Saturday, January 27, 2007

Pusingan 1 - Chapter 4

"Woi Nini! Ko suka kat Dedi yer", sergah Radi.

Kelas sudah tamat. Kebanyakkan pelajar mula berpusu-pusu untuk keluar dari bilik makmal sun dan ada yang berkumpul bersama Puan Ru, mungkin mereka hendak bertanya soalan apa yang tidak difahami.

"Dari tadi aku tengok kau tak berkelip memandang Dedi, haaa baru aku tahu kau dah jatuh cinta, cinta pandang pertama", Radi dengan nada separuh mengejek.

"Mana ada, aku cuma pandang tahi lalat yang ada kat muka dia aje. Takkan pandang tahi lalat kau nak jatuhkan hukuman, 'yang aku cinta pada dia' ", balas Nini dengan muka kemerah-merahan. Mungkin menahan malu.

Tiba-tiba Dedi melintasi mereka berdua, sempat pula Dedi menegur Radi.

"Eh! cantik kasut awak. Saya rasa lebih sesuai kalau awak tambah satu aksesori lagi, topi pancing. Ha ha ha ha", ketawa Dedi dengan raut muka yang sangat kejam.

Radi dan Nini terkesima, seluruh saluran urat nadi mereka menjadi kejang secara tiba-tiba. Lutut mereka bergetar. Seolah-olah inilah kali pertama mereka bercakap dengan lelaki. Lidah kelu, terdiam tak bersuara.


"Maaf atas lawak bodoh saya yang tak berapa menjadi tadi", tiba-tiba aje raut wajah Dedi berubah, berubah dari sangat kejam kepada sangat kool. Intonasi suaranya juga berubah kepada 'very low pitching'. Radi dan Nini masih lagi terkesima, seperti dirasuk hantu pokok.

"Sebenarnya saya nak ajak awak berdua menyertai perbincangan kumpulan untuk projek Puan Ru ni. Itu pun kalau awak masih belum ada kumpulan lagilah". Sambung Dedi lagi.

Radi dan Nini masih lagi dalam keadaan terkesima. Menjawab iya pun tidak, menjawab tidak pun tidak.

"Takpe, awak balik fikirkan dulu, malam nanti awak sms saya. Ni nombor telefon saya". Hulur Dedi kepada Radi sambil Dedi menyuakan senyuman yang paling manis ke arah Radi. Dengan perlahan Radi mengambil kertas yang mengandungi no telefon bimbit Dedi tersebut.


"Jangan lupa sms saya tau", pesan Dedi kepada mereka berdua sebelum dia sendiri berlalu dari situ.

Radi masih lagi terkesima, manakala Nini sudah mula boleh mengerlip-ngelip kan matanya.

"Hoi! apa tunggu lagi, jom balik. Petang ni kita pergi berbasikal mengelilingi kampus", ujar Nini. Radi seperti masih belum pulih dari terkena sampukan panah arjuna tadi.

"Woi! Radi...ko kenapa ni, jom lah balik". Satu starlait melekap penuh di dahi Radi.

"Woi..kenapa kau starlait aku", jerit Radi kepada Nini.

"Ha ha ha...kau ni mamai lah. Dah jom balik". Balas Nini

"Yer..yer...jom balik", Radi.

Dalam perjalanan pulang, sempat Nini mengusik Radi.

"Haa...nampaknya cempedak sudah jadi nangka, Dedi suka sama kamu, ujar nini dalam slang indon. ha ha ha", tawa Nini berderai semula.

Adush!!! Satu cubitan hinggap di lengan Nini.

Tiba-tiba....

Treet!...Treet!.....
Treet!...Treet!....
(Telefon Bimbit Radi Berbunyi)

Radi melihat pada skrin, kelihatan skrin telefon tersebut memaparkan perkataan 'RUMAH'.

Radi menjawab panggilan tersebut, tiba-tiba kelihatan air mata mulai membasahi pipi Radi. Selesai bercakap melalui telefon, Radi mulai bersuara.

"Ni, aku kena balik ke kampung, aku ada emergency". Sambil Radi mengelap sisa air mata yang masih ada di matanya.


"Tapi kenapa? cuba kau bagitahu aku. At least senang aku nak menjawab dengan lecturer bila diorang tanya aku nanti". Balas Nini cuba mengorek rahsia kenapa Radi menangis. Nini amat mengenali Radi, perempuan ni memang sukar untuk mengeluarkan air mata. Tapi kalau dah sampai tahap menangis, mesti perkara ni sangat menyentuh perasaan Radi.

