Monday, October 20, 2008

P3C2 - Joyah Derhaka?

Kawan2,

Mohon maaf atas kedhaifan dan kelewatan dalam mempublishkan chapter 2 ini. Tiada sebarang alasan yang dapat diberikan diatas kelewatan ini. Andaikata aku perlu dihukum, cukup lah sekadar membelanjai aku secawan kopi pekat dan mee goreng mamak.

Salam,
Shah

...

Joyah bagaikan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Suhaila sebentar tadi. Joyah bagaikan mahu pitam. Joyah rasa langkahnya seperti tidak berdaya. Joyah seperti tidak boleh berdiri lagi. Joyah mahu menangis. Tapi air matanya tersekat. Joyah mahu menjerit tetapi suaranya tidak mahu keluar. Tapi akhirnya terlantun juga suara kecil hati Joyah memenuhi setiap inci ruang udara.

"Mak! Ampunkan Joyah mak!, ampunkan Joyah mak!"

Joyah seperti histeria. Suhaila dan beberapa kawan yang lain cuba menenangkannya.

"Mak! Mak! Kenapa mesti mak tinggalkan Joyah"

Joyah terus meraung, airmatanya terus tumpah seperti tidak mahu berhenti. Matanya bengkak. Suhaila cuba menenangkan keadaan. Begitu juga dengan teman serumahnya yang lain.

Joyah terus meraung, satu tekanan yang maha hebat dapat dirasakan. Pembuluh darah dikepalanya terasa mengembang. Jantungnya berdegup kencang. Aliran darah terasa bergerak begitu laju. Dunia seakan gelap. Tiada raungan. Tiada jeritan. yang tinggal cuma bunyi denyutan nafas.

Perjalanan dari kota Dublin ke kuala Lumpur menaiki penerbangan Lutfhansa mengambil masa hampir 14 jam. Suhaila, teman yang setia sanggup bercuti dari latihan praktikal semata-mata ingin menemankan Joyah untuk pulang ke kampung halamannya. Menemani Joyah untuk melihat wajah emaknya buat kali yang penghabisan. Biarlah dia menjadi tempat dakap dan tempat tumpah air mata Joyah dalam menanggung kesedihan ini. Sebagai seorang kakak dan sahabat baik, Suhaila tidak sanggup membiarkan Joyah menanggung kesedihan ini sendirian. Suhaila memandang kepada Joyah yang duduk disebelahnya, sejak dari menaiki penerbangan sehingga ke waktu ini sepatah perkataan pun tidak dilahirkan oleh Joyah. Cuma sekali sekali terdengar esak tangis pendam dari Joyah. Matanya membengkak. Air matanya kering. Suhaila sayu. Tapi Suhaila tidak boleh lemah. Suhaila cuba sedaya upayanya untuk tidak menangis. Suhaila kena kuat. Supaya Joyah boleh terus berpaut padanya. Siapa pun yang duduk di tempat Suhaila pasti akan menangis melihat nasib sahabat baiknya yang sedang dilanda malang.

Memori Joyah berputar-putar seperti sebuah mesin memproses masa, mengembalikan segala ingatannya terhadap sebuah peristiwa.

Mak! Oh Mak!

“Mana mak ni?”, sambil anak matanya memandang keliling.

Hampa.

Dik yah, berlari mencari keliling rumah. Dari jauh dik yah melihat kelibat emaknya.

“Mak! adik nak beli kuih karipap makcik Sara kat hujung kampung tu, boleh tak?” Sambil mata dik yah yang bundar itu merenung tepat ke dalam anak mata emaknya dengan penuh pengharapan.

“Tentulah boleh, tapi adik ada duit ke nak beli kuih karipap tu?” balas maknya kembali.

Dik yah lantas menghulurkan tangan sambil menggengam beberapa keping syiling kecil. Emaknya tersenyum sambil mengesat peluh yang mengalir dari dahi si mungil tersebut akibat dari berlari-lari mengelilingi rumah untuk mencari dirinya sebentar tadi.

“Ermm, cukup ke duit adik tu? Berapa syiling yang adik ada?” Tanya emak kepada dik yah.

“Aaa..aaa..aaa…dik yah ada aaa..aaaa..aaa”, jawab dik yah teragak-agak.

“Dik yah ada berapa?”, tanya emaknya lembut.

“Cuba tunjuk pada mak macam mane dik yah kira?”, sambung emaknya lagi.

“Aaa..dik yah ada duit 5 sen dua keping, pastu ada duit 10 sen tiga keping, duit 20 sen ada satu keping. Jumlahnya ada aa…aa…aa…”, dik yah cuba menggunakan kesemua jari kaki dan tangan yang ada untuk mengira. Sekejap-sekejap dia akan menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu.

