Monday, January 29, 2007

Pusingan 1 - Chapter 5

“aduhh.. sakitnya bontot aku…!!! Setan korang gelakkan aku..!!” merah padam muka Radi menahan kesakitan.

“Haa.ha..ha..ha..” Karim masih lagi menyambung ketawanya.. kelakar benar dia melihat Radi jatuh berdebub betul-betul di hadapannya tadi.

“Haa..ha.. haa..ha..” Joyah juga masih ketawa. Di pimpinnya tangan Radi, cuba menolong Radi untuk berdiri sambil tangan yang sebelah lagi mengesat air mata.

“Setan korang.. gelak sampai kuar air mata nampak.. ni sudah kes menghina ni..aduhhh..” Radi sudah berdiri. Tangannya pantas mengibas-ngibas daun-daun kering yang melekat pada pakaiannya. Habis calar balar tangannya akibat terkena dahan-dahan manggis. Nasib baik tak patah riuk. Kalau tidak satu hal pulak nak menjawab dengan mak nya nanti.

“Haa.. tulah.. kalu dah perempuan tu.. perempuan jugak.. jangan nak berlagak hero.. lain la aku ni.. memang dah sedia dilahirkan sebagai jaguh kampung.. haa..ha..ha.. perempuan lembik! Ha..ha..ha..” Karem memicit perutnya menahan ketawa yang masih ada.

Radi menjeling muka Karem. Perkataan ‘perempuan lembik’ itu cukup tajam untuk ditujukan kepada dirinya.

“Aku bukan perempuan lembik la!!!” Jerkah Radi. Tanpa memandang kepada sahabatnya berdua itu, Radi melangkah laju menuju ke rumahnya. Joyah terpinga-pinga. Disiku nya Karem. Tidak disangkanya gurauan Karem itu telah mengguris hati Radi.

“Oii Radi..!! Radi!!! Oii!! Merajuk ke?? Apalah..!! sejak bila kau jadi lembik lagi sensitif ni..!!” Jerit Karem cuba membakar amarah Radi sambil memandang kalibat Radi yang semakin menjauh.

Joyah berlari-lari anak mengejar Radi yang telah menghilang disebalik pohon-pohon buah-buahan yang pelbagai di kebun bapa Karem itu.

-----------------------------------

Radi tersenyum sambil tangannya pantas menyimpan kembali buku tersebut kembali ketempat asalnya. Masih segar lagi ingatannya terhadap peristiwa yang telah bertahun-tahun berlaku itu.

Kerana kejadian itula dia dibelasah teruk oleh ibunya. Itulah pertama kali dalam hidupnya dia melihat ibunya naik angin sebegitu rupa. Itulah pertama kali dia dibelasah teruk dengan menggunakan getah paip. Bukan dia tidak biasa dimarahi dan dipukul oleh ibunya, tapi ibunya tidak pernah segila itu. Radi pun tidak tahu mengapa kemarahan ibunya sungguh memuncak ketika itu. Takkan hanya kerana dia mengikut Karem dan Joyah ke kebun bapa Karem, ibunya marah sebegitu rupa? Dia tak tahu, dan tak pernah mahu mengambil tahu. Biarlah ia menjadi sejarah sahaja.

“Karem.. karem.. cakap aku lembik konon.. kau pun sama sahaja.. kalau tidak, tak kan kau menggeletar sampai pucat lesi muka masa kena ambush buat barbeque burung dalam kebun Ah Seng dulu.. hihihihi..jaguh kampung lah sangat.. hehehehe” Radi berbisik sambil tersenyum sendirian.

Mengingatkan peristiwa mereka bertiga ditangkap oleh Tok Aki, ketua kampung seberang itu, hatinya menjadi sebak. Peristiwa itula yang telah memisahkan mereka bertiga. Memisahkan dia dengan Joyah dan Karem dengan lebih tepatnya.

Gara-gara kejadian itulah, ibunya telah bernekad untuk menghantarnya ke asrama anak-anak yatim dan bersekolah di Bandar Beruntung yang letaknya jauh dari kampung kelahiran nya, dengan alasan mahu Radi menumpukan perhatian pada peperiksaan UPSR yang bakal dihadapinya tahun itu. Radi tiada pilihan lain selain menurut sahaja kehendak ibunya itu. Tetapi walau sejauh mana pun mereka terpisah, yang pasti setiap kali cuti semester, pasti mereka bertiga akan berkumpul bersama dan yang pasti ada sahaja aktiviti baru yang akan mereka lakukan setiap kali berjumpa.

