Tuesday, April 3, 2007

Pusingan 2 - Chapter 3

Nyiur gading tinggi menjulang,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima di dalam cawan,
Hancur daging berkisi tulang,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan.

Suasana di jeti Lumut kelihatan sedikit sibuk. Kelihatan beberapa orang pemborong ikan kering sedang mengarahkan para pekerja mereka untuk memunggah kotak-kotak yang berisi hasil lautan dari bot yang baru tiba dari Pulau Pangkor. Memang menjadi kebiasaan pemborong-pemborong ini untuk mendapatkan ikan kering dari Pulau Pangkor yang memang terkenal dengan hasil kering dari lautan itu. Disuatu sudut menunggu kelihatan beberapa orang penumpang feri sedang menunggu kedatangan feri yang sepatutnya tiba 10 minit yang lalu. Kelihatan rona resah diwajah mereka. Kelihatan disuatu sudut pula duduk seorang ibu mendukung seorang bayi yang masih berusia merah. Disampingnya seorang anak kecil yang berumur dalam lingkungan lima tahun berdiri sambil memegang erat hujung baju si ibu. Radi memerhatikan gelagat anak beranak itu, naluri kewanitaannya sedikit tersentuh bilamana melihat kemesraan anak beranak tersebut. Radi mendengus perlahan. Menghitung usianya yang semakin meningkat itu. Teman-temannya yang lain semuanya sudah berpunya, dia sahaja yang masih bersendirian. Bukannya dia memilih tapi apakan daya. Yang ditunggu tak kunjung tiba, yang diharap entah kemana.

Apa diharap padi sebendang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan sudi entahkan tidak

Radi berdiri di tepi jeti sambil melontarkan pandangan jauh ke dasar lautan. Kelihatan anak-anak ikan berenang-renang bebas didalamnya. Radi mencampakkan beberapa ulas roti kering dan hatinya begitu girang setiap kali melihatkan telatah anak-anak ikan yang berebut-rebut mendapatkan roti tersebut.

“Alangkah damainya hatiku kalau aku menjadi seperti ikan-ikan ini. Bebas berenang-renang kemana sahaja aku sukai. Aku tidak mahu hatiku terikat dengan impian yang akhirnya akan melukai diriku sendiri. Tetapi aku juga tidak mahu orang yang aku sayangi melukakan diriku,” bisik hati Radi sendirian.

Tiba-tiba kedengaran satu pengumum, “Feri menuju ke Pulau Pangkor akan tiba dalam tempoh masa lima minit dari sekarang. Para penumpang diminta bersedia.”

Ingatan Radi terhadap impiannya terputus, Radi lantas mengambil bagasinya yang berupa backpack dan menyandarkan dibelakang badannya. Dia mengenakan kacamata Ray-ban. Semilir bayu laut bertiup menyebabkan hujung tudungnya sedikit mengerbang. Radi kelihatan sungguh ayu sekali.

Sebaik sahaja feri sampai di jeti. Radi lantas masuk ke dalam kabin penumpang dan mengambil tempat duduk yang berhampiran dengan bilik kemudi. Tidak lama selepas itu, feri tersebut membunyikan honnya tanda untuk berlepas dari jeti Lumut.

Perjalanan mengambil masa sekitar 25 minit sehingga 30 minit. Gelombang nipis ombak menyebabkan keadaan di dalam feri itu sedikit terhuyung-hayang. Radi tidak betah, di lantas keluar ke bahagian geladak kapal. Disitu Radi berdiri sambil memerhatikan arah daratan Pulau Pangkor. Radi tahu selepas ini feri akan berhenti sebentar di Jeti Sungai Pinang Kecil sebelum menuju ke Jeti Sungai Pinang Besar. Ini bukan kali pertama Radi kesini, bahkan ini kali kelima Radi ke sini. Setiap tahun tanpa pernah ada keuzuran dia akan datang kesini bersedirian. Radi teringat lima tahun yang lalu dia pernah datang kesini bersama-sama dengan Joyah dan juga Karem. Waktu tu mereka semua baru habis SPM. Di pulau ini lah mereka mengikat janji untuk menjadi sahabat sehidup semati. Dan di pulau ini jugalah tersimpannya rahsia hati mereka masing-masing.

