Saturday, February 24, 2007

Pusingan 1 - Chapter 8



Pap..!
Tsit... tsit..

Haargh!

Nini bingkas bangun. Dia terkejut lagi. Ceritanya terhenti. Dia pandang atas, jengah ke kiri, jengah ke kanan. Kali ini tak ada cicak pun. Entah dari manalah datangnya bunyi tu. Setahu Nini, semua rakan sekerjanyadah balik awal tadi. General Managernya, En. Rizal yang memang terkenal dengan ‘stay back’ itu pun sudah pulang tepat pukul 5.30 petang tadi. Mungkin ada hal agaknya.

“Kau buat apa tu?” Tiba-tiba ada suara menegur dari belakang.

Haargh!!
Nini terkejut sekali lagi.

“Hoi! Sial betul kau ni Mie, aku ingatkan ada hantu dalam opis kita nih, kecut perut aku. Dah la idea tgh mencurah-curah, ada pulak bunyi-bunyi. Sial betul” Sentak Nini.

“Aku pun ingat aku tinggal sorang je kat opis. Aku pun dengar juga bunyi-bunyi, ko ingat ko sorang je takut hantu?”

“Oii.. bendalah tu jangan la sebut-sebut! Nanti dia datang sungguh baru padan muka.. Syyy…”

“Okay okay, sorry.. sorry..”

“So, what are you doing here at this particular time Nini? Something urgent I guess? Come on la, it is Saturday night. You should be out there enjoying your life.”

“Aaahh.. pandai la kau. Nak suruh aku berpoya-poya. Ni ha.. tak nampak file bertimbun-timbun ni? Next week is the deadline for me to submit the consultancy project for Hakim Mansor’s Trial. Sepatah haram pun aku tak buat lagi. Satu lagi, aku punya 8 Sen project nih.. esok kena submit. Yang kau tu, buat apa kat sini? Tak enjoy?”

“8 Sen? Apa tu?”

“Pasal tu ko jangan tanya lebih-lebih… Nanti dah berjaya aku berketak kat satu Putrajaya.heh heh heh…” Bentak Nini pantas.

“Nini… U dah makan? Jom? Tonight is on me.” Azmi menyeringai disela dgn kekekan nakal.

Tit tit… tit tit…
“Hello, Yes, Azmi here. Yeah.. yeah.. I see… Okay, okay.. I’ll go right away… Thank you Doctor.. Yea..No problem. Thanks.” Azmi letak telefonnya semula dalam ‘pouch’nya. Mukanya pucat bagai darah habis disedut lintah. Serba salah dibuatnya. Apapun baginya, dia mesti control macho.

“Mie, what’s wrong? Something bad is it? Need any help?” Nini menunjukkan kerisauannya. Dalam hati sudah menjangkakan pelbagai kombinasi perbualan Azmi sebentar tadi.

“Err.. Nini.. tader apa. Eh, kau nak pegi makan tak ni?” Ujar Azmi selamba. Tetapi riak mukanya jelas membayangkan soaljawab seribu satu persoalan, kerisauan dan ketakutan.

“Kau jangan tipu aku la Mie, kalau kau sakit gigi pun, satu dunia boleh tau ko tahan sakit. Well, we’ve been friends for many years. I know you and you can trust me.”

“Memanglah.. tapi Nini… Hal ni aku tak pernah cerita kat kau. Aku takut Nini. Aku takut.” Balas Azmi.

“It’s okay Mie. You know whom to look for if you need help. Satu lagi, Aku belum ada selera lagi. Lagipun idea aku tengah rancak ni. Kalau mati idea kang, sampai esok pun aku duduk kat depan laptop nih. Kau pegilah. I know you are in rush. Don’t worry about me okay.”

“Thanks... Wei, aku terpaksa gerak nih. See you next Monday yah!”

Azmi Azmi... misteri betul jejaka seorang ini. Azmi adalah seorang penguam muada ditempat Nini bekerja di Putrajaya. Tidak sampai 2 tahun bekerja, jejaka yang tidak kurang tampannya ini boleh dikategorikan sebagai seorang Casanova. Pantang nampak perempuan berdahi licin, sepantas kilat Azmi akan memainkan peranannya. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan Si Azmi ini...

Itu Azmi. Sebelum ideanya hilang, Nini menyambung ceritanya...

*****************************************


”Takdela..aku ingat dah hilang nombor aku. Tak sms atau call aku pun.”, Karem menjuih mulutnya.

Radi terdiam. Entah kenapa lidahnya terkelu kali ini. Sudah bertahun dia menunggu saat-saat sebegini. Sudah bertahun jugalah dia berlatih untuk meluahkan perasaannya kepada Karem.

Radi serba salah. Telefon yang digenggamnya terasa berat sekali. Lemah lutut Radi untuk meneruskan kata-katanya. Mahu saja dia pengsan waktu itu. Tapi dia gagahkan juga semangatnya. Kalau tidak sekarang, masakan dapat peluang kedua selepas ini.