“Aa…aaaa…aaa adik tahu!, adik ada 60 sen”, sambil dik yah tertawa kegirangan.

“Pandai anak mak,” sambil emaknya mengucup dahi dik yah.

Joyah, masih teringat betapa hangat dan dalamnya kucupan dan kasih sayang emaknya itu. Joyah sebak. Memori-memori ini datang silih berganti seperti DVD 3 in 1. Selepas satu cerita ke satu cerita. Joyah sebal. Dia cuba untuk melupakan kenangan itu buat sementara waktu. Dia tidak bermaksud untuk melupakan kenangan itu buat selama-lamanya. Cuma buat sementara waktu, sehingga Joyah cukup kuat untuk melihat tubuh emaknya buat kali yang penghabisan. Sebelum tubuh emaknya diangkat dan dibawa keluar rumah sambil diiringi oleh sanak saudara dan orang kampung.
Joyah tidak mahu jatuh terjelupuk sekali lagi. Joyah kena kuat. Joyah teringin sekali untuk mengucup dalam dahi emaknya buat kali yang penghabisan. Seperti yang pernah di lakukan oleh emaknya selalu sewaktu dia diusia kanak-kanak dahulu.

Teringat itu, air mata Joyah mengalir.

Rentetan memori terus mengasak minda Joyah tanpa diminta-minta. Tinggal lagi setengah jam sebelum penerbangan Lutfhansa mendarat di KLIA.

Tiba-tiba Suhaila bersuara seakan cuba memujuk kesedihan hati temanya itu.

“Errmm, yah. Akak rasa adalah lebih baik kalau yah dapat mengadiahkan bacaan al-fatihah dan yasin pada……………..”

Suatu petang dik yah pulang ke rumah sambil teresak-esak. Lutut kakinya berdarah akibat terjatuh dari basikal.

Dik yah menangis teresak-esak sambil kedua belah tanganya cuba mengesat-ngesat air mata yang mengalir di pipinya sambil menahan kesakitan luka yang ditanggungnya.

“Mak! Mak! Kaki adik berdarah,” sambil dik yah tersedu-sedu mengadu kesakitan yang di alami pada emaknya. Emaknya dengan segera memeluk dan mendukung dik yah. Dik yah terasa kehangatan pelukan emaknya itu. Sedikit sebanyak kehangatan itu menenteramkan dirinya. Esaknya semakin perlahan cuma sendunya yang masih ada.

“Mak! Betapa pada saat ini yah merindukan pelukan itu mak. Mak! Yah sangat merindui mak. Yah juga sangat menyanyangi mak.

“Yah oh yah, dengar tak apa yang akak katakan tadi? Tanya Suhaila berkali-kali.

“Ya Allah! Astafirullah, sambil Joyah mengesat air matanya yang terus mengalir. Joyah seperti tersedar dari lamunan. Memori silam terus memburunya, seperti tidak mahu melepaskan Joyah dari ikatan dosa-dosa yang pernah dilakukan terhadap seorang emak yang tidak pernah mengharapkan sebarang balasan diatas setiap kasih sayang yang pernah dicurahkan pada dirinya.

Joyah memandang pada Suhaila. “Apa akak cakap tadi?” tanya Joyah pada Suhaila meminta kepastian.

“Ya Allah, tadi akak cakap, lebih baik kalau Yah dapat mengadiahkan bacaan al-fatihah dan yasin pada roh mak. Jangan terlampau banyak menangis kerana tangisan selain daripada takut dan rindu pada Allah swt adalah tanda pada kelesuan iman,” ulas Suhaila sambil kemudiannya Suhaila menghulurkan senaskah Al-Quran kecil pada Joyah.

“Ingat Yah, sebesar manapun dosa kita pada Allah, besar lagi kasih sayang dan cintaNya pada kita. Mohon lah keampunan dari Nya. Insya Allah, Allah akan sentiasa menerima permohonan ampun daripada hamba-hambaNya yang ingin kembali kepadaNya. Seperti mana dari sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ahmad dan Tabrani, Barangsiapa yang mendekati Allah sejengkal, Allah akan mendekatinya sehasta. Barangsiapa mendekati Allah sambil berjalan, Allah akan menyambutnya sambil berlari.” ulas Suhaila lagi.

Joyah menyambut huluran Al-Quran kecil dari Suhaila. Tangannya mengigil. Lidahnya kelu.

“Ya Allah, apa yang telah aku lakukan selama ini?” tanya Joyah pada dirinya sendiri.

Senyap.