"Ok, kau ingat Karem, kawan baik aku waktu kat kampung dulu. Dia accident. Mak aku cakap tadi, keadaan dia sangat parah. Motor yang karem tunggang untuk mengangkut ayam terlanggar dengan traktor pembajak sawah. Aku kena balik nak tengok keadaan dia", jelas Radi.

"Oo Karem yang tempoh hari kau tunjukkan gambarnya pada aku kan", balas Nini.

"Kasihannya dia, aku harap dia tak apa-apa", Nini cuba menunjukkan simpatinya.

"Kau tolong cover apa-apa yang patut yer. Kedatangan kelas tolong sign bagi pihak aku. Kalau ada apa-apa hal yang penting kau roger aje aku kat kampung", pesan Radi lagi.

Malam itu Radi bertolak pulang ke kampungnya di Tanah Rata, Cameroon Highland yang berhampiran dengan hutan Gunung Berincang dengan menaiki bas express. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, ingatannya hanya tertumpu kepada Karem. Hatinya begitu tidak tenang sekali, walaupun mereka sekadar berkawan sahaja, tetapi kadang-kadang Radi terasa seperti seolah-olah ada satu jalinan perasaan yang istimewa antara dia dan Karem. Satu jalinan yang lebih dari sekadar seorang sahabat.

Sepanjang yang dia tahu memang Karem telah mewarisi perniagaan dari bapanya. Menjadi seorang penternak dan peniaga ayam yang berjaya. Manakala satu-satunya kawan perempuan-Joyah yang dia ada telah berjaya melanjutkan pelajarannya di Ireland. Tak lama selepas Joyah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya, Radi pula menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di UITM. Sedar tak sedar dah empat tahun masa berlalu. Begitu pantas masa berlalu.

Tepat pukul 5.30 pagi, Radi tiba di pekan Tanah Rata. Amer Khan, adik kepada Radi telah bersedia menunggu di perhentian bas tanah rata dengan motor kapchainya. Oleh kerana waktu masih terlalu awal untuk Radi ke hospital, mereka pulang ke rumah terlebih dahulu.

Sesampai di rumah, Radi sempat bersarapan dengan kedua-dua ibu bapanya dan adik beradiknya yang lain. Sempat juga Radi bertanya perihal keadaan Karem pada ibunya, lega hatinya bila mengetahui keadaan Karem tidak separah yang disangka. Selesai bersarapan, Radi terus ke bilik untuk berehat. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah kotak lama yang menyimpan banyak khazanah miliknya.

Radi menyelongkar kotak lama tersebut. Dia menemui sebuah buku autograft yang digunakan untuk menyimpan alamat dan kata-kata daripada kawan-kawannya. Dia menyelak-menyelak buku tersebut, sampai di suatu muka surat tiba-tiba Radi tersenyum.


Lantas memori Radi terkenang kembali...

"Ha ha haaaaa haaaa haaaaa", Kareem.

"Hihiii hii...ahaaa... hahhhhaa", Joyah.

"Padan muka kau. Kan aku dah kata, tapi kau tak mahu dengar cakap aku. Kan sekarang dah jatuh berdebub…hah haaa haaaah ahh", gelak Karem lagi.


17 comments:

famia said...

hah hah hah..
gile laaaahhh..
bes gileee..
laju gile nak mati ko tulis.
tahniah.
mmg menulis secara hebat bergaya betol.

nex... nex..
suhaila!

~inilah saya~ said...

Famia: aku begitu obses dengan projek ni. Ntah macamana dalam penat-penat aku balik lewat pun, idea datang mencurah-curah. Syukur pada allah.

So bila idea dah mencurah...tidur pun dah tak boleh. Kena tulis jugak. hi hihi

Yes...next suhaila...

Go! Sue Go!

~inilah saya~ said...

Famia: aku harap kau tak marah pasal lawak topi pancing tuh yer...hihihihii :-)

~inilah saya~ said...