Perjalanan Feri begitu lancar. Diufuk langit kelihatan sepasang camar terbang beriringan.

“Alangkah baiknya kalau aku dapat jadi seperti pasangan camar itu. Kemana sahaja aku terbang aku tidak akan pernah bersendirian. Hanya takdir Allah sahaja yang dapat memisahkan aku,” bisik hati Radi pilu.

Burung camar terbang melayang
Singgah sebentar didahan mati
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi

Tanpa Radi sedari Feri itu semakin menghampiri jeti Sungai Pinang Kecil. Beberapa orang penumpang kelihatan berebut-rebut berdiri di pintu keluar Feri tersebut. Kelihatan ibu yang ditemuinya di jeti Lumut tadi terkial-kial menarik beg pakaiannya sambil mendukung bayinya. Radi menoleh ke kiri dan kanan mencari anak si ibu itu yang seorang lagi. Rupanya si anak itu sedang berdiri dihadapan ibunya sambil menahan asakan orang-orang yang berdiri dihadapannya. Radi menghampiri ibu tersebut dan cuba menghulurkan pertolongan dengan cara membantu ibu tersebut mengangkat begnya sehingga ke jeti dan kemudian Radi kembali semula kedalam Feri untuk menuju ke jeti Sungai Pinang Besar.

Perjalanan Feri diteruskan menuju ke perhentian yang seterusnya. Sesampainya Radi di jeti yang seterusnya Radi lantas menahan teksi van yang banyak terdapat disekitar jeti tersebut.

“Pakcik! Saya nak ke Teluk Nipah,” Radi.

“Naiklah!” jawab pemandu teksi van sambil tersenyum ramah.

Sepanjang perjalanan Radi lebih banyak berdiam diri, ingatannya kembali ke lima tahun yang lepas.

“Alah…jomlah kita pegi Pangkor. Lepas ni aku dah tak jumpa korang lagi. Radi dah pegi UITM Dungun, kau pulak Joyah nak pergi Ireland. Jomlah! Jomlah!” gesa Karem bersungguh-sungguh.

“Apa aku nak bagitahu mak aku,” jawab Radi.

“Alaaah! kau katalah kau ada rombongan sekolah. Kalau kau orang tak pergi, rugilah korang. Aku ada benda surprise tuk korang semua ni. Ni tengok ni!” sambung Kareem sambil menghulurkan beg sandang sekolah yang dibawanya kepada Radi dan Joyah.

“Aip! Aip! Pegang boleh tapi tengok jangan harap,” Karem.

“Kareemmm… apa benda dalam beg kau ni, pelik semacam aje,” Joyah.

“Haaa…kalau korang nak tahu hujung minggu ni kita pegi Pangkor. Amacam? ON tak?” Kareem mengumpan.

“Tengok dululah,” jawab Joyah.

“Aku…aku, bagi aku pikir dululah,” Radi.

“Alaahh…korang ni mengadalaaa. Oklah aku bagi masa sampai esok jer. Esok konfirm dengan aku sebab aku nak pegi beli tiket bas,” gerutu Karem.

. . . . . . . . . .

“Adik! oh Adik! Kita dah sampai Teluk Nipah ni,” pemandu.

Radi sedikit tersentak. Lamunannya terhenti.

“Oh berapa bayarannya?” tanya Radi sedikit terkebil-kebil.

“Sepuluh dah lah,” pemandu.

Radi mengeluarkan dompetnya dan membayar tambang yang dipinta oleh pemandu tersebut.

Setelah menyelesaikan pembayaran, Radi lantas turun dari teksi tersebut. Dan dihadapannya terbentang sebuah pantai landai yang berbentuk seperti teluk. Pemandangan ketika itu sangat indah sekali.

Deruan ombak,
Landai membelah titipan pantai,
Bersendirian Aku,
Merenung ufuk timur,
Desiran bayu yang mengasyikkan,
Tenggelam bersama bunyian dan warna alam,

Disini aku berdiri,
Mencari kedamaian,
Mencari makna cinta,
Memahami erti kehidupan,

Kicauan beburung menambah kedamaian,
Tenang, damai, rindu dan cinta,
Seolah terdampar disyurga dunia,

Aku diam,
Aku pandang,
Dan aku mengerti,
Betapa diri ini kerdil sekali,
Jika dibandingkan seluas samudera,

Wahai Tuhan,
Resapkan rasa alam ini ke dadaku,
Agar aku juga damai selalu.