“Oy... Radi! Ko kenapa nih? Aku tanya kenapa ko tak call aku? Kalau tak sebab aku terbaring ni, memang ko dah kena starlait.” Karem memecahkan suasana.

“Err Karem.... Aku.. Aku..” Radi cuba untuk menyusunkan semula dialog yang pernah dia praktis sebelum ini.

“Ececeh.. Gagap pulak... Ko kenapa Radi? Macam nak cakap sesuatu je? Cuba bagitau aku.”

“Karem...Aku... Aku sayangkan ko, Karem!” Merah padam muka Radi. Matanya merah. Air mata sudah mula bertakung. Tunggu masa saja untuk melimpah. Radi meneruskan kata-katanya. Sudah terlambat untuk menarik balik apa yang dikatakan tadi. Diteruskan juga kata-kata pahit itu.

“Aku betul-betul sayangkan ko, Karem. Aku tak mau kehilangkan ko lagi. Aku ikhlas. Tapi aku sedar, aku bukan seperti Joyah. Dia bijak, dia cantik. Aku pulak... ko tengok nih. Selebet. Serabai. Bodoh. Rupa pun tak ada. Belajar pun tak seberapa. Aku tau Joyah pun suka kat ko... Siapalah aku Karem...” Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Tangisan berterusan tanpa henti.

“Aku tau ko suka kat aku. Aku pun tau Joyah suka kat aku.” Jawab Karem ringkas. Tiada tanda-tanda terkejut pada riak wajah Karem. Bukan Karem tak tahu, memang dia sudah agak dari dulu lagi yang Radi dan Joyah ada menyimpan perasaan terhadapnya. Tiada rasa bangga pada dirinya kerana dua gadis menyukainya. Segala bibit-bibit cinta dan sayang ini timbul sejak mereka ditangkap oleh Tok Aki. Teruk dia dikerjakan Tok Aki. Bukan apa, dia mengaku dia yang memberikan buah fikiran kepada Radi dan Joyah semata-mata untuk menyelamatkan mereka berdua. Karemlah yang mempertahankan Radi bila dia dipukul oleh ibunya. Bukan Radi seorang, dia juga mempertahankan Joyah sekali. Karem juga tahu dulu ibu Radi pernah menyimpan perasaan terhadap ayahnya. Sebab itulah ibu Radi berkeras menghalang Radi menjadi lebih rapat dengan keluarganya. Sebab itu jugalah ibu Radi sentiasa melampiaskan nafsu amarah dan rasa kecewanya terhadap Radi. Kerana itu juga akhirnya Radi dihantar ke asrama anak-anak yatim. Karem tahu semua itu. Ibunya menceritakan segala-galanya selepas ayahnya meninggal dunia.

“Apa? Ko dah tau? Macamana ko tau?”

“Aku bukannya bodoh Di. Dari dulu lagi ko suka kat aku kan? Sejak sebelum ko pindah ke Bandar Beruntung kan? Sejak kita kena tangkap dengan Tok Aki kan? Betul tak Di?”

“Karem! Kenapa ko buat aku mcm ni? Kalau ko dah tau, kenapa ko diam Karem? Kenapa? Sampai hati ko Karem?” Tangisan Radi sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Kalau ikutkan hatinya mahu dicekik Karem masa itu juga. Kalau ikutkan hatinya, mahu dia menjerit sekuat hati. Tetapi, Radi sedar, dia berada di hospital. Dia sedar, siapalah dia untuk memaksa Karem menurut kehendak perasaannya.

“Di, kalau ko kenal aku, ko mesti faham kenapa aku mcm ni. Aku pun tak mau kehilangan ko ngan Joyah. Aku hargai persahabatan kita bertiga. Koranglah tempat aku bersedih. Korang jugaklah tempat aku bergembira. Tambah lagi sejak ayah aku meninggal, aku dah tak ada sapa Di. Aku ada ko dengan Joyah je. Kalau ko nak tau, aku dengan Joyah tak ada apa-apa. Tak ada perasaan langsung lebih dari sahabat. Tak ada beza dengan ko.”

“Tapi Karem, kenapa aku nampak ko dgn Joyah - ” Pintas Radi. Tangisannya mula reda.

“Tak ada tapi... kami jadi rapat sebab ko pindah asrama dulu. Rapat pun bukan sebab perasaan sayang. Rapat sebab keadaan yang menyebabkan kami kongsi segala benda. Alah, samalah rapat macam ko dengan aku masa dulu-dulu. Sama juga mcm ko rapat dengan Joyah sekarang. Tak ada beza Radi oii.” Karem meneruskan hujahnya.

“Karem... Aku malu. Macamana aku nak berdepan dengan ko lepas ni? Macam mana aku nak berdepan dengan Joyah? Aku malu.. Tapi.. Aku tetap sayangkan ko... Aku percaya peluang masih ada.”

“Takpe. Mcm nilah. Ko buatlah apa yang ko rasa betul. Aku faham. Cuma aku nak ko faham aku tak dapat berikan apa yang ko harapkan. Aku betul-betul sayangkan persahabatan kita. Aku tak mau sebab ni ko menjauhkan diri. Aku tak mau sebab ni jugak ko putuskan persahabatan dengan Joyah.” Sambung Karem tersenyum.

