Sunday, December 28, 2008

P3C4 - Joyah Insaf

Suatu malam, apabila Suhaila pulang ke rumah, dia tergerak hati untuk berbual dengan Joyah. Lalu menolak daun pintu bilik rakannya itu perlahan-lahan. Bimbang jika mengganggu situasi dan emosi Joyah.

“Yah, boleh kakak masuk?” Sapa Suhaila yang melihat Joyah sedang berbaring.

“Masuklah kak.” Balas Joyah.

Lega hati Suhaila.

“Macam mana keadaan Yah sekarang?”

“Macam ni la kak.” Ujar Joyah. Lalu bingkas dari baringannya.

“Yah, yang pergi tu, redhakanlah pemergiannya. Kita yang tinggal ni, kena teruskan kehidupan. Takkan Yah nak terus menerus begini.”

“Yah menyesal kak. Yah banyak dosa terhadap emak Yah.” Joyah mula menangis.

“Tapi, Yah tak boleh terus menerus begini. Soal dosa pahala, biarlah tuhan tentukan. Tugas kita, teruskan kehidupan.” Pujuk Suhaila.

“Banyakkan berdoa, Yah. Doakan kebahagian emak Yah di sana.” Sambung Suhaila lagi.

“Yah tau, mak takkan maafkan Yah. Yah berdosa pada mak Yah, kak.”

Suhaila mula sebak. Dia tau perasaan Joyah ketika itu. Walaupun keras hati Joyah, tapi malam itu, Joyah benar-benar lemah. Dia lemah menghadapi realiti yang emaknya telah pergi buat selama-lamanya.

“Yah, kuatkan semangat. Walaupun Yah menangis air mata darah sekalipun, yang pergi tetap pergi. Doakan roh mereka, doakan juga untuk diri sendiri. Itu lebih baik dari terus meratap kelemahan dan dosa masa lampau.”

……………………………

Sejak kembali ke Dublin, Suhaila dapati Joyah banyak berubah. Dia kini lebih banyak berada di biliknya sendiri. Kadangkala, Joyah dilihat tidak pergi ke pejabatnya seperti biasa. Hal ini merisaukan Suhaila. Tapi sesuatu yang sedikit melegakan Suhaila apabila Joyah sudah tidak lagi keluar bersosial bersama teman-temannya di waktu malam. Tidak seperti sebelum ini, asal matahari terbenam saja, Joyah akan bergegas keluar rumah. Dengan pakaian yang sangat menyakitkan mata, Joyah akan dijemput dan dihantar pulang oleh lelaki-lelaki yang pelbagai. Dan akan pulang awal pagi. Keluar semula untuk ke pejabat, pulang lewat petang. Begitu lah saban hari. Payah benar untuk lihat Joyah melekat di rumah.

Tapi tidak sekarang. Joyah sudah tidak keluar malam. Malah ke pejabat pun jarang-jarang. Lebih banyak memerap di rumah, di biliknya sendiri. Kadang kala, perubahan ini juga merimaskan Suhaila. Lebih banyak termenung dan menyendiri di dalam bilik. Sepatah ditanya, sepatah juga jawapannya. Teman-teman serumahnya pun sudah mula faham perubahannya sekarang. Namun, seperti kebanyakan manusia di kota-kota besar, mereka tidak ambil pusing keadaan rakan serumah mereka. Sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau berbual pun, hanya sebaris dua ayat sahaja. Kemudian sibuk buat hal sendiri.

……………………..

Mata Suhaila tertancap di kaca TV. Tiada apa yang hendak dilakukan ketika itu. Namun, tugasan-tugasan latihan praktikalnya masih lagi bertimbun. Tidak diusiknya walau ketika itu, masanya terluang. Lebih selesa menonton televisyen dari mengadap tugasan.

Ketika asyik menonton, tiba-tiba dia terdengar pintu depan rumahnya dibuka. Tidak diendahkannya. Dia tau, kalau bukan Joyah, rakan-rakan serumahnya yang lain baru pulang dari kerja.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.” Balas Suhaila. Sekadar menjeling kepada pemberi salam. Benar sangkaannya. Joyah baru pulang.

Joyah melabuhkan punggungnya ke sofa, berhampiran Suhaila.

“Macamana kerja Yah hari ni?”. Soal Suhaila lembut. Namun matanya masih ditancap ke kaca TV.

“OK je.” Balas Joyah, ringkas.

Masing-masing mengadap TV. Diam seketika, seolah-olah mengizinkan malaikat lalu.

“Kak...”

“Hmmm…?”

“Yah ingat nak balik Malaysia.”

“Bila?”

“Hujung bulan depan, Insyaallah.”

“Dah mohon cuti? Berapa lama?”.

“Tak mohon cuti, tapi….” Penjelasan Joyah terhenti di situ.

“Tapi apa?”. Tanya Suhaila bagi mendapatkan kepastian.

“Yah nak letak jawatan, lepas tu nak balik ke Malaysia, tinggal di sana terus”.

“Yah dah fikir masak-masak ke?”. Tanya Suhaila lagi. Dia bimbang kerana seringkali Joyah membuat keputusan terburu-buru yang akhirnya merugikan dirinya sendiri. Terburu-buru buat keputusan, akhirnya menyesal tak sudah, itulah Joyah yang dikenalinya.

“Ya. Yah dah buat keputusan, dan Yah rasa inilah keputusan terbaik buat Yah. Yah nak duduk rumah mak, jaga harta peninggalan keluarga Yah.” Jelas Joyah panjang lebar.

