Thursday, October 30, 2008

P3C3 - Dedi Dungu

Tit tit… tit tit…
Tersentak Azmi buat kali yang kedua. Bingkas dia bangun menggagau-gagau kocek seluarnnya untuk mendapatkan telefon bimbit yang semakin kuat berdering.

“Aih.. sapa pulak lah nii..”

Dilonggok-longgokkan segala isi yang ada dari koceknya, dompet, kunci kereta, kunci rumah, resit pembelian barang dan beberapa helai wang ringgit yang bergumpal-gumpal.

“Macam Doraemon jugak kau nih..”, ujar Dedi sinis.

Azmi memperdulikan sindiran Dedi lalu melihat ke skrin telefon bimbit yang akhirnya berjaya di keluarkan.

Incoming call… Nini

Azmi membuat isyarat tangan kepada Dedi yang dia mahu menjawab panggilan tersebut. Dedi mengangguk-anguk dan membuat isyarat, ‘silakan’ tanda setuju.

“Hello?” jawab Azmi.
“Hello Mie, kau busy ke?” suara Nini jelas kedengaran.
I’m OK, nape ni?” tanya Azmi prihatin.
“Takde, aku nak tanye pasal kes penduduk Kampung Sembilang versus pemaju perumahan tuh. Many against One body.. Aku nak confirm, kes nih akan difailkan as One kan, bukan setiap seorang penduduk kena bukak fail, betul tak?” Nini bertanya meminta kepastian.
Let me think.. Aku rasa aku kene tengok la fail tu dulu baru boleh buat keputusan” jawab Azmi sambil mengkerut-kerutkan keningnya.
“Eh, yeke? Erm.. OK. Tomorrow morning at 10, boleh?” cadang Nini.
“Aha.. since you put it that way, takpelah.. I’ll come over kejap lagi”
“Eh takpe takpe, its not due until Thursday pun”
“Its OK, takde hal punye.. tungu I k, bye” ujar Azmi tegas.
“Tapi aku dah nak baliiii”

Klik.

Azmi memotong pendek perbualan tersebut tanpa menghiraukan kata-kata akhir Nini. Di dalam fikirannya hanyalah yang dia perlu pergi dari café tersebut. Dia perlu berfikir dan menelan realiti. Realiti yang memang tak pernah terfikir dik akalnya itu. Inilah peluangnya.

“Dedi, aku kena gerak dulu. Urgent man, sorry.” Azmi meminta diri sambil cuba mengawal riak mukanya supaya tidak tergambar niat disebalik alasan tersebut.
“Ai, takkan takut kot Mie.. baru kena gertak sikit je” ujar Dedi seakan boleh membaca fikiran Azmi.
“Ooo.. kau memainkan aku ye..” suara Azmi kedengaran sedikit lega.
“Tak.. Aku serius” ujar Dedi dengan wajah yang serius.

Berderau darah Azmi dengan keseriusan sahabatnya itu. Jantungnya semakin berdegup kencang. Panic. Gabra. Tuhan sahaja yang tahu apa yang dirasakan Azmi pada ketika itu.

“Aku kena pergi nih.” Jawab Azmi pendek, sambil mengalih pandangannya ke arah jalanraya. Tangannya mengaut barang-barang yang dilonggokkan di atas meja ke dalam kocek seluarnya kembali.
“OK, oooook.” Suara Dedi seperti mengejek.

Azmi memulakan langkah beredar dari café meninggalkan Dedi yang masih menghirup-hirup cappuccino panasnya. Azmi keliru. Sepanjang perjalanannya ke kereta dia masih mempersoalkan benarkah apa yang dia dengar dari mulut Dedi tadi. Ataupun adakah dia tersalah dengar. Runsing.

