Friday, February 2, 2007

Pusingan 1 - Chapter 6

Joyah meletakkan beg di lantai, sambil tangannya sibuk membuka tali kasut kulitnya. Tiba-tiba bau tengit menerjah lubang hidung. Joyah terpinga-pinga mencari bau itu

"Inilah dia kerjanyaaa..habis telur aku beli kat kedai Ah Seng!" ibu Joyah melemparkan sebelah kasut sukan ke arah Joyah.

Joyah mengelak. Bau tengit itu makin kuat. Alamak! Baru Joyah perasan, Joyah ada memeram telur dalam kasut, untuk projek sains. Joyah mengelak ala penari rap. Buku Sains PMR terbitan Fajar Bakti terlepas dari tangan. Kasut sukan jatuh sipi-sipi Joyah, tapi telur ayam dalam kasut itu masih disitu.

Hahaha, hebat juga aku mengelak ni! Boleh masuk askar kalau makin hari makin pandai. Boleh sasarkan musuh! Detik Joyah dalam hati.

"Yah buat apa ni? Aku tanya kau ni... kau buat apaaa? Aku baru beli je kasut ni, baru sebulan, kau ambik basuh kasut ni! Kau cuba buat apaaaaa?" ibu Joyah menengking.

Joyah menelan air liur dan memulakan bicara.Muka ibunya seperti singa kelaparan.

"Mak tahu tak, bila kita peram telur ni, nanti dia akan jadi ayam, lepas tu, ayam tu bertelur lagi, pastu peram lagi, kaya kita mak, mak cuba tengok Pak Cik Dolah ayah si Karem tu, tokei ayam tu.. Karem cakap.. dulu ayah dia buat macam tu, sikit-sikit lama-lama banyak la, siap ada ladang ayam tu.."

Lega! Joyah menarik nafas. Rasa seperti beban di atas kepala keluar habis bila dapat mengarang dengan bijak dengan cuma satu nafas. Joyah tersenyum. Mesti mak berbangga dengan aku, sebab aku ada perancangan masa depan, detik hati Joyah

"Apasal lah kau ni bodoh sangat. Kau ingat telur ayam ni boleh menetas ke?”

Raket badminton yang disangkut dipaku dinding dicapai ibu Joyah. Raket dihayun 180 darjah ke badan Joyah. Joyah cuba mengelak. Kali kedua mengelak, cubaan tak berjaya. Joyah terhumban ke lantai. Muka Joyah terpekap ke kasut. Hidung joyah yang agak mancung ala-ala anak mami tu menjunam kearah kasut telur tembelang. Pecah! Slurrppp..Joyah bernafas, sambil teredut cecair telur tembelang projek sainsnya itu.

“Uwekkk”, Joyah termuntah.

Joyah mengelap mulutnya dengan lengan baju kurung putih sekolahnya. Sambil hidungnya cuba menghembus untuk membuang saki baki cecair telur tembelang yang disedutnya tadi, tekak Joyah mual, dan masih memuntahkan isi perut.

Ibu Joyah makin hebat menghayun dan melibas raket badminton ke badan Joyah. Badan Joyah terlalu sakit sehingga sudah kebal, tapi kekebalannya itu akan hilang bila bekas birat itu direnjis air waktu mandi nanti.

Arghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

Joyah bangun, tangannya mencapai sebelah lagi kasut sukan yang masih berda di rak kasut. Kaki Joyah dipandu laju.

"Karemmmm.... turun kau!" Joyah yang busuk dan comot menjerit dari bawah rumah Karem.

"Oi..jap jap.." Karem jenguk kepala melalui tingkap, sambil terkocoh-kocoh membetulkan kain pelikat.

Nampak sahaja Karem di tingkap, Joyah sudah bersedia untuk mensasarkan telur tembelang itu ke arah Karem dari bawah.

Pap! Tepat ke dahi Karem. Pecah.

"Apa ni weh? Cari gado ke Joyah?" Karem tidak puas hati.

