak Kob setiap kali datang ke rumah Joyah. Kerana sudah biasa, Joyah paham akan maksud Pak Kob menyuruhnya memanggil Radi yang tinggal tidak jauh dari rumahnya untuk mengaji bersama-sama sekaligus. Mudah baginya kerana tidak perlu berjalan ke rumah Radi pula.

Pak Kob. Pendek untuk Yaakob bin Abu Samah. Joyah baru mengetahui nama sebenar guru mengajinya apabila mendapat berita kematian Pak Kob dari kampung 2 tahun lepas. Walaupun sudah tua, allahyarham Pak Kob masih gagah lagi datang dari rumah ke rumah mengajar kanak-kanak mengaji. Pak Kob menghembus nafasnya yang terkahir di rumahnya selesai menunaikan Solat Asar sebaik sahaja pulang dari mengajar.

Kagum Joyah dengan kemurnian dan keikhlasan Pak Kob mendidik anak bangsa. Dia tidak mengharapkan yuran bulanan daripada ibubapa anak-anak muridnya. Bukan seperti institusi pendidikan dinihari. Cukuplah sekadar segelas air untuk menghilangkan dahaga. Kerana keikhlasannya itu, dia sangat dipandang tinggi oleh penduduk kampung. Pak Kob tidak pernah putus mendapat sedekah dari penduduk kampung.

Kalau keluarga yang mempunyai ladang tebu, maka tebulah disedekahkan pada Pak Kob. Keluarga yang menternak, maka daginglah menjadi hadiah kepada Pak Kob. Ibu Joyah pula selalunya memberi Pak Kob beras ataupun sesekali duit belanja, lepas membeli rokok daun dan teh tarik di kedai kopi Makcik Zainab.

Pak Kob memang seorang yang baik hati. Namun bagi kanak-kanak Pak Koblah yang paling ditakuti. Mana tidak. Sambil mengajar mengaji, dia akan memegang tongkat jalannya. Salah makhraj atau sebutan huruf, akan dihentakkan tongkatnya ke lantai. Gerun. Joyah teringatkan Radi yang pernah menangis tersedu-sedu sambil mengaji kerana sukar untuk membezakan sebutan ayat-ayat yang berhufur ’sin’ dan ’thsa’. Dekat 10 kali dipaksa oleh Pak Kob mengulang ayat yang sama dan setiapkalilah tongkat Pak Kob berhentak ke lantai.

”Aku susah lah. Kau nampak tak ni. Ni, gigi aku yang terkeluar sedikit ni. Aaa.. ni lah sebab die kau tahu. Bila aku sebut ’sin’ ke ’thsa’ ke angin akan keluar ikut celah gigi nih la. Sebab tu la aku tak boleh nak sebut huruf-huruf tu.” jelas Radi selesai mengaji setelah Pak Kob pergi ke rumah lain pula.

”Aaahahahah... Kau ’S’ bocor Di! Ahahahahah…” Joyah geli hati dengan alasan yang diberikan sahabat karib nya itu.

“Bukan salah aku la kira. Bukan aku tanak baca betul-betul.” Radi masih tidak puas hati.

”Di.. sebut ’Saya suka makan siput sedut’ Di... sebutlah... hahaha..” ejek Joyah yang masih ketawa.

“Bodoh. Nih kecacatan lah. Tak baik ejek kau tahu.” Radi bersuara geram.

”Thsaya thuka makan thsiput thsedut... kikikikiii” Joyah mengejek-ejek Radi lagi.

Radi diam, bengang. Berkerut dahinya, mulutnya menjuih merajuk dan dilontarkan pandangannya keluar tingkap.

”Alalala Di... aku memain je... hehehe… Sori eh sori… Diii… ooo Diii…. ” pujuk Joyah.

Radi masih membisu. Sejenak kedengaran Radi menyedut hingusnya seperti menangis.

”Dii... sori la.. oke oke harini kau denda aku. Ape kau nak aku buat. Eh Di eh.. sori eh..” pujuk Joyah lagi. Takut juga kalau Radi mula menangis.

”Kau kan... Aku sumpah nanti anak kau lidah pendek. ’S’ bocor jugak. Padan muka kau” akhirnya Radi bersuara.

“Huiyo… sampai hati kau sumpah anak aku… huhuhuuu… Takpelah.. kalau anak aku ‘S’ bocor. Mesti aku selaluuuuuu ingat kat kau punye. Kite kawan sampai tue eh eh eh” Joyah bersuara memujuk, memenangkan Radi.

”Heheh.. ” Joyah tersenyum sendirian.

”Kite kawan sampai tue....” terngiang-ngiang ayat tersebut dalam fikiran Joyah.

”Oyt.. merenung masa depan ke tu?” tegur Suhaila, memecah lamunan Joyah.

“Eh, heheh.. takdelah” Joyah bersuara sambil bangun dari baringnya.

“Aaa… nak merayap la tu. Pakai cantik-cantik nih”

”Eh... alamak.. lupe” Joyah bingkas ke bilik mengambil beg tangan dan scarf hijau pandannya. Dibuka almari berdekatan pintu hadapan dan mencari-cari jeket sejuknya dan kasut but untuk dipakai.

“Jo… kau dah solat belum ni?” tanya Suhaila.

”Dah dah.. Maghrib dah, Isyak belum” jawab Joyah.

“Jo, kau jangan la balik lewat sangat eh. Aku risau ah..” suara Suhaila mengambil berat.

“Sayang jugak kau kat aku eh.. heheheee... Eleh.. kau risaukan aku ke, kau takut Su? heheh” Joyah bermain-main sambil mengenakan kasut butnya.

”Eih.. perasan... Buang mase je aku nak sayang-mayang dengan kau. Bukan dapat duit pun.” ujar Suhaila.

Joyah hanya tersengih kecil.

“Tapikan em Jo, kau balik la awal sikit eh. Malam Jumaat ni. Pastukan kalau ade papehal kau call la aku eh.. tau.” sambung Suhaila lagi

”Iyelah...” Joyah melemparkan senyuman penuh makna kepada Suhaila dan membuka pintu.

“K, Su. Bye

Take Care!” sempat Suhaila berpesan sebelum pintu apartment mereka ditutup.

Sejuk. Angin malam menghembus muka Joyah sebaik sahaja dia keluar dari bangunan apartmentnya. Joyah mula berjalan merentasi lautan manusia sambil mendial nombor Sasha, rakan sekerjanya. Sasha berdarah campuran Ireland dan Melayu. Dia tinggal bersama-sama ibunya di sini maka ayahnya berulang-alik ke Malaysia atas urusan perniagaan. Walaupun wajah dan susuk tubuh Sasha langsung tidak mengambarkan dia bardarah Melayu namun dia fasih berbahasa Melayu. Ini kerana sewaktu kecil, dia terpaksa tinggal bersama-sama neneknya di Damansara dan bersekolah di sana sehinggalah berumur 15 tahun.

“Hello, Sash! Where are you?” Tanya Joyah sebaik sahaja panggilannya di jawab.

“Jo! You’re late!” Kedengaran suara Sasha dengan berlatarkan kebisingan muzik kelab.

Sorry, sorry. So you’re there?” Tanya Joyah.

Of course my dear. Come quick.. Cepatlah..” Sasha terus mematikan panggilan.

Joyah mempercepatkan langkahnya menuju ke ‘The Cabaret’ yang terletak tidak jauh dari bangunan apartmentnya.

Monday, March 12, 2007

REVIEW PUSINGAN 1

Chapter 1 (Famia)

Zappp!!!

Satu sebatan menjilat tubuhnya.

Zappp!!!

Sebatan itu hinggap lagi. Berkerut dahinya menahan sakit.

Zappp!!!

Zappp!!!

Bertubi-tubi sebatan hinggap di badannya. Bukan salah ibu mengandung. Barangkali, salah anak yang dikandung. Masuk kali ini, bukan sekali badannya dijamah sebatan. Malah, sudah berkali-kali. Badannya sudah hampir lali dipukul ibunya. Sudah hampir renyuk kulitnya dijamah sebatan. Setiap kali ibunya naik angin, Radi lah yang menjadi mangsa. Segala macam bentuk sebatan pernah dirasainya. Getah paip. Penyangkut baju. Tali pinggang. Lima jari tapak tangan. Dua belah kaki. Sebelah kepala lutut. Azabnya, hanya Yang Maha Esa saja yang tahu. Kali ini, getah paip yang meratah badannya.

Zappp!!!

Kenyang... si getah paip itu.

"Hah! rasakan. Degil..."

"Aduhhhh mak. Sudah mak... sudah. Sakitnya..."

Matanya berair menahan sakit. Pedih. Perit. Betapa azabnya. Walau bagaimana teruk sakitnya pun, Radi tetap tidak mahu mengalirkan air mata di depan ibunya. Biar ibunya puas. Kedua belah lengannya sudah berbirat dilibas ibunya. Segala bekas libasan itu sudah mula timbul bengkak. Kepalanya ditempeleng ke bawah. Badannya sudah terperosok ke ceruk dinding. Akibatnya, Radi terpaksa mencangkung sambil menundukkan kepala. Bimbang kalau-kalau ibunya membantai muka pula. Libasan getah paip tadi hinggap lagi meratah badannya. Pedih. Perit. Maha azab. Kedua tangannya diletak atas kepala. Sebagai benteng penahan sebatan.

Ibunya semakin menggila. Sebatan itu semakin bertubi-tubi meratah badannya. Makin lama, makin rakus. Badannya sudah mahu hilang daya tahan penyakit. Air matanya tetap ditahan kuat. Biar keluar air mata darah sekalipun... takkan sekali dia bersedekah jujuran air mata itu untuk ibunya. Radi sememangnya keras hati. Setiap kali dibantai ibunya, Radi tidak pernah melawan. Bukannya bodoh. Barangkali, dia tidak mahu dirinya mencontohi si Tanggang ataupun si Malin Kundang.

Ibunya semakin menggila. Lebih-lebih lagi apabila Radi tidak melawan. Anaknya memang berhati kering. Manalah ibunya tidak bertambah geram.

"Degil kau ye.."

"Taknak mak. Sudah.. sakitnya.."

"Biar padan muka kau... aku cakap kau taknak dengar.."

"Sudah mak.. aduh!!!"

Malam itu, Radi terkulai lemah. Badannya bengkak-bengkak. Puas hati ibunya. Kadang kala, memang dia perlu memberi satu dua pengajaran kepada anak sulungnya ini. Keras kepala. Entah perangai siapa yang diikutnya. Bukannya dia tidak sayang akan anak itu, tetapi kadangkala dia sendiri tidak menyedari kemarahannya yang mampu sampai ke tahap yang menakutkan. Barangkali, dia hanya mampu menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya dengan cara itu. Mungkin.

'Kadang-kadang, orang yang paling kita sayanglah yang paling susah untuk disayangi..'

* * * * *

Palace of Justice, Putrajaya.