Mengakui tindakan itu suatu yang betul, Suhaila akur dengan keputusan Joyah. Walaupun selepas ini dia akan kehilangan teman rapatnya itu, tapi dia harus terima hakikat. Walaupun dia dan Joyah akan terpisah, namun mereka masih lagi boleh berkawan, berhubung antara satu sama lain. Hari ini, jarak bukan lagi alasan untuk tidak berhubung. Pelbagai kemudahan telah tersedia hari ini. Gunakan sahaja. Bukan susah pun.

“Tapi, nanti Yah nak kerja di mana?” Suhaila masih ingin kepastian selanjutnya.

“Tak tau lagi la kak. Tapi Yah percaya, bumi tuhan ni banyak sumber rezekinya.”

“Kalau itu keputusan Yah, akak turutkan saja. Tapi lepas ni, jangan la lupakan orang-orang kat Ireland ni.” Ujar Suhaila sambil tersenyum.

Memahami maksud yang tersirat, Joyah anggukkan kepala sambil tesenyum juga. Lalu kedua-dua teman ini berdakapan.

Dan rancangan di TV itu, hanya dibiarkan sahaja tanpa penonton.

………………….

Segala peristiwa di bumi Ireland ini hanya akan menjadi kenangan. Bumi Ireland inilah yang mengajarnya erti kehidupan. Di bumi Ireland inilah dia mengenal budaya barat - hidup tanpa batasan, tanpa sekatan, tanpa pegangan agama – yang akhirnya meruntuhkan akhlaknya.

Tapi di bumi Ireland ini jugalah dia kenal erti persahabatan dan kasih sayang – yang akhirnya membawa kepada sebuah keinsafan.

Dia masih teringat bagaimana dia memulakan langkahnya di bumi Ireland ini. Diterima masuk untuk menjadi penuntut di salah sebuah universiti terkemuka di Ireland – Lalu mengalami kejutan budaya. Sedikit demi sedikit mula meninggalkan budaya timur. Budaya barat mula meresap ke dalam jiwa anak timur ini – Hakikat sebuah kehidupan, tanpa pegangan yang utuh, hidup bagai lalang ditiup angin. Akhlaknya mula runtuh, dari berpakaian seksi hinggalah seks bebas dan arak. Semuanya telah dijamah satu per satu.

Setelah itu, dia meneruskan kerjayanya dibumi Dublin. Bekerja disebuah syarikat antarabangsa dengan berjawatan professional, sudah semestinya hidup menjadi lebih bebas, dan terbabas.

Nah! Habuan kepada orang yang mengalami kejutan budaya di bumi asing. Selama lebih 6 tahun di sini, segala nikmat dunia telah dirasa. Tanpa batasan.

Tapi, tuhan maha penyayang. Untuk mengelakkan hamba ini terus menerus bergelumang dosa, maka nikmatnya yang maha besar ditarik kembali. Tuhan telah memanggil ibunya untuk kembali ke pangkuanNya. Maka hamba ini tersentak dan mula sedar, yang dia telah jauh tersasar dari landasan hidupnya yang sebenar.

Betapa terperincinya tuhan mengatur perjalanan kehidupan makhlukNya.

“Yah….”

Joyah tersentak. Suhaila tercegat di depannya. Sejak bila Suhaila berada di situ, dia pun tak pasti. Sambil membetulkan duduknya di katil, Joyah hanya mampu tersenyum.

“Jauh termenung, Ingatkan orang Malaysia ke?” Tanya Suhaila mengagak. Lalu dia melabuhkan punngungnya ke atas tilam Joyah.

“Tak lah.” Ujar Joyah mengelak.

“Mulai besok, bilik ni kosong lah.” Suhaila memulakan bicara dengan nada sayu. Walaupun pahit, hakikatnya ditelan jua. Joyah akan meninggalkannya.

“Kak…”

“Hmm…”

“Yah mohon ampun atas segala dosa Yah kat akak. Yah banyak buat benda-benda tak elok depan akak. Walau apapun, jauh di hati Yah, Yah hormat akak macam kakak Yah sendiri.”

“Tak pe la Yah. Apa yang berlaku tu ada hikmahnya.” Suhaila cuba menenangkan Joyah.

“Yah juga nak minta akak halalkan makan minum Yah selama ni.”

Sambil tersenyum tawar, Suhaila sekadar mengangguk. Tidak mampu membalas dengan kata-kata. Bimbang malam terakhir Joyah di sini akan menyebabkan mereka menangis lagi.

Malam itu, mereka berdakapan sekali lagi. Belum kali terakhir, kerana yang pasti, dakapan terakhir mereka adalah di lapangan terbang – keesokan harinya.

………………………………………

Kini Joyah di dalam perut kapal terbang milik Lutfhansa. Meninggalkan segala kenangan di bumi Ireland. Antara sedih meninggalkan bumi Ireland, dan gembira kerana akan pulang ke tanahair, timbul perasaan gelisah di hatinya. Gelisah memikirkan nasibnya di tanah air sendiri. Dalam kegelisahan itu, matanya tertutup rapat. Joyah hanyut dibuai mimpi.

Tidak jauh dari situ, ada mata yang memerhatikan Joyah…

Thursday, October 30, 2008

P3C3 - Dedi Dungu

Tit tit… tit tit…
Tersentak Azmi buat kali yang kedua. Bingkas dia bangun menggagau-gagau kocek seluarnnya untuk mendapatkan telefon bimbit yang semakin kuat berdering.