Azmi menghampiri kereta Waja hitam di hadapannya. Dikeluarkan kunci keretanya dan menekan butang hijau untuk membuka pintu.
“Aih, kenapa pulak nii.” Azmi merengus.
Ditekan-tekan lagi butang hijau kunci keretanya. Tiada respon.
“Argh!! Masa ni lah bateri nak buat hal!!” Azmi menempelak dan berjalan pantas ke tempat duduk pemandu.
Dengan perasaan geram, Azmi membuka pintu menggunakan kunci keretanya. Masih tidak berjaya. Azmi hilang sabar lalu menghantukkan dahinya ke tingkap pemandu kereta tersebut, tanda kecewa.
“Bodohla..”
Perlahan Azmi mengangkat mukanya. Terkejut besar dia apabila melihat seraut wajah yang cemas di dalam kereta tersebut. Gadis Melayu bertudung. Ditanganya kelihatan sedang sibuk mendail2 nombor di telefon bimbitnya.
“Eh.” Azmi ke hadapan kereta dan memeriksa plat kenderaan tersebut. BGY 2054. Bukan keretanya.

Azmi memohon maaf berkali-kali kepada gadis tersebut dalam keaadan malu yang tersangat. Gadis itu sedikit pun tidak berganjak dari posisinya. Terkejut benar barangkali. Rupa-rupanya Azmi tersalah tingkat, keretanya berada di tingkat bawahnya.

Azmi berlalu sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya, di hidupkan enjin dan beredar dari bangunan tersebut. Azmi serabut. Sebaik sahaja hilang rasa malunya, terngiang pula kata-kata Dedi di café sebetar tadi.

“Azmi, aku cintakan kau.”

Hish. Nauzubillah. Banyak kali Azmi beristighfar. Sepanjang perjalanan dia gelisah. Berdebar-debar jantungnya setiap kali memikirkan perkara tersebut. Azmi keliru. Benarkah Dedi menyimpan perasaan terhadapnya. Perasaan seumpama itu. Azmi tersengih sendirian. Kagum juga orang hati kering seumpama Dedi boleh sukakannya. Terdetik juga rasa teruja di dalam hati Azmi.

Why am I flattered?” Tanyanya kepada diri sendiri.
“Salah. Ini salah. Salah disisi syarak. Salah disisi agama. Salah.” Azmi berperang dengan dirinya sendiri.

Berjam-jam juga Azmi memandu tanpa hala tuju. Serabut sangat fikirannya. Akhirnya perjalannya tiba ke penghujung. Perkarangan rumah teres dua tingkatnya di Seri Kembangan. Begitulah Azmi. Jika kerunsingan, jalan penyelesaian yang dicari adalah dengan tidur dan melupakan masalah yang ada. Dia akan reda dan dapat berfikir dengan baik setelah mendapat tidur yang lena, tanpa gangguan.

*****

Palace of Justice, Putrajaya.

“Ish.. mana mamat nih?” Nini kerisauan.
Sudah hampir 3 jam Nini menantikan Azmi di pejabatnya. Perutnya sudah mula berbunyi-bunyi tanda kelaparan. Nini menghiraukan sahaja perutnya yang lapar. Dia lebih risaukan Azmi yang tak kunjung tiba.

Calling… Azmi

Nini mencuba sekali lagi menghubungi telefon bimbit Azmi. Hampa. Dia hanya menerima jawapan dari suara rakaman mesin mengatakan nombor tersebut tiada dalam servis.

Nini sudah tidak keruan. Bermacam-macam andaian telah bermain di dalam otaknya. Setiap kali andaian negatif muncul, Nini akan membanterasnya dengan alasan lojikal yang positif.

Sudah hampir jam 9 malam. Di luar semakin kelam dan sunyi. Keseraman mula menyelinap ke dalam sanubari Nini. Teringat Nini kepada cerita ‘P2’ yang baru ditontonnya kelmarin. Ia berkisarkan penjaga sekuriti yang saiko. Nini cepat-cepat membatalkan fikirannya itu, dan cuba fokus kepada kes Azmi. Teringat Nini kepada panggilan telefon yang diterima Azmi tempoh hari. Doktor? Itulah perkataan yang menghantui fikiran Nini sejak hari tersebut. Apakah Azmi sakit? Nini kenal benar dengan sikap acuh tak acuh dan suka berahsia Azmi. Kerisauannya bertambah kritikal.

“Tak boleh jadi, aku mesti cari dia”

Setelah berkemas, Nini berjalan laju ke tempat letak kereta, masuk ke dalam keretanya dan mengunci pintu. Di pasangkan hands-free kepada telefon bimbitnya, bersedia untuk membuat panggilan kepada sahabat-sahabat dan rakan sekerja yang mengenali Azmi. Nini berkira-kirakan tempat-tempat yang Azmi gemar pergi, lalu dihidupkan enjin kereta dan menuju ke destinasi pertama, Alamanda.

