Monday, March 19, 2007

Pusingan 2 - Chapter 1

“Alaaaaaaaaaaaaaaaah.. Malas betullah..”

Rengus Joyah dengan kuat. Malas betul rasanya untuk dia menjawab sms itu. Diletakkan telefon bimbitnya di atas meja kopi di ruang tamu dan bingkas ke biliknya. Suhaila mengangkat muka dari bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya dan mengintai rakan serumahnya dari celah-celah pintu bilik. Bingung dengan perangai Joyah sejak akhir-akhir ini. 1000 macam jenis masalah sentiasa bermain difikiran Suhaila tentang rakannya itu. Lamunannya terhenti apabila mendengar bunyi pancuran air bilik air dibuka. Mandi. Baguslah. Disambung bacaannya yang terhenti sebentar tadi.

Beberapa detik kemudian, telefon bimbit Joyah berdering pula. Pancuran air bilik air terhenti dan keluarlah Joyah dari biliknya dengan bertuala, masih basah kuyup. Bergegas Joyah mendapatkan telefon tersebut.

"Alaaaaaaaaaa.. Eish"

Joyah masuk ke biliknya dengan telefon itu dan dibiarkannya berdering-dering tidak berjawab. Suhaila hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dan meneruskan bacaannya.

"Kriiing... Kriiiing.."

Telefon rumah pula yang berdering. 3 deringan. 4 deringan.

"Jo! angkat la phone tu, aku nak ngaji ni" laung Suhaila dari dalam bilik.

Joyah mengabaikan permintaan Suhaila dan menyelongkar almari pakaiannya mencari scarf yang boleh dipadankan dengan baby-t hijaunya.

Suhaila semakin tidak senang duduk dan sudah tidak dapat menumpukan kepada bacaannya. Pastinya yang menelefon itu cuba menghubungi Joyah. Bimbang yang kemungkinan ada sesuatu perkhabaran yang penting hinggakan si pemanggil bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rakannya itu. Dia bingkas bangun mendapatkan telefon yang memecah kedamaian aparment 88, kediaman mereka.

"Hello?" sapa Suhaila lembut kepada pemanggil di hujung talian.

"Hello? Emh.. eee.. May ai tolk tu Joyah?.. Eh.. Hidayah. Emh.. Emm Hidayah plis" ujar si pemanggil yang kedengaran seperti menghadapi kesukaran berbahasa Inggeris. Namun suara itu sudah tidak asing lagi untuk Suhaila mengecamnya.

"Heheh, Makcik Timah ke tu? Nak cakap dengan Jo ye?"

"Ha-ah iye, Berbuih makcik prektis cakap omputih. Nasib baik kau yang angkat, bukan kawan-kawan mat saleh korang. Fuuuuh. Eh, ha-ah Hidayah ade tak? Makcik call-call handphone die tak angkat pun. SMS pulak langsung takde dijawabnye." Ujar Makcik Timah penuh harapan.

"Oh, Hidayah ade ade, kejap ye makcik.."

Suhaila meletakkan gagang telefon di tepi meja dan mendapatkan kawannya,

"Jo!! mak kau nak cakap dengan kau ni"

"Ala, aku dah lambat ni" ujar Joyah keras.

"Kejap je, kesian mak kau call kau jauh-jauh" pujuk Suhaila.

"Hurgh.." Joyah masih berkeras sambil mengenakan anting-anting jade hijaunya.

"Jo.." Suhaila menaikkan sedikit suaranya keras. Dilemparkan pandangan maut kepada Joyah sambil mengangkat kening.

"Ha, yelah yelah aku datang, kejap kejap"

Sekeras-keras hati Joyah, dia tetap tidak boleh melawan tona ugutan Suhaila yang tua setahun dari usianya itu. Suhaila sudah seperti seorang kakak baginya. Sudah lama mereka bersama mengharungi dunia asing yang mencabar di kota Ireland itu. Dalam kelembutan Suhaila yang menyerlahkan adab dan kesopanan seorang gadis timur, terselindung seorang gadis yang tegas dan garang juga apabila kena pada tempat dan situasinya.

Joyah bergegas ke arah meja telefon, sambil lalu mengetap bibirnya dan sempat melontarkan jelingan kepada Suhaila.

"Aaa... Mak, Assalamualaikum. Sorry, Yah mandi tadi"

"Yah. susahnye mak nak call kau. handphone kau rosak ke?"