“Aih.. sapa pulak lah nii..”

Dilonggok-longgokkan segala isi yang ada dari koceknya, dompet, kunci kereta, kunci rumah, resit pembelian barang dan beberapa helai wang ringgit yang bergumpal-gumpal.

“Macam Doraemon jugak kau nih..”, ujar Dedi sinis.

Azmi memperdulikan sindiran Dedi lalu melihat ke skrin telefon bimbit yang akhirnya berjaya di keluarkan.

Incoming call… Nini

Azmi membuat isyarat tangan kepada Dedi yang dia mahu menjawab panggilan tersebut. Dedi mengangguk-anguk dan membuat isyarat, ‘silakan’ tanda setuju.

“Hello?” jawab Azmi.
“Hello Mie, kau busy ke?” suara Nini jelas kedengaran.
I’m OK, nape ni?” tanya Azmi prihatin.
“Takde, aku nak tanye pasal kes penduduk Kampung Sembilang versus pemaju perumahan tuh. Many against One body.. Aku nak confirm, kes nih akan difailkan as One kan, bukan setiap seorang penduduk kena bukak fail, betul tak?” Nini bertanya meminta kepastian.
Let me think.. Aku rasa aku kene tengok la fail tu dulu baru boleh buat keputusan” jawab Azmi sambil mengkerut-kerutkan keningnya.
“Eh, yeke? Erm.. OK. Tomorrow morning at 10, boleh?” cadang Nini.
“Aha.. since you put it that way, takpelah.. I’ll come over kejap lagi”
“Eh takpe takpe, its not due until Thursday pun”
“Its OK, takde hal punye.. tungu I k, bye” ujar Azmi tegas.
“Tapi aku dah nak baliiii”

Klik.

Azmi memotong pendek perbualan tersebut tanpa menghiraukan kata-kata akhir Nini. Di dalam fikirannya hanyalah yang dia perlu pergi dari café tersebut. Dia perlu berfikir dan menelan realiti. Realiti yang memang tak pernah terfikir dik akalnya itu. Inilah peluangnya.

“Dedi, aku kena gerak dulu. Urgent man, sorry.” Azmi meminta diri sambil cuba mengawal riak mukanya supaya tidak tergambar niat disebalik alasan tersebut.
“Ai, takkan takut kot Mie.. baru kena gertak sikit je” ujar Dedi seakan boleh membaca fikiran Azmi.
“Ooo.. kau memainkan aku ye..” suara Azmi kedengaran sedikit lega.
“Tak.. Aku serius” ujar Dedi dengan wajah yang serius.

Berderau darah Azmi dengan keseriusan sahabatnya itu. Jantungnya semakin berdegup kencang. Panic. Gabra. Tuhan sahaja yang tahu apa yang dirasakan Azmi pada ketika itu.

“Aku kena pergi nih.” Jawab Azmi pendek, sambil mengalih pandangannya ke arah jalanraya. Tangannya mengaut barang-barang yang dilonggokkan di atas meja ke dalam kocek seluarnya kembali.
“OK, oooook.” Suara Dedi seperti mengejek.

Azmi memulakan langkah beredar dari café meninggalkan Dedi yang masih menghirup-hirup cappuccino panasnya. Azmi keliru. Sepanjang perjalanannya ke kereta dia masih mempersoalkan benarkah apa yang dia dengar dari mulut Dedi tadi. Ataupun adakah dia tersalah dengar. Runsing.

Azmi menghampiri kereta Waja hitam di hadapannya. Dikeluarkan kunci keretanya dan menekan butang hijau untuk membuka pintu.
“Aih, kenapa pulak nii.” Azmi merengus.
Ditekan-tekan lagi butang hijau kunci keretanya. Tiada respon.
“Argh!! Masa ni lah bateri nak buat hal!!” Azmi menempelak dan berjalan pantas ke tempat duduk pemandu.
Dengan perasaan geram, Azmi membuka pintu menggunakan kunci keretanya. Masih tidak berjaya. Azmi hilang sabar lalu menghantukkan dahinya ke tingkap pemandu kereta tersebut, tanda kecewa.
“Bodohla..”
Perlahan Azmi mengangkat mukanya. Terkejut besar dia apabila melihat seraut wajah yang cemas di dalam kereta tersebut. Gadis Melayu bertudung. Ditanganya kelihatan sedang sibuk mendail2 nombor di telefon bimbitnya.
“Eh.” Azmi ke hadapan kereta dan memeriksa plat kenderaan tersebut. BGY 2054. Bukan keretanya.

Azmi memohon maaf berkali-kali kepada gadis tersebut dalam keaadan malu yang tersangat. Gadis itu sedikit pun tidak berganjak dari posisinya. Terkejut benar barangkali. Rupa-rupanya Azmi tersalah tingkat, keretanya berada di tingkat bawahnya.

Azmi berlalu sambil menyumpah-nyumpah. Sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya, di hidupkan enjin dan beredar dari bangunan tersebut. Azmi serabut. Sebaik sahaja hilang rasa malunya, terngiang pula kata-kata Dedi di café sebetar tadi.

“Azmi, aku cintakan kau.”

Hish. Nauzubillah. Banyak kali Azmi beristighfar. Sepanjang perjalanan dia gelisah. Berdebar-debar jantungnya setiap kali memikirkan perkara tersebut. Azmi keliru. Benarkah Dedi menyimpan perasaan terhadapnya. Perasaan seumpama itu. Azmi tersengih sendirian. Kagum juga orang hati kering seumpama Dedi boleh sukakannya. Terdetik juga rasa teruja di dalam hati Azmi.