“kak.. oo kak..!! Oii..!! gila apa.. tersengih-sengih macam Mat Jenin dapat bini..”
Sebiji starlait singgah didahi Radi.

“Sakit la mangkuk!! Kacau orang je..” Radi cuba untuk membalas, tetapi berjaya dielak Amer. Entah bila Amer duduk disebelahnya pun Radi tidak perasan. Asyik sangat dia melayan perasaan.

“kau nak apa? Kacau daun la kau ni..” Radi mencebik.

“Nak pergi hospital tak? Waktu melawat dah sampai.. nanti kalau lambat pergi, tak sempat pula akak nak melawat tokey ayam buah hati pengarang jantung pisang emas dibawa belayar akak tu..” Amer cuba serkap jarang.

“Banyak la kau buah hati jantung pisang! Eh, dah boleh pergi ke? Nak pergi sekarang ke? Kau tunggu jap akak tukar baju ek..Sudah-sudah.. keluar dari bilik akak ni..” terasa hati Radi berbunga riang. Tidak sabar dia mahu melawat Karem di hospital.

----------------------------

“Tit tit.. tit tit..” telefon bimbit Radi berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dicapainya telefon bimbit yang diletakkan di dalam poket hadapan seluar jeans nya sambil kakinya laju melangkah ke Wad 3.

“oii.. mcm mane dgn karem? Teruk ke? Weh, tadi dlm kelas, Dedi sebok tnye psl ko.. dia mtk no hp ko. sori aku kasik no ko tnpa mtk kebenaran ko dl.. :D”
Sender: Nini
+60123667426


Radi membaca pesanan itu sepintas lalu. Tiada masa untuk membalasnya. Melawat Karem adalah lebih penting dari segalanya.

Kakinya berhenti di carta pesakit diluar Wad 3, cuba mencari nama dan nombor katil yang menempatkan sahabat karibnya itu..

Yes!! Katil nombor 8.” Bisik Radi.

Langkah kakinya semakin dilajukan sambil matanya memlilau membaca nombor katil para pesakit hinggalah dia berhenti betul-betul dihadapan katil nombor 8. Perlahan-lahan dia menghampiri manusia yang sedang lena tidur diatas katil itu. Direnung nya muka Karem yang bertampal sana sini. Dapat dilihat tangan kanan Karem yang bergantung dan berbalut putih hingga ke siku.

“huh.. nasib baik patah tangan je.. kalau patah satu badan.. mahu tak kahwin kau sampai tua..hehehe” Radi berbisik kepada Karem walaupun dia tahu Karem tidak mendengarnya.

“Hoi ayam!! Bangun la.. tidur saja kerjanya..” Jerkah Radi sambil tangannya pantas menjentik telinga Karem.

“Aduhhh…” Karem mengaduh kesakitan. Matanya dibuka sedikit.

“Oii.. makcik!!! Bila sampai??” Mata Karem sudah terbuka luas sambil bibirnya menguntum senyuman. Terharu rasanya melihat sahabat karibnya datang melawat.

“Lama dah.. sempat la kira berapa round air liur basi kau meleleh.. haa..haa..haa” Gurau Radi.

“hantu kau.. tak kesian langsung dengan aku yang tengah menderita kesakitan ni..” Balas Karem sambil mejelirkan lidahnya.

“apa hal la kau ni.. macam manalah traktor bajak yang punyalah besar tu pun kau boleh langgar.. berangan kuat agaknya kau ni..” Radi bersuara.

“Kau ni, kalau ye pun.. cuba la tanya khabar aku dulu ke.. ini tidak.. terus fire je tau.. aku bukan berangan la.. tapi masa tu aku tengah tengok si Aini, anak Pak Mail yang duduk hujung kampung tu.. Cantik giler dia sekarang.. tiba-tiba aku rasa macam dah jatuh cinta kat dia la.. tu pasal la aku tak perasan bila masa traktor tu melintas depan aku.. hehehehe..” Jelas Karem panjang lebar.

Terkelu Radi mendengar penerangan Karem. Jantungnya berdegup kencang. Cemburukah dia?