“Terima kasih Karem. Tapi bagi la aku peluang. Aku yakin suatu hari nanti ko mesti dapat menerima aku...”

“Hehehe... ko goda aku mcm mana pun mesti tak dapat punye...” Balas Karem dengan hilai tawa bagaikan tiada apa yang berlaku.

“Eeeeeiii..Hampeh... sempat lagi ko buat lawak ye.. Nak amik nih!” Satu starlait hinggap di dahi Karem. Radi ketawa kembali. Hatinya lapang. Semacam satu beban yang dipikulnya sejak sekian lama hilang dengan tiba tiba. Dia bersyukur Karem tidak marah. Dia bersyukur Karem seperti lelaki lain. Kalau orang lain, semestinya dia sudah dihalau keluar.

“Di, bila ko balik Terengganu? Esok ko kat sini tak?” Tanya Karem. Dia pun lega kerana dapat menangani perkara dengan baik. Memang sudah dia menjangka perkara sebegini pasti tiba.

“Hari ni hari Khamis, Alang-alang aku amik cuti esok. Minggu depan aku balik sana. Kenapa?”

“Aku teringin nak makan ketam masak lemak cili padi...”

“Oy Karem.. Ko perli aku ye... Macam la ko tak tau aku tak pandai masak? Nah amik nih..” Satu lagi starlait melayang ke dahi Karem.. Kali ini Karem berjaya mengelak. Terburai mereka ketawa...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Grrr....
Brrrr..... Brrrrllrr.... Krruk!


Nini tersentak lagi. “Kali ini bunyi apa pulak?” Dilihatnya jam pada penjuru kanan laptopnya. Pukul 3:25 am.

“Hish... biar betul? Dah pukul tiga lebih dah.”

GGrrr....
Brrrrllrr.... Krruk!

“Laa... patutlah aku rasa lain macam.. Tak makan lagi rupanya...” katanya pada diri sendiri sambil menggetu perutnya yang langsing itu.

Nini menyelongkar laci mejanya. Di dalam laci meja bawah sekali memang tempat dia menyimpan stok makanan untuk kegunaan masa kecemasan seperti waktu sebegini. Manalah nak cari makanan pukul 3 pagi kat Putrajaya ini. Lainlah kat Petaling Jaya ke, kat tengah-tengah Kuala Lumpur ke, boleh la pegi kedai mamak.

“Hah, ada pun.. Crispy pun crispy lah...” Rakus sungguh Nini menyentap plastik pembungkus Crispy. Lapar benarlah kononnya. Yelah, tengah hari tadi dia hanya makan pau sebiji. Itu pun Kak Imah front desk yang beri.

Sambil mengunyah Nini baca semula apa yang ditaipnya tadi. Khusyuk betul. Dia pun sudah tidak berapa ingat apa yang ditaipnya. Jarang benar idea datang mencurah-curah sebegini. Nini tersenyum sendirian..

Seingat Nini, kisah Radi, Joyah dan Karem yang ditaipnya memang satu cerita benar. Itupun kerana Nini pernah mengenal rapat rakannya Radi di UiTM Terengganu dulu. Mengingatkan kisah mereka bertiga, Nini teringatkan kisah silamnya yang tidak kurang hebat berbanding dengan kisah Radi.

Seboleh-bolehnya Nini tidak mahu mengingati cerita lamanya. Tetapi apakan daya, makin lama makin kuat ingatannya terhadap peristiwa bertahun-tahun dulu...

Dia bangga dengan apa yang dikecapinya sekarang. Jawatan Penolong Pengarah 1 di Putrajaya cukup untuk menutup segala tomahan yang diberikan oleh saudara-maranya. Cukup untuk membuat kakaknya terdiam. Inilah bukti segala kecekalan dan keperitan yang dialaminya sejak kematian kedua ibubapanya dulu. Hidup Nini bukan seperti apa yang orang lain sangka. Semua orang ingat dia hidup mewah. Makan pakai cukup, apa yang dihajati mesti termakbul. Semua orang tahu Nini adalah anak Dato’ Seri Ismail Mohamad. Anak perempuan Datin Seri Noriani Sulaiman. Tetapi hanya Nini yang tahu siapa dia sebenarnya. Dia hanyalah anak yatim piatu. Selepas kematian ibunya kerana kanser rahim, ayahnya menyusul dengan sakit jantung. Nini terpaksa tinggal dengan kakak dan dua orang adiknya. Dia tahu kakaknya hanya pentingkan wang ringgit. Dia juga tahu, kakaknya cemburu dengan kejayaan akademiknya. Dia tahu sebab itu lah juga kakaknya melayaninya seperti orang gaji.