Why am I flattered?” Tanyanya kepada diri sendiri.
“Salah. Ini salah. Salah disisi syarak. Salah disisi agama. Salah.” Azmi berperang dengan dirinya sendiri.

Berjam-jam juga Azmi memandu tanpa hala tuju. Serabut sangat fikirannya. Akhirnya perjalannya tiba ke penghujung. Perkarangan rumah teres dua tingkatnya di Seri Kembangan. Begitulah Azmi. Jika kerunsingan, jalan penyelesaian yang dicari adalah dengan tidur dan melupakan masalah yang ada. Dia akan reda dan dapat berfikir dengan baik setelah mendapat tidur yang lena, tanpa gangguan.

*****

Palace of Justice, Putrajaya.

“Ish.. mana mamat nih?” Nini kerisauan.
Sudah hampir 3 jam Nini menantikan Azmi di pejabatnya. Perutnya sudah mula berbunyi-bunyi tanda kelaparan. Nini menghiraukan sahaja perutnya yang lapar. Dia lebih risaukan Azmi yang tak kunjung tiba.

Calling… Azmi

Nini mencuba sekali lagi menghubungi telefon bimbit Azmi. Hampa. Dia hanya menerima jawapan dari suara rakaman mesin mengatakan nombor tersebut tiada dalam servis.

Nini sudah tidak keruan. Bermacam-macam andaian telah bermain di dalam otaknya. Setiap kali andaian negatif muncul, Nini akan membanterasnya dengan alasan lojikal yang positif.

Sudah hampir jam 9 malam. Di luar semakin kelam dan sunyi. Keseraman mula menyelinap ke dalam sanubari Nini. Teringat Nini kepada cerita ‘P2’ yang baru ditontonnya kelmarin. Ia berkisarkan penjaga sekuriti yang saiko. Nini cepat-cepat membatalkan fikirannya itu, dan cuba fokus kepada kes Azmi. Teringat Nini kepada panggilan telefon yang diterima Azmi tempoh hari. Doktor? Itulah perkataan yang menghantui fikiran Nini sejak hari tersebut. Apakah Azmi sakit? Nini kenal benar dengan sikap acuh tak acuh dan suka berahsia Azmi. Kerisauannya bertambah kritikal.

“Tak boleh jadi, aku mesti cari dia”

Setelah berkemas, Nini berjalan laju ke tempat letak kereta, masuk ke dalam keretanya dan mengunci pintu. Di pasangkan hands-free kepada telefon bimbitnya, bersedia untuk membuat panggilan kepada sahabat-sahabat dan rakan sekerja yang mengenali Azmi. Nini berkira-kirakan tempat-tempat yang Azmi gemar pergi, lalu dihidupkan enjin kereta dan menuju ke destinasi pertama, Alamanda.

Hampir 2 jam Nini ke hulu ke hilir mejejaki Azmi. Semuanya hampa. Taman Tasik Putrajaya, Jambatan, Masjid, semua diterokanya. Boleh dikira sekitar dari Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Puchong, sampailah ke Subang Jaya dicarinya. Semua tempat yang terfikir dik akal lojik dan tidak lojik semuanya diredah.

“Mie, mana kau niiiih?” suara Nini seakan hendak menangis.

Sudah puas dia menelefon nama-nama di dalam Address Book telefon bimbitnya yang mengenali Azmi. Hinggakan En. Rizal, General Managernya pun digagahi juga ditelefon.

Nini memberhentikan keretanya di stesen minyak Petronas, selepas melepasi tol Sungai Besi. Dia perlu berfikir seketika. Kelaparan, dia masuk ke McDonald’s dan membeli ‘takeawayChicken McNuggets.

Sambil mengunyah-ngunyah makanan, dia berfikir di mana lagi dia nak mencari Azmi. Sambil itu, jemarinya melayari Address Book telefon bimbitnya. Dari satu nama ke satu nama. Sampailah ke nama Dedi, dia terhenti. Nini pernah mengenalkan Azmi kepada rakan universitinya itu dahulu sewaktu secara kebetulan terserempak dengan Dedi di KLCC tidak lama dahulu. Mungkin..

Calling… Dedi Dungu

“Aloo.” Jawab Dedi ringkas.
“Dedi.. kau bizi ke?” ujar Nini sopan.
“Nope.” Dedi menjawab.
“Eh, by any means, kau ade contact-contact Azmi tak semenjak dua menjak nih?”
“Aku lepak dgn dia petang tadi, kenapa?” Dedi bertanya syak.
“Mana dia pergi ae?” suara Nini kerisauan.
“Tadi die dapat phone call, lepas tu blah macam tu aje, rasanya ada hal kerja kot. Die tak cakap nak pergi mana pun.” Jawab Dedi sedikit bingung.
“Aku la yang call dia tadi, aku tunggu-tunggu dia kat ofis sampai malam. Tak datang-datang pun. Aku risau gila. Keliling aku mencarik dia. Phone dia tak dapat pon. Huuuuh.” Nini mengadu.
“Kau dah cuba tengok kat rumah dia?” cadang Dedi.
“Rumah? Tak terpikir pulak. Emh. Ok aku pergi check sana dulu. Thanks.”