Tiada siapa yang dapat menjawab persoalan tersebut. Dunia seperti tempat yang kehilangan warnanya. Tiada wangi bunga-bungaan. Tiada unggas yang berkicau ataupun rama-rama yang berterbangan. Dunia sudah menjadi seperti TV hitam putih. Bila sesuatu sudah tiada warnanya, maka itulah tanda kedukaan.

Air matanya menitik, membasahi lebaran ayat-ayat suci. Setiap kalimat yang dilihatnya itu sebenarnya adalah pengharapan dan cahaya dari Allah menerangi jiwa yang kelam.

Tiba-tiba.

“Please fasten your self belt, we are going to landing in 5 minutes time,” suara kapten penerbangan menandakan penerbangan tersebut sudah tiba ke destinasinya.

“Ya Allah, berikan aku kekuatan,” Joyah berdoa tidak putus-putus.


10 comments:

LediAgli said...

hah... yeay dah apdet...
okey.. cun!


next sape??

famia said...

tengs shah.

anyway..
err... bukan suhaila ngn joyah mcm ade gado garang sikit ke. diorang tak besopan 'akak' dan 'dikyah'.. kan? kalo aku x silap la.. da lupe.. hehe.

xpe. xpe. nanti aku cek history.

anyway lagi.
sapa next?
dani yek..
ko da stenbai rangka..
hehe.

Dani neh said...

aku sedih bace part nih..
mengalir sikit..
aku kalo pasal anak2 derhake2 kat ibu2 nih aku sensitif sket...
[lagi pule tga time air pasang emo nih.. hahak..]

Erm...

aku ade sambungan rangka tapi rentetan pada cerita dop arituh.

Camne ko rasa?..

Kalo nak terbalikkan boleh ke... kire aku smbg Dop punye arituh, lepas tu baru masuk kesah Joyah nih..

ape kate survey..

[aku ade sambungan menarik nih.. ahehehe]

~inilah saya~ said...

Lediagli
Hahahah...terlewat beberapa bulan...

Famia
Dalam keadaan sedih. Tone ayat pun jadi akak dan adik. Tapi kalau biasa ko dan aku aje. Anyway, thanks pasal cek.

Dani
Bagi aku, ko boleh start kat mane2 point. Kalau nak start kat point dop pun boleh jugak. Kasi suspen seket. Atau kalau nak start kat garis mula sendiri pun boleh aje.

Tak sabar tunggu sambungan menarik tu.

DarkWan said...

Kalo nk sambung part aku, nnt masa final editing tu kita shuffle la kot? Entri dani bawak ke depan lepas entri aku, dan entri shah bawak ke belakang sikit.

Skrg ni pun cerita tertonggek terbalik. Kira mcm kat hujung muka surat boleh tulis;

- kalau nk baca sambungan pasal Joyah sila pegi ke m/s 54.
- utk mengetahui kisah Radi sila pegi ke m/s 79.

(sori lawak tak sampai)

Dani neh said...

oke.. aku buat nyeh nyeh nyeh...
heheh...
[takdela best mana pun sbenanye.. hahak.. gimik je lebih]

Dop..
bleh jadik macam buku game yang boboy ske bace nanti.. Boleh pilih ending sendiri...
ahahahah

famia said...

dope: ahakhakhkas. oke. itu lawak agak sarkastik. hihi. dope.. dope. tapi bernas saja.

dani: aku tade hal kalo ko nak rotate. since qasey punya stori pon start kat titik baru. anyway.. post saje. dis wik.. amacam? haha.

Dani neh said...

pamiya..
aku usaha lah..

[notebuk ni pon dah nak kena pulaaaaaaaang... huhuhu]

~inilah saya~ said...

Saya ingin mencadangkan satu perkara. Apa kata setiap entri kita bagi title sendiri. Instead kita pakai title, Pusingan 3-Chapter 2. Kan confuse bila kita nak ingat balik plot sesuatu chapter tu. So saya mencadangkan, supaya setiap chapter contoh di tulis sebegini, P3C2 - Joyah Derhaka?.

P3: Pusingan 3
C2: Chapter 2
follow by title...

So bila kita baca title, senang kita nak ingat apa plot cerita tu.

Amacam? Tapi kalau ada idea yang lebih baik, ok aje..

iwafays said...

Overall komen..flashbek yg menarik!

Aku sokong cadangan atas neh. Cukop sekadar add-in tajok dkt link tuh pon oke. Slalu je aku updatekan..

Kalo korg bace sesetengah novel mmg ade buat camtu..x smestinye every chapter nak continous dr chapter sbelomnye..mcm drama melayu jugakla lebey kurg..kejap dlm kete, kejap tgh minom, pastu pegi blk dlm kete, pastu minom..pastu eksiden..hee