Hampir 2 jam Nini ke hulu ke hilir mejejaki Azmi. Semuanya hampa. Taman Tasik Putrajaya, Jambatan, Masjid, semua diterokanya. Boleh dikira sekitar dari Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Puchong, sampailah ke Subang Jaya dicarinya. Semua tempat yang terfikir dik akal lojik dan tidak lojik semuanya diredah.

“Mie, mana kau niiiih?” suara Nini seakan hendak menangis.

Sudah puas dia menelefon nama-nama di dalam Address Book telefon bimbitnya yang mengenali Azmi. Hinggakan En. Rizal, General Managernya pun digagahi juga ditelefon.

Nini memberhentikan keretanya di stesen minyak Petronas, selepas melepasi tol Sungai Besi. Dia perlu berfikir seketika. Kelaparan, dia masuk ke McDonald’s dan membeli ‘takeawayChicken McNuggets.

Sambil mengunyah-ngunyah makanan, dia berfikir di mana lagi dia nak mencari Azmi. Sambil itu, jemarinya melayari Address Book telefon bimbitnya. Dari satu nama ke satu nama. Sampailah ke nama Dedi, dia terhenti. Nini pernah mengenalkan Azmi kepada rakan universitinya itu dahulu sewaktu secara kebetulan terserempak dengan Dedi di KLCC tidak lama dahulu. Mungkin..

Calling… Dedi Dungu

“Aloo.” Jawab Dedi ringkas.
“Dedi.. kau bizi ke?” ujar Nini sopan.
“Nope.” Dedi menjawab.
“Eh, by any means, kau ade contact-contact Azmi tak semenjak dua menjak nih?”
“Aku lepak dgn dia petang tadi, kenapa?” Dedi bertanya syak.
“Mana dia pergi ae?” suara Nini kerisauan.
“Tadi die dapat phone call, lepas tu blah macam tu aje, rasanya ada hal kerja kot. Die tak cakap nak pergi mana pun.” Jawab Dedi sedikit bingung.
“Aku la yang call dia tadi, aku tunggu-tunggu dia kat ofis sampai malam. Tak datang-datang pun. Aku risau gila. Keliling aku mencarik dia. Phone dia tak dapat pon. Huuuuh.” Nini mengadu.
“Kau dah cuba tengok kat rumah dia?” cadang Dedi.
“Rumah? Tak terpikir pulak. Emh. Ok aku pergi check sana dulu. Thanks.”

Nini menamatkan perbualan walaupun dia tahu dari riak suara Dedi masih mahu menyambung. Nini memusingkan arah kenderaannya menuju ke Seri Kembangan, rumah Azmi. Sepanjang perjalanan, Nini berdebar-debar dan berdoa semoga adalah Azmi di rumahnya. Terfikir juga Nini kenapa dia begitu mengambil berat. Kawan-kawan, macam itulah, sangkanya sendiri.

Sampai di perkarangan rumah Azmi, betullah kata-kata Dedi. Kereta Waja Azmi berada di halaman rumahnya. Tetapi lampu rumahnya tidak menyala pun. Nini masih belum puas hati, dia perlukan kepastian.

“Mie!! Oooo Mie!!”

Di panggil-panggil Azmi beberapa kali. Suaranya memecah keheningan kawasan perumahan tersebut. Namun, tiada jawapan.

Tiba-tiba jiran sebelah rumah Azmi membuka pintu. Keluarlah seorang wanita yang berusia lewat 50-an, berbaju kelawar batik menuju perlahan ke arah Nini.