Radi meneruskan langkahnya menuju kehujung teluk, dikawasan berpantai yang sedikit berbukit batu. Semakin dia menghampiri kawasan bukit batu tersebut semakin kuat debaran hatinya. Semakin dia menghampiri kawasan tersebut semakin kuat ingatannya kembali menerjah peristiwa lima tahun yang lalu. Disinilah dia, Karem dan Joyah pernah berdiri lima tahun yang lalu.

“Woi! woi! Kareem, cepatlah tunjuk apa benda yang kau nak tunjukkan sangat tu,” bising Radi.

“Cepatlah woi!, apalah sangat surprise kau tu,” sambung Joyah pula.

“Yelah…yelah, tengok ni. Jeng! Jeng! Jeng!” Kareem.

“Aduhhh!” jerit Kareem.

Satu starlait hinggap tepat di dahi Kareem.

“Apasal kau starlait aku,” marah Kareem pada Radi.

“Botol kecik bodoh ni kau kata surprise. Tak guna punya kawan,” marah Radi pada Kareem.

“Aku ingatkan apa benda lah tadi, buang karan sungguh,” marah Joyah pula.

“Wei! Dengar lah dulu cerita aku, belum aku habis cerita korang dah marah-marah aku. Pastu siap starlait aku pulak tu. Hampeh punya Radi,” balas Kareem sambil merenung marah ke arah Radi. Radi membuat muka selamba badaknya tanpa menghiraukan kemarahan Kareem padanya.

“Yelaaah, hah cepatlah cerita,” Radi.

“Ok macam ni, botol ni nampak aje macam botol minyak cap kapak saiz besar tuh, tapi harga dia mahal wooo. Aku beli kat KL waktu aku ikut bapak aku pegi melawat saudara aku sakit bulan lepas. Harga dia seratus lima puloh hinggit. Habis aku pecah tabung duit aku tuk beli benda alah ni. Ok benda ni kita panggil time capsule ataupun dalam bahasa melayu standardnya kita panggil kapsul masa,” jelas Kareem.

“OOOO,” jawab Radi dan Joyah serentak.

“Ok! kapsul masa ni tahan cuaca dan juga water proof, pasal tu harga dia mahal. Okey sekarang ni, apa yang kita semua perlu buat adalah korang tulis korang punya rahsia hati dan juga impian korang dalam kertas ni,” Kareem menghulurkan kertas pada Radi dan juga Joyah.

“Weeeei! guna pen ni. Pen dan kertas ni pun special jugak. Kertas ni tahan lasak, sekali korang tulis atas kertas tu pakai pen ni memang confirm korang takleh padam apa yang korang tulis. So pikir dulu sebelum tulis,” sambung Kareem.

“Korang dah abis tulis ke belum? Lembab macam siput sedut betul lah korang ni. Dah abis tulis, korang lipat, pastu tulis nama korang kat atas kertas tu. Okeh lepas tu, aku masukkan aku punya, Radi punya dan Joyah punya jugak dalam botol ni. Okeh, tengok ni. Aku tutup rapat-rapat botol ni," sambil Kareem menutup ketat-ketat penutup kapsul masa tersebut.

"Okeh, bila korang semua dah abis belaja kita datang sini balik untuk buka balik kapsul masa kita ni. Ok benda alah ni aku tanam kat sini. Tengok baik-baik, nanti terlupa tempat dia susah pulak kita nak cari benda ni balik nanti,” Kareem.


. . . . . . . . . .

Kerana kapsul masa inilah Radi sanggup saban tahun datang ke tempat ini sendirian untuk memastikan bahawa kapsul masa itu masih berada ditempatnya. Tiada siapa yang tahu kedatangannya kesini. Sama ada Kareem mahupun Joyah.

Tapi kali ini tujuan Radi datang bukan setakat untuk memastikan bahawa kapsul masa itu masih berada di tempatnya. Tapi niatnya datang adalah untuk mengetahui apakah rahsia hati Kareem yang tersimpan di dalam kapsul masa tersebut.