Nini mula mengenali Datin Seri Noriani semasa dia berada di tahun akhir di UiTM Terengganu. Itupun secara tidak sengaja semasa dia mengarah satu projek komuniti. Dari situ dia mula rapat dgn Datin Seri yang panggilnya Bonda. Datin Seri pula secara kebetulan tidak dikurniakan cahaya mata. Mungkin kerana lewat berkahwin dengan Dato’ Seri Ismail. Mungkin kerana itu mereka menganggap Nini sebagai anak kandung mereka. Kemana saja Dato dan Datin pergi, dibawanya Nini bersama, mereka bangga untuk mengenalkan anak mereka kepada rakan dan kenalan mereka. Maklumlah, anak dara sopanlah katakan.

Bagi Nini, pantang ada cuti. Ada saja tempat yang dibawa ibu dan ayah angkatnya. Bagi Nini sudah lima benua sudah dijelajahinya. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Walaupun begitu, Nini sedar, kemewahan yang ada bukan tiket baginya untuk menonjolkan diri. Tiada alasan untuknya berlagak dengan kejayaan orang lain. Namun dia bersyukur, selepas tamat Diploma di UiTM Terengganu, Nini berjaya melanjutkan pengajiannya di University of Wales, UK. Kalau tidak kerana Ayahanda, mungkin Nini tidak berpeluang langsung untuk menjejakkan kaki kesana.

Trit trit.... trit tri...

Lamunannya terhenti. Ada SMS. Nini terlupa sekejap password utk membuka SMS Inboxnya. Handphone canggih zaman sekarang ini lengkap dengan security system. Payah betul.

+60123552616
wei, ko dh tido ke lum? Jom kuar? Aku tau ko x tdo lg. Aku xleh tdo nih.

“Sape nih? Tak kenal pun?” tanya Nini dalam hati nya...



Saturday, February 10, 2007

Pusingan 1 - Chapter 7

Pusingan 1 Chapter 7

“Aku pun rindukan kau Yah...,” perlahan ayat itu terluah dari mulut Radi yang sejak tadi termenung ke luar tingkap Wad 3. Seakan terdengar suara Joyah sedang menyapanya. Pemandangannya tertancap ke arah tiga orang kanak-kanak yang sedang berkejar-kejaran di luar sana. Pemikirannya tiba-tiba terkenang ke zaman kanak-kanak mereka. Begitulah jua situasi mereka bertiga ketika masih kanak-kanak.

Radi, Joyah dan Karem.Tiga sahabat sepermainan yang sukar dipisahkan. Hari-hari pasti ada sahaja aktiviti yang dilakukan. Langsung tiada masalah perlu difikir. Tiada assignment yang perlu diselesaikan. Tidak perlu berebut-rebut ke makmal komputer mencari PC demi menyiapkan tugasan. Tidak perlu bangun seawal pagi semata-mata takut ketinggalan bas ke kuliah. Tidak ada kelas-kelas gantian atau pun tutorial siang malam yang perlu dihadiri. Jauh sekali perlu ke library mencari buku rujukan yang entah ada entahkan tidak. Apalagi hendak bersengkang mata di malam peperiksaan menghafal nota-nota padat yang kadangkala tersengaja dibawa masuk ke dewan peperiksaan oleh segelintir pelajar-pelajar yang ”nakal”. Hatta tak perlu nak meratah mee segera semata-mata menunggu wang saku atau pun wang pinjaman MARA dikredit ke akaun bank yang kadang-kadang cepat tapi selalunya memang lambat.

Radi tersenyum sendirian.

”Haih, kenapa kau tersenyum sorang-sorang ni Radi?” Karem bersuara.
Lantas dia memperlahankan radio yang sejak tadi agak kuat kedengaran alunan lagu Harum Subur Di hati dendangan BPR yang begitu diminatinya.

”Ooo kau teringatkan balak lah ni”, Karem cuba meneka.

”Oii, aku lempang kau kang..memandai je” Suara karem mengejutkan Radi dari lamunannya. Dia berpaling dari tingkap lalu mencari-cari kerusi untuk diduduk.

”Tak main la balak-balak ni. Aku telinga tebal tau”

”Ke tahi telinga kau tebal? Hahaha”, kuat Karim ketawa.
”Habis, kau tengok ayam mengawan ke kat luar tu? Seronok je kau aku tengok”, Karem cuba mengorek.

Suka benar Karem dengan perkataan ”ayam”. Hidupnya pun dikelilingi ayam. Setiap hari dia akan bangun seawal 5 pagi ke ladang ternakan ayamnya bagi memastikan bekalan-bekalan ayam cukup dan sampai pada waktunya kepada para pemborong. Dia tidak menyesal kerana menolak tawaran memasuki UiTM Shah Alam. Sebagai anak sulung, Karem sedar tanggungjawab terhadap keluarga lebih penting dari dirinya sendiri. Sejak ayahnya kemalangan dan lumpuh separuh badan 2 tahun lalu, dialah yang berusaha menjaga perniagaan ayahnya itu. Karem tidak sanggup hasil titik peluh ayahnya itu jatuh ke tangan orang lain. Biarlah impiannya di khabar pada langit sahaja, walaupun langit tak mendengar.

”Ish kau nih! Aku tengah syok tengok budak-budak tu main la”, Radi memuncung bibirnya ke luar tingkap.
”Teringat lak aku masa kita kecik-kecik dulu..hehe. Kau selalu je kena starlait ngan aku kan? Hahaha..”, Radi ketawa terbahak-bahak.