Jam 8 malam. Langit sudah mahu runtuh. Nini masih lagi di pejabat. Sakit kepalanya sudah datang menjemput. Terasa kepalanya semakin berdenyut kuat di bahagian kanan. Semacam ada ikan piranha yang sedang meratah gumpalan otaknya. Semacam otaknya semakin mengembang sedikit demi sedikit. Dan semacam juga otaknya sudah menolak keluar tengkoraknya untuk melihat dunia. Dunia yang fana. Penuh dengan masyarakat jahiliyah. Sampah sarap apatah lagi. Berdesing sakitnya bukan kepalang. Urat kepalanya terasa seperti ditarik-tarik. Nini memicit-micit kuat dahinya. Dengan harapan, picitan itu dapat mengeluarkan segala kerisauannya.

Esok, dateline.

Hari ini sudah Jumaat. Tempoh seminggu yang diberi sememangnya tidak mencukupi langsung. Tidak menang tangan Nini dibuatnya. Mana mungkin dapat dia menyiapkan ceritanya dalam satu malam. Ditambah lagi dengan dateline projek Mahkamah, iaitu pada Isnin depan. Macam lipas kudung Nini dibuatnya. Lainlah kalau dia seorang He-Man. Atau pun gaban. Atau pun juga ultraman. Tetapi, bila difikir-fikirnya lebih baik lagi Doraemon. Poket Doraemon yang sehelai sepinggang itu sudah mencukupi untuknya menghabiskan kerja malam ini. Semua sekali.

"Aaarghhh!!! macam mana ni, tak siap lagi"

Malam ini malam Sabtu. Putrajaya masih lagi sunyi. Lain benar kalau disamakan dengan Melawati. Atau KLCC. Atau juga Midveli. Malam ini, sudah pasti pusat-pusat itu dihurung manusia. Manusia yang tidak kenal erti malam.

"Susahnyeeee nak dapat idea. Idea... datang la idea.."

Nini menepuk dahinya berkali-kali. Mengharapkan idea terpacul keluar dari kulit dahinya. Sekejap dia bangun dari kerusinya. Sekejap dia duduk semula. Ini semua gara-gara mencari idea. Sangkanya senang. Hah.. rasakan. Terkulat-kulat Nini dibuatnya. Memang mencabar tali urat pusat. Ditambah lagi dengan perangai lamanya yang suka buat kerja disaat-saat akhir. Semakin menjadi-jadi tekanannya.

Lama Nini merenung skrin leptopnya. Masih mengharapkan idea terpacul keluar dari skrin putih itu. Lama skrin itu merenung mata Nini. Masih mengharapkan Nini menconteng sebiji dua huruf di mukanya. Mata Nini mula pedih ditenung skrin. Terkebil-kebil matanya memandang skrin 15 inci itu. Sekejap-sekejap matanya digosok.Sekejap-sekejap dia merenung dinding pejabat. Ideanya masih kosong. Kosong untuk projek 8sen ini. Projek yang disertai bersama 7 orang rakannya lagi. Mujur cuma perlu menulis sekali sahaja dalam satu pusingan. Dan, mujur sungguh cuma ada 8 pusingan. Lega hatinya.

Pap!!!

Cit!!! cit!!!

Tsit!!! tsit!!!

Berdarau darahnya sekejap. Entah dari mana datangnya bunyi itu. Pandang ke kanan, kosong. Pandang ke kiri, empty. Benda yang disangka makhluk itu berbunyi lagi. Jantungnya berdetak laju. Sekejap pandang ke kiri. Sekejap pandang ke kanan.

Prang!!!

Tiba-tiba, sebiji piring terjatuh. Jantung Nini berhenti berdenyut. Dadanya makin berdebar-debar. Sudah la dia berseorangan di ofis malam ini. Semua ofismatenya sudah angkat kaki dari pukul 6 petang tadi. Hari Jumaat. Semua pun tidak sudi terpacak di ofis melebihi jam 6 petang. Sanggup apatah lagi.

Benda itu berbunyi lagi. Kali ini, lebih dekat. Semacam berdekatan dengannya. Hatinya cemas. Debarannya semakin laju. Semacam sudah melebihi had kelajuan yang sepatutnya.

Nini cuba memandang ke atas. Rupa-rupanya.

"Aaaahhh!!! bodoh la cicak ni. Buat aku terkejut aje"

"Harghh.. tensyen betul"

Membuang masa sahaja darahnya berderau tidak tentu pasal. Kalau ada lastik ditangan, alamatnya selamatlah dua ekor cicak itu. Nasib baik di tangannya cuma ada lima pasang jari. Nasib baik. Nasib Nini sememangnya sangat baik. Idea itu... akhirnya menampakkan kelibat. Nini tersenyum sendirian memikirkan cerita yang bakal ditulisnya.

Jarinya mula membuka notepad. Papan kekunci itu ditekannya. Ayat pertama ceritanya bermula.


Chapter 2 (Danineh)

"Radi!!! ooohhhh Radii!!! psstt.."

Suara Joyah antara menjerit dan berbisik memanggil-manggil Radi dari luar tingkap bilik Radi yang terbuka.

"Oy Radi.. Oy.. Kau tido lagi ke?"

Karem yang sudah hilang sabar turut mencelah.

"Kejap kejap.. Shh.."

Radi mengelilingi rumah mencari ibunya. 2 kali ditawafnya namun masih tak jumpa. Lega. Dia menyelinap melalui pintu belakang rumah kampungnya itu, keluar mendapatkan Joyah dan Karem yang sudah tak sabar menunggu di bawah pokok ketapang belakang rumahya.

"Kau ni lupeke? Dah mandi belom?"

"Ala.. baru tunggu lima minit dah bising, semalam aku tunggu kau lima belas minit tau, kau pergi membuang."

"Eleh tupun berkira"

"Yela, gemuk! Menyusahkan orang. Asyik nak membuang jek. Sampai aku terlambat balek rumah, kantoi dengan mak aku, semua kau punya pasal"

"Aku salah makanlah. Yang kau bagi aku makan mangga semalam tu banyak-banyak sapa suruh? Kau punya pasal baliklah!"

"Dah dah, kite ade misi harini. Korang jangan nak spoil mood aku. Aku 'stalait' dahi masing-masing karang. Jom!"

Akhirnya Joyah yang sedari tadi berdiam diri mencelah, menenangkan pertikaman lidah dua sahabatnya. Keduanya terdiam. Radi dan Karem memang kuat bertekak. Joyahlah yang sentiasa menjadi pengaman.

Eh, kenapa tangan kau Di? Berbirat ni. Kau kene tawan musuh ke semalam? Teruk kau kena ni, Meh aku tengok?"

Bergaduh-gaduh juga, tapi Karem memang sentiasa mengambil berat akan sahabat-sahabatnya. Dibelek-beleknya tangan Radi yang masih jelas kelihatan kesan libasan ibunya semalam.

Adui, perlahanlah sikit. Sakit Dol"

"Eiii. kesiannya kau. Pembelot pecah rahsia ke?"

Joyah juga mula prihatin.

"Ha-ah. Adik aku tak boleh diharap. Pagi ni die pergi pengakap, kalau tak memang aku dah ajak korang tabur die dah. Tapikan, belot-belot pun, lebam-lebam jugak die kena cubitan berbisa peringkat ketujuh Mak aku tu, nak suruh dia bukak mulut."

Mereka bertiga berjalan melalui pokok-pokok getah Ah Seng yang kelihatan masih segar ditoreh seawal subuh tadi. Sambil berjalan mereka mengutip-ngutip buah getah yang gugur di sekitar lantai ladang tersebut. Hanya buah getah yang keras-keras sahaja yang dipilih. Lagi keras, lagi bagus.

Tiba di sempadan ladang getah, mereka melintasi titi pokok kelapa, menyeberangi anak sungai kecil dan terus menuju ke arah hutan di kaki Bukit Brinchang, tempat bermain kegemaran mereka.

"Eh, Di. Ni kau keluar ni takpe ke?" Dalam tercungap-cungap bernafas, Karem bertanya memecah kesunyian perjalanan mereka.

"Kau ni Karem, kite dah sampai sini baru nak tanye. Kau nak patah balik hantar die ke?"

"Aku tanya Radikan, ade aku tanya kau?"

Radi menghela nafas.

"Mak aku pergi menolong rumah Kak Ita kenduri kat kampung sebelah tu. Die balik pun petang kot?"

"Adik kau tahu?"

"Malas aku nak bagitahu dia. Pepandai lah dia carik nak makan apa tengahari karang."

"Ooo.. Eh kau ade bawak.."

"Shh.. Shh.. diam. Korang dengar tak."Joyah menyampuk sambil memberi isyarat untuk diam dan berhenti.

Tidak jauh dari situ, kedengaran sayup-sayup bunyi kicauan burung-burung dan sayap berkibas-kibas.

"Kita dah sampai! Siap-siap.."

Joyah memberi arahan kepada kedua sahabatnya yang masih lagi cuba mendengar-dengar.

"Aku tak dengar." Karem bersuara, tidak puas hati.

"Pekak la kau. Kite lastik je dari sini. Aku rase diorang kat atas pokok belakang semak ni."

Radi dengan patuh pun mengeluarkan lastik dan buah getah yang dikutipnya tadi. Dengan berhati-hati Joyah menyelak semak di hadapan mereka. Ternyata sekumpulan burung sedang berkicau di dahan sebuah pohon tidak jauh dari semak tersebut.

"Wah! ops"

Karem menakup mulutnya, tanda senyap. Kagum melihat sekumpulan burung bertenggek di dahan pohon tersebut. Seakan burung-burung plastik di 'fun fair' yang bertenggek menunggu diri ditembak pistol mainan.

"Di, kau aim kat yang tengah tu. Yang gemuk tu kurang bergerak sikit."

Joyah memberi arahan.

Radi mengangguk dan membetulkan posisi lastiknya.

"Tarik banyak sikit Di, nanti tak sampai"

"Oke"

"Tahan napas Di."

"Ha, iye.."

"Aim Di, Aim..."

"Korang diam boleh tak, aku tahu lah"

Radi mengherdik, tidak sabar dengan tekanan yang diberikan oleh sahabat-sahabatnya itu.

Keperitan kecederaan di lengan kanannya tidak menahan Radi untuk beraksi dengan lastik kesayangannya. Setelah yakin dengan sasaran, Radi melepaskan buah getah, peluru untuk lastiknya. Laju buah getah itu melayang, terus tepat mengena sasaran. Bertempiaran terbang burung-burung lain di sekeliling.

"Yes!"

"Wah! Hebat kau Di!"

"Cayalah! Five Di Five!"

Radi membalas menepuk tapak tangan yang dihulurkan Karem. Mereka bertiga pantas menuju kearah di mana sasaran mereka mengena. Karem cepat-cepat menangkap burung yang menggelupur kecederaan itu.