**************************

Sori la kengkawan, aku terpakse mengikut jejak langkah Shah wat cite lelaju sbb nnt bermula esok aku bkl bizi semula.. for sure xde ms nk kosentret pd penulisan yg bes ni.. maap kalu cite diatas tidak sebes mane.. tp aku da wat yg termampu.. kepada org ke-6sen.. sile lah perah otak anda dengan bersungguh2 ek.. go! go! Power Rangers!!!! :D

shah: anda sumber inspirasi ku.. (rekod aku: 3jam tuk story ni.. ko bape??) hahahahhaa...

28 comments:

Inilah Saya said...

Kah..kah..kah...kelakar giler

bagus...bagus...macam nilah

baru semangat...

Inilah Saya said...

Konflik cinta! masaklah ledi...hihihihiihi

Gud luck ledi!

DarkWan said...

Wah, konfliknya. Daku semakin berdebar menantikan sambungan cerita ini. Kencang dadaku seperti genderang mahu perang. Alelelelelele.

Inilah Saya said...

darkwan: itulah pasal...berdebar2.

Tapi aku kasihan lah kat Radi, asyik kena starlait aje. ha ha ha

famia said...

hah hah hah..
gile lah korang ni.
laju nak mati.
bes cite ko suhaila.
mcm gaya qasey tulis.

kesian watak Radi.
dah jadi ape la ni.
wey tlg sms Ledi.
biar dia tahu.

gile betol.
kirenye... ni pusingan 1 bakal siap awal la ni dr expected date. hah hah hah... cargas nak mati korang ni. haiii.. tak sia-sia ajak korang menulis kerja gile macam ni.

Dani neh said...

hahak.. best korang nih mempergunakan 'starlight' merata2.. best best.. hahak..

citer ko best gile... baru 5 entry dah ade konflik hati nih.. hihi...

tapikan..
em.. kalo korang perasan la kan.. kalo la perasan.. cube bace entry aku kan...
- aku tules radi kene marah kene libas sbb tunggu karem membuang air besar lame sangat.. em...
- ladang getah Ah Seng.. derang makan burung kat hutan.. sbb tu aku tatahu nak kasik nama pokok ape n name burung ape.. hahak... mungkin boleh tukar Pak Mail ke.. heheh..

em.. lelain puas hati..
*sekadar 2 sen aku jek

famia said...

konflik cinta..
ahahahaha..
konflik gak tu kan qasey.
betol tak aku kata sume manusia dlm dunia ni wajib ada konflik diri.

hah hah hah..
kronik..kronik..

Ledi.. awi.. oja..
Beserian next..!
Go go fighting.

Dani neh said...

pikir2 balek..
kalo la si radi ni dok dkt2 kawasan cameron highlands kan...
-ade sawah padi ke ek sane
-ade ladang getah ke eh..
-kebun buah manggis..
-perusahaan tokey ayam kampung...

*geography aku fail ah.. mungkin kene dislocate cameron tuh ek? buat tanah rendah sikit, mungkin di kedah ke... tapiiii tadek loghat kedah plak eh.. lahai... camne eh..

*sekadar 2 sen aku lagi jek

DarkWan said...

Aku tahu satu tempat yang menepati ciri-ciri persekitaran ni

-sawah padi (ada)
-ladang getah (ada)
-kebun buah manggis (boleh buat)
-perusahaan tokey ayam kampung (lebih kurang ada la)

Masjid Tanah, Melaka !! Yeay .. Hak hak hak.

Matter fact, ayam tu sebenarnya ayam bandar lah. Kat belakang Kolej Matrikulasi Melaka, Londang, Masjid Tanah (KMM). Keliling tu memang estet getah. Masa aku balik fly dari (bandar) Melaka, ktorang kena kejar hanjeng kat estet getah tu sampai la ke tempat perusahaan ayam (bandar). Aku tak sebut reban sbb tempat tu mmg besar la perusahaanya. Sampai lalat-lalat dari kandang ayam (aku bole guna term kandang ke?) selalu datang melawat kafe kat KMM.

Tang sawah padi tu aku rasa ada kot di sekitar Masjid Tanah tu sebab ada kerbau. Dan Masjid Tanah pun boleh dikira kampung - sbb tu aku suggest tempat ni (kalau tade tempat lain nak dipilih la. loghat pun tade la susah sangat .. besar jadi besau .. tu je.) Pastu tempat tu kampung lagi .. mcm kampung aku sebenarnya ada je sawah padi tapi dekat dgn bandar dah. Tak berapa kampung sangat pun.