Nini menamatkan perbualan walaupun dia tahu dari riak suara Dedi masih mahu menyambung. Nini memusingkan arah kenderaannya menuju ke Seri Kembangan, rumah Azmi. Sepanjang perjalanan, Nini berdebar-debar dan berdoa semoga adalah Azmi di rumahnya. Terfikir juga Nini kenapa dia begitu mengambil berat. Kawan-kawan, macam itulah, sangkanya sendiri.

Sampai di perkarangan rumah Azmi, betullah kata-kata Dedi. Kereta Waja Azmi berada di halaman rumahnya. Tetapi lampu rumahnya tidak menyala pun. Nini masih belum puas hati, dia perlukan kepastian.

“Mie!! Oooo Mie!!”

Di panggil-panggil Azmi beberapa kali. Suaranya memecah keheningan kawasan perumahan tersebut. Namun, tiada jawapan.

Tiba-tiba jiran sebelah rumah Azmi membuka pintu. Keluarlah seorang wanita yang berusia lewat 50-an, berbaju kelawar batik menuju perlahan ke arah Nini.

“Kenapa ni dik, cemas je malam-malam buta nih.” Sapa wanita berkenaan.
“Saya cari Azmi Syed Sulaiman, makcik.” Jelas Nini.
“Imi? Mestilah dia dah tido, kamu ni pun.” Ujar wanita tersebut.
“Azmi di dalam ke makcik?” Tanya Nini lagi.
“Le, elok je dia masuk rumah tadi, bagi salam kat makcik masa makcik tengah siram pokok-pokok ni ha.” jawab wanita tersebut.
“Seharian saya cari dia makcik. Keliling dari Putrajaya sampai Subang Jaya sana tu. Saya call dia tak on telefon pula. Aduh, penat. Makcik pasti Azmi ada di dalam?” Nini masih ragu-ragu.
“Ofkos la. Makcik konfiden. Dari balik kerja ke kamu cari dia?” giliran wanita tersebut pula menyoal Nini
“Ha-ah makcik. Huuuuh..” Nini menghela nafas lega.
“Korang nih, budak-budak muda zaman sekarang, selalu habis kerja malam. Teruknye kerja. Tak boleh rilek-rilek. Ish ish ish.” Suara wanita itu simpati sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Em, balik malam tu sudah biasa sangat, balik pagi tuh kadang-kadang, tak balik langsung tuh baru jarang-jarang, jadi balik awal tu ajaib lah makcik, hehe” Nini berlawak sengal.
“Ahahah, kamu nii..” tersengih-sengih wanita tersebut menampakkan kurangnya 2 batang gigi hadapannya.
“Oke lah makcik, terima kasih, saya minta diri dulu ye.”
“Eh.. kejap.” Wanita itu kelihatan sedang berfikir-fikir lalu menyambung lagi, “Ke tu semalam aa.. eh, kelmarin pun sama jugak..”
“Kenapa Makcik?” soal Nini pelik dengan perilaku wanita itu.
“Si Imi tuh la. Tiap-tiap hari pun selalu die balik masa time macik tengah siram pokok. Hari-hari pun dia bagi salam kat makcik.. tadii.. ade ke ye..”
“Aa, sudah.”

Monday, October 20, 2008

P3C2 - Joyah Derhaka?

Kawan2,

Mohon maaf atas kedhaifan dan kelewatan dalam mempublishkan chapter 2 ini. Tiada sebarang alasan yang dapat diberikan diatas kelewatan ini. Andaikata aku perlu dihukum, cukup lah sekadar membelanjai aku secawan kopi pekat dan mee goreng mamak.

Salam,
Shah

...

Joyah bagaikan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Suhaila sebentar tadi. Joyah bagaikan mahu pitam. Joyah rasa langkahnya seperti tidak berdaya. Joyah seperti tidak boleh berdiri lagi. Joyah mahu menangis. Tapi air matanya tersekat. Joyah mahu menjerit tetapi suaranya tidak mahu keluar. Tapi akhirnya terlantun juga suara kecil hati Joyah memenuhi setiap inci ruang udara.

"Mak! Ampunkan Joyah mak!, ampunkan Joyah mak!"

Joyah seperti histeria. Suhaila dan beberapa kawan yang lain cuba menenangkannya.

"Mak! Mak! Kenapa mesti mak tinggalkan Joyah"

Joyah terus meraung, airmatanya terus tumpah seperti tidak mahu berhenti. Matanya bengkak. Suhaila cuba menenangkan keadaan. Begitu juga dengan teman serumahnya yang lain.

Joyah terus meraung, satu tekanan yang maha hebat dapat dirasakan. Pembuluh darah dikepalanya terasa mengembang. Jantungnya berdegup kencang. Aliran darah terasa bergerak begitu laju. Dunia seakan gelap. Tiada raungan. Tiada jeritan. yang tinggal cuma bunyi denyutan nafas.

Perjalanan dari kota Dublin ke kuala Lumpur menaiki penerbangan Lutfhansa mengambil masa hampir 14 jam. Suhaila, teman yang setia sanggup bercuti dari latihan praktikal semata-mata ingin menemankan Joyah untuk pulang ke kampung halamannya. Menemani Joyah untuk melihat wajah emaknya buat kali yang penghabisan. Biarlah dia menjadi tempat dakap dan tempat tumpah air mata Joyah dalam menanggung kesedihan ini. Sebagai seorang kakak dan sahabat baik, Suhaila tidak sanggup membiarkan Joyah menanggung kesedihan ini sendirian. Suhaila memandang kepada Joyah yang duduk disebelahnya, sejak dari menaiki penerbangan sehingga ke waktu ini sepatah perkataan pun tidak dilahirkan oleh Joyah. Cuma sekali sekali terdengar esak tangis pendam dari Joyah. Matanya membengkak. Air matanya kering. Suhaila sayu. Tapi Suhaila tidak boleh lemah. Suhaila cuba sedaya upayanya untuk tidak menangis. Suhaila kena kuat. Supaya Joyah boleh terus berpaut padanya. Siapa pun yang duduk di tempat Suhaila pasti akan menangis melihat nasib sahabat baiknya yang sedang dilanda malang.