"Em.. aa.. aaa.. ha-ah, handphone Yah rosak la mak. Kalau orang call Yah tak dengar bunyi."

"La, gaji beribu-ribu beli la baru, susah mak nak hubungi kau. Telefon rumah selalu takde orang. Kalau nak harap kau telepon, berakarlah.."

"Heheh.. sorry Mak sorry.. heheh. Eh Mak, Yah dah lambat nak keluar ni, ade hal ape ek?"

"Aik, kalau mak tak salah kiralah, sekarang ni bukan malam Jumaat ke? Dah lewat lagipun ni. Kau nak keluar pergi mane lagi? Duduk rumah lah anak dare."

"Tak la lewat sangat mak, kat sini cerah lagi time gini."

"Jangan la nak tipu Mak. Mak memang la orang kampung. Bodo-bodo sikit. Tapi mak ade Astro tahu. Discovery Channel, CNN, semua tu ade macam-macam tahu."

Joyah berdiam, bengang dengan bebelan ibunya. Mendengarkan anaknya membisu, Mak Timah cuba berlembut kembali dengan sedikit kesempatan yang dia ada untuk bercakap dengan anaknya itu,

"Mak bukan nak telefon kau berleter Yah. Mak risaukan kau kat sane. Jauh. Nak balik beraya pun susah. Mak dah takde sape dah. Kau jela yang boleh diharap nak tolong-tolong mak uruskan adik-adik kau ni."

Joyah berdengus kecil, "Kejap je mak.."

Mak Timah menyambung, ”Yah, Yah.. Malam Jumaat kan elok kau bace Yaasin ke, sedekah pada....”

"Mak, Yah betul-betul nak kene keluar sekarang ni. Ade ape hal mak call?" Joyah memotong syarahan ibunya yang baru hendak panas.

"Aih, mak nak tanye kabar pun tak boleh ke?" ujar Mak Timah, sedikit terusik.

"Bukan macam tu mak, nanti Yah telefon mak baliklah" Joyah cube memotong perbualan mereka pendek.

"Takpelah… ” Suara Mak Timah terhenti seketika, menahan sedu kecil hatinya dia menyambung, “.. mak nak bagitahu ni je, adik kau lagi 2 minggu dah nak mula semester baru.. "

"Oh, nanti Yah hantar duit yuran dan belanja dia, oklah mak Yah kene keluar ni.." ujar Joyah laju-laju.

"Eh Yah, mak belum..."

"Ok mak, bye!", Joyah memotong pendek kata-kata ibunya dan mematikan panggilan.

”Huuuuuuhhhhh”, Joyah menghela nafas dan seperti berjaya membuang sebuah beban yang berat, dia merebahkan badannya ke sofa velvet empuk yang berhampiran. Berbaring, kedua tangannya menjadi lapik kepalanya, Joyah merenung kosong ke arah siling putih apartment yang didiaminya sudah hampir 3 tahun.

Timbul sedikit perasaan bersalah jauh di lubuk sanubarinya. Berkerut kening Joyah memikirkan perbuatannya kepada ibunya sebentar tadi. Mesti ibunya berkecil hati. Mungkin juga sekarang ni dia sedang menangis.

”Teruknya aku” fikir Joyah sendirian.

”Aaah... takdelah. Mak mesti faham punya. Aku kan busy. Lagipun bukan aku tak bagi derang kat kampung tuh duit. Aku rasa lebih dari cukup aku tanggung derang sume.” Suara hati yang menidakkan rasa bersalahnya berbunyi.

Lamunannya jauh. Terkenang kampung halamannya. Damai, hijau, nyaman, tenang. Itulah suasana yang dapat dirasai yang tidak boleh diganti di mana sekalipun. Setiap pagi Pak Husin Lembu akan datang dari rumah ke rumah, dengan motor cabuknya membawa daging lembu, kambing, dan kadang-kadang daging-daging istimewa seperti kijang, rusa, biri-biri dan unta kepada suri-suri rumah yang tidak ke pasar.

”Tiiiinn... tiiiin... tiiiiiin, Dagiiiing Lembuuuuuuu... Dagiiiiing Lembuuuuuu...” begitulah laungan Pak Husin hingga lekat panggilan Husin Lembu padanya. Hingga sekarang, Pak Husin masih lagi menjalani rutinnya menjual daging walaupun sudah lanjut usia.