"Aku cakap Aim yang gemuk tuh, ni kecik ni." Joyah mengkomen burung yang diangkat Karem

"Alah, dapat jugak kan. Bolehlah dari takde." Radi cuba mempertahankan kemahiran menembaknya.

"Eh korang, kite kene cepat ni, karang haram aku tanak tanggung." Karem bersuara tegas memperingati Joyah dan Radi.

Joyah bingkas mendapatkan burung berkenaan. Dilipat kepaknya kemas ke badan burung tersebut sambil Radi memegang kepalanya.

"Baca doa, jangan lupa," pesan Joyah.

"Allahumma BarikhLana..."

"Woy!!"

Karem tersengih-sengih menahan lucunya. Memang sengaja dibaca doa makan untuk menyakat Joyah dan Radi yang sedang memegang burung tersebut. Dengan cermat dia memulakan penyembelihan.

Karem sudah biasa dengan kerja tersebut. Maklumlah sebagai anak tauke ayam kampung di Kampung Beringin, memang menjadi rutin untuknya membantu ayahnya menyembelih ayam.

Unggun api yang dinyalakan mereka hanya tinggal bara-bara sahaja. Tiga sahabat itu khusyuk menikmati hasil buruan mereka sambil diselangi dengan hilai ketawa dan berbual, merancang projek untuk hari berikutnya. Maklumlah, hanya tinggal dua minggu sahaja lagi cuti sekolah akan berakhir.

”Eh, aku rase dah nak Asar ni. Sape bawak jam? Mak aku mengamuk karang aku tinggal solat,”
tanya Joyah sambil mencari-cari jam di dalam beg galasnya. Karem yang masih mengunyah-ngunyah makanan, menggeleng-gelengkan kepala. Radi pula melihat-lihat kedudukan matahari di sebalik dahan-dahan pokok sekeliling.

”Pthh!!! huih, kau tak buang habis bulu burung nih. Teruk. Anak dara apa ni.”

”Eleh kau ni banyak songeng. Ingat senang ke nak cabut. Tu kerja lelaki tau.”

Pertahan Radi yang tidak puas hati dengan herdikan Karem.

”Yela yela. Laen kali aku buat. Baru kualiti. Tapikan, burung ape kite makan tadik tu nyeh?”

Karem membelek-belek tulang burung yang di kulum-kulumnya tadi. Radi dan Joyah berpandangan, sambil berfikir sejenak.

”Ntah!”

Jawab mereka serentak. Sekaligus diiringi dengan dekahan tawa mereka. Bergema seisi penghuni hutan Brinchang akan kekecohan yang dibuat tiga sahabat ini.

Apabila reda hilai tawa mereka, Karem mengesat-ngesat air mata dan mulutnya yang comot lalu menyambung.

”Tapikan, aku lapar lagilah..”

”Nak kenyang makan kat rumah!!!”

Terdiam ketiga mereka oleh suara asing itu.

p/s: Joyah tu nama betul die Hidayah tau


Chapter 3 (Dop)

“Kenyang dah?”

Radi tidak menjawab. Direnung orang di hadapannya dari atas ke bawah.

“Kenyang atau tidak?”

“Belum.”

Jawab Radi, perlahan. Seakan berbisik. Dilihatnya lagi orang di hadapannya. Merah padam muka orang yang bertentangan dengannya. Matanya kelihatan merah menyala.

“Eh Nini, ko pakai contact lens ek?”

Ha’ah

“Bila ?”

“Dari pagi tadi.”

“Kenapa aku tak perasan ek.”

“Pasal ko tido. Kelas Sistem pagi tadi ko ponteng. Mempadan. Eh cantik tak?”. Tanya Nini sambil menayang-nayangkan matanya yang kelihatan merah itu.

“Cantik gak la. Tapi tak macam ko."

“Terkenan dengan ko lah. Oy, soalan aku ko belum jawab lagi. Ko tak kenyang lagi ke?”

“Belum la”. Ujar Radi sambil merenung dua mangkuk mi sup yang habis dimakannya.

“Nafsu daineso

“Suka aku la .. hihihi

Ha .. suka .. suka. Kita dah lewat dah ni. Tak nampak jam? Dah pukul 2:00 petang dah ni. Kelas Security gantian hari ni. Ko dah lupa ke?

“Alamak .. kenapa ko tak cakap awal-awal? Cargas weh .. cargas ..”

Dengan tak mengesat mulut, Radi terus mencapai beg dan berlari keluar dari kafeteria.

“Radi tunggu aku!!” Nini menjerit. Namun Radi tidak memperlahankan lariannya dan menuju ke Makmal Sun, UiTM Terengganu Kampus Dungun.

“Lari la weh, aku tanak kena duduk luar!!” Radi menjerit dari jauh.

Ko boleh la, pakai kasut sport. Oy .. tunggu la ..”

Nini separuh menjerit. Kemudian ditolehnya kiri dan kanan. Selepas dikira tiada siapa yang memerhatikannya, dia mencabut kasut tumit yang dipakainya dan dijinjing.

“Siap ko Radi .. aku dapat ko .. aku grip tanpa belas kasihan.” Bisik Nini dalam hati, geram.

Radi dan Nini bersahabat baik sejak sama-sama mendaftarkan diri di UiTM Dungun. Mereka ditempatkan dalam bilik yang sama di Kolej Pantai semasa Minggu Orientasi. Walaupun berbeza personaliti, mereka bersahabat baik. Radi aneh orangnya, yang paling jelas dilihat ialah dari segi pemakaian. Lihat sahaja hari ini, dengan baju kurung dan kasut sukan yang dipakai Radi. Selalu juga menjadi bahan perbualan pelajar lain terutamanya siswa tapi Radi memang selamba. Kadang-kadang segan juga Nini dengan perangai rakannya yang seorang itu tapi, entahlah. Bukan tidak pernah ditegurnya tapi Radi buat tak tahu saja. Mungkin juga kerana personaliti mereka yang berbeza ini membuat mereka serasi.

Setibanya di Makmal Sun, Radi memperlahankan langkah. Dari jauh kedengaran suara Puan Ruhaidah, pensyarah subjek Security.

“Dah boleh scan ke belum?”. Lantang suaranya. Tapi tiada siapa yang menjawab.
“Saya tanya .. boleh scan atau tidak." Kali ini lebih keras suaranya.

Nini mematikan langkah. Ini bukan masa sesuai untuk masuk kelas. Kelak dia yang jadi mangsa kemarahan Puan Ruhaidah atau lebih dikenali sebagai Puan Ru di kalangan warga UITM Dungun.

“Macam mana ni ..”. Getus Nini dalam hati.

Tiba-tiba Nini merasakan ada orang berlalu di sebelahnya. Dia menoleh ke kiri untuk memastikan siapa. Kelihatan Dedi, dengan muka macam tak mandi – selamba masuk kelas.

Terjingkit-jingkit, Nini mendengar reaksi dari dalam kelas. Nak mengintai tak boleh – Makmal Sun tersebut dilindungi kaca gelap. Tiada jerkahan dari Puan Ru.

Hm .. mungkin selamat agaknya”. Nini berbisik sendiri.

Sambil membaca Basmallah, Nini mengatur langkah ke dalam. Dia memandang muka Puan Ru, kemudian melihat ruang kosong untuk duduk.

“Nini .. !! Diri di tempat kamu sekarang”

Satu kelas ketawa. Puan Ru, walaupun dalam garang tetapi nada yang dikeluarkannya berbunyi lucu. Memang caranya begitu. Kadang-kadang, sukar dipastikan sama ada dia berbuat kelakar ataupun sedang marah.

“Kenapa lambat?” Soal Puan Ru.

“Saya .. er .. saya .. sakit kaki”. Nini memberi alasan.

“Mana ada sakit? Saya tengok OK je.”

“Sakit puan, kat tapak kaki.” Rungut Nini sambil menunjukkan tapak kakinya yang kemerah-merahan kerana berkaki ayam tadi.

“Kamu sakit apa ni Nini? Tak pernah saya tengok orang sakit kaki macam ni. Dah pergi klinik?”

“Belum Puan. Saya pergi lepas kelas ni. Saya tak nak miss kelas Puan”

“Pandailah kamu. Penyakit kamu ni berjangkit?"

“Tak, Puan”

“OK kamu boleh duduk sekarang”.

Nini mencari-cari tempat kosong di dalam makmal itu. Yang ada, cuma satu tempat bersebelahan dengan Dedi. Tempat duduk dan komputer di dalam makmal tersebut terbahagi kepada dua bahagian di mana satu bahagian didominasi oleh siswa manakala satu lagi oleh siswi. Tempat duduk yang kosong tersebut ialah di bahagian siswa. Nini kemudian menuju ke tempat duduk yang kosong tersebut. Kebetulan sebaris juga dengan kedudukan Radi tetapi di lain bahagian. Sambil berlalu ke tempat duduk tersebut, Nini menunjukkan muka menyinga terhadap Radi. Radi cuma tersengih dan membentukkan jari tangan seperti bentuk “peace”.

Sambil melabuhkan punggung, Nini menoleh ke kirinya, kelihatan Dedi. Lelaki yang direnungnya itu pun pelik juga orangnya. Jarang bercakap, jarang dilihat berjalan dengan rakan-rakan lain dan jarang sekali memunculkan diri dalam mana-mana program. Nak kata pergi perpustakaan pun tak pernah. Kerja sambilan pun, tak mungkinlah. Ini Dungun. Pekan kecil. Kalau mahu jadi nelayan mungkinlah. Balik-balik, Pantai Teluk Gadung yang terletak di hadapan kampus, tak pun pasar minggu pada hari Khamis yang menjadi tumpuan pelajar di luar waktu akademik mereka.

“Nini!! kamu dah buat port-scanning belum?” Lamunan Nini terhenti. Dipandang wajahnya ke hadapan.

“Kalau kamu nak berangan, balik rumah, suruh emak ayah carikan calon. Tak payah belajar.” Sambung Puan Ru lagi.

Satu kelas gelak besar. Memang salah Nini kerana tiba-tiba dia berkhayal.

“Ni semua pasal kau la Dedi. Aku masuk kena tanya dengan Puan Ru. Ko masuk takde apa-apa pun”. Marah Nini dalam hati. Ditolehnya lagi ke arah Dedi. Lelaki tersebut hanya memandang ke arah workstation-nya dengan muka tanpa perasaan tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sedang mengetawakan Nini.

Nini makin geram.


Chapter 4 (Shah)

Woi Nini! Ko suka kat Dedi yer," sergah Radi.

Kelas sudah tamat. Kebanyakkan pelajar mula berpusu-pusu untuk keluar dari bilik makmal sun dan ada yang berkumpul bersama Puan Ru, mungkin mereka hendak bertanya soalan apa yang tidak difahami.

"Dari tadi aku tengok kau tak berkelip memandang Dedi, haaa baru aku tahu kau dah jatuh cinta, cinta pandang pertama," Radi dengan nada separuh mengejek.