Karem cuba bermuka selamba.

”Eh, mana Joyah sekarang eh?”

”La kau tak tahu lagi ke?”, soalan Karem membuatkan Radi terkedu seketika.

”Tahu apa? Joyah dah kawin ke? Dengan orang mana?”, Radi cuba membuat andaian.

”Dia dah tak ada”, perlahan suara Karem menjawab. Karem menunduk muka ke katilnya.

”Hah??”, Radi tersentak lantas terduduk ke lantai. Matanya tampak berair.

Radi bukanlah seorang yang mudah bersedih. Apatah lagi mengalirkan air mata. Tapi kali ini jelas dia sukar menahan. Kata-kata Karem itu bagai menyentak jantungnya. Dia tidak fikir Karem berbohong dalam hal ini walaupun dia tahu Karem memang pandai berhelah. Itu dulu, fikirnya.

Melihat keadaan Radi itu Karem bingkas menyambung.

”Dia dah tak ada kat sini la. Dia dah pergi Ireland sambung degree kat sana..Hehe”, Karem tersengih menampakkan giginya yang jarang. Seronok hatinya dapat mengenakan Radi.

’Eeeeeee!! Hampeh kau Karem!”, Radi membaling bungkusan buah limau yang sejak tadi dipegangnya. Mujur Karem sempat menyambut.

Wajah ceria Karem itu membuatkan Radi hilang sedikit rasa marah. Wajah itulah yang menjadi kegilaan remaja perempuan kampungnya.

”Aku sepak kaki kau yang tergantung ni baru tau!”

Karem tersengih sambil memegang kakinya. Buat disepaknya betul-betul mahu seminggu dua lagi terlantar disitu. Dua hari di wad tanpa hiruk pikuk ayam-ayam dan kambing ternakannya sudah cukup membuatkan Karem terasa begitu sunyi dan tidak senang duduk. Mujurlah dia tak akan lama disini setelah Doktor Mahfuz yang menemuinya pagi tadi memberitahu keretakan tulang betisnya hanya sedikit. Dia akan dibenarkan pulang berehat di rumah keesokan harinya. Karem lega.

”Aku gurau je la..Well, you know me”,Dikenyit matanya ke arah Radi. Karem cuba memujuk.
“Lama betul aku tak tengok kau marah. Hehehe. Sebijik macam cekodok kena penyek”

“Eeeee!”

Radi menghampiri Karem.

”Biasa nih!!”, satu starlait hinggap di dahi Karem.

”Adoi!!”

”Padan muka!”

”Tapi aku suka..Hehe”, Karem mengosok-gosok dahinya.

“Dah dah jangan nak lebih-lebih. Aku bagi seketul tu pun bersyukur la”

”Eh kau ada nombor henpon Joyah?” Radi menukar topik. Jantungnya seakan sedikit berdebar mendengar perkataan ”suka” dari mulut Karem tadi.

”Mestila ada. Tapi kau tahu tak...”, Karem meraba-raba di kiri kanan mencari telefon bimbitnya.

”Mana nak tahu..kau belum cakap”, sepantas kilat Radi memotong ayat Karem.

”Grrrr!!”

Radi tersengih.

”Kau nak ke tak nak ni nombor dia ni?”, Karem geram. Diletakkannya balik handphone Nokia 3310 yang agak lusuh warnanya itu di bawah bantal disandarnya.

”Yela yela. Haa cepat sambung”, Radi mengeluarkan telefon bimbit SonyEricson K610i dari kocek depan jeansnya. Ditekan-tekan punat telefon bimbitnya mencari phonebook.

”Takdela. Aku jarang gila mesej ngan dia. Mahal la Di nak mesej dia. 50 sen tu satu sms. Huhu!”, Karem mengeluh.

” Kau ni kedekut memangla”
”Jual ayam kau seekor pun dah boleh beli topup RM5”, perli Radi lagi. Ada tertawa kecik dihujung kata-katanya.

”Aku bukan kedekut la. Aku berjimat. Tak macam budak-budak zaman sekarang ni. Asyik harap duit mak bapak aje. Tengah study lagi pun dah boleh beli henpon canggih manggih. Study asyik kantoi aje”, bebel Karem.

”Tapi aku pakai duit loan aku, takpe”, Radi mencelah.

”Aku tak kata dekat kau. Aku kata dekat anak jiran sebelah aku tu la”

”Tipu langsung, rumah kau rumah banglo. Mana ada jiran sebelah. Kandang kambing ada la”

”Oho eh..lupa lak aku..hehe..”

”Ceh!”

Terasa pedas sedikit telinga Radi dek kata-kata Karem itu. Tapi benar kata-kata Karem. Memang situasi begitu seakan sudah biasa di kalangan pelajar-pelajar sekarang termasuklah di UiTM Dungun sekali pun.

”Aa cepatla bagi nombor Joyah. Lupa lagi ke?”, Radi bersuara.

Karem cepat-cepat menekan punat telefon bimbitnya mencari nombor Joyah.