"Itu untuk kau! Kau tipu aku! Main-main! Aku punya la peram telur tu, kau tahu tak dateline untuk projek sains ni lagi seminggu? Bedebah punya kawan!" Joyah menghayunkan kakinya ke badan Karem.

Karem elak. Karem senyum. Karem kawal emosi.

Bukk! Sekali lagi perut karem dihunus dengan penumbok. Joyah bergaya ala-ala di gelanggang Taekwondo. Joyah melepaskan tumbukan dengan sekuat tenaga. Tenaga yang juga pernah menobatkan Joyah sebagai gold medalist negeri tiga tahun beturut-turut, dan mungkin tahun hadapan juga.

Karem tertunduk. Perutnya senak. Aku tak boleh tunjuk aku lemah depan minah ni! Tapi, pantang keturunan aku nak pukul perempuan. Kontrol beb kontrol. Karem monolog sendirian. Tangan kanan Karem memegang perutnya. Kuat juga budak perempuan ini!

Karem maju ke hadapan. Menuju ke Joyah.

Pap! Dahi Joyah di stalait Karem. Karem sengih.

Joyah terhenti, terkejut dengan tindakan Karem yang main-main. Geram. Sebiji penumbuk singgah ke perut Karem. Ambil kau!

"Puas hati aku! Kau tipu aku!”, Joyah tersenyum walaupon badannya sendiri berbirat-birat.

Joyah pulang dalam tangisan. Sampai hati Karem menipu. Projek Sains sekolah perlu dihantar dalam satu minggu lagi. Projek yang paling hampir dengan realiti akan dinobatkan sebagai pemenang. Joyah adalah antara pelajar terbaik matapelajaran Sains di sekolahnya. Mana mungkin Joyah tewas.

Karem, kau tahu tak kenapa aku pilih projek yang kau cadangkan pada aku? Aku pilih sebab aku suka kau. Kau cakap projek hasilkan telur ayam, aku angguk. Kau cadangkan telur itu diperam dalam kasut, aku ikut. Kau tahu tak, kalau projek ni berjaya, kita akan kaya. Kau dan aku! Kita paling secocok. Kau jadi taukeh ayam daging, aku jadi taukeh ayam telur. Kan seronok tu ? Arghh.. tapi kau tak pernah paham. Lansung tak pernah cuba hendak paham!

Air mata Joyah berlinangan. Mungkin hanya 20 peratus sahaja kerana birat dibelasah ibunya, lagi 80 peratus kerana terlalu kecewa dengan sikap Karem. Kalaulah Radi ada, mesti Radi di pihak Joyah, membelasah si Karem. Tapi kalau Radi ada juga, Joyah tidak akan rapat dengan Karem. Karem sukakan Radi!

Karem, aku benci kau! Aku harap nanti kau cepat-cepat blah dari sekolah ni. Pergi la mana-mana jauh dari sini, kalau kau tak pergi, biar aku saja yang pergi! Aku berazam, aku nak belajar sungguh-sungguh, aku nak dapatkan tempat ke asrama penuh. Biar kau bergelumang dengan ayam-ayam kau sampai mati!

Lagi sebulan peperiksaan PMR akan berlansung, pelajar-pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran. Dahulu Joyah ada Karem, ada Radi untuk mengulangkaji bersama. Joyah masih ingat mereka bertiga bersengkang mata belajar. Kadangkala di rumah Joyah, atau rumah Karem, kadangkala di rumah Radi. Joyah masih ingat jemput pisang istimewa bersama kopi kisar pekat buatan ibu Karem yang aromanya menusuk hidung dan hirupannya memecah kedinginan malam.

Radi, kau rindu aku tak? Tiba-tiba air mata sakit hati Joyah bertukar menjadi sebak rindu pada seorang sahabat. Seorang kawan yang setia, bebelannya menjadi halwa telinga, kekalutan emosinya menjadi sebuah drama yang ditonton bersama. Bahunya menjadi tempat melempiaskan rasa. Persamaan Radi & Joyah ialah birat-birat di belakang badan, tanda kehebatan mengharung “cabaran anak kampung” Hmm..mungkinkah berulang?