Debaran Radi semakin kencang. Dengan tergopoh-gapahnya Radi mengali kawasan tanah dicelah-celah batu besar tersebut. Akhirnya Radi menemui apa yang dicari-carinya.

Radi tidak berminat untuk mengetahui apa rahsia hati Joyah, yang penting Radi mesti tahu apa rahsia hati Kareem.

Tangan Radi menggeletar ketika membuka penutup kapsul masa tersebut. Radi cuba mengawal emosinya. Antara keinginan yang begitu meluap-luap dan kesabarannya yang sudah menjadi begitu semakin nipis.

Dengan perlahan Radi mengeluarkan kertas yang tertulis nama Kareem di atasnya. Radi membuka lipatan dan membacanya.

D,

Aku suka sangat kat ko. Tapi kalau ko tak suka aku takpelah.
Akekekekeek.

Yg Benar,
Kareem

Radi menatap lembaran kertas tersebut. Air matanya bergenang.

Siapa D? Adakah ia RaDi ataupun Dayah (Hidayah merangkap Joyah). Dayah merupakan nama panggilan keluarga Joyah terhadap dirinya. Yang pastinya D bukanlah untuk Darkwan, Dop ataupun Danineh.

Air mata Radi yang tadinya hanya sekadar bergenang kini mula bersedu. Radi tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.

Tiba-tiba telefon bimbit Radi berbunyi…

Joyah Call...Answer

P/s: Next writer, suhaila. Sambung jangan tak sambung. akekekkeke ;-)

32 comments:

DarkWan said...

Eps .. Dakyah mcm bkn nama yg sesuai je .. Dayah kot ..

Yg lenlain aku sukeee. Cuma mcm byk sangat sajak/puisi/pantun/gurindam/lirik lagu .. keke.

~inilah saya~ said...

Dop, pasal Dakyah tukar pada Dayah tu takde hal punya....:-)

Pasal banyak sangat sajak/puisi/pantun ada dalam chapter ini ada alasan yang tersendiri.

FIrst, sebab nak mengambarkan betapa Radi dalam keadaan yang feeling (Cinta dan kerinduan) yang amat sangat. Biasalah kalau kita tengok pasangan yang sedang dilanda panah arjuna semua kata-kata diorang memang indah-indah belaka. Tak percaya, cuba tanya orang-orang yang sedang bercinta,

Second, saje second raound ni aku buat lain macam seket. Kasi next writer MenDeRita. Akekekekekekeekek

Bagi Next Writer Telan dan Hadam betul2 sajak/pantun/puisi tu. Bagi dia menjiwai watak tu betul2. hahahha

Kejamkah Aku?

:-)

DarkWan said...

Munken betol juga itu. Tetiba aku teringat Fahri ehehehe.

~inilah saya~ said...

Dop! sapa fahri?

famia said...

haha.radi..radi..
chapter kali ni.. agak lembot sket aura dia..mmg aku baca pon rasa menderita..naseb la suhaila.

haha.

“Alah…jomlah kita pegi Pangkor. Lepas ni aku dah tak jumpa korang lagi. Radi dah pegi UITM Dungun, kau pulak Joyah nak pergi Ireland. Jomlah! Jomlah!” gesa Karem bersungguh-sungguh.

kalau aku tak silap la..masa round 1 dulu.. episod suhaila ke awi tah yg kat hospital sbb karim masok sepital tu.dlm tu.. kalau tak silap aku la.. Radi tak tahu pon yg Jo pegi ireland. Itu pon karem yg bagitau. pastu radi siap mcm kecik ati plus jeles ke ape tah yg Karem tau tapi dia tak tau waemah dia lebih rapat ngn jo.

Dalam hujung episod manetah dalam round 1 ngn episod 3 round 2 ni ada sedikit kontra berkenaan hal tu.

Sebenarnye... Radi tak tau kan? Hahah. Dah jadi pening jugak ni.

