Saturday, January 27, 2007

Pusingan 1 - Chapter 3

“Kenyang dah?”

Radi tidak menjawab. Direnung orang di hadapannya dari atas ke bawah.

“Kenyang atau tidak?”.
“Belum ..”

Jawab Radi, perlahan. Seakan berbisik. Dilihatnya lagi orang di hadapannya. Merah padam muka orang yang bertentangan dengannya. Matanya kelihatan merah menyala.

“Eh Nini, ko pakai contact lens ek?”
Ha’ah
“Bila ?”
“Dari pagi tadi.”
“Kenapa aku tak perasan ek
“Pasal ko tido. Kelas Sistem pagi tadi ko ponteng. Mempadan. Eh cantik tak?”. Tanya Nini sambil menayang-nayangkan matanya yang kelihatan merah itu.
“Cantik gak la. Tapi tak macam ko.
“Terkenan dengan ko lah. Oy, soalan aku ko belum jawab lagi. Ko tak kenyang lagi ke?”
“Belum la”. Ujar Radi sambil merenung dua mangkuk mi sup yang habis dimakannya.
“Nafsu daineso
“Suka aku la .. hihihi
Ha .. suka .. suka. Kita dah lewat dah ni. Tak nampak jam? Dah pukul 2:00 petang dah ni. Kelas Security gantian hari ni. Ko dah lupa ke?
“Alamak .. kenapa ko tak cakap awal-awal? Cargas weh .. cargas ..”

Dengan tak mengesat mulut, Radi terus mencapai beg dan berlari keluar dari kafeteria.

“Radi tunggu aku !!”. Nini menjerit. Namun Radi tidak memperlahankan lariannya dan menuju ke Makmal Sun, UiTM Terengganu Kampus Dungun.

“Lari la weh, aku tanak kena duduk luar !!”. Radi menjerit dari jauh.
Ko boleh la, pakai kasut sport. Oy .. tunggu la ..”

Nini separuh menjerit. Kemudian ditolehnya kiri dan kanan. Selepas dikira tiada siapa yang memerhatikannya, dia mencabut kasut tumit yang dipakainya dan dijinjing.

“Siap ko Radi .. aku dapat ko .. aku grip tanpa belas kasihan”. Bisik Nini dalam hati, geram.

Radi dan Nini bersahabat baik sejak sama-sama mendaftarkan diri di UiTM Dungun. Mereka ditempatkan dalam bilik yang sama di Kolej Pantai semasa Minggu Orientasi. Walaupun berbeza personaliti, mereka bersahabat baik. Radi aneh orangnya, yang paling jelas dilihat ialah dari segi pemakaian. Lihatlah hari ini – baju kurung dengan kasut sukan yang dipakai Radi. Selalu juga menjadi bahan perbualan pelajar lain terutamanya siswa tapi Radi memang selamba. Kadang-kadang segan juga Nini dengan perangai rakannya yang seorang itu tapi, entahlah. Bukan tidak pernah ditegurnya tapi Radi buat tak tahu saja. Mungkin juga kerana personaliti mereka yang berbeza ini membuat mereka serasi.

Setibanya di Makmal Sun, Radi memperlahankan langkah. Dari jauh kedengaran suara Puan Ruhaidah, pensyarah subjek Security.

“Dah boleh scan ke belum?”. Lantang suaranya. Tapi tiada siapa yang menjawab.
“Saya tanya .. boleh scan atau tidak .. “. Kali ini lebih keras suaranya.

Nini mematikan langkah. Ini bukan masa sesuai untuk masuk kelas. Kelak dia yang jadi mangsa kemarahan Puan Ruhaidah atau lebih dikenali sebagai Puan Ru di kalangan warga UITM Dungun.

“Macam mana ni ..”. Getus Nini dalam hati.

Tiba-tiba Nini merasakan ada orang berlalu di sebelahnya. Dia menoleh ke kiri untuk memastikan siapa. Kelihatan Dedi, dengan muka macam tak mandi – selamba masuk kelas.

Terjingkit-jingkit, Nini mendengar reaksi dari dalam kelas. Nak mengintai tak boleh – Makmal Sun tersebut dilindungi kaca gelap. Tiada jerkahan dari Puan Ru.

Hm .. mungkin selamat agaknya”. Nini berbisik sendiri.

Sambil membaca Basmallah, Nini mengatur langkah ke dalam. Dia memandang muka Puan Ru, kemudian melihat ruang kosong untuk duduk.