PMR berlalu, sesi bertungkus lumus sudah selesai. Keputusan pon sudah diumumkan Baik Karem, Radi atau Joyah, semuanya mendapat 8A, satu kejayaan yang membanggakan. Radi masih lagi di sana di Bukit Beruntung, Karem masih lagi menjadi musuh Joyah. Joyah sangat bosan berada di rumah. Joyah sudah menjauhkan diri dari Karem. Joyah benci Karem. Benci tapi suka. Pelik.

“Yah..ni ada surat ni haaa..”, ibu Joyah bersuara lantang dari halaman rumah.

Joyah kelam kabut menerpa kearah ibunya. Surat di tangan ibunya dirampas. Mungkinkah surat dari kekasih? Joyah ketawa mengekek seorang diri.

TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM BESERI PERLIS SESI 1998

Joyah melompat keriangan! Yes! Aku berjaya! Kau ingat aku belajar seorang aku tak hebat? Ha ha ha. Dalam hati Joyah terdetik sepi dan sayu. Lepas ini Joyah sudah tidak boleh lagi memanjat pokok rambutan, mengail ikan di alor sungai, melastik burung dan macam-macam lagi aktiviti budak kampung. Paling Joyah berbelah bahagi sekali apabila ibu Joyah menjanjikan sebuah skuter bila usia Joyah cukup 16 tahun, dan lulus ujian memandu.

Joyah berazam untuk ketepikan skuter impiannya itu demi sebuah cita-cita dan ketenangan. Ceh…ketenangan konon. Mahu lari dari Karem sahaja. Karem yang juga sebahagian dari memori zaman kanak-kanak Joyah. Kanak-kanak? Sudah remaja kah aku? Joyah senyum. Remaja? Sangat asing bunyinya.

Hati Joyah sangat berdebar-debar. Seperti dirisik teruna idaman. Sekolah yang sangat asing baginya. Sekolah yang hebat menurut kawan-kawannya. Pelik benar mereka semua, berbaju peach berkain coklat, berbaju biru muda dan berkain biru tua seperti pengawas di sekolah lamanya. Ramai senior yang kacak-kacak. Wah..sangat best kalau begini. Mesti teruja untuk belajar.

“Hidayah, ini nombor bilik awak, Desamara Anggun di sebelah hadapan sekali. Ini nombor keluarga pelajar dan ini kelas awak, 4 Makmur. Briefing akan dijalankan jam 5 petang. Di Dewan Sri Beseri kat depan tu…Enjoy ur stay here!” senior yang bertugas di kaunter pendaftaran bertutur laju dan padat.

Joyah meluru ke arah ibu dan ayahnya. Beg yang besar seperti mahu menunaikan haji itu diseret laju. Ayah Joyah memegang sebelah topang beg menolong mengheret. Dalam kesibukan dan kepenatan menyeret beg itu, ayah Joyah bersuara…

“Anak Pak Dolah Ayam pon dapat sambung sini jugak. Tadi abah terjumpa Pak Dolah Ayam hantar anak dia. Napa Yah tak bagitau abah yang anak Pak Dolah pon dapat sini juga? ”

Hah? Jemmmmmmm! Joyah menampar dahi sendiri.

“Woi Telur.. kau ngelamun ke. Kalau ngelamun pon, agak-agak la. Ni sampai blocking pintu. Kasut pon tak bukak-bukak lagi..”

“Hah..mana deee..”, lamunan Joyah terhenti.

Gelaran “Telur” yang diberi oleh Karem ketika di MRSM lekat pada Joyah sehingga hari ini. Habis satu batch mereka tahu tentang kisah Joyah memeram telur di dalam kasut. Di MRSM juga, tiada siapa kenal Joyah atau Hidayah, tetapi, Telur adalah seorang pelajar yang sangat glamour dan berfikiran 2/10

Joyah menyeringai. Geram. Walaupon acapkali Joyah memarahi dan mengugut untuk memukul sesiapa yang memanggilnya Telur, tetapi Joyah tetap tewas. Joyah tetap Telur, dan Telur tetap Joyah. Sehinggalah ke Ireland, Hidayah atau Joyah tetap Telur.