"Mana ada, aku cuma pandang tahi lalat yang ada kat muka dia aje. Takkan pandang tahi lalat kau nak jatuhkan hukuman, 'yang aku cinta pada dia'," balas Nini dengan muka kemerah-merahan. Mungkin menahan malu.

Tiba-tiba Dedi melintasi mereka berdua, sempat pula Dedi menegur Radi.

"Eh! cantik kasut awak. Saya rasa lebih sesuai kalau awak tambah satu aksesori lagi, topi pancing. Ha ha ha ha" ketawa Dedi dengan raut muka yang sangat kejam.

Radi dan Nini terkesima, seluruh saluran urat nadi mereka menjadi kejang secara tiba-tiba. Lutut mereka bergetar. Seolah-olah inilah kali pertama mereka bercakap dengan lelaki. Lidah kelu, terdiam tak bersuara.


"Maaf atas lawak bodoh saya yang tak berapa menjadi tadi," tiba-tiba aje raut wajah Dedi berubah, berubah dari sangat kejam kepada sangat kool. Intonasi suaranya juga berubah kepada 'very low pitching'. Radi dan Nini masih lagi terkesima, seperti dirasuk hantu pokok.

"Sebenarnya saya nak ajak awak berdua menyertai perbincangan kumpulan untuk projek Puan Ru ni. Itu pun kalau awak masih belum ada kumpulan lagilah." Sambung Dedi lagi.

Radi dan Nini masih lagi dalam keadaan terkesima. Menjawab iya pun tidak, menjawab tidak pun tidak.

"Takpe, awak balik fikirkan dulu, malam nanti awak sms saya. Ni nombor telefon saya." Hulur Dedi kepada Radi sambil Dedi menyuakan senyuman yang paling manis ke arah Radi. Dengan perlahan Radi mengambil kertas yang mengandungi no telefon bimbit Dedi tersebut.


"Jangan lupa sms saya tau," pesan Dedi kepada mereka berdua sebelum dia sendiri berlalu dari situ.

Radi masih lagi terkesima, manakala Nini sudah mula boleh mengerlip-ngelip kan matanya.

"Hoi! apa tunggu lagi, jom balik. Petang ni kita pergi berbasikal mengelilingi kampus," ujar Nini. Radi seperti masih belum pulih dari terkena sampukan panah arjuna tadi.

"Woi! Radi...ko kenapa ni, jom lah balik." Satu starlait melekap penuh di dahi Radi.

"Woi..kenapa kau starlait aku," jerit Radi kepada Nini.

"Ha ha ha...kau ni mamai lah. Dah jom balik." Balas Nini

"Yer..yer...jom balik." Radi.

Dalam perjalanan pulang, sempat Nini mengusik Radi.

"Haa...nampaknya cempedak sudah jadi nangka, Dedi suka sama kamu, ujar nini dalam slang indon. ha ha ha." tawa Nini berderai semula.

Adush!!! Satu cubitan hinggap di lengan Nini.

Tiba-tiba....

Treet!...Treet!.....
Treet!...Treet!....
(Telefon Bimbit Radi Berbunyi)

Radi melihat pada skrin, kelihatan skrin telefon tersebut memaparkan perkataan 'RUMAH'.

Radi menjawab panggilan tersebut, tiba-tiba kelihatan air mata mulai membasahi pipi Radi. Selesai bercakap melalui telefon, Radi mulai bersuara.

"Ni, aku kena balik ke kampung, aku ada emergency." Sambil Radi mengelap sisa air mata yang masih ada di matanya.


"Tapi kenapa? cuba kau bagitahu aku. At least senang aku nak menjawab dengan lecturer bila diorang tanya aku nanti." Balas Nini cuba mengorek rahsia kenapa Radi menangis. Nini amat mengenali Radi, perempuan ni memang sukar untuk mengeluarkan air mata. Tapi kalau dah sampai tahap menangis, mesti perkara ni sangat menyentuh perasaan Radi.

"Ok, kau ingat Karem, kawan baik aku waktu kat kampung dulu. Dia accident. Mak aku cakap tadi, keadaan dia sangat parah. Motor yang karem tunggang untuk mengangkut ayam terlanggar dengan lori ikan. Aku kena balik nak tengok keadaan dia," jelas Radi.

"Oo Karem yang tempoh hari kau tunjukkan gambarnya pada aku kan," balas Nini.

"Kasihannya dia, aku harap dia tak apa-apa," Nini cuba menunjukkan simpatinya.

"Kau tolong cover apa-apa yang patut yer. Kedatangan kelas tolong sign bagi pihak aku. Kalau ada apa-apa hal yang penting kau roger aje aku kat kampung," pesan Radi lagi.

Malam itu Radi bertolak pulang ke kampungnya di Tanah Rata, Cameroon Highland yang berhampiran dengan hutan Gunung Berincang dengan menaiki bas express. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, ingatannya hanya tertumpu kepada Karem. Hatinya begitu tidak tenang sekali, walaupun mereka sekadar berkawan sahaja, tetapi kadang-kadang Radi terasa seperti seolah-olah ada satu jalinan perasaan yang istimewa antara dia dan Karem. Satu jalinan yang lebih dari sekadar seorang sahabat.

Sepanjang yang dia tahu memang Karem telah mewarisi perniagaan dari bapanya. Menjadi seorang penternak dan peniaga ayam yang berjaya. Manakala satu-satunya kawan perempuan-Joyah yang dia ada telah berjaya melanjutkan pelajarannya di Ireland. Tak lama selepas Joyah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya, Radi pula menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di UITM. Sedar tak sedar dah empat tahun masa berlalu. Begitu pantas masa berlalu.

Tepat pukul 5.30 pagi, Radi tiba di pekan Tanah Rata. Amer Khan, adik kepada Radi telah bersedia menunggu di perhentian bas tanah rata dengan motor kapchainya. Oleh kerana waktu masih terlalu awal untuk Radi ke hospital, mereka pulang ke rumah terlebih dahulu.

Sesampai di rumah, Radi sempat bersarapan dengan kedua-dua ibu bapanya dan adik beradiknya yang lain. Sempat juga Radi bertanya perihal keadaan Karem pada ibunya, lega hatinya bila mengetahui keadaan Karem tidak separah yang disangka. Selesai bersarapan, Radi terus ke bilik untuk berehat. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah kotak lama yang menyimpan banyak khazanah miliknya.

Radi menyelongkar kotak lama tersebut. Dia menemui sebuah buku autograft yang digunakan untuk menyimpan alamat dan kata-kata daripada kawan-kawannya. Dia menyelak-menyelak buku tersebut, sampai di suatu muka surat tiba-tiba Radi tersenyum.


Lantas memori Radi terkenang kembali...

"Ha ha haaaaa haaaa haaaaa," Kareem.

"Hihiii hii...ahaaa... hahhhhaa," Joyah.

"Padan muka kau. Kan aku dah kata, tapi kau tak mahu dengar cakap aku. Kan sekarang dah jatuh berdebub…hah haaa haaaah ahh," gelak Karem lagi.


Chapter 5 (Su)


“Aduhh!!! sakitnya bontot aku. Setan korang gelakkan aku,” merah padam muka Radi menahan kesakitan.

“Ha! ha! ha! ha!” Karim masih lagi menyambung ketawanya. Kelakar benar dia melihat Radi jatuh berdebub betul-betul di hadapannya tadi.

“Ha! ha! ha! ha!” Joyah juga masih ketawa. Di pimpinnya tangan Radi, cuba menolong Radi untuk berdiri sambil tangan yang sebelah lagi mengesat air mata.

“Setan korang. Gelak sampai kuar air mata nampak, ni sudah kes menghina ni. Aduhhhhhhh!!” Radi sudah berdiri. Tangannya pantas mengibas-ngibas daun-daun kering yang melekat pada pakaiannya. Habis calar balar tangannya akibat terkena dahan-dahan manggis. Nasib baik tak patah riuk. Kalau tidak satu hal pulak nak menjawab dengan mak nya nanti.

“Haa tulah, kalu dah perempuan tu perempuan jugak, jangan nak berlagak hero. Lain la aku ni, memang dah sedia dilahirkan sebagai jaguh kampung.. ha! ha! ha! perempuan lembik! Ha! ha! ha!” Karem memicit perutnya menahan ketawa yang masih ada.

Radi menjeling muka Karem. Perkataan ‘perempuan lembik’ itu cukup tajam untuk ditujukan kepada dirinya.

“Aku bukan perempuan lembik la!!!” Jerkah Radi. Tanpa memandang kepada sahabatnya berdua itu, Radi melangkah laju menuju ke rumahnya. Joyah terpinga-pinga. Disikunya Karem. Tidak disangkanya gurauan Karem itu telah mengguris hati Radi.

“Oii Radi! Radi!!! Oii!! Merajuk ke?? Apalah!! sejak bila kau jadi lembik lagi sensitif ni!!” Jerit Karem cuba membakar amarah Radi sambil memandang kalibat Radi yang semakin menjauh.

Joyah berlari-lari anak mengejar Radi yang telah menghilang disebalik pohon-pohon buah-buahan yang pelbagai di kebun bapa Karem itu.

-----------------------------------

Radi tersenyum sambil tangannya pantas menyimpan kembali buku tersebut kembali ketempat asalnya. Masih segar lagi ingatannya terhadap peristiwa yang telah bertahun-tahun berlaku itu.

Kerana kejadian itula dia dibelasah teruk oleh ibunya. Itulah pertama kali dalam hidupnya dia melihat ibunya naik angin sebegitu rupa. Itulah pertama kali dia dibelasah teruk dengan menggunakan getah paip. Bukan dia tidak biasa dimarahi dan dipukul oleh ibunya, tapi ibunya tidak pernah segila itu. Radi pun tidak tahu mengapa kemarahan ibunya sungguh memuncak ketika itu. Takkan hanya kerana dia mengikut Karem dan Joyah ke kebun bapa Karem, ibunya marah sebegitu rupa? Dia tak tahu, dan tak pernah mahu mengambil tahu. Biarlah ia menjadi sejarah sahaja.

“Karem.. karem.. cakap aku lembik konon.. kau pun sama sahaja.. kalau tidak, tak kan kau menggeletar sampai pucat lesi muka masa kena ambush buat barbeque burung dalam kebun Ah Seng dulu. hi! hi! jaguh kampung lah sangat.. hehehehe” Radi berbisik sambil tersenyum sendirian.

Mengingatkan peristiwa mereka bertiga ditangkap oleh Tok Aki, ketua kampung seberang itu, hatinya menjadi sebak. Peristiwa itula yang telah memisahkan mereka bertiga. Memisahkan dia dengan Joyah dan Karem dengan lebih tepatnya.

Gara-gara kejadian itulah, ibunya telah bernekad untuk menghantarnya ke asrama anak-anak yatim dan bersekolah di Bandar Beruntung yang letaknya jauh dari kampung kelahiran nya, dengan alasan mahu Radi menumpukan perhatian pada peperiksaan UPSR yang bakal dihadapinya tahun itu. Radi tiada pilihan lain selain menurut sahaja kehendak ibunya itu. Tetapi walau sejauh mana pun mereka terpisah, yang pasti setiap kali cuti semester, pasti mereka bertiga akan berkumpul bersama dan yang pasti ada sahaja aktiviti baru yang akan mereka lakukan setiap kali berjumpa.