Sekadar cadangan ..

Inilah Saya said...

Famia: Kalau cepat siap takpe. Sbb second meeting tuh aku ada hal yang agak penting untuk bincang ngan korang semua. Harap semua orang dapat menghadirkan diri pada waktu tu.

Yelah-yelah, pasal konflik tu aku setuju banget sama kamu.

Dani: Aku ikut kau sebenarnya, kau letak plot hutan kat brincang kan. Yang aku tahu brincang kat area cameroon highland. He he he, itu pun selepas aku search kat google. pasal tu aku letak rumah radi kat tanah rata. pasal dislocate area tu, bg aku shall be ok. Kita discuss nanti pada pertemuan kedua. Tidak nanti kepala ledi (next writer) mesti fening giler. ha ha ha.

Darkwan: Idea darkwan tuh pun macam menarik aje. Tapi takpe, nanti kita discuss balik ye? amacam? Ke korang nak discuss sekarang ni? Aku on aje.

Wo...darkwan...ko pun fly jugak ke? heheh...aku dulu waktu form 5 selalu jugak fly. Tapi bila dah masuk kolej, tak yah nak fly lagi sebab bila-bila masa aje boleh kuar masuk. hihihi

DarkWan said...

Bila aku baca semua tulisan korang - banyak benda kena tukar kalau nak tukar lokasi ke Masjid Tanah.

Aku juga mendapati yang menjadikan kontroversi ialah "motor yg karem tunggang utk angkut ayam, terlanggar dgn traktor pembajak sawah".

Rather than tukar lokasi, tukar traktor pembajak sawah dengan traktor bangsa lain lagi OK kot. Walaupun aku tatau pape pasal Brincang dan Cameron Highland (melainkan teh dan strawberi) tapi nak menukar traktor pembajak sawah kepada benda lain lagi mudah utk dilaksanakan. Asalkan logik dengan kemalangan yang menyebabkan tangan patah. Hehe.

Shah: Aku fly setat Form 3 dan fly yg pertama ialah sbb aku nak tengok wayang citer Cinta Metropolitan hakhakhak. Masa balik kantoi dgn bapak sedara aku kat Peringgit. Muahaha. KMM - kolej tu mcm penjara. Ko tanya la budak2 1st batch kat sana. The only time that I was set free ialah masa aku kena gantung seminggu kat KMM. Uuhuhuhu.

p/s: kengkadang buat site visit pun perlu sbb baru la boleh gambarkan suasana sekitaran kan kan kan :P

Inilah Saya said...

Darkwan: Ko lagi advance dalam bab-bab fly ni. Takpe, nanti boleh masukkan dalam next turn ko. he he he.

Kalau sampai kena gantung tu kira advance level tuh. ahakk!!!

Site visit? macam menarik aje bunyinya. Explain lah lagi.

DarkWan said...

Aku bkn kena gantung psl fly la. Benda lain. Ehe.

Site visit tu maksudnya melawat lokasi-lokasi tersebut la kiranya. Sebab mmg aku tapenah pegi Brinchang. Jadi taleh imagine pengalaman menoreh getah di kaki Bukit Brinchang dan yg sewaktu dengannya. Hehehe.

Inilah Saya said...

Macam mana kawan-kawan semua? Bila lagi nak petik teh dah makan buah straberi? ha ha ha...bunyi macam sangat menarik aje.

famia said...

ade beberape benda aku musykil..

Dani neh said...

sebenanye.. kaki bukit Brinchang tu aku maen petik je... aku saje nak kasik name.. tak sangke plak mmg wujud eh.. hahak... kalo susah.. tukar jek name Bukit tu pun tape..

*nyaris aku nak kasik name kaki Bukit Jelutong..

DarkWan said...

Sedikit mengenai (Gunung) Berinchang;

http://members.fortunecity.com/gunung/berinchang.html

If anyboone tells you that he has climbed Gunung Berinchang, ask him how he do it. This is because, the summit of Gunung Berinchang can be accessed by car. Standing at 2032 meters, the summit provide the highest point that can be reached by road in peninsular Malaysia, and the view from this point is simply breathtaking.