“Nini .. !! Diri di tempat kamu sekarang”

Satu kelas ketawa. Puan Ru, walaupun dalam garang tetapi nada yang dikeluarkannya berbunyi lucu. Memang caranya begitu. Kadang-kadang, sukar dipastikan sama ada dia berbuat kelakar ataupun sedang marah.

“Kenapa lambat?”. Soal Puan Ru.
“Saya .. er .. saya .. sakit kaki”. Nini memberi alasan.
“Mana ada sakit? Saya tengok OK je”.
“Sakit puan, kat tapak kaki”. Rungut Nini sambil menunjukkan tapak kakinya yang kemerah-merahan kerana berkaki ayam tadi.
“Kamu sakit apa ni Nini? Tak pernah saya tengok orang sakit kaki macam ni. Dah pergi klinik?”
“Belum Puan. Saya pergi lepas kelas ni. Saya tak nak miss kelas Puan”
“Pandailah kamu. Penyakit kamu ni berjangkit?
“Tak, Puan”
“OK kamu boleh duduk sekarang”.

Nini mencari-cari tempat kosong di dalam makmal itu. Yang ada, cuma satu tempat bersebelahan dengan Dedi. Tempat duduk dan komputer di dalam makmal tersebut terbahagi dua – yang mana satu bahagian didominasi oleh siswa manakala satu lagi oleh siswi. Tempat duduk yang kosong tersebut ialah di bahagian siswa. Nini kemudian menuju ke tempat duduk yang kosong tersebut. Kebetulan – sebaris juga dengan kedudukan Radi tetapi di lain bahagian. Sambil berlalu ke tempat duduk tersebut, Nini menunjukkan muka menyinga terhadap Radi. Radi cuma tersengih dan membentukkan jari tangan seperti bentuk “peace”.

Sambil melabuhkan punggung, Nini menoleh ke kirinya – Dedi. Lelaki yang direnungnya itu pun pelik juga orangnya. Jarang bercakap, jarang dilihat berjalan dengan rakan-rakan lain dan jarang sekali memunculkan diri dalam mana-mana program. Nak kata pergi perpustakaan pun – tak pernah. Kerja sambilan pun, tak mungkinlah. Ini Dungun. Pekan kecil. Kalau mahu jadi nelayan mungkinlah. Balik-balik, Pantai Teluk Gadung yang terletak di hadapan kampus, tak pun pasar minggu pada hari Khamis yang menjadi tumpuan pelajar di luar waktu akademik mereka.

“Nini .. kamu dah buat port-scanning belum?”. Lamunan Nini terhenti. Dipandangnya ke hadapan.
“Kalau kamu nak berangan, balik rumah, suruh emak ayah carikan calon. Tak payah belajar”. Sambung Puan Ru lagi.

Satu kelas gelak besar. Memang salah Nini kerana tiba-tiba dia berkhayal.

“Ni semua pasal kau la Dedi. Aku masuk kena tanya dengan Puan Ru. Ko masuk takde apa-apa pun”. Marah Nini dalam hati. Ditolehnya lagi ke arah Dedi. Lelaki tersebut hanya memandang ke arah workstation-nya dengan muka tanpa perasaan tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sedang mengetawakan Nini.

Nini makin geram.

11 comments:

famia said...

hah hah hah.
klin. very nice.
aku suke la dop cite ko.
tahniah!

dani masih tak puas hati sbb die kene jadi nini. ahahahaha..

ey.. selamba je kutuk radi pakai baju kurung ngn spot shoes. bes ape. ahahaha.. xpe.. aku kenakan ko balek nanti ye dop. (^_^)\/

famia said...

eh.. kesinambungan chapter 2 dani.. ngn chapter 3 ni.. macamane yek?
flashback la kirenye eh?

ohooo.. (ni aku paham lepas dani xplen kat aku.. eh silap.. bukan dani.. nINI... )

oDja said...

aku konpiusss....

famia said...

jangan lah konpius dulu.
nanti aku pon konpius.
chapter 2 dlm utan.
chapter 3.. da stat belajar.
kirenye.. yg chapter 1 nini kat putrajaya tu masa die dah besar kot.

diorang ni..
flashback pastu forward pastu flashback. gitu lah kot oja.

aku rasa.. kalo nak bezakan zaman.. letak la bintang ke.. ataupun mcm ayat '(5 tahun dahulu..)'

sbb mule2 aku konpius jugak.
aku dok carik sape yg tegor diorang dlm utan tu. skali tau2 dah kat itm.

ehehehe.. takpe. kreatif lagi membunuh. ni baru betol2 menulis dengan hebat bergaya.