Joyah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup. Joyah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Home sweet home. Joyah senyum sendirian.

Komputer peribadi di buka suisnya. Sekerin komputer dibiarkan seketika. Joyah ke dapur. Membuat air Nescafe kegemarannya. Di sini tiada lagi kopi kisar seperti di kampungya. Air dihirup perlahan-lahan. Nikmat.

Icon mIRC iaitu laman sembang internet di klik. Sejak berada di Ireland, Joyah lebih senang menghiburkan diri dengan internet, dan laman sembang dari berpeleseran di luar. Joyah dapat mengekspresikan dirinya sehabis mungkin di situ. Boleh menaip sesuka hati.

Kotak mesej berkelip. Ada chatters memesej Joyah. Joyah bosan. Mana pergi kawan-kawan aku yang lain? Boring la nak layan chatters baru! Tetapi jari Joyah tetap mengklik nick chatters itu.

“Hai..boleh kenalan..”

“Boleh je”, Joyah membalas pendek. Terus menukar tetingkap. Assignment belum siap.

“Nama U apa?”, kotak mesej berkelip lagi.

“Joyah..”, pendek dan jelas menunjukkan emosi Joyah yang suram

“Wahh..uniknye nama. Umor bapa?”

“53. Dua tahun lagi bapa saya pencen.”

“Hah?? Tak paham?”

“Awak tanya umor bapa saya, saya jawab la..”

Joyah ketawa berdekah-dekah. Sampai keluar air mata. Joyah tak tahan. Menunduk di kerusi menekan perut. Tiba-tiba.. Pap..kaki Joyah tersadung plug komputer. Joyah teragak-agak, hendak online lagi ataupon tidak. Arghh..tido lagi bes! Dapat mimpi Karem lagi lah best!

Sambil memeluk bantal busuk, Joyah teringatkan Radi. Radi.. kau sihat di sana? Kau ingat aku tak? Mesti kau sudah ada pengganti aku kan? Kawan untuk susah, kawan untuk letakkan minyak gamat di luka kau. Tapi aku tahu, kita dah besar, kita cuma ada kenangan, yang terindah...

22 comments:

famia said...

"Radi, kau rindu aku tak? "

Radi kata dia rinduuuuuuu lah kat kau wahai si Telur. hee hee hee..

aku suke gile la episod ni.
betol2 pasal joyah.
betol2 aku mcm rase ade kesah budak mamabosan tu. hee hee hee..

wooo.. joyah syok kat karem ye..
ambek lahhh.. hah hah hah..
nini syok kat dedi ye..
ambek lah juge.. hah hah hah..

tahniah..
ko memang bes.
nex budak beseri..
tak sabanya..

famia said...

episod ni kan..
tah kenape..
buat aku rase teharu lah..
(bukan sbb aku radi..)
tapi sebab.. dapat rase..
susah payah idop hidayah ni..

halahai..
bejaya menjiwai watak..
maka.. adakah ko si Telur wahai eida.. hihihihihi..

abesla.. pasni aku panggel ko ngn nama tu la ye.. macam manesss je.

me_ said...

aku igt aku org per1 yg komen.. huzai lg laju rupenye.. cesss!!

memula aku bace aku igt ko tesilap watak joyah ngn radi.. rerupanyeeee.. joyah pon mangsa belasahan persatuan emak garang sedunia.. senasib ngn radi la plak.. kakakak... (awi, pasni ko wat cite karem lak yg kena belasah ngn mak dia.. hahahha..)

skang ni aku dok cube nk byg karem tu hensem bebenor ke? sampai radi ngn joyah memasing gile byg.. kakaka.. kalu nsem, aku pon nk tumpang sekaki ngorat gak la.. muahahah...

nway cik telor.. ops mksd aku cik ieda.. cite telor ko ni mmg klakar nk mampos.. hahahhaha.. bes bes..!! NEXT.......!!!!

famia said...

radi rock uuuu laa weh..
mane de die suke karem..

ahahaha..
aku penkomen ke satu..
ahahahahahaha...

oke.. ledi ade belens 2 hari lagi.

wie.. ko boley tak?
kalo xleh.. bagitau awal2..
bebudak ni bebesar ati je nak sedekah belens hari banyak2 kat ko..