Selepas kedatangan Pak Husin ke rumah, giliran Pak Kob pula memberi salam dari rumah ke rumah,

”Assalamualaikuuuum... Ado oghe ko?” Pak Kob, walaupun sudah lama menetap di negeri lain, namun dia masih dengan loghat negeri asalnya.

”Heheh... once you go German, always a German..” gelak kecil Joyah sendirian.

Setiap kali Pak Kob datang menegur, cepat-cepat Joyah akan ke tingkap untuk menjawab. Teruja benar untuk menguji kebolehannya berbahasa Kelantan.

Ado.. Ado.. kejap yeh Pak Kob, nok panggil mok”. Ujar Joyah dengan cubaan berbahasa Kelantannya. Jika didengar oleh orang-orang Kelantan pastinya Joyah dipanggil “Darat” kerana kekerasan lentok bahasanya.

“Mek, gi panggil saing mek skali. Ngaji samo, sene” pesan Pak Kob setiap kali datang ke rumah Joyah. Kerana sudah biasa, Joyah paham akan maksud Pak Kob menyuruhnya memanggil Radi yang tinggal tidak jauh dari rumahnya untuk mengaji bersama-sama sekaligus. Mudah baginya kerana tidak perlu berjalan ke rumah Radi pula.

Pak Kob. Pendek untuk Yaakob bin Abu Samah. Joyah baru mengetahui nama sebenar guru mengajinya apabila mendapat berita kematian Pak Kob dari kampung 2 tahun lepas. Walaupun sudah tua, allahyarham Pak Kob masih gagah lagi datang dari rumah ke rumah mengajar kanak-kanak mengaji. Pak Kob menghembus nafasnya yang terkahir di rumahnya selesai menunaikan Solat Asar sebaik sahaja pulang dari mengajar.

Kagum Joyah dengan kemurnian dan keikhlasan Pak Kob mendidik anak bangsa. Dia tidak mengharapkan yuran bulanan daripada ibubapa anak-anak muridnya. Bukan seperti institusi pendidikan dinihari. Cukuplah sekadar segelas air untuk menghilangkan dahaga. Kerana keikhlasannya itu, dia sangat dipandang tinggi oleh penduduk kampung. Pak Kob tidak pernah putus mendapat sedekah dari penduduk kampung.

Kalau keluarga yang mempunyai ladang tebu, maka tebulah disedekahkan pada Pak Kob. Keluarga yang menternak, maka daginglah menjadi hadiah kepada Pak Kob. Ibu Joyah pula selalunya memberi Pak Kob beras ataupun sesekali duit belanja, lepas membeli rokok daun dan teh tarik di kedai kopi Makcik Zainab.

Pak Kob memang seorang yang baik hati. Namun bagi kanak-kanak Pak Koblah yang paling ditakuti. Mana tidak. Sambil mengajar mengaji, dia akan memegang tongkat jalannya. Salah makhraj atau sebutan huruf, akan dihentakkan tongkatnya ke lantai. Gerun. Joyah teringatkan Radi yang pernah menangis tersedu-sedu sambil mengaji kerana sukar untuk membezakan sebutan ayat-ayat yang berhufur ’sin’ dan ’thsa’. Dekat 10 kali dipaksa oleh Pak Kob mengulang ayat yang sama dan setiapkalilah tongkat Pak Kob berhentak ke lantai.

”Aku susah lah. Kau nampak tak ni. Ni, gigi aku yang terkeluar sedikit ni. Aaa.. ni lah sebab die kau tahu. Bila aku sebut ’sin’ ke ’thsa’ ke angin akan keluar ikut celah gigi nih la. Sebab tu la aku tak boleh nak sebut huruf-huruf tu.” jelas Radi selesai mengaji setelah Pak Kob pergi ke rumah lain pula.

”Aaahahahah... Kau ’S’ bocor Di! Ahahahahah…” Joyah geli hati dengan alasan yang diberikan sahabat karib nya itu.

“Bukan salah aku la kira. Bukan aku tanak baca betul-betul.” Radi masih tidak puas hati.

”Di.. sebut ’Saya suka makan siput sedut’ Di... sebutlah... hahaha..” ejek Joyah yang masih ketawa.

“Bodoh. Nih kecacatan lah. Tak baik ejek kau tahu.” Radi bersuara geram.

”Thsaya thuka makan thsiput thsedut... kikikikiii” Joyah mengejek-ejek Radi lagi.

Radi diam, bengang. Berkerut dahinya, mulutnya menjuih merajuk dan dilontarkan pandangannya keluar tingkap.