” +353851455281”, satu demi satu Karem menyebut nombor Joyah supaya mudah Radi menyimpan ke dalam telefon bimbitnya.

”Nombor aku kau dah ada blom?”, tanya Karem penuh niat.

”Ha ah ada. Kenapa, kau tukar nombor baru ke?”

Radi yang baru sahaja duduk bingkas bangun dan terkocoh-kocoh cuba mengeluarkan semula telefon bimbit dari poket jeans birunya yang agak ketat itu.

”Takdela..aku ingat dah hilang nombor aku. Tak sms atau call aku pun.”, Karem menjuih mulutnya.

Radi terdiam.

* * * * *
P/s:
Sori kengkawan kalo citer aku x bes. tapi aku rase mcm cepat sangat kalau nak citer flashback memacam. Tu yang aku tumpu kat konversesyen derang beduwe neh..eceh..

Friday, February 2, 2007

Pusingan 1 - Chapter 6

Joyah meletakkan beg di lantai, sambil tangannya sibuk membuka tali kasut kulitnya. Tiba-tiba bau tengit menerjah lubang hidung. Joyah terpinga-pinga mencari bau itu

"Inilah dia kerjanyaaa..habis telur aku beli kat kedai Ah Seng!" ibu Joyah melemparkan sebelah kasut sukan ke arah Joyah.

Joyah mengelak. Bau tengit itu makin kuat. Alamak! Baru Joyah perasan, Joyah ada memeram telur dalam kasut, untuk projek sains. Joyah mengelak ala penari rap. Buku Sains PMR terbitan Fajar Bakti terlepas dari tangan. Kasut sukan jatuh sipi-sipi Joyah, tapi telur ayam dalam kasut itu masih disitu.

Hahaha, hebat juga aku mengelak ni! Boleh masuk askar kalau makin hari makin pandai. Boleh sasarkan musuh! Detik Joyah dalam hati.

"Yah buat apa ni? Aku tanya kau ni... kau buat apaaa? Aku baru beli je kasut ni, baru sebulan, kau ambik basuh kasut ni! Kau cuba buat apaaaaa?" ibu Joyah menengking.

Joyah menelan air liur dan memulakan bicara.Muka ibunya seperti singa kelaparan.

"Mak tahu tak, bila kita peram telur ni, nanti dia akan jadi ayam, lepas tu, ayam tu bertelur lagi, pastu peram lagi, kaya kita mak, mak cuba tengok Pak Cik Dolah ayah si Karem tu, tokei ayam tu.. Karem cakap.. dulu ayah dia buat macam tu, sikit-sikit lama-lama banyak la, siap ada ladang ayam tu.."

Lega! Joyah menarik nafas. Rasa seperti beban di atas kepala keluar habis bila dapat mengarang dengan bijak dengan cuma satu nafas. Joyah tersenyum. Mesti mak berbangga dengan aku, sebab aku ada perancangan masa depan, detik hati Joyah

"Apasal lah kau ni bodoh sangat. Kau ingat telur ayam ni boleh menetas ke?”

Raket badminton yang disangkut dipaku dinding dicapai ibu Joyah. Raket dihayun 180 darjah ke badan Joyah. Joyah cuba mengelak. Kali kedua mengelak, cubaan tak berjaya. Joyah terhumban ke lantai. Muka Joyah terpekap ke kasut. Hidung joyah yang agak mancung ala-ala anak mami tu menjunam kearah kasut telur tembelang. Pecah! Slurrppp..Joyah bernafas, sambil teredut cecair telur tembelang projek sainsnya itu.

“Uwekkk”, Joyah termuntah.

Joyah mengelap mulutnya dengan lengan baju kurung putih sekolahnya. Sambil hidungnya cuba menghembus untuk membuang saki baki cecair telur tembelang yang disedutnya tadi, tekak Joyah mual, dan masih memuntahkan isi perut.

Ibu Joyah makin hebat menghayun dan melibas raket badminton ke badan Joyah. Badan Joyah terlalu sakit sehingga sudah kebal, tapi kekebalannya itu akan hilang bila bekas birat itu direnjis air waktu mandi nanti.

Arghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

Joyah bangun, tangannya mencapai sebelah lagi kasut sukan yang masih berda di rak kasut. Kaki Joyah dipandu laju.

"Karemmmm.... turun kau!" Joyah yang busuk dan comot menjerit dari bawah rumah Karem.

"Oi..jap jap.." Karem jenguk kepala melalui tingkap, sambil terkocoh-kocoh membetulkan kain pelikat.

Nampak sahaja Karem di tingkap, Joyah sudah bersedia untuk mensasarkan telur tembelang itu ke arah Karem dari bawah.

Pap! Tepat ke dahi Karem. Pecah.

"Apa ni weh? Cari gado ke Joyah?" Karem tidak puas hati.

"Itu untuk kau! Kau tipu aku! Main-main! Aku punya la peram telur tu, kau tahu tak dateline untuk projek sains ni lagi seminggu? Bedebah punya kawan!" Joyah menghayunkan kakinya ke badan Karem.