LediAgli said...

famia
woo ko jangan cuba memutarbelitkan keteluran dengan kemamabosanan.. tak de.. cuma.. aku nampak, cerita ni kalau nak di realiti ke fatasiankan.. kena ada unsur sekola kita.. sebab aku rasa pasni lagi rancak si oja awi ngan ko merapu.. sebab benda tu boleh related 4 kepala.. lagi 3 kepala vesapek..

ko terharu sebab unso "kapalkawan" dalam tu. sebab payah sebenarnya untoh luahkan ko rindu kawan ko.. sebab "kapalkawan" neh selalunya tak diucap dengan kata-kata.. semua monolog.. tak macam becinta..

eh..ko RADI ek.. siap la ko... nanti aku alter budak radi jadik tak senonoh..

mee
saja ja.. sebab dalam satu "kapalkawan" ada satu keserasian yang tercipta.. kiranya birat-birat tu pengikat ukhuwah kapalkawan la.. hahak..

karem emsem? aku tatawu.. sebab aku layankan aje watak tu.. btw, smalam aku jumpa member chat yang berzaman.. ada sorang nama Karem.. hahak.. tak emsem sangat.. tapi rambut dia sangattttt laa boleh jadik iklan rambut... fuhh.. tu semangat aku taep tu..

GLOBAL TO ALL
blogspot sak laa.. saket aku.. lagi satu.. semua tu imajinasi aku yer.. aku tapenah buat pojek sains peram telor dalam kasut.. aku budak bijak laa haih.. hehe

LediAgli said...

eh korang... ada typo sket.. nanti bila2 blogspot emsem kembali cam karem.. aku betolkan yer..

me_ said...

ieda..

kalu 4 kepala beseri n 3 kepala vesapek.. shah lak kepala ape?? muahahaha..

LediAgli said...

shah dengan dakwan kena membontoti kepala kepala kita.. hahak.. naseb laa...

famia said...

eheheh..
aku saje jeee ledi..
tak kesah pon kalo ko penah buat xperimen telor...

kire mcm round 1 ni..
mcm musim flashback zmn blaja je la ek.. ko da fleshbek ke zmn hi-skool..

yg si dop ngn shah tulis zmn itm..
oke xpe.. aku tgk flow dia next..
ehehehe. cardas betol korang ni..

~inilah saya~ said...

Yo! ho! ho! ho!

First Ledi (Cik Telur)
Betul kata famia, ni macam kisah mamabosan aje. Luahan hati paling dalam lah katakan. Sabar je aku. Cerita hang memang besh. Kewl...lepas ni otai-otai Beseri boleh ceritakan lebih banyak subjek dan objek yang menumpu kepada zaman-zaman persekolahan ini. Maklumlah aku ni tak pernah masuk MRSM.

Kapalkawan tu apa kebendanya ledi?

me kau tanya aku kepala apa? aku kepala apa pun boleh laah. ha! ha! ha!. Jangan kepala keretapi sudah.

okey next awi kan? kalau hang dan ready. tinggal msg kat shout box. Nanti aku leh reset time? and gud luck.....ho! ho! ho!

Dani neh said...

eida.. cite ko bes...
(*nanti kite alter Radi tu jadik BAEK punya.. hahak..)

p/s: kepade ME.. realiti..
Karem tu ensem.. die cool.. die pendiam.. die cam budak baek.. tapi macam budak underworld.. mate ceklet.. die maen gitar.. die jage CC.. dengan bradek die bertige.. abang die Fadhil... tu pun ensem gak.. Fadhil tuh name jek ngadap pc 24 jam tapi kalo lawan game dengan budak2 skolah rendah, kecoh satu cc die selalu kalah.. hahak.. dulu, aku amek Karem, xai amek Fadhil... wahahaha... Fadhil ingat name akuu.. woot woot..