Point Rujukan Utk Next Chap..
1- Radi skang buat ape.. dia dok mana.. rajen pulak melepak gi pangkor.
2- Nini.. tak interframe ke dlm zaman sekarang.. pas belajar takkan dah lost contact ngn nini.
3- femili Radi + Karem + Joyah kamceng tak? rapat gile tak? ke.. tak geng.
4- Peristiwa Radi confess kat Karem masa episod 8 Round 1 ngn episod 3 round 2 ni... time bilakah? yg mana yg jadi dulu? kalau taim dia buat time kapsule tu karem tak tau radi suke dia.. maka taim bile pulak dia confess kat karem dlm sepital tu. peristiwa mana yg jadi dulu?
5- macamana joyah ada number radi? dia simpan sejak dia gi ireland ke?
6-da bape lama dia peram nombor radi tapi tak pernah call radi mahupon orang kampongnya?
7-macamana radi ada nombor ireland joyah? still keep in touch ke? atau pon ade betanya kabar bersms jarak jaoh sekali dua di kala nak raya? atau.. macamana?

hahha... susahnyeeeeeeeeeee nak tutop round 2 ni. aduhai saleha.

p/s: suhaila.. berusahalah!

~inilah saya~ said...

”Eh, mana Joyah sekarang eh?”

”La kau tak tahu lagi ke?”, soalan Karem membuatkan Radi terkedu seketika.

”Tahu apa? Joyah dah kawin ke? Dengan orang mana?”, Radi cuba membuat andaian.

”Dia dah tak ada”, perlahan suara Karem menjawab. Karem menunduk muka ke katilnya.

”Hah??”, Radi tersentak lantas terduduk ke lantai. Matanya tampak berair.

Radi bukanlah seorang yang mudah bersedih. Apatah lagi mengalirkan air mata. Tapi kali ini jelas dia sukar menahan. Kata-kata Karem itu bagai menyentak jantungnya. Dia tidak fikir Karem berbohong dalam hal ini walaupun dia tahu Karem memang pandai berhelah. Itu dulu, fikirnya.

Melihat keadaan Radi itu Karem bingkas menyambung.

”Dia dah tak ada kat sini la. Dia dah pergi Ireland sambung degree kat sana..Hehe”, Karem tersengih menampakkan giginya yang jarang. Seronok hatinya dapat mengenakan Radi.

’Eeeeeee!! Hampeh kau Karem!”, Radi membaling bungkusan buah limau yang sejak tadi dipegangnya. Mujur Karem sempat menyambut.

Ulasan: apa yang aku paham kat sini, berdasarkan respon yang diberikan oleh Radi dalam dialog dibawah, actually Kareem mempermainkan Radi. Pasal tu Radi geram kat Kareem. Tapi itu bukan bererti bahawa Radi tak tahu kat mana Joyah berada. Satu lagi, mana lojiknya jika Radi tak tahu mana perginya Joyah sedangkan mereka bersahabat baik.

Kesimpulannya: Radi tahu mana Joyah Pergi. Dialog diatas sekadar lawak Kareem untuk mengenakan Radi.

Dani neh said...

D tu Danilaaaaaaaaaaaaaaaaaa


hehehehehehe [sengeh sampai telingeeee]

Dani neh said...

takkan D tu Dakwan kot kan.. hahak... dah jadik laen tuh

DarkWan said...

@Qassey

”Dia dah tak ada kat sini la. Dia dah pergi Ireland sambung degree kat sana..Hehe”, Karem tersengih menampakkan giginya yang jarang. Seronok hatinya dapat mengenakan Radi.

Ai Karem .. gigi jarang porn ada orang minat .. aku .. huhu .. ahahaha. Eh tershashul lak aku.

Aa ..kalo tuka dah dgn kan will do.

”Dia dah tak ada kat sini la. Dia kan pergi Ireland sambung degree kat sana.."

@Dani
Perasan la Danineh .. hak hak hak.

DarkWan said...

@Qassey

Tertinggal, pasal Fahri. Cuba tanya sama bro Habiburrahman El Shirazy ehehehehe.

~inilah saya~ said...

Darkwan: hahahah...pasal fahri tu bila aku dah send komen baru aku teringat fahri tu dari waktak buku mana...aduhhh...kepala aku berserabut pagi tadi...

Pasal dialog tu, aku copy sebijik-sebijik dari entri Awi...entri P1:C7. Anyway thank you for your advice.

Danineh: Sila baca ayat dibawah ini,

Siapa D? Adakah ia RaDi ataupun Dayah (Hidayah merangkap Joyah). Dayah merupakan nama panggilan keluarga Joyah terhadap dirinya. Yang pastinya D bukanlah untuk Darkwan, Dop ataupun Danineh.