Memori Joyah berputar-putar seperti sebuah mesin memproses masa, mengembalikan segala ingatannya terhadap sebuah peristiwa.

Mak! Oh Mak!

“Mana mak ni?”, sambil anak matanya memandang keliling.

Hampa.

Dik yah, berlari mencari keliling rumah. Dari jauh dik yah melihat kelibat emaknya.

“Mak! adik nak beli kuih karipap makcik Sara kat hujung kampung tu, boleh tak?” Sambil mata dik yah yang bundar itu merenung tepat ke dalam anak mata emaknya dengan penuh pengharapan.

“Tentulah boleh, tapi adik ada duit ke nak beli kuih karipap tu?” balas maknya kembali.

Dik yah lantas menghulurkan tangan sambil menggengam beberapa keping syiling kecil. Emaknya tersenyum sambil mengesat peluh yang mengalir dari dahi si mungil tersebut akibat dari berlari-lari mengelilingi rumah untuk mencari dirinya sebentar tadi.

“Ermm, cukup ke duit adik tu? Berapa syiling yang adik ada?” Tanya emak kepada dik yah.

“Aaa..aaa..aaa…dik yah ada aaa..aaaa..aaa”, jawab dik yah teragak-agak.

“Dik yah ada berapa?”, tanya emaknya lembut.

“Cuba tunjuk pada mak macam mane dik yah kira?”, sambung emaknya lagi.

“Aaa..dik yah ada duit 5 sen dua keping, pastu ada duit 10 sen tiga keping, duit 20 sen ada satu keping. Jumlahnya ada aa…aa…aa…”, dik yah cuba menggunakan kesemua jari kaki dan tangan yang ada untuk mengira. Sekejap-sekejap dia akan menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu.

“Aa…aaaa…aaa adik tahu!, adik ada 60 sen”, sambil dik yah tertawa kegirangan.

“Pandai anak mak,” sambil emaknya mengucup dahi dik yah.

Joyah, masih teringat betapa hangat dan dalamnya kucupan dan kasih sayang emaknya itu. Joyah sebak. Memori-memori ini datang silih berganti seperti DVD 3 in 1. Selepas satu cerita ke satu cerita. Joyah sebal. Dia cuba untuk melupakan kenangan itu buat sementara waktu. Dia tidak bermaksud untuk melupakan kenangan itu buat selama-lamanya. Cuma buat sementara waktu, sehingga Joyah cukup kuat untuk melihat tubuh emaknya buat kali yang penghabisan. Sebelum tubuh emaknya diangkat dan dibawa keluar rumah sambil diiringi oleh sanak saudara dan orang kampung.
Joyah tidak mahu jatuh terjelupuk sekali lagi. Joyah kena kuat. Joyah teringin sekali untuk mengucup dalam dahi emaknya buat kali yang penghabisan. Seperti yang pernah di lakukan oleh emaknya selalu sewaktu dia diusia kanak-kanak dahulu.

Teringat itu, air mata Joyah mengalir.

Rentetan memori terus mengasak minda Joyah tanpa diminta-minta. Tinggal lagi setengah jam sebelum penerbangan Lutfhansa mendarat di KLIA.

Tiba-tiba Suhaila bersuara seakan cuba memujuk kesedihan hati temanya itu.

“Errmm, yah. Akak rasa adalah lebih baik kalau yah dapat mengadiahkan bacaan al-fatihah dan yasin pada……………..”

Suatu petang dik yah pulang ke rumah sambil teresak-esak. Lutut kakinya berdarah akibat terjatuh dari basikal.

Dik yah menangis teresak-esak sambil kedua belah tanganya cuba mengesat-ngesat air mata yang mengalir di pipinya sambil menahan kesakitan luka yang ditanggungnya.

“Mak! Mak! Kaki adik berdarah,” sambil dik yah tersedu-sedu mengadu kesakitan yang di alami pada emaknya. Emaknya dengan segera memeluk dan mendukung dik yah. Dik yah terasa kehangatan pelukan emaknya itu. Sedikit sebanyak kehangatan itu menenteramkan dirinya. Esaknya semakin perlahan cuma sendunya yang masih ada.

“Mak! Betapa pada saat ini yah merindukan pelukan itu mak. Mak! Yah sangat merindui mak. Yah juga sangat menyanyangi mak.

“Yah oh yah, dengar tak apa yang akak katakan tadi? Tanya Suhaila berkali-kali.

“Ya Allah! Astafirullah, sambil Joyah mengesat air matanya yang terus mengalir. Joyah seperti tersedar dari lamunan. Memori silam terus memburunya, seperti tidak mahu melepaskan Joyah dari ikatan dosa-dosa yang pernah dilakukan terhadap seorang emak yang tidak pernah mengharapkan sebarang balasan diatas setiap kasih sayang yang pernah dicurahkan pada dirinya.

Joyah memandang pada Suhaila. “Apa akak cakap tadi?” tanya Joyah pada Suhaila meminta kepastian.