flsh back:
kami: nak pc 2... ade?
fadhil: full ah..
kami: aa.. tulis ah (tulis name dlm buku giliran)
fadhil: oke... Dani kan...
aku: (dalam hati.. waaaaaa die ingat nme akuuu.. waaaa) kikiki..

similariti:
-mak2 dalam cerita nih mmg sangat PMS "Perempuan Marah Sangat"...
-penggunaan starlight
-penggunaan Ah Seng.. kaye btol Ah Seng nih.. ade ladang getah, ade kebun manggis, ade kedai runcit jual ayam... Ah Seng memonopoli ekonomi Kampung Tualang Tiga (name rekaan semata.. hahak)
-penggunaan skit lagu/filem
eg: kenangan terindah
: org yang paling kite sayanglah yang paling susah untuk di sayang
... tu jek takat ni aku perasan

eh.. nape mase pmr derang ber-3 tak stadi skali eh?.. kalo si radi pindah btk jelutung dikala mereka skolah menengah rendah... episode husaila bukan die balek umah kampung die jumpe mak n adek die ke untuk melawat karem...
radi masuk asrama kat shah alam ke eh?.. ke die dok bkt jlutung mase die masuk itm.. eh.. die itm kat terengganu kampus dungun

* sori aku konfius jek.. jangan la angin dengan aku

Dani neh said...

aku sgt sukela dialog ini:

“Wahh..uniknye nama. Umor bapa?”

“53. Dua tahun lagi bapa saya pencen.”

wahahaha... a true chatter..
aku paleng tak gemar.. pm jek terus tanye "ASL".. asl otak die.. hahak.. *sori jika ade yg terusik hati.. tak bermaksud..

~inilah saya~ said...

Dani neh: aku pun dan konpius sekarang ni. Fening! Fening!

LediAgli said...

danineh
dialog tu memang berlaku.. xbf aku chat dengan sepupu aku.. "umo bapa saya 53" tu jawapan sepupu aku pada xbf aku.. pastu.. yang tersepak plug tu.. aku.. sebab gelak sambil tunduk dan tahan kencing.. gila nyer selambe jawapan.. aku sangat tabik spring dengan jawapan tu..

aku tengah dok brainstorm sorang2 nak alter radi tu jadik apa.. hehe.. biarlah rahsia..

tapi aku rasa cerita aku cam meleret leret.. cam boring sket.. aku tak reti nak menpendekkan karangan.. sebenarnya aku dah buat 6 page lebey.. ni pon cut cut cut jadik 4 half.. hehe.. ampun

DarkWan said...

Veri de joyah's life. Hahaks.

p/s: korang beserian kene kasik peta beseri baru aku leh imagine tmpt2 kat mrsm beseri (",)

famia said...

awiiii..
ko apa kaba wiii..
hahahaha..
berusahalah ye..

same dengan oja sekali.
bz gile nak mati korang ni.
takpe.. kami sume 'sabar' orangnya..

*evil grin

iwafays said...

aku sehat je..baru balek outstation seminggu kat port klang neh minggu lps..langsong tatawu dunie lua..mase aku tgh packing brg nk gerak las wik suhaila da msj kate die da rilis dienye pusingan..tekejot lutot aku..seb baek ida x rilis lelaju..kalo idak mawu aku mengkarang atas crane kat port klang neh..haih..
aku tgh selo2 bace n paham dr pusingan shah neh..masbuk la katekan..haih..tunguuu..eceh

Dani neh said...

ahahah...

MASBUK!!

gelak aku...

sengal ko wa!

~inilah saya~ said...

Go! go! awi go!

iwafays said...

maken ko acah camtu maken aku cuak shah..hee :D

LediAgli said...

wah... awi.. ko sapu la minyak cap kapak kat lutot ko.. munken kuar idea

oDJa said...

aku pun da saket perot mampos ooi... takut tunggu giliran.. macam tunggu nak jumpak dokter aje... awi.. jgn la meraban sangat ek.. mampos aku nanti... huhuhu... kesian la kat ex ko neh...

Global
korang sumer ni excited giler.. taep lelaju... huhuhu... abes la aku.... caner kalu citer aku tak bes mcm korang? huhuhu...