”Alalala Di... aku memain je... hehehe… Sori eh sori… Diii… ooo Diii…. ” pujuk Joyah.

Radi masih membisu. Sejenak kedengaran Radi menyedut hingusnya seperti menangis.

”Dii... sori la.. oke oke harini kau denda aku. Ape kau nak aku buat. Eh Di eh.. sori eh..” pujuk Joyah lagi. Takut juga kalau Radi mula menangis.

”Kau kan... Aku sumpah nanti anak kau lidah pendek. ’S’ bocor jugak. Padan muka kau” akhirnya Radi bersuara.

“Huiyo… sampai hati kau sumpah anak aku… huhuhuuu… Takpelah.. kalau anak aku ‘S’ bocor. Mesti aku selaluuuuuu ingat kat kau punye. Kite kawan sampai tue eh eh eh” Joyah bersuara memujuk, memenangkan Radi.

”Heheh.. ” Joyah tersenyum sendirian.

”Kite kawan sampai tue....” terngiang-ngiang ayat tersebut dalam fikiran Joyah.

”Oyt.. merenung masa depan ke tu?” tegur Suhaila, memecah lamunan Joyah.

“Eh, heheh.. takdelah” Joyah bersuara sambil bangun dari baringnya.

“Aaa… nak merayap la tu. Pakai cantik-cantik nih”

”Eh... alamak.. lupe” Joyah bingkas ke bilik mengambil beg tangan dan scarf hijau pandannya. Dibuka almari berdekatan pintu hadapan dan mencari-cari jeket sejuknya dan kasut but untuk dipakai.

“Jo… kau dah solat belum ni?” tanya Suhaila.

”Dah dah.. Maghrib dah, Isyak belum” jawab Joyah.

“Jo, kau jangan la balik lewat sangat eh. Aku risau ah..” suara Suhaila mengambil berat.

“Sayang jugak kau kat aku eh.. heheheee... Eleh.. kau risaukan aku ke, kau takut Su? heheh” Joyah bermain-main sambil mengenakan kasut butnya.

”Eih.. perasan... Buang mase je aku nak sayang-mayang dengan kau. Bukan dapat duit pun.” ujar Suhaila.

Joyah hanya tersengih kecil.

“Tapikan em Jo, kau balik la awal sikit eh. Malam Jumaat ni. Pastukan kalau ade papehal kau call la aku eh.. tau.” sambung Suhaila lagi

”Iyelah...” Joyah melemparkan senyuman penuh makna kepada Suhaila dan membuka pintu.

“K, Su. Bye

Take Care!” sempat Suhaila berpesan sebelum pintu apartment mereka ditutup.

Sejuk. Angin malam menghembus muka Joyah sebaik sahaja dia keluar dari bangunan apartmentnya. Joyah mula berjalan merentasi lautan manusia sambil mendial nombor Sasha, rakan sekerjanya. Sasha berdarah campuran Ireland dan Melayu. Dia tinggal bersama-sama ibunya di sini maka ayahnya berulang-alik ke Malaysia atas urusan perniagaan. Walaupun wajah dan susuk tubuh Sasha langsung tidak mengambarkan dia bardarah Melayu namun dia fasih berbahasa Melayu. Ini kerana sewaktu kecil, dia terpaksa tinggal bersama-sama neneknya di Damansara dan bersekolah di sana sehinggalah berumur 15 tahun.

“Hello, Sash! Where are you?” Tanya Joyah sebaik sahaja panggilannya di jawab.

“Jo! You’re late!” Kedengaran suara Sasha dengan berlatarkan kebisingan muzik kelab.

Sorry, sorry. So you’re there?” Tanya Joyah.

Of course my dear. Come quick.. Cepatlah..” Sasha terus mematikan panggilan.

Joyah mempercepatkan langkahnya menuju ke ‘The Cabaret’ yang terletak tidak jauh dari bangunan apartmentnya.

20 comments:

Dani neh said...

Guys!! aku mintak soriii banyak2 sangat.... aku dah karang separuh dah pasti aku pending makan terus aku lupa langsung pasal entry yang aku kene siapkan neh...

MINTAK AMPUUUUN....

*tape aku terima sahaje Penalti yang bakal menjalani..

Dani neh said...
This comment has been removed by the author.
DarkWan said...

Setiap pagi Pak Husin Ikan akan datang dari rumah ke rumah, dengan motor cabuknya membawa hasil laut/ sungai kepada suri-suri rumah yang inginkan yang segar.