“kak! oo kak! Oii!! gila apa. Tersengih-sengih macam Mat Jenin dapat bini.”
Sebiji starlait singgah didahi Radi.

“Sakit la mangkuk!! Kacau orang je.” Radi cuba untuk membalas, tetapi berjaya dielak Amer. Entah bila Amer duduk disebelahnya pun Radi tidak perasan. Asyik sangat dia melayan perasaan.

“Kau nak apa? Kacau daun la kau ni.” Radi mencebik.

“Nak pergi hospital tak? Waktu melawat dah sampai. Nanti kalau lambat pergi, tak sempat pula akak nak melawat tokey ayam buah hati pengarang jantung pisang emas dibawa belayar akak tu.” Amer cuba serkap jarang.

“Banyak la kau buah hati jantung pisang! Eh, dah boleh pergi ke? Nak pergi sekarang ke? Kau tunggu jap akak tukar baju ek. Sudah-sudah,keluar dari bilik akak ni,” terasa hati Radi berbunga riang. Tidak sabar dia mahu melawat Karem di hospital.

----------------------------

“Tit tit.. tit tit..” telefon bimbit Radi berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dicapainya telefon bimbit yang diletakkan di dalam poket hadapan seluar jeans nya sambil kakinya laju melangkah ke Wad 3.

“Oii!! macam mana dengan karem? Teruk ke? Weh, tadi dlm kelas, Dedi sebok tnye psl ko.. dia mtk no hp ko. sori aku kasik no ko tnpa mtk kebenaran ko dl.. :D”
Sender: Nini
+60123667426

Radi membaca pesanan itu sepintas lalu. Tiada masa untuk membalasnya. Melawat Karem adalah lebih penting dari segalanya.

Kakinya berhenti di carta pesakit diluar Wad 3, cuba mencari nama dan nombor katil yang menempatkan sahabat karibnya itu..

“Yes!! Katil nombor 8.” Bisik Radi.

Langkah kakinya semakin dilajukan sambil matanya memlilau membaca nombor katil para pesakit hinggalah dia berhenti betul-betul dihadapan katil nombor 8. Perlahan-lahan dia menghampiri manusia yang sedang lena tidur diatas katil itu. Direnung nya muka Karem yang bertampal sana sini. Dapat dilihat tangan kanan Karem yang bergantung dan berbalut putih hingga ke siku.

“Huh! nasib baik patah tangan je. alau patah satu badan.. mahu tak kahwin kau sampai tua..hehehe” Radi berbisik kepada Karem walaupun dia tahu Karem tidak mendengarnya.

“Hoi ayam!! Bangun la, tidur saja kerjanya.” Jerkah Radi sambil tangannya pantas menjentik telinga Karem.

“Aduhhh…” Karem mengaduh kesakitan. Matanya dibuka sedikit.

“Oii makcik!!! Bila sampai??” Mata Karem sudah terbuka luas sambil bibirnya menguntum senyuman. Terharu rasanya melihat sahabat karibnya datang melawat.

“Lama dah, sempat la kira berapa round air liur basi kau meleleh.. haa..haa..haa,” gurau Radi.

“Hantu kau.. tak kesian langsung dengan aku yang tengah menderita kesakitan ni.” Balas Karem sambil mejelirkan lidahnya.

“Apa hal la kau ni? macam manalah traktor bajak yang punyalah besar tu pun kau boleh langgar. Berangan kuat agaknya kau ni,” Radi bersuara.

“Kau ni, kalau ye pun cuba la tanya khabar aku dulu ke. Ini tidak, terus fire je tau. Aku bukan berangan la. Tapi masa tu aku tengah tengok si Aini, anak Pak Mail yang duduk hujung kampung tu.. Cantik giler dia sekarang. Tiba-tiba aku rasa macam dah jatuh cinta kat dia la. Itu pasal la aku tak perasan bila masa traktor tu melintas depan aku. hehehehe.” Jelas Karem panjang lebar.

Terkelu Radi mendengar penerangan Karem. Jantungnya berdegup kencang. Cemburukah dia?

**************************

Chapter 6 (Ledi)

Joyah meletakkan beg di lantai, sambil tangannya sibuk membuka tali kasut kulitnya. Tiba-tiba bau tengit menerjah lubang hidung. Joyah terpinga-pinga mencari bau itu

"Inilah dia kerjanya, habis telur aku beli kat kedai Ah Seng!" ibu Joyah melemparkan sebelah kasut sukan ke arah Joyah.

Joyah mengelak. Bau tengit itu makin kuat. Alamak! Baru Joyah perasan, Joyah ada memeram telur dalam kasut, untuk projek sains. Joyah mengelak ala penari rap. Buku Sains PMR terbitan Fajar Bakti terlepas dari tangan. Kasut sukan jatuh sipi-sipi Joyah, tapi telur ayam dalam kasut itu masih disitu.

Hahaha, hebat juga aku mengelak ni! Boleh masuk askar kalau makin hari makin pandai. Boleh sasarkan musuh! Detik Joyah dalam hati.

"Yah buat apa ni? Aku tanya kau ni. Kau buat apa? Aku baru beli je kasut ni, baru sebulan, kau ambik basuh kasut ni! Kau cuba buat apaaaaa?" ibu Joyah menengking.

Joyah menelan air liur dan memulakan bicara.Muka ibunya seperti singa kelaparan.

"Mak tahu tak, bila kita peram telur ni, nanti dia akan jadi ayam, lepas tu, ayam tu bertelur lagi, pastu peram lagi, kaya kita mak, mak cuba tengok Pak Cik Dolah ayah si Karem tu, tokei ayam tu. Karem cakap, dulu ayah dia buat macam tu, sikit-sikit lama-lama banyak la, siap ada ladang ayam lagi tu."

Lega! Joyah menarik nafas. Rasa seperti beban di atas kepala keluar habis bila dapat mengarang dengan bijak dengan cuma satu nafas. Joyah tersenyum. Mesti mak berbangga dengan aku, sebab aku ada perancangan masa depan, detik hati Joyah.

"Apasal lah kau ni bodoh sangat. Kau ingat telur ayam ni boleh menetas ke?”

Raket badminton yang disangkut dipaku dinding dicapai ibu Joyah. Raket dihayun 180 darjah ke badan Joyah. Joyah cuba mengelak. Kali kedua mengelak, cubaan tak berjaya. Joyah terhumban ke lantai. Muka Joyah terpekap ke kasut. Hidung joyah yang agak mancung ala-ala anak mami tu menjunam kearah kasut telur tembelang. Pecah! Slurrppp..Joyah bernafas, sambil teredut cecair telur tembelang projek sainsnya itu.

“Uwekkk”, Joyah termuntah.

Joyah mengelap mulutnya dengan lengan baju kurung putih sekolahnya. Sambil hidungnya cuba menghembus untuk membuang saki baki cecair telur tembelang yang disedutnya tadi, tekak Joyah mual, dan masih memuntahkan isi perut.

Ibu Joyah makin hebat menghayun dan melibas raket badminton ke badan Joyah. Badan Joyah terlalu sakit sehingga sudah kebal, tapi kekebalannya itu akan hilang bila bekas birat itu direnjis air waktu mandi nanti.

Arghhhhhhhhhh!!!

Joyah bangun, tangannya mencapai sebelah lagi kasut sukan yang masih berda di rak kasut. Kaki Joyah dipandu laju.

"Karem!!! turun kau!" Joyah yang busuk dan comot menjerit dari bawah rumah Karem.

"Oi..jap jap.." Karem jenguk kepala melalui tingkap, sambil terkocoh-kocoh membetulkan kain pelikat.

Nampak sahaja Karem di tingkap, Joyah sudah bersedia untuk mensasarkan telur tembelang itu ke arah Karem dari bawah.

Pap! Tepat ke dahi Karem. Pecah.

"Apa ni weh? Cari gado ke Joyah?" Karem tidak puas hati.

"Itu untuk kau! Kau tipu aku! Main-main! Aku punya la peram telur tu, kau tahu tak dateline untuk projek sains ni lagi seminggu? Bedebah punya kawan!" Joyah menghayunkan kakinya ke badan Karem.

Karem elak. Karem senyum. Karem kawal emosi.

Bukk! Sekali lagi perut karem dihunus dengan penumbok. Joyah bergaya ala-ala di gelanggang Taekwondo. Joyah melepaskan tumbukan dengan sekuat tenaga. Tenaga yang juga pernah menobatkan Joyah sebagai gold medalist negeri tiga tahun beturut-turut, dan mungkin tahun hadapan juga.

Karem tertunduk. Perutnya senak. Aku tak boleh tunjuk aku lemah depan minah ni! Tapi, pantang keturunan aku nak pukul perempuan. Kontrol beb kontrol. Karem monolog sendirian. Tangan kanan Karem memegang perutnya. Kuat juga budak perempuan ini!

Karem maju ke hadapan. Menuju ke Joyah.

Pap! Dahi Joyah di stalait Karem. Karem sengih.

Joyah terhenti, terkejut dengan tindakan Karem yang main-main. Geram. Sebiji penumbuk singgah ke perut Karem. Ambil kau!

"Puas hati aku! Kau tipu aku!” Joyah tersenyum walaupon badannya sendiri berbirat-birat.

Joyah pulang dalam tangisan. Sampai hati Karem menipu. Projek Sains sekolah perlu dihantar dalam satu minggu lagi. Projek yang paling hampir dengan realiti akan dinobatkan sebagai pemenang. Joyah adalah antara pelajar terbaik matapelajaran Sains di sekolahnya. Mana mungkin Joyah tewas.

Karem, kau tahu tak kenapa aku pilih projek yang kau cadangkan pada aku? Aku pilih sebab aku suka kau. Kau cakap projek hasilkan telur ayam, aku angguk. Kau cadangkan telur itu diperam dalam kasut, aku ikut. Kau tahu tak, kalau projek ni berjaya, kita akan kaya. Kau dan aku! Kita paling secocok. Kau jadi taukeh ayam daging, aku jadi taukeh ayam telur. Kan seronok tu ? Arghh!! tapi kau tak pernah paham. Lansung tak pernah cuba hendak paham!

Air mata Joyah berlinangan. Mungkin hanya 20 peratus sahaja kerana birat dibelasah ibunya, lagi 80 peratus kerana terlalu kecewa dengan sikap Karem. Kalaulah Radi ada, mesti Radi di pihak Joyah, membelasah si Karem. Tapi kalau Radi ada juga, Joyah tidak akan rapat dengan Karem. Karem sukakan Radi!