“Kenapa ni dik, cemas je malam-malam buta nih.” Sapa wanita berkenaan.
“Saya cari Azmi Syed Sulaiman, makcik.” Jelas Nini.
“Imi? Mestilah dia dah tido, kamu ni pun.” Ujar wanita tersebut.
“Azmi di dalam ke makcik?” Tanya Nini lagi.
“Le, elok je dia masuk rumah tadi, bagi salam kat makcik masa makcik tengah siram pokok-pokok ni ha.” jawab wanita tersebut.
“Seharian saya cari dia makcik. Keliling dari Putrajaya sampai Subang Jaya sana tu. Saya call dia tak on telefon pula. Aduh, penat. Makcik pasti Azmi ada di dalam?” Nini masih ragu-ragu.
“Ofkos la. Makcik konfiden. Dari balik kerja ke kamu cari dia?” giliran wanita tersebut pula menyoal Nini
“Ha-ah makcik. Huuuuh..” Nini menghela nafas lega.
“Korang nih, budak-budak muda zaman sekarang, selalu habis kerja malam. Teruknye kerja. Tak boleh rilek-rilek. Ish ish ish.” Suara wanita itu simpati sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Em, balik malam tu sudah biasa sangat, balik pagi tuh kadang-kadang, tak balik langsung tuh baru jarang-jarang, jadi balik awal tu ajaib lah makcik, hehe” Nini berlawak sengal.
“Ahahah, kamu nii..” tersengih-sengih wanita tersebut menampakkan kurangnya 2 batang gigi hadapannya.
“Oke lah makcik, terima kasih, saya minta diri dulu ye.”
“Eh.. kejap.” Wanita itu kelihatan sedang berfikir-fikir lalu menyambung lagi, “Ke tu semalam aa.. eh, kelmarin pun sama jugak..”
“Kenapa Makcik?” soal Nini pelik dengan perilaku wanita itu.
“Si Imi tuh la. Tiap-tiap hari pun selalu die balik masa time macik tengah siram pokok. Hari-hari pun dia bagi salam kat makcik.. tadii.. ade ke ye..”
“Aa, sudah.”

8 comments:

Dani neh said...

Geng.

1. SOri aku takde idea ak boh tajuk :P cadangan plis

2. SOri aku mengambil masa 10 hari. Aku baca balik dari awal.

3. SOri bahasa mesia aku makin teruk.. jenuh jugak pike ayat. 2 hari baru siap ent-3 nih

3. SOri kalo tak best.. ahahahah

me_ said...

sape next eh?? kalu dah turn aku.. igtkan ek... aku takut terlupe je.. huhuhu...

dani:
aku x menikmati lg cite ko.. nnt la time2 dah rilek lps blk penang kang aku bace ek.. hmm.. bace kat penang pon ok gak kan.. hihihih.. :D

~inilah saya~ said...

Gud job!!

Plot tersusun. Ada kesinambungan. Kemas. Gaya bahasa yang mudah. Maybe ada banyak membaca karya sastera tinggi sejak kebelakangan ni.

Sekadar Berkongsi!!!
Dari sebuah hadis riwayat Abu Daud: Suatu ketika duduk seseorang disamping rasulullah. Kemudian lalu seorang sahabat, maka seseorang yang duduk di samping rasulullah itu menyatakan kepada nabi bahawa yang dia sangat mencintai sahabatnya itu. Nabi kemudian bertanya semula samaada lelaki itu pernah memberitahu rasa cinta itu pada sahabatnya. Lelaki itu menjawab tidak. Rasulullah kemudian memerintahkan lelaki tersebut untuk melahirkan perasaan cinta itu. Lelaki itu lantas bangun dan menuju kepada sahabatnya dan berkata, "Aku mencintaimu kerana Allah". Kemudian sahabatnya itu menjawab kembali, "Semoga Allah mencintaimu kerana engkau mencintaiku kerana-Nya"

DarkWan said...

aku ingat cite pasal dedi da abes. glemer jugak dedi ni yeh.

krekekekekekeek *gelak cam awi sket .. amek berkat org da kawen+anak*

:P :P :P :P :P

famia said...

waa..bes bes.

aku komen panjang pas balik penang eh. haha.

sape next?

suhaila kan?

Dani neh said...

Qaseyh, tengx fidbek. menarik hadis tuh.. bleh diguna pakai satu hari nanti..

Kalo ikut giliran...
ha-ah Suhaila next. unless ade sesape nak cut line macam aku, mintak kebenaran empunya diri lah ye.. ahehehe..

Watak Dedi, mane bleh sesenang nak matikan.. watak yang menarik nih.. ahehehe...

Ezad said...

errr.. rasanya banyak perkataan rojak nih.. ehehe

famia said...

haah.. memang kena buat proof reading ni.