Dani neh said...

ahahah...

aku suke la dop..

kesinambungan dari chap 2 -> chap 3..

hahak..

kreatif lagi membunuh..

me_ said...

flash memflash bek tu aku rs otak aku mampu nk ber-imagine lg.. tp yg aku kompius kan skang ni.. si Radi mane ilang?? x ikut masuk kelas ke? kenapa dia tetiba ghaib?? apakah??? next..........

err.. tumpang tnye.. aku yg keberape sen aa?? aku lupo la.. kikikiki.. ampunnnnnnn.....

Inilah Saya said...

doakan aku kawan-kawan...

DarkWan said...

Masheh kengkawan kerana dapat terima idea/tulisan aku ni. Sebenarnya aku sangat susah hati kalau tak diterima. Dan .. satu hal lagi sebab yang aku rencana lain. Patut ada part di mana Nini dan Dedi keluar sama di Pasar Ahad atau pun perbualan Nini dan Radi di mana salah seorang beritahu Radi nanti ..

"Nak kenyang makan kat rumah!"

Menjawab Suhaila - Radi duduk satu baru dgn Nini dan Dedi tapi di lain bahagian/belah. Ada di situ namun disebabkan aku lebih highlight Nini dan Dedi di situ jadi Radi dah tenggelam.

Patut juga ada output port-scanning tapi bila aku buat saja line spacing 1.5 dengan Arial 10pt - ayat Nini makin geram dah pun di hujung baris laman keempat jadi memang cerita mati di situ. Tanpa sengaja.

Itupun - aku agak konfius sebab sepatutnya part Dedi hanya watak sampingan tapi pengkisahan Nini dan Dedi jadi ulasan panjang seolah dia akan jadi watak penting. Sebetulnya, aku nak matikan watak Dedi nanti.

Menyentuh mengenai port-scanning tu semula - sebenarnya aku nak buat Radi pandai Math, Nini pandai komputer tapi bila watak Dedi tu dah masuk jadi bahagian terel komputer tu akan jadi watak Dedi. Em .. Dedi tu watak aku la. Anti-sosial dan tak kena marah dengan Pn Ru walau masuk kelas 1 jam lambat. Orang lain kena merepek tapi aku tak sampai satu kelas panggil aku anak emas Pn Ru. Eh .. I am out of the subject.

Just in case - ini result kalau buat port-scanning dgn perisian nmap (nmap version 2.54 circa 2002 jadi kalau tarikh nanti nak adjust - aku akan adjustkan version nmap. Well, just in case).

bash-2.05a$ nmap -sT jebat

Starting nmap V. 2.54BETA31 ( www.insecure.org/nmap/ )
Warning: You are not root -- using TCP pingscan rather than ICMP
Interesting ports on jebat.tganu.uitm.edu.my ( 172.22.125.15):
(The 1523 ports scanned but not shown below are in state: closed)
Port State Service
7/tcp open echo
9/tcp open discard
13/tcp open daytime
19/tcp open chargen
21/tcp open ftp
22/tcp open ssh
23/tcp open telnet
25/tcp open smtp
37/tcp open time
79/tcp open finger
111/tcp open sunrpc
135/tcp open loc-srv
381/tcp open hp-collector
382/tcp open hp-managed-node
383/tcp open hp-alarm-mgr
512/tcp open exec
513/tcp open login
514/tcp open shell
515/tcp open printer
540/tcp open uucp
730/tcp open netviewdm2
2002/tcp open globe
2049/tcp open nfs
2201/tcp open ats
2766/tcp open listen
4045/tcp open lockd
4444/tcp filtered krb524
6112/tcp open dtspc
7100/tcp open font-service
10000/tcp open snet-sensor-mgmt
22273/tcp open wnn6


Nmap run completed -- 1 IP address (1 host up) scanned in 43 seconds


Em .. segala yg aku tulis ni cumalah idea aku sendiri dan BUKAN guideline. Sekiranya Shah dan orang seterusnya ada idea sendiri - silakan.

Wassalam.

Inilah Saya said...

Darkwan:

Watak Dedi tu anti sosial dalam diam aje. Macam perumpamaan, "Diam-diam ubi". Aku dah buat separuh cerita sambungan bahagian 4, aku try untuk kembangkan watak Dedi, Radi dan Nini. Dan aku cuba kaitkan chapter 3 (Bahagian Dop) dan chapter 2 (Bahagian Dani) dalam Chapter yang aku tengah buat sekarang ni. Pasal nak matikan watak Dedi tu, he he he kita tunggu dan lihat...

famia said...

gile lah. ehehehe..
aku da hampir lost.
korang yg berikotnye.. berusahalah!

Inilah Saya said...

iyer...berusahlah semua....