“Ya Allah, tadi akak cakap, lebih baik kalau Yah dapat mengadiahkan bacaan al-fatihah dan yasin pada roh mak. Jangan terlampau banyak menangis kerana tangisan selain daripada takut dan rindu pada Allah swt adalah tanda pada kelesuan iman,” ulas Suhaila sambil kemudiannya Suhaila menghulurkan senaskah Al-Quran kecil pada Joyah.

“Ingat Yah, sebesar manapun dosa kita pada Allah, besar lagi kasih sayang dan cintaNya pada kita. Mohon lah keampunan dari Nya. Insya Allah, Allah akan sentiasa menerima permohonan ampun daripada hamba-hambaNya yang ingin kembali kepadaNya. Seperti mana dari sebuah hadis yang diriwayatkan dari Ahmad dan Tabrani, Barangsiapa yang mendekati Allah sejengkal, Allah akan mendekatinya sehasta. Barangsiapa mendekati Allah sambil berjalan, Allah akan menyambutnya sambil berlari.” ulas Suhaila lagi.

Joyah menyambut huluran Al-Quran kecil dari Suhaila. Tangannya mengigil. Lidahnya kelu.

“Ya Allah, apa yang telah aku lakukan selama ini?” tanya Joyah pada dirinya sendiri.

Senyap.

Tiada siapa yang dapat menjawab persoalan tersebut. Dunia seperti tempat yang kehilangan warnanya. Tiada wangi bunga-bungaan. Tiada unggas yang berkicau ataupun rama-rama yang berterbangan. Dunia sudah menjadi seperti TV hitam putih. Bila sesuatu sudah tiada warnanya, maka itulah tanda kedukaan.

Air matanya menitik, membasahi lebaran ayat-ayat suci. Setiap kalimat yang dilihatnya itu sebenarnya adalah pengharapan dan cahaya dari Allah menerangi jiwa yang kelam.

Tiba-tiba.

“Please fasten your self belt, we are going to landing in 5 minutes time,” suara kapten penerbangan menandakan penerbangan tersebut sudah tiba ke destinasinya.

“Ya Allah, berikan aku kekuatan,” Joyah berdoa tidak putus-putus.


Sunday, August 3, 2008

Pusingan 3 - Chapter 1

“Beri aku satu perkara yang lebih gila dari perkara-perkara yang aku sebut `ni,” kata Dedi.
“Ape tu ?,” tanya Azmi dengan separa ingin tahu.
“Kau sedia nak dengar?,” Dedi mengasak.
I am all your ears, like I always did,” senyum Azmi.
“Katakan kau belajar di luar negara. Dengan tanpa pemerhatian dari keluarga, anda lepas bebas. Satu hari di mana anda baru lepas habis mabuk, kemudian kau dapat panggilan dari Malaysia. Ibu kau meninggal ..” ujar Dedi
“Betul. Tapi, setiap insan pun akan merasakan mati. Ini janji Allah kepada manusia, sebelum setiap manusia itu dilahirkan lagi. Kenapa kau cakap macam ni? Kalau nak kata pasal kau, setahu aku, kau belajar di UiTM saja.
“Bukan pasal aku.”
“Habis pasal siapa?”

Dedi mengeluh. Selepas menarik nafas dalam-dalam, dia menyambung.

“Cerita aku belum habis lagi. Boleh aku sambung?”
“Silakan,” ujar Azmi dengan sedikit nada berlawak.”

“Perkara apa yang lebih gila, jika kau suka pada seseorang, tetapi orang tu suka pada darah daging ko sendiri?
“Ini memang gila. Tapi jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
“Kau pernah “kena”?
“Tak”.
“Jadi kau tak berhak cakap.
“Oh, kau minta aku dengar cerita kau ni, lepas tu kau marah aku pulak?
“Bila masa aku marah?”
“Nada kau bunyi marah.”
“Tak, aku tak.”

Senyap.

Masih lagi senyap.

Panjang senyapnya.

“Dedi, aku minta maaf,”

Tiada jawapan.

“Dedi, OK, aku yang kata tadi, I’m all your ears, but I didn’t abide to my words, so I am sorry OK"

Baru Dedi mahu membuka mulut.

“Heh. Bukan aku yang cakap,” ujar Dedi sambil tersenyum.
"OK lah, kau memang selalu nak menang. Takpelah, aku kasi kau menang.”

Dedi senyum lagi.

“Aku bukan mahu menang pun, tapi aku pegang pada ayat kau juga – I’m all your ears what ever shit it is. Aku tak paksa kau dengar kan?
“Yelah .. yelah .. hehe .. peace .. peace,” Azmi mengalah walaupun dia rasa sedikit jengkel.

Actually, cerita aku tak habis lagi.”

Azmi tarik muka sedikit, dan dia membalas.

“Cerita ni bukan cerita pasal kau kan? Kenapa kau nak pening kepala?”
“Ni cerita kawan aku,”
“Jadi jangan la pening kepala sangat. Bukan masalah kau, OK,”
“Masalah aku juga.”
“Macam mana boleh jadi masalah kau pulak ? Kawan kau ni, kematian ibu, kemudian cinta hati dia pula diambil oleh adik beradik dia. Kenapa la, nak gaduh pasal cinta tu. Bukankah lebih bagus kalau kawan kau tu tumpukan pasal urusan selepas kematian ibu dia tu macam jaga keluarga dan sebagainya. Takde pun kau terlibat dalam cerita ni?
“Pertama sekali, sebenarnya cerita ni ialah cerita dua orang yang berbeza..”
“Aduh, peninglah cerita kau ni.”
“Sebab tu aku panggil ini perkara gila. Cerita ini ialah cerita seorang yang cerita pada aku yang dia suka pada seorang lelaki, yang mana lelaki tu suka pada adik dia. Kemudian pada masa sama, kawan orang yang aku suka ni, kematian ibu dan pada saat yang sama – lelaki tersebut membuat pengakuan yang dia sebenarnya suka pada orang yang aku suka ni.
“Berapa kali “suka” daa,” Azmi menyampuk

Dedi membuat muka kurang senang.