* Dani mesti minat nak mendaki dengan Piji. Huehuehue.

DarkWan said...

Aku rasa Brinchang xde kebun getah ..

http://www.malaysiasite.nl/cameron.htm
http://members.virtualtourist.com/m/67aad/13905e/

Inilah Saya said...

Famia: Apa benda yang ko musykil?

Dani: Sebenarnya yang aku tahu Gunung Berincang bukannya Bukit Berincang. Tapi takpe, nanti-nanti kita adjust.

* Bukit jelutong takpe lagi jangan bukit kinabalu dah lerr. ha ha ha :-)

Inilah Saya said...

Darkwan: Confirm berincang takde pokok getah. hu hu hu

me_ said...

Mari menjawab komentar..

Dani:
1)aku sedia maklum yg ko tulis radi kena belasah sbb tgu karem lame sgt.. tp cam x logik lak sbb tggu karem lame sgt, dia kena belasah gile babas ngn mak dia.. so sbb tu aku tukar sket.. kunun2 mak dia mrh sbb radi suke wat keje x pekdah.. ok x? tp terpulang la pd panel penasehat smada idea tu diterima atau x.. :D

2) aku pon sedia maklum yg dorg wat babekeu tu kat dlm utan.. tp aku saje je nk kasik cite tu nmpk spesifik lg.. so aku letak la kebun getah ah seng trs.. kunun2 kebun getah ah seng tu da sipi2 nk masuk ke hutan la.. ok x? sm spt diatas, terpulang pd panel penasehat nk terima atau x.. aku xkisah pon.. :D

huzai:
ko musykil ape? meh2 kasik tau aku.. nnt aku take note n btl kan pape yg patut.. :D

darkwan + inilah dia:
tmpt kejadian adlh berdasarkan entri 1+2+3+4 yg tlh diolah korg2.. aku juz folow d flow je.. bkt berinchang+kebun ah seng+cameron hailen+traktor bajak+reban ayam.. sume2 tu based on korg pnye jln cite.. aku tukang smbg je.. tp hakikatnye letih gak nk byg cameron hailen ade sawah..hahahhaha..

smada nk tukar lokasi kejadian, itu terpulang pd panel penasehat skali lg.. asalkan yg penting jln cite asal x lari.. hehehe..

Ieda:
GO GO GO!!! GAMBATTE KUDASAI!!

me_ said...

kengkwn sekelian,

mlm td awi tlh menyuarakan kegusaran dia mengenai ketidaksempatan dia tuk menyiapkan entri dia kalu kite masing2 wat entri dlm ms sehari je (ehem..ehem.. :D)

so aku mencadangkan, belen 6 hr aku yg ade tu.. aku nk simpan wat stok, n akan disedekahkan kpd mereka yg terdesak shj dgn syarat reason keterdesakan itu mstla releven.. spt kena outstesyen ke.. pc korap ke.. sng kate reason tu mstla yg BERAT2 SAHAJA.. dan yg penting harusla rezen itu hendaklah ditrerima olh sume para panel penasehat..

in other word, penulis tersebut kena la mengemukakan rezen keterdesakan dia kpd semua anggota 8sen, dan setelah dipersetujui ramai, barulah kite kasik dia extra hari yg ade.. ok x?

korg phm x ape aku ckp ni? phm x?? sile rply ek.. :D aku bkn ape.. aku takut nnt aku pon berada didlm setiasi yg same.. haru gak kan.. hehehe

famia said...

ehehehe..
yela me..
aku sokong aja.

Benda yg aku Musykil:
--> nanti aku tunggu penulis ke 6.. 7... 8 siap.

Buat penulis 6..7..8..
Tak semestinya korang buat dalam masa sehari. Pakai la sebaik mungkin 7 hari yg dibagi tu. Aku pun tak mampu nak siapkan dalam masa sehari. Kerja lagi. Sekolah lagi. Kena study lagi.

Jadi apa2 pun.. kalau tak mampu.. jangan lah mati2 abeskan cite sampai satu hari. Tu bunuh diri namanya. Jangan paksa diri. Kita negara demokrasi. Lagi satu... aku fleksibel aja. Tak payah tekejar2 abiskan round 1 ni.