Karem elak. Karem senyum. Karem kawal emosi.

Bukk! Sekali lagi perut karem dihunus dengan penumbok. Joyah bergaya ala-ala di gelanggang Taekwondo. Joyah melepaskan tumbukan dengan sekuat tenaga. Tenaga yang juga pernah menobatkan Joyah sebagai gold medalist negeri tiga tahun beturut-turut, dan mungkin tahun hadapan juga.

Karem tertunduk. Perutnya senak. Aku tak boleh tunjuk aku lemah depan minah ni! Tapi, pantang keturunan aku nak pukul perempuan. Kontrol beb kontrol. Karem monolog sendirian. Tangan kanan Karem memegang perutnya. Kuat juga budak perempuan ini!

Karem maju ke hadapan. Menuju ke Joyah.

Pap! Dahi Joyah di stalait Karem. Karem sengih.

Joyah terhenti, terkejut dengan tindakan Karem yang main-main. Geram. Sebiji penumbuk singgah ke perut Karem. Ambil kau!

"Puas hati aku! Kau tipu aku!”, Joyah tersenyum walaupon badannya sendiri berbirat-birat.

Joyah pulang dalam tangisan. Sampai hati Karem menipu. Projek Sains sekolah perlu dihantar dalam satu minggu lagi. Projek yang paling hampir dengan realiti akan dinobatkan sebagai pemenang. Joyah adalah antara pelajar terbaik matapelajaran Sains di sekolahnya. Mana mungkin Joyah tewas.

Karem, kau tahu tak kenapa aku pilih projek yang kau cadangkan pada aku? Aku pilih sebab aku suka kau. Kau cakap projek hasilkan telur ayam, aku angguk. Kau cadangkan telur itu diperam dalam kasut, aku ikut. Kau tahu tak, kalau projek ni berjaya, kita akan kaya. Kau dan aku! Kita paling secocok. Kau jadi taukeh ayam daging, aku jadi taukeh ayam telur. Kan seronok tu ? Arghh.. tapi kau tak pernah paham. Lansung tak pernah cuba hendak paham!

Air mata Joyah berlinangan. Mungkin hanya 20 peratus sahaja kerana birat dibelasah ibunya, lagi 80 peratus kerana terlalu kecewa dengan sikap Karem. Kalaulah Radi ada, mesti Radi di pihak Joyah, membelasah si Karem. Tapi kalau Radi ada juga, Joyah tidak akan rapat dengan Karem. Karem sukakan Radi!

Karem, aku benci kau! Aku harap nanti kau cepat-cepat blah dari sekolah ni. Pergi la mana-mana jauh dari sini, kalau kau tak pergi, biar aku saja yang pergi! Aku berazam, aku nak belajar sungguh-sungguh, aku nak dapatkan tempat ke asrama penuh. Biar kau bergelumang dengan ayam-ayam kau sampai mati!

Lagi sebulan peperiksaan PMR akan berlansung, pelajar-pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran. Dahulu Joyah ada Karem, ada Radi untuk mengulangkaji bersama. Joyah masih ingat mereka bertiga bersengkang mata belajar. Kadangkala di rumah Joyah, atau rumah Karem, kadangkala di rumah Radi. Joyah masih ingat jemput pisang istimewa bersama kopi kisar pekat buatan ibu Karem yang aromanya menusuk hidung dan hirupannya memecah kedinginan malam.

Radi, kau rindu aku tak? Tiba-tiba air mata sakit hati Joyah bertukar menjadi sebak rindu pada seorang sahabat. Seorang kawan yang setia, bebelannya menjadi halwa telinga, kekalutan emosinya menjadi sebuah drama yang ditonton bersama. Bahunya menjadi tempat melempiaskan rasa. Persamaan Radi & Joyah ialah birat-birat di belakang badan, tanda kehebatan mengharung “cabaran anak kampung” Hmm..mungkinkah berulang?

PMR berlalu, sesi bertungkus lumus sudah selesai. Keputusan pon sudah diumumkan Baik Karem, Radi atau Joyah, semuanya mendapat 8A, satu kejayaan yang membanggakan. Radi masih lagi di sana di Bukit Beruntung, Karem masih lagi menjadi musuh Joyah. Joyah sangat bosan berada di rumah. Joyah sudah menjauhkan diri dari Karem. Joyah benci Karem. Benci tapi suka. Pelik.

“Yah..ni ada surat ni haaa..”, ibu Joyah bersuara lantang dari halaman rumah.

Joyah kelam kabut menerpa kearah ibunya. Surat di tangan ibunya dirampas. Mungkinkah surat dari kekasih? Joyah ketawa mengekek seorang diri.

TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM BESERI PERLIS SESI 1998

Joyah melompat keriangan! Yes! Aku berjaya! Kau ingat aku belajar seorang aku tak hebat? Ha ha ha. Dalam hati Joyah terdetik sepi dan sayu. Lepas ini Joyah sudah tidak boleh lagi memanjat pokok rambutan, mengail ikan di alor sungai, melastik burung dan macam-macam lagi aktiviti budak kampung. Paling Joyah berbelah bahagi sekali apabila ibu Joyah menjanjikan sebuah skuter bila usia Joyah cukup 16 tahun, dan lulus ujian memandu.