“Yelah, yelah, aku tak buat lawak lagi,” kata Azmi sambil merapatkan tangan seolah-olah merayu simpati.

“Kedua – cerita ni ialah cerita orang yang aku pernah suka. Jadi – masalah dia ialah masalah aku juga.”
“Oh, cerita ni bersambung sebenarnya. Tapi, ia bukan masalah kau lagi kan, sebab kau sendiri kata – kau pernah ‘suka’ pada dia. Used to, but not anymore. Jadi secara automatik kau tak perlu dibebankan dengan masalah orang yang kau suka tu sebab kau dah tak suka dia lagi! Listen here, Dedi. Dalam sehari, kita Cuma ada 24 jam sahaja. 1/3 daripada masa kita untuk kita kerja. 1/3 pula untuk kita tidur. Jadi ada 1/3 dalam kehidupan kita setiap hari – untuk kehidupan kita sendiri. Kenapa kita mesti membebankan diri dengan masalah orang? Aku faham, kau prihatin. Aku beritahu kau satu ayat. Kau ingat baik-baik. PRIORITI. Mementingkan perkara yang lebih penting adalah lebih penting daripada memikirkan perkara yang penting kerana mementingkan perkara yang lebih penting adalah lebih penting. Kau faham?”
“Tak faham. Kau cuma menyebut ayat penting banyak kali seolah-olah ia sangat penting. Hahaha.
“Hehe. Ye, aku memang sengaja cakap macam tu. Tapi kau dapat point aku kan?
“Mungkin. Tapi aku memang banyak mementingkan perkara penting pun. Contoh, macam server yang aku jaga tu. Kalau server tu down selama 10 minit, habis kampeni aku kena penalti USD500k tau! Gila !!”
“Ye .. ye .. aku tahu .. naik menyampah aku dengar cerita kau ni. Berapa kali nak ulang la”
“Aku ulang sebab ia sangat penting dengan kehidupan aku. Kau tahu kan, kerja seperti aku ni. Jadi bagaimana aku mahu kekalkan perhubungan dengan kawan-kawan, menguruskan diri sendiri, hal adik beradik aku, dan sebagainya.”
“Itu nama dia pengorbanan. Semua orang pun ada tanggungjawab masing-masing. Sebab tu kau kena implan ayat PRIORITI aku tu betul-betul dalam otak. Lagipun, selama ni, boleh aja kau lepak-lepak dengan aku bila aku ajak. Kau ni fikir banyak sangatlah,”
“Itu yang kau nampak di permukaan. Sebenarnya tak. Macam minggu lepas, masa aku kata aku pergi tandas – sebenarnya aku sedang buat troublehshooting.
“Wah, hebat. Dengan telefon aja boleh troubleshooting komputer?”
“Kau ni nak menganjing aku ke ape. Aku suruh budak aku buat la, aku kasi arahan je.”
“Lek, lek. Takkan marah kot. Hehe. Peace .. peace.”
“Hehe. Aku pun gertak aje. Kihkikihkih,”
“Bangang.”

Senyap, sebentar.

“Jadi kau faham konsep prioriti aku ni ?” tanya Azmi.
“Faham, tapi cerita aku ni belum habis lagi.”
“Habiskanlah cepat.”
“Sabar .. sabar. Sambung daripada yang tertinggal tadi. Orang tu, orang yang aku suka tu, bila aku dapat tahu dia sebenarnya tak suka aku pun, aku pun dah berubah jadi lain. Aku tak tahu macam mana aku nak terangkan. Tapi aku rasa lain. Aku rasa seolah aku dilahirkan semula.”
“Baguslah kalau kau rasa macam tu. Aku ingat, kau kecewa.”
“Urm, mula-mula memang aku kecewa. Tapi lama-lama kemudian, aku jumpa apa yang aku cari sebenarnya. Lama juga. Tapi aku rasa berbaloi.”
“Kau dah jumpa?”
“Aku tak jumpa, tapi aku tahu apa yang aku cari sebenarnya,”
“Beb, perkara apa yang lebih besar dari cinta. Muskykil aku, kau jumpa benda apa ni. Jangan la cakap kerjaya. Lame gila jawapan kau ni.”
“Yup, memang cinta. Tapi bukan cinta biasa.”
“Terharu aku dengar. Betul .. betul .. cinta pada Allah S.W.T adalah lebih utama dari segala cinta yang ada di dunia ni.

..


“Dedi, kenapa kau diam? “
“Nanti kau tuduh aku gila.”
“Tidak, sampai aku dengar kau bercakap apa yang kau nak cakap tu.”
“Azmi, aku cintakan kau.”

Tersentap Azmi mendengarkan butir-butir kata yang diluahkan Dedi. Perkara apakah yang lebih gila dari semua cerita Dedi, melainkan cerita cinta terlarang. Lebih gila, Dedi suka pada dia !!

“Kau .. kau .. kau memang gila Dedi. Kau GILA !!”