Karem, aku benci kau! Aku harap nanti kau cepat-cepat blah dari sekolah ni. Pergi la mana-mana jauh dari sini, kalau kau tak pergi, biar aku saja yang pergi! Aku berazam, aku nak belajar sungguh-sungguh, aku nak dapatkan tempat ke asrama penuh. Biar kau bergelumang dengan ayam-ayam kau sampai mati!

Lagi sebulan peperiksaan PMR akan berlangsung, pelajar-pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran. Dulu Joyah ada Karem dan juga Radi untuk mengulangkaji bersama. Joyah masih ingat mereka bertiga bersengkang mata belajar. Kadangkala di rumah Joyah, atau rumah Karem, kadangkala di rumah Radi. Joyah masih ingat jemput pisang istimewa bersama kopi kisar pekat buatan ibu Karem yang aromanya menusuk hidung dan hirupannya memecah kedinginan malam.

Radi, kau rindu aku tak? Tiba-tiba air mata sakit hati Joyah bertukar menjadi sebak rindu pada seorang sahabat. Seorang kawan yang setia, bebelannya menjadi halwa telinga, kekalutan emosinya menjadi sebuah drama yang ditonton bersama. Bahunya menjadi tempat melempiaskan rasa. Persamaan Radi & Joyah ialah birat-birat di belakang badan, tanda kehebatan mengharung “cabaran anak kampung” Hmm..mungkinkah berulang?

PMR berlalu, sesi bertungkus lumus sudah selesai. Keputusan pon sudah diumumkan Baik Karem, Radi atau Joyah, semuanya mendapat 8A, satu kejayaan yang membanggakan. Radi masih lagi di sana di Bukit Beruntung, Karem masih lagi menjadi musuh Joyah. Joyah sangat bosan berada di rumah. Joyah sudah menjauhkan diri dari Karem. Joyah benci Karem. Benci tapi suka. Pelik.

“Yah! ni ada surat ni haaa,” ibu Joyah bersuara lantang dari halaman rumah.

Joyah kelam kabut menerpa kearah ibunya. Surat di tangan ibunya dirampas. Mungkinkah surat dari kekasih? Joyah ketawa mengekek seorang diri.

TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM BESERI PERLIS SESI 1998

Joyah melompat keriangan! Yes! Aku berjaya! Kau ingat aku belajar seorang aku tak hebat? Ha ha ha. Dalam hati Joyah terdetik sepi dan sayu. Lepas ini Joyah sudah tidak boleh lagi memanjat pokok rambutan, mengail ikan di alor sungai, melastik burung dan macam-macam lagi aktiviti budak kampung. Paling Joyah berbelah bahagi sekali apabila ibu Joyah menjanjikan sebuah skuter bila usia Joyah cukup 16 tahun, dan lulus ujian memandu.

Joyah berazam untuk ketepikan skuter impiannya itu demi sebuah cita-cita dan ketenangan. Ceh! ketenangan konon. Mahu lari dari Karem sahaja. Karem yang juga sebahagian dari memori zaman kanak-kanak Joyah. Kanak-kanak? Sudah remaja kah aku? Joyah senyum. Remaja? Sangat asing bunyinya.

Hati Joyah sangat berdebar-debar. Seperti dirisik teruna idaman. Sekolah yang sangat asing baginya. Sekolah yang hebat menurut kawan-kawannya. Pelik benar mereka semua, berbaju peach berkain coklat, berbaju biru muda dan berkain biru tua seperti pengawas di sekolah lamanya. Ramai senior yang kacak-kacak. Wah! sangat best kalau begini. Mesti teruja untuk belajar.

“Hidayah, ini nombor bilik awak, Desamara Anggun di sebelah hadapan sekali. Ini nombor keluarga pelajar dan ini kelas awak, 4 Makmur. Briefing akan dijalankan jam 5 petang. Di Dewan Sri Beseri kat depan tu. Enjoy ur stay here!” senior yang bertugas di kaunter pendaftaran bertutur laju dan padat.

Joyah meluru ke arah ibu dan ayahnya. Beg yang besar seperti mahu menunaikan haji itu diseret laju. Ayah Joyah memegang sebelah topang beg menolong mengheret. Dalam kesibukan dan kepenatan menyeret beg itu, ayah Joyah bersuara…

“Anak Pak Dolah Ayam pon dapat sambung sini jugak. Tadi abah terjumpa Pak Dolah Ayam hantar anak dia. Napa Yah tak bagitau abah yang anak Pak Dolah pon dapat sini juga? ”

Hah? Jemmmmmmm! Joyah menampar dahi sendiri.

“Woi Telur! kau ngelamun ke. Kalau ngelamun pon, agak-agak la. Ni sampai blocking pintu. Kasut pon tak bukak-bukak lagi..”

“Hah..mana deee..”, lamunan Joyah terhenti.

Gelaran “Telur” yang diberi oleh Karem ketika di MRSM lekat pada Joyah sehingga hari ini. Habis satu batch mereka tahu tentang kisah Joyah memeram telur di dalam kasut. Di MRSM juga, tiada siapa kenal Joyah atau Hidayah, tetapi, Telur adalah seorang pelajar yang sangat glamour dan berfikiran 2/10

Joyah menyeringai. Geram. Walaupon acapkali Joyah memarahi dan mengugut untuk memukul sesiapa yang memanggilnya Telur, tetapi Joyah tetap tewas. Joyah tetap Telur, dan Telur tetap Joyah. Sehinggalah ke Ireland, Hidayah atau Joyah tetap Telur.

Joyah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup. Joyah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Home sweet home. Joyah senyum sendirian.

Komputer peribadi di buka suisnya. Skrin komputer dibiarkan seketika. Joyah ke dapur. Membuat air Nescafe kegemarannya. Di sini tiada lagi kopi kisar seperti di kampungya. Air dihirup perlahan-lahan. Nikmat.

Icon mIRC iaitu laman sembang internet di klik. Sejak berada di Ireland, Joyah lebih senang menghiburkan diri dengan internet, dan laman sembang dari berpeleseran di luar. Joyah dapat mengekspresikan dirinya sehabis mungkin di situ. Boleh menaip sesuka hati.

Kotak mesej berkelip. Ada chatters memesej Joyah. Joyah bosan. Mana pergi kawan-kawan aku yang lain? Boring la nak layan chatters baru! Tetapi jari Joyah tetap mengklik nick chatters itu.

“Hai..boleh kenalan..”

“Boleh je”, Joyah membalas pendek. Terus menukar tetingkap. Assignment belum siap.

“Nama U apa?”, kotak mesej berkelip lagi.

“Joyah..”, pendek dan jelas menunjukkan emosi Joyah yang suram

“Wahh..uniknye nama. Umor bapa?”

“53. Dua tahun lagi bapa saya pencen.”

“Hah?? Tak paham?”

“Awak tanya umor bapa saya, saya jawab la..”

Joyah ketawa berdekah-dekah. Sampai keluar air mata. Joyah tak tahan. Menunduk di kerusi menekan perut. Tiba-tiba.. Pap! kaki Joyah tersadung plug komputer. Joyah teragak-agak, hendak online lagi ataupon tidak. Arghh..tido lagi bes! Dapat mimpi Karem lagi lah best!

Sambil memeluk bantal busuk, Joyah teringatkan Radi. Radi, kau sihat di sana? Kau ingat aku tak? Mesti kau sudah ada pengganti aku kan? Kawan untuk susah, kawan untuk letakkan minyak gamat di luka kau. Tapi aku tahu, kita dah besar, kita cuma ada kenangan, yang terindah...

Chapter 7 (Awi)


“Aku pun rindukan kau Yah,” perlahan ayat itu terluah dari mulut Radi yang sejak tadi termenung ke luar tingkap Wad 3. Seakan terdengar suara Joyah sedang menyapanya. Pemandangannya tertancap ke arah tiga orang kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran di luar sana. Pemikirannya tiba-tiba terkenang ke zaman kanak-kanak mereka. Begitulah jua situasi mereka bertiga ketika masih kanak-kanak.

Radi, Joyah dan Karem.Tiga sahabat sepermainan yang sukar dipisahkan. Hari-hari pasti ada sahaja aktiviti yang dilakukan. Langsung tiada masalah perlu difikir. Tiada assignment yang perlu diselesaikan. Tidak perlu berebut-rebut ke makmal komputer mencari PC demi menyiapkan tugasan. Tidak perlu bangun seawal pagi semata-mata takut ketinggalan bas ke kuliah. Tidak ada kelas-kelas gantian atau pun tutorial siang malam yang perlu dihadiri. Jauh sekali perlu ke library mencari buku rujukan yang entah ada entahkan tidak. Apalagi hendak bersengkang mata di malam peperiksaan menghafal nota-nota padat yang kadangkala tersengaja dibawa masuk ke dewan peperiksaan oleh segelintir pelajar-pelajar yang ”nakal”. Hatta tak perlu nak meratah mee segera semata-mata menunggu wang saku atau pun wang pinjaman MARA dikredit ke akaun bank yang kadang-kadang cepat tapi selalunya memang lambat.

Radi tersenyum sendirian.

”Haih, kenapa kau tersenyum sorang-sorang ni Radi?” Karem bersuara.
Lantas dia memperlahankan radio yang sejak tadi agak kuat kedengaran alunan lagu Harum Subur Di hati dendangan BPR yang begitu diminatinya.

”Ooo kau teringatkan balak lah ni”, Karem cuba meneka.

”Oii, aku lempang kau kang. Memandai je” Suara karem mengejutkan Radi dari lamunannya. Dia berpaling dari tingkap lalu mencari-cari kerusi untuk diduduk.

”Tak main la balak-balak ni. Aku telinga tebal tau.”

”Ke tahi telinga kau tebal? Hahaha,” kuat Karim ketawa.
”Habis, kau tengok ayam mengawan ke kat luar tu? Seronok je kau aku tengok,” Karem cuba mengorek.

Suka benar Karem dengan perkataan ”ayam”. Hidupnya pun dikelilingi ayam. Setiap hari dia akan bangun seawal 5 pagi ke ladang ternakan ayamnya bagi memastikan bekalan-bekalan ayam cukup dan sampai pada waktunya kepada para pemborong. Dia tidak menyesal kerana menolak tawaran memasuki UiTM Shah Alam. Sebagai anak sulung, Karem sedar tanggungjawab terhadap keluarga lebih penting dari dirinya sendiri. Sejak ayahnya kemalangan dan lumpuh separuh badan 2 tahun lalu, dialah yang berusaha menjaga perniagaan ayahnya itu. Karem tidak sanggup hasil titik peluh ayahnya itu jatuh ke tangan orang lain. Biarlah impiannya di khabar pada langit sahaja, walaupun langit tak mendengar.

”Ish kau nih! Aku tengah syok tengok budak-budak tu main la,” Radi memuncung bibirnya ke luar tingkap.

"Teringat lak aku masa kita kecik-kecik dulu. hehe. Kau selalu je kena starlait ngan aku kan? Hahaha,” Radi ketawa terbahak-bahak.