Sebab..
1) Bila habis round 1 nanti.. kene buat final review utk semua episod together2. Setiap orang wajib review 7 entrinya. Dan double check apa2 yg tak kena. Lepas tu.. kita jumpa.. then kita buat final review sama2. Tengok salah silap sume entri pastu merge kan.

2) Kene diskas plan utk Round 2. Sebab round 2 tak sama macam round 1. Pastu.. entri makin bertambah. Of course la kena up kan sikit time allocation nak buat cerita ni. Sebab bukan semua hebat lagi berkebolehan nak habiskan karangan laju2.

3) Kena diskas lebih detail isi perot jalan cerita '8 Lagi' ni. Sebarang konflik cerita. Sebarang percanggahan lokasi. Flashback cerita. Forward cerita. Macam2 lagi lah.

3 benda tu penting.. supaya nanti round 3..4.. 5..6..7.. 8 tu tak kelam kabot.

Dan kalau boleh.. round 2 kita kick off pada 8/3 boleh? Bagi masa betul2 utk review balik round 1 ni. Ngan take a break dr ektiviti menulis secara membunuh ni.

Dan lagi satu... kat sini semua hak adalah sama. Semua admin. Semua 8 sen. Jadi.. apa2 pun yang korang bincang dan korang buat adalah persetujuan kesemua pihak.

Pastu.. blog 8sen ni.. aku tak bagitau orang selain 8sen ni. Sebab benda ni baru sangat. Belum boleh dibuka utk sapa2 pun kalau boleh. Tapi kalau korang ada bagitau sapa2.. aku tak kesah pun. ehehe..

Pastu.. semua ada hak nak hancurkan layout dlm ni. Sila lah. Kepada mana2 warga 8sen yang celik teknologi.. sila la buat apa2 yg korang suke ye. By the way.. banner duit syiling 8 sen tu begaye. Timekaseh kepada creatornya.

Dan lastly.. kalau boleh.. aku harap member 8sen ni still stay mcm ni. Sebab.. kalau boleh... pasni aku nak ajak korang tulis Blook pula. Insyaallah.. kalau ada rezki.

Apa-apa pun... menulis la dengan hebat bergaya. Korang memang bes. Hah hah hah..

DarkWan said...

To be honest, aku buat pun last minute huhuhu. Hari Rabu sempat aku buat setengah muka surat di office, lepas tu transfer ke handset aku (aku xde thumdrive, plus yg sebenarnya thumbdrive xdibenarkan dibawa dlm command center tempat aku keje neh).

Hari Jumaat, pukul 10 pg aku buat sampai pukul 1 ptg di rumah. Rumah aku dah sebulan lebih xde Internet sbb kabel kawasan perumahan aku kena curi. Pastu petang ada meeting kat opis, aku sekali lagi pindahkan ke dlm handset utk dibawa ke office. USB cable handphone asal hilang, selamat terjumpa aku punya USB TV/Radio cable - boleh pakai juga dan aku guna benda tu utk transfer ke PC di office selepas habis meeting. PC tu shared PC, jadi masa aku guna tu ada orang lain nak guna. Dia nak check email. Aku kata tunggu kejap sebab aku nak edit ahaha. Itu yg sempat buat italics bagai. Huehuehue.

Kesimpulannya, TM Net sak. Keh keh keh.

Dani neh said...

aku setuju dengan kick-off date untuk round 2.. hihihiiiii

Inilah Saya said...

Ho ho ho...sowey sebab lambat membalas. Aku sebenarnya telah didatangi angin M yang menyebabkan apa saja kerja aku menjadi serba tak kena. Sekarang aku dah ok. ha! ha! ha!

aku jugak rasa korang kena gunakan masa 7 hari tu sebaik mungkin. Tapi kalau korang boleh buat sepantas mungkin, itu pun hak korang. Pasal suhaila nak reserved 6 hari yang dia ada. lepas tuh boleh bagi kat kawan-kawan yang memerlukan itu bagi aku secara peribadi memang takde masalah. Boleh dilaksanakan dengan persetujuan semua.

Pasal tarikh kick-off tu aku setuju sama famia. ON aje.

:-)

me_ said...

ehhem... aku bkn setakat nk reserve 6hr tu tuk kengkwn, tp tuk diri sendiri jugak sbnrnye yg utama.. hahahaha... permisiiiiiiiiiii.. :D

LediAgli said...

aku las komen.. abeh dah koang komen.. dah abeh.. nak komen apa?