Joyah berazam untuk ketepikan skuter impiannya itu demi sebuah cita-cita dan ketenangan. Ceh…ketenangan konon. Mahu lari dari Karem sahaja. Karem yang juga sebahagian dari memori zaman kanak-kanak Joyah. Kanak-kanak? Sudah remaja kah aku? Joyah senyum. Remaja? Sangat asing bunyinya.

Hati Joyah sangat berdebar-debar. Seperti dirisik teruna idaman. Sekolah yang sangat asing baginya. Sekolah yang hebat menurut kawan-kawannya. Pelik benar mereka semua, berbaju peach berkain coklat, berbaju biru muda dan berkain biru tua seperti pengawas di sekolah lamanya. Ramai senior yang kacak-kacak. Wah..sangat best kalau begini. Mesti teruja untuk belajar.

“Hidayah, ini nombor bilik awak, Desamara Anggun di sebelah hadapan sekali. Ini nombor keluarga pelajar dan ini kelas awak, 4 Makmur. Briefing akan dijalankan jam 5 petang. Di Dewan Sri Beseri kat depan tu…Enjoy ur stay here!” senior yang bertugas di kaunter pendaftaran bertutur laju dan padat.

Joyah meluru ke arah ibu dan ayahnya. Beg yang besar seperti mahu menunaikan haji itu diseret laju. Ayah Joyah memegang sebelah topang beg menolong mengheret. Dalam kesibukan dan kepenatan menyeret beg itu, ayah Joyah bersuara…

“Anak Pak Dolah Ayam pon dapat sambung sini jugak. Tadi abah terjumpa Pak Dolah Ayam hantar anak dia. Napa Yah tak bagitau abah yang anak Pak Dolah pon dapat sini juga? ”

Hah? Jemmmmmmm! Joyah menampar dahi sendiri.

“Woi Telur.. kau ngelamun ke. Kalau ngelamun pon, agak-agak la. Ni sampai blocking pintu. Kasut pon tak bukak-bukak lagi..”

“Hah..mana deee..”, lamunan Joyah terhenti.

Gelaran “Telur” yang diberi oleh Karem ketika di MRSM lekat pada Joyah sehingga hari ini. Habis satu batch mereka tahu tentang kisah Joyah memeram telur di dalam kasut. Di MRSM juga, tiada siapa kenal Joyah atau Hidayah, tetapi, Telur adalah seorang pelajar yang sangat glamour dan berfikiran 2/10

Joyah menyeringai. Geram. Walaupon acapkali Joyah memarahi dan mengugut untuk memukul sesiapa yang memanggilnya Telur, tetapi Joyah tetap tewas. Joyah tetap Telur, dan Telur tetap Joyah. Sehinggalah ke Ireland, Hidayah atau Joyah tetap Telur.

Joyah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup. Joyah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Home sweet home. Joyah senyum sendirian.

Komputer peribadi di buka suisnya. Sekerin komputer dibiarkan seketika. Joyah ke dapur. Membuat air Nescafe kegemarannya. Di sini tiada lagi kopi kisar seperti di kampungya. Air dihirup perlahan-lahan. Nikmat.

Icon mIRC iaitu laman sembang internet di klik. Sejak berada di Ireland, Joyah lebih senang menghiburkan diri dengan internet, dan laman sembang dari berpeleseran di luar. Joyah dapat mengekspresikan dirinya sehabis mungkin di situ. Boleh menaip sesuka hati.

Kotak mesej berkelip. Ada chatters memesej Joyah. Joyah bosan. Mana pergi kawan-kawan aku yang lain? Boring la nak layan chatters baru! Tetapi jari Joyah tetap mengklik nick chatters itu.

“Hai..boleh kenalan..”

“Boleh je”, Joyah membalas pendek. Terus menukar tetingkap. Assignment belum siap.

“Nama U apa?”, kotak mesej berkelip lagi.

“Joyah..”, pendek dan jelas menunjukkan emosi Joyah yang suram

“Wahh..uniknye nama. Umor bapa?”

“53. Dua tahun lagi bapa saya pencen.”

“Hah?? Tak paham?”

“Awak tanya umor bapa saya, saya jawab la..”

Joyah ketawa berdekah-dekah. Sampai keluar air mata. Joyah tak tahan. Menunduk di kerusi menekan perut. Tiba-tiba.. Pap..kaki Joyah tersadung plug komputer. Joyah teragak-agak, hendak online lagi ataupon tidak. Arghh..tido lagi bes! Dapat mimpi Karem lagi lah best!

Sambil memeluk bantal busuk, Joyah teringatkan Radi. Radi.. kau sihat di sana? Kau ingat aku tak? Mesti kau sudah ada pengganti aku kan? Kawan untuk susah, kawan untuk letakkan minyak gamat di luka kau. Tapi aku tahu, kita dah besar, kita cuma ada kenangan, yang terindah...