Karem cuba bermuka selamba.

”Eh, mana Joyah sekarang eh?”

”La kau tak tahu lagi ke?” soalan Karem membuatkan Radi terkedu seketika.

”Tahu apa? Joyah dah kawin ke? Dengan orang mana?” Radi cuba membuat andaian.

”Dia dah tak ada,” perlahan suara Karem menjawab. Karem menunduk muka ke katilnya.

”Hah??” Radi tersentak lantas terduduk ke lantai. Matanya tampak berair.

Radi bukanlah seorang yang mudah bersedih. Apatah lagi mengalirkan air mata. Tapi kali ini jelas dia sukar menahan. Kata-kata Karem itu bagai menyentak jantungnya. Dia tidak fikir Karem berbohong dalam hal ini walaupun dia tahu Karem memang pandai berhelah. Itu dulu, fikirnya.

Melihat keadaan Radi itu Karem bingkas menyambung.

”Dia dah tak ada kat sini la. Dia dah pergi Ireland sambung degree kat sana. Hehe,” Karem tersengih menampakkan giginya yang jarang. Seronok hatinya dapat mengenakan Radi.

’Eeeeeee!! Hampeh kau Karem!”, Radi membaling bungkusan buah limau yang sejak tadi dipegangnya. Mujur Karem sempat menyambut.

Wajah ceria Karem itu membuatkan Radi hilang sedikit rasa marah. Wajah itulah yang menjadi kegilaan remaja perempuan kampungnya.

”Aku sepak kaki kau yang tergantung ni baru tau!”

Karem tersengih sambil memegang kakinya. Buat disepaknya betul-betul mahu seminggu dua lagi terlantar disitu. Dua hari di wad tanpa hiruk pikuk ayam-ayam dan kambing ternakannya sudah cukup membuatkan Karem terasa begitu sunyi dan tidak senang duduk. Mujurlah dia tak akan lama disini setelah Doktor Mahfuz yang menemuinya pagi tadi memberitahu keretakan tulang betisnya hanya sedikit. Dia akan dibenarkan pulang berehat di rumah keesokan harinya. Karem lega.

”Aku gurau je la..Well, you know me,” dikenyit matanya ke arah Radi. Karem cuba memujuk.

“Lama betul aku tak tengok kau marah. Hehehe. Sebijik macam cekodok kena penyek”


“Eeeee!” Radi menghampiri Karem.

”Biasa nih!!” satu starlait hinggap di dahi Karem.

”Adoi!!”

”Padan muka!”

”Tapi aku suka..Hehe”, Karem mengosok-gosok dahinya.

“Dah dah jangan nak lebih-lebih. Aku bagi seketul tu pun bersyukur la”

”Eh kau ada nombor henpon Joyah?” Radi menukar topik. Jantungnya seakan sedikit berdebar mendengar perkataan ”suka” dari mulut Karem tadi.

”Mestila ada. Tapi kau tahu tak?” Karem meraba-raba di kiri kanan mencari telefon bimbitnya.

”Mana nak tahu..kau belum cakap,” sepantas kilat Radi memotong ayat Karem.

”Grrrr!!”

Radi tersengih.

”Kau nak ke tak nak ni nombor dia ni?” Karem geram. Diletakkannya balik handphone Nokia 3310 yang agak lusuh warnanya itu di bawah bantal disandarnya.

”Yela yela. Haa cepat sambung,” Radi mengeluarkan telefon bimbit SonyEricson K610i dari kocek depan jeansnya. Ditekan-tekan punat telefon bimbitnya mencari phonebook.

”Takdela. Aku jarang gila mesej ngan dia. Mahal la Di nak mesej dia. 50 sen tu satu sms. Huhu!”, Karem mengeluh.

"Kau ni kedekut memangla”

"Jual ayam kau seekor pun dah boleh beli topup RM5”, perli Radi lagi. Ada tertawa kecik dihujung kata-katanya.


”Aku bukan kedekut la. Aku berjimat. Tak macam budak-budak zaman sekarang ni. Asyik harap duit mak bapak aje. Tengah study lagi pun dah boleh beli henpon canggih manggih. Study asyik kantoi aje” bebel Karem.

”Tapi aku pakai duit loan aku, takpe”, Radi mencelah.

”Aku tak kata dekat kau. Aku kata dekat anak jiran sebelah aku tu la”

”Tipu langsung, rumah kau rumah banglo. Mana ada jiran sebelah. Kandang kambing ada la”

”Oho eh..lupa lak aku..hehe..”

”Ceh!”

Terasa pedas sedikit telinga Radi dek kata-kata Karem itu. Tapi benar kata-kata Karem. Memang situasi begitu seakan sudah biasa di kalangan pelajar-pelajar sekarang termasuklah di UiTM Dungun sekali pun.

”Aa cepatla bagi nombor Joyah. Lupa lagi ke?” Radi bersuara.

Karem cepat-cepat menekan punat telefon bimbitnya mencari nombor Joyah.

"+353851455281”, satu demi satu Karem menyebut nombor Joyah supaya mudah Radi menyimpan ke dalam telefon bimbitnya.

"Nombor aku kau dah ada blom?”, tanya Karem penuh niat.

”Ha ah ada. Kenapa, kau tukar nombor baru ke?”

Radi yang baru sahaja duduk bingkas bangun dan terkocoh-kocoh cuba mengeluarkan semula telefon bimbit dari poket jeans birunya yang agak ketat itu.

”Takdela, aku ingat dah hilang nombor aku. Tak sms atau call aku pun.” Karem menjuih mulutnya.

Radi terdiam.

* * * * *

Chapter 8

Pap..!
Tsit... tsit..

Haargh!

Nini bingkas bangun. Dia terkejut lagi. Ceritanya terhenti. Dia pandang atas, jengah ke kiri, jengah ke kanan. Kali ini tak ada cicak pun. Entah dari manalah datangnya bunyi tu. Setahu Nini, semua rakan sekerjanyadah balik awal tadi. General Managernya, En. Rizal yang memang terkenal dengan ‘stay back’ itu pun sudah pulang tepat pukul 5.30 petang tadi. Mungkin ada hal agaknya.

“Kau buat apa tu?” Tiba-tiba ada suara menegur dari belakang.

Haargh!!

Nini terkejut sekali lagi.

“Hoi! Sial betul kau ni Mie, aku ingatkan ada hantu dalam opis kita nih, kecut perut aku. Dah la idea tgh mencurah-curah, ada pulak bunyi-bunyi. Sial betul,” sentak Nini.

“Aku pun ingat aku tinggal sorang je kat opis. Aku pun dengar juga bunyi-bunyi, ko ingat ko sorang je takut hantu?”

“Oii! bendalah tu jangan la sebut-sebut! Nanti dia datang sungguh baru padan muka.. Syyy…”

“Okay okay, sorry.. sorry..”

“So, what are you doing here at this particular time Nini? Something urgent I guess? Come on la, it is Saturday night. You should be out there enjoying your life.”

“Aaahh! pandai la kau. Nak suruh aku berpoya-poya. Ni ha, tak nampak file bertimbun-timbun ni? Next week is the deadline for me to submit the consultancy project for Hakim Mansor’s Trial. Sepatah haram pun aku tak buat lagi. Satu lagi, aku punya 8 Sen project nih, esok kena submit. Yang kau tu, buat apa kat sini? Tak enjoy?”

“8 Sen? Apa tu?”

“Pasal tu ko jangan tanya lebih-lebih… Nanti dah berjaya aku berketak kat satu Putrajaya.heh heh heh,” bentak Nini pantas.

“Nini… U dah makan? Jom? Tonight is on me.” Azmi menyeringai disela dgn kekekan nakal.

Tit tit… tit tit…

“Hello, Yes, Azmi here. Yeah.. yeah.. I see… Okay, okay.. I’ll go right away… Thank you Doctor.. Yea..No problem. Thanks.” Azmi letak telefonnya semula dalam ‘pouch’nya. Mukanya pucat bagai darah habis disedut lintah. Serba salah dibuatnya. Apapun baginya, dia mesti control macho.

“Mie, what’s wrong? Something bad is it? Need any help?” Nini menunjukkan kerisauannya. Dalam hati sudah menjangkakan pelbagai kombinasi perbualan Azmi sebentar tadi.

“Err! Nini, tader apa. Eh, kau nak pegi makan tak ni?” Ujar Azmi selamba. Tetapi riak mukanya jelas membayangkan soaljawab seribu satu persoalan, kerisauan dan ketakutan.

“Kau jangan tipu aku la Mie, kalau kau sakit gigi pun, satu dunia boleh tau ko tahan sakit. Well, we’ve been friends for many years. I know you and you can trust me.”

“Memanglah. Tapi Nini, Hal ni aku tak pernah cerita kat kau. Aku takut Nini. Aku takut.” Balas Azmi.

“It’s okay Mie. You know whom to look for if you need help. Satu lagi, Aku belum ada selera lagi. Lagipun idea aku tengah rancak ni. Kalau mati idea kang, sampai esok pun aku duduk kat depan laptop nih. Kau pegilah. I know you are in rush. Don’t worry about me okay.”

“Thanks. Wei! aku terpaksa gerak nih. See you next Monday yah!”

Azmi Azmi. misteri betul jejaka seorang ini. Azmi adalah seorang penguam muda ditempat Nini bekerja di Putrajaya. Tidak sampai 2 tahun bekerja, jejaka yang tidak kurang tampannya ini boleh dikategorikan sebagai seorang Casanova. Pantang nampak perempuan berdahi licin, sepantas kilat Azmi akan memainkan peranannya. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan Si Azmi ini.

Itu Azmi. Sebelum ideanya hilang, Nini menyambung ceritanya...

*****************************************


”Takdela..aku ingat dah hilang nombor aku. Tak sms atau call aku pun," Karem menjuih mulutnya.

Radi terdiam. Entah kenapa lidahnya terkelu kali ini. Sudah bertahun dia menunggu saat-saat sebegini. Sudah bertahun jugalah dia berlatih untuk meluahkan perasaannya kepada Karem.

Radi serba salah. Telefon yang digenggamnya terasa berat sekali. Lemah lutut Radi untuk meneruskan kata-katanya. Mahu saja dia pengsan waktu itu. Tapi dia gagahkan juga semangatnya. Kalau tidak sekarang, masakan dapat peluang kedua selepas ini.

“Oy Radi! Ko kenapa nih? Aku tanya kenapa ko tak call aku? Kalau tak sebab aku terbaring ni, memang ko dah kena starlait.” Karem memecahkan suasana.

“Err Karem, aku.. aku..” Radi cuba untuk menyusunkan semula dialog yang pernah dia praktis sebelum ini.

“Ececeh.. Gagap pulak... Kau kenapa Radi? Macam nak cakap sesuatu je? Cuba bagitau aku.”