Adusss....masih memerasan lagi ke....akeekekekkeek

me_ said...

korg wat konspirasi nak menjatuhkan aku ek.. elehhh.. letak la 25 sajak ke syair ke lagu ke.. xde efek pape pon kat aku.. sbb...... endingnye berbunyi begini:

"Joyah Call...Answer"

Huzai:
7-macamana radi ada nombor ireland joyah? still keep in touch ke? atau pon ade betanya kabar bersms jarak jaoh sekali dua di kala nak raya? atau.. macamana?

jawapan:
”Aa cepatla bagi nombor Joyah. Lupa lagi ke?”, Radi bersuara.

Karem cepat-cepat menekan punat telefon bimbitnya mencari nombor Joyah.

” +353851455281”, satu demi satu Karem menyebut nombor Joyah supaya mudah Radi menyimpan ke dalam telefon bimbitnya.


sekian time kasehhh.. korg tungguuuuu entri akuuuuuuuuuuu..................

me_ said...

Dani + Dop:
PERASAANNNNNNNNNNNNNN..!!!!

:P

DarkWan said...

Ala, kate je ko nak interprem. Amek la amek la, sedih tol sbb org x mensyen nama dia ..

... suDip.

^(^.^)\/

me_ said...

aku x mtk korg mensyen name aku.. tp kalu nk gak mensyen xkan aku nk kate xleh plak kan.. kakakak..

tp tul la.. ape kait mengait watak nini tu ek?? aku rs cam watak radi,karem ngn joyah ni lg bes nk distorikan.. ni pendapat aku la ek..

Dop: nk sudip sgt ke?? kat umah aku berlambak.. nak ke?? :P

DarkWan said...

SUdip ke ladam kuda? Baik ko piker bebaik. Anda pasti? Takmo guna talian hayat?

Huehuehue ..

famia said...

hehe.. tak senonoh betol budak2 ni.
(terasa mcm kakak besar pulak)

oho.
ade ek suhaila dia bagi namber kat radi. akulupa. ai em sori. mak masak kari.

aa.. sambong la cepat2..
tak sabar nak tau ape butir diorang punya perbualan jarak jaoh tu.

sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.
sambongla.sambongla.sambongla.

p/s: aku da dapat idea nak buat penutup. da dapat rangka. muahakhakaks. tunggula aku rosakkan watak2 utama tu.

iwafays said...

tpkan entri aku tuh ekceli aku mmg nk tunjukkan yg radi da los kontek ngn joyah.

eniwei bes ah citer ko neh.ke ko pon tgh berementik ngn sesape neh qaseh? krekekek!

famia said...

hehehe..kan wi.
aku .. dani ngn awi pon bepikiran yg sama juge.

mmg aku ingat diorang dah lost kontek bedasarkan kata2 si karem.

Satu lagi, mana lojiknya jika Radi tak tahu mana perginya Joyah sedangkan mereka bersahabat baik.
hehehe.. lojik je. tak semua sahabat baik tau perihal sahabatnya.

takpela.. folo je flow stori. hehe. lain orang lain pahaman.

~inilah saya~ said...

Kepada Awi + Dani + Famia dan lain2.

Aku ni sapalah yang sudi, dahlah kulit hitam, hidung tak mancung, tak kaya pulak tu.

Haahahahah

Aduhai naseb-naseb.....

~inilah saya~ said...

Kepada Project Manager Bolacat,

er..pasal next paint ball tu boleh tak bg details secepat yang mungken.

Kawan-kawan aku ni ramai pula yang teruja dan nak joint sama. Aduhhhh!!!!

famia said...

haha.
bilangan tak terhad..
segala penyertaan SELEPAS 18/4 tidak akan diterima.
bayaran insyaallah masih sama.
lokasi.. sedang dlm perbincangan.
paleng mahal kena bayar utk lokasi baru pon mungkin rm70. dapat 400 pellets. lokasi kat kemensah. tp tgh usha lagi la. blom konfem pon.

laen2.. maseh sama macam last game.
nak lebih thrill.. ko soh diorang tgk segala gambo paintball kite.
konfem lagi teruja. haha.

p/s: kemungkinan besar.. ada tambahan rm10 utk setiap orang bagi pembayaran makanan. boleh kan harapnye?

dan mungkin kalo nak jimat kos..
aku rasa hamper hadiah bagai takyah la kot dani. buat susah korang je nanti. banyak sangat korang nak hendel.
makanan pon banyak sangat haritu. maka.. kita bersederhana ajelah nanti eh eh. nanti takdelah susah dani sekeluarge.

p/s: kalo nak ajak geng.. sila lah. tapi lepas dr 18/4... takkan diterima dah. pening kepala brader tu nanti. aku ngn dani pon pening. haha.

famia said...

lupe.