Aku baru perasaan, kat cameroon highland ada sawah ke? Cis...macam mana boleh eksiden langgar traktor pembajak sawah.

famia said...

memanggg..
si dakwan pon kutok baju kurong ngn kasot sport.. ko pon kutok topi panceng. ahahahaha..
kutok indirect ye kawan2..
takpe.. takpe..
ade ubi ada bas.. :p

p/s: qasey.. cane ek timing utk suhaila.. mcm ko pakai 1 hari je.. kirenye die ade mase setat harini sampai ahad depan ke cane? aku x pasti... ke ko nye belens 6 hari lagi ape jadi?

DarkWan said...

Shah memang ekspress rakyat huhuhu.

Watak Dedi boleh dimatikan dgn menjadikan dia kantoi exam Math - ambil 3 kali pun tak lepas pastu kena kick dari ITM. Pastu hilang tanpa khabar. Mana la tahu nak twisting cerita boleh jumpa balik ke cane ke, boleh je. Hahak. Sayangnya aku kepada watakku ineh.

~inilah saya~ said...

Famia: ha ha ha ... jangan marah.

Pasal 6 hari balance tuh aku cadangkan kita burn aje. Tak yah carry forward, nanti lagi lambat. Pasal sue tuh, dia punya turn still 7 hari. Kalau dia dah ready aku boleh reset kiraan akhir.

Darkwan: Tengah semangat ni, macam lokomotif lama bila kita letak arang banyak-banyak. :-)

Pasal watak Dedi. takkan nak matikan kot. Kesian sama Radi nanti. He he he.....

DarkWan said...

Huehuehue. Karem nak letak mana weh.

Emm nape kat gambau tu ditulis "ini aku" bukan "inilah saya".

He he he. Zass ..

~inilah saya~ said...

Dop: Kareem..he he he...pandai-pandai lah next writer nanti...

"Ini aku", kalau letak "inilah saya" nampak sangat aku ni gila glamer. ha ha ha

me_ said...

oiii.. gile saiko ko shah!!! aku rs cam tertinggal ketapi ko la.. kena kosentret gak ni.. gambatte!!!

Dani neh said...

eii...
aku suka la...
heheh.. bleh twist in the future kesah karem-radi-dedi.. woot woot.. hihi..

eniwei..
tengx qaseyh kerana tak mematikan karem.. huhu.. sejenak aku dapat tahu die eksiden berdebar2 aku nak bace sampai radi balek kampung..
hish ko nih... bikin getar guwe..

btw.. watak joyah tupun aku bajet nak kasik die belajar obersi.. pandai lah kau qaseyh.. heheh

-karem's biggest crush-

famia said...

ni dah jadi mcm cite filem aja.
apekehal radi karem dedi ni NINI.
hah hah hah..
saket la korang..
jgn spoilkan watak radi yg macho tu.
crush2 ni x rock la.
alahai. mentang2 la aku tulis ke 1..
xleh nak spoilkan cite ni dah.

suhaila..
berusahalah!

~inilah saya~ said...

Dani: Pasal mematikan watak tuh aku rasa orang yang lebih sesuai buat adalah orang yang menciptakan watak itu sendiri. hihihi

famia: nak buat camna? takpe bila sampai turn ko nanti kau crushlah sebanyak mana ko nak...

suhaila tuh aku tak sempat nak reset time, dia dah siap. Turbo chargers betul lah budak tuh. Kawan ko ni makan apa erk..hihiihi :-)

DarkWan said...

Em, tahukah korang, masa aku tgh tulis Chapter 3 tu kan, "Nini" versi aku tu, dan dan tu juga la msg aku lepas lama tak contact hampir setahun kot lepas dia deliver baby.

"Akum, hai, i miss u so much"

Aku dah terhilangkan no dia lepas henset aku rosak masa Ramadhan tahun lepas. Aku balas la msg "sape?"

Dia berkata

"xkan xingat awek lama kot.."

samtaim the stori is getting personal the veri.

*background musik - Pencinta Wanita*

Dani neh said...

hahak..
tape.. nenanti bleh masuk selit cerite personel2 orang2 len kepada watak2 yang same dengan..

~inilah saya~ said...

Darkwan: hu hu hu...sedih siut aku dengar cerita ko. Eh..tapi kalau dia dah kawin kenapa dia masih ber "miss you" lagi. hu hu hu

*background musik - Engkau laksana bulan - Sheila Majid*

DarkWan said...

Shah: Ep jangan sedih. Tu bukan cerita aku yg tersedih.

Nape dia "miss u" ek? Emm tatau la aku *ujarku sambil menggoyang-goyangkan cawan kopi kapal api*