“Karem! Aku... Aku sayangkan kau, Karem!” Merah padam muka Radi. Matanya merah. Air mata sudah mula bertakung. Tunggu masa saja untuk melimpah. Radi meneruskan kata-katanya. Sudah terlambat untuk menarik balik apa yang dikatakan tadi. Diteruskan juga kata-kata pahit itu.

“Aku betul-betul sayangkan kau, Karem. Aku tak mau kehilangkan kau lagi. Aku ikhlas. Tapi aku sedar, aku bukan seperti Joyah. Dia bijak, dia cantik. Aku pulak... ko tengok nih. Selebet. Serabai. Bodoh. Rupa pun tak ada. Belajar pun tak seberapa. Aku tau Joyah pun suka kat ko. Siapalah aku Karem?” Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Tangisan berterusan tanpa henti.

“Aku tau ko suka kat aku. Aku pun tau Joyah suka kat aku.” Jawab Karem ringkas. Tiada tanda-tanda terkejut pada riak wajah Karem. Bukan Karem tak tahu, memang dia sudah agak dari dulu lagi yang Radi dan Joyah ada menyimpan perasaan terhadapnya. Tiada rasa bangga pada dirinya kerana dua gadis menyukainya. Segala bibit-bibit cinta dan sayang ini timbul sejak mereka ditangkap oleh Tok Aki. Teruk dia dikerjakan Tok Aki. Bukan apa, dia mengaku dia yang memberikan buah fikiran kepada Radi dan Joyah semata-mata untuk menyelamatkan mereka berdua. Karemlah yang mempertahankan Radi bila dia dipukul oleh ibunya. Bukan Radi seorang, dia juga mempertahankan Joyah sekali. Karem juga tahu dulu ibu Radi pernah menyimpan perasaan terhadap ayahnya. Sebab itulah ibu Radi berkeras menghalang Radi menjadi lebih rapat dengan keluarganya. Sebab itu jugalah ibu Radi sentiasa melampiaskan nafsu amarah dan rasa kecewanya terhadap Radi. Kerana itu juga akhirnya Radi dihantar ke asrama anak-anak yatim. Karem tahu semua itu. Ibunya menceritakan segala-galanya selepas ayahnya meninggal dunia.

“Apa? Ko dah tau? Macamana ko tau?”

“Aku bukannya bodoh Di. Dari dulu lagi kau suka kat aku kan? Sejak sebelum kau pindah ke Bandar Beruntung kan? Sejak kita kena tangkap dengan Tok Aki kan? Betul tak Di?”

“Karem! Kenapa kau buat aku mcm ni? Kalau kau dah tau, kenapa kau diam Karem? Kenapa? Sampai hati kau Karem?” Tangisan Radi sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Kalau ikutkan hatinya mahu dicekik Karem masa itu juga. Kalau ikutkan hatinya, mahu dia menjerit sekuat hati. Tetapi, Radi sedar, dia berada di hospital. Dia sedar, siapalah dia untuk memaksa Karem menurut kehendak perasaannya.

“Di, kalau kau kenal aku, kau mesti faham kenapa aku mcm ni. Aku pun tak mau kehilangan kau ngan Joyah. Aku hargai persahabatan kita bertiga. Koranglah tempat aku bersedih. Korang jugaklah tempat aku bergembira. Tambah lagi sejak ayah aku meninggal, aku dah tak ada sapa Di. Aku ada kau dengan Joyah je. Kalau kau nak tau, aku dengan Joyah tak ada apa-apa. Tak ada perasaan langsung lebih dari sahabat. Tak ada beza dengan kau.”

“Tapi Karem, kenapa aku nampak kau dgn Joyah..” Pintas Radi. Tangisannya mula reda.

“Tak ada tapi. Kami jadi rapat sebab ko pindah asrama dulu. Rapat pun bukan sebab perasaan sayang. Rapat sebab keadaan yang menyebabkan kami kongsi segala benda. Alah, samalah rapat macam ko dengan aku masa dulu-dulu. Sama juga macam kau rapat dengan Joyah sekarang. Tak ada beza Radi oii!!” Karem meneruskan hujahnya.

“Karem, aku malu. Macamana aku nak berdepan dengan kau lepas ni? Macam mana aku nak berdepan dengan Joyah? Aku malu. Tapi.. aku tetap sayangkan kau. Aku percaya peluang masih ada.”

“Takpe. Macam nilah. Kau buatlah apa yang kau rasa betul. Aku faham. Cuma aku nak kau faham aku tak dapat berikan apa yang kau harapkan. Aku betul-betul sayangkan persahabatan kita. Aku tak mau sebab ni kau menjauhkan diri. Aku tak mau sebab ni jugak kau putuskan persahabatan dengan Joyah.” Sambung Karem tersenyum.

“Terima kasih Karem. Tapi bagi la aku peluang. Aku yakin suatu hari nanti kau mesti dapat menerima aku.”

“Hehehe... kau goda aku mcm mana pun mesti tak dapat punye." Balas Karem dengan hilai tawa bagaikan tiada apa yang berlaku.

“Eeeeeiii..Hampeh... sempat lagi ko buat lawak ye.. Nak amik nih!” Satu starlait hinggap di dahi Karem. Radi ketawa kembali. Hatinya lapang. Semacam satu beban yang dipikulnya sejak sekian lama hilang dengan tiba tiba. Dia bersyukur Karem tidak marah. Dia bersyukur Karem seperti lelaki lain. Kalau orang lain, semestinya dia sudah dihalau keluar.

“Di, bila kau balik Terengganu? Esok kau kat sini tak?” Tanya Karem. Dia pun lega kerana dapat menangani perkara dengan baik. Memang sudah dia menjangka perkara sebegini pasti tiba.

“Hari ni hari Khamis, Alang-alang aku amik cuti esok. Minggu depan aku balik sana. Kenapa?”

“Aku teringin nak makan ketam masak lemak cili padi...”

“Oy Karem! Kau perli aku ye. Macam la ko tak tau aku tak pandai masak. Nah amik nih..” Satu lagi starlait melayang ke dahi Karem. Kali ini Karem berjaya mengelak. Terburai mereka ketawa.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Grrr....
Brrrr..... Brrrrllrr.... Krruk!


Nini tersentak lagi. “Kali ini bunyi apa pulak?” Dilihatnya jam pada penjuru kanan laptopnya. Pukul 3:25 am.

“Hish... biar betul? Dah pukul tiga lebih dah.”

GGrrr....
Brrrrllrr.... Krruk!

“Laa... patutlah aku rasa lain macam.. Tak makan lagi rupanya...” katanya pada diri sendiri sambil menggetu(Aku tak pasti ayat yang sesuai) perutnya yang langsing itu.

Nini menyelongkar laci mejanya. Di dalam laci meja bawah sekali memang tempat dia menyimpan stok makanan untuk kegunaan masa kecemasan seperti waktu sebegini. Manalah nak cari makanan pukul 3 pagi kat Putrajaya ini. Lainlah kat Petaling Jaya ke, kat tengah-tengah Kuala Lumpur ke, boleh la pegi kedai mamak.

“Hah! ada pun. Crispy pun crispy lah.” Rakus sungguh Nini menyentap plastik pembungkus Crispy. Lapar benarlah kononnya. Yelah, tengah hari tadi dia hanya makan pau sebiji. Itu pun Kak Imah front desk yang beri.

Sambil mengunyah Nini baca semula apa yang ditaipnya tadi. Khusyuk betul. Dia pun sudah tidak berapa ingat apa yang ditaipnya. Jarang benar idea datang mencurah-curah sebegini. Nini tersenyum sendirian..

Seingat Nini, kisah Radi, Joyah dan Karem yang ditaipnya memang satu cerita benar. Itupun kerana Nini pernah mengenal rapat rakannya Radi di UiTM Terengganu dulu. Mengingatkan kisah mereka bertiga, Nini teringatkan kisah silamnya yang tidak kurang hebat berbanding dengan kisah Radi.

Seboleh-bolehnya Nini tidak mahu mengingati cerita lamanya. Tetapi apakan daya, makin lama makin kuat ingatannya terhadap peristiwa bertahun-tahun dulu...

Dia bangga dengan apa yang dikecapinya sekarang. Jawatan Penolong Pengarah 1 di Putrajaya cukup untuk menutup segala tomahan yang diberikan oleh saudara-maranya. Cukup untuk membuat kakaknya terdiam. Inilah bukti segala kecekalan dan keperitan yang dialaminya sejak kematian kedua ibubapanya dulu. Hidup Nini bukan seperti apa yang orang lain sangka. Semua orang ingat dia hidup mewah. Makan pakai cukup, apa yang dihajati mesti termakbul. Semua orang tahu Nini adalah anak Dato’ Seri Ismail Mohamad. Anak perempuan Datin Seri Noriani Sulaiman. Tetapi hanya Nini yang tahu siapa dia sebenarnya. Dia hanyalah anak yatim piatu. Selepas kematian ibunya kerana kanser rahim, ayahnya menyusul dengan sakit jantung. Nini terpaksa tinggal dengan kakak dan dua orang adiknya. Dia tahu kakaknya hanya pentingkan wang ringgit. Dia juga tahu, kakaknya cemburu dengan kejayaan akademiknya. Dia tahu sebab itu lah juga kakaknya melayaninya seperti orang gaji.

Nini mula mengenali Datin Seri Noriani semasa dia berada di tahun akhir di UiTM Terengganu. Itupun secara tidak sengaja semasa dia mengarah satu projek komuniti. Dari situ dia mula rapat dengan Datin Seri yang panggilnya "bonda". Datin Seri pula secara kebetulan tidak dikurniakan cahaya mata. Mungkin kerana lewat berkahwin dengan Dato’ Seri Ismail. Mungkin kerana itu mereka menganggap Nini sebagai anak kandung mereka. Kemana saja Dato dan Datin pergi, dibawanya Nini bersama, mereka bangga untuk mengenalkan anak mereka kepada rakan dan kenalan mereka. Maklumlah, anak dara sopanlah katakan.

Bagi Nini, pantang ada cuti. Ada saja tempat yang dibawa ibu dan ayah angkatnya. Bagi Nini sudah lima benua sudah dijelajahinya. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Walaupun begitu, Nini sedar, kemewahan yang ada bukan tiket baginya untuk menonjolkan diri. Tiada alasan untuknya berlagak dengan kejayaan orang lain. Namun dia bersyukur, selepas tamat Diploma di UiTM Terengganu, Nini berjaya melanjutkan pengajiannya di University of Wales, UK. Kalau tidak kerana Ayahanda, mungkin Nini tidak berpeluang langsung untuk menjejakkan kaki kesana.

Trit trit.... trit tri...

Lamunannya terhenti. Ada SMS. Nini terlupa sekejap password utk membuka SMS Inboxnya. Handphone canggih zaman sekarang ini lengkap dengan security system. Payah betul.

+60123552616
wei, ko dh tido ke lum? Jom kuar? Aku tau ko x tdo lg. Aku xleh tdo nih.

“Sape nih? Tak kenal pun?” tanya Nini dalam hatinya.

TAMAT PUSINGAN 1