Aku ni sapalah yang sudi, dahlah kulit hitam, hidung tak mancung, tak kaya pulak tu.
haha.. alaa.. ruangan mencari jodoh pon banyak je sekarang ni. kot lah. aku teka je.. (bukan bermaksod aku pernah join ye) ahkhkahkas.

~inilah saya~ said...

Famia: kalau kat kemensah tu trill tak macam kat rimba harmoni tu..

hutan ke padang?

heheh...

Pasal makanan tu, yelah menyusahkan Dani sekeluarga aje. Tapi kalau orang dah nak berbudi takkan kita nak halang kot...tak cukup tapak tangan...tanah semenanjung malaysia ni kita tadahkan...heheheeh..

Lagi satu...apa kes masuk ruangan mencari jodoh...nanti glamer pulak susah diri sendiri aje...

Akekekekekeek....

Dani neh said...

eh eh.. Qaseh.. aku tepaleng ske pantun kau nih...

"Apa diharap padi sebendang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan sudi entahkan tidak"

meh nak jawab....

"marilah berharap padi seguNI
walopun ckit tp menjaDI
amat la rendu org disiNI
memberi kasih pada yg suDI"

*ihsan aku ciplak dari orang.. heheh.. cepat ECHEH kan aku... ECHEH kan laaaa.. ngehehe

famia said...

eceh dani.

2qasey:
yep.. situ hutan.. kemensah ada 3 fields.. 2 jungle ngn 1 bunkers(mcm padang)..tp sbb dia rm70.. maka tgh pk la jugak ni.

~inilah saya~ said...

echeh...echeh...dani

Ko nak aku jawab pantun tu ke...

Akekekekek....;-)

Dani neh said...

jawab bang... jawab.. jawab... [sambel menyinsing lengan baju dua lapis]

*hahak

~inilah saya~ said...

Terimalah pantun ku wahai tuan puteri,

Ecehh..ecehh macam Pertandingan Pantun Peringkat Kg Pandan aje.

Apa diharap padi seguni,
Kalau rosak dimakan tikus,
Apa guna menabur janji,
Kalau hati tak pernah tulus.

Sambil mengacu-ngacu muncung marker ke udara.

he he he...jawabler...kalau nak jawab...

;-)

DarkWan said...

Padi seguni dimakan tikus,
Padi dua guni dimakan rakus,
Hati siapa yang tak tulus,
Itu tanda tak berjiwa mulus.

Amek ko pantun entam kromo bwahahahaha.

PS: Ada sejarah pasal seguni dengan dua guni ni ..

~inilah saya~ said...

Dop terima pula pantun ini,

Mencari damai dibumi Andalus,
Ditepian pantai berpasir halus,
Bukan mudah mencari tulus,
Ibarat air di padang tandus,

PS: apa sejarah seguni dua tu...

ho! ho! ho!

DarkWan said...

Cerita guni guni ni, tapir sikit. Membe aku ni, dia main nombor. Dalam 4D punya forum, ada sorang nama master saguni.

http://www.4d2u.com/forum.php

master saguni ni, buat kelas prediction no. Satu kelas RM250. Lepas tu, membe aku tak puas hati, dia create akaun master duaguni dengan niat menganjing dan 'bakar' master saguni.

Itulah dia cerita sa(satu) guni dan dua guni kekeke. Aku dengar je cerita dia ni. Aku tak penah main nombor pun.

Tapi, tahukah korang, no. moto aku - 5207 dah naik pada 23-SEP-2006 dan ada orang predict no tu.

BIG - RM70
SMALL - RM80

Kaya woo. Bahan bakar api neraka lagi. Hahahaha.

PS: Judi adalah haram di sisi agama Islam. Ia adalah termasuk dlm kategori dosa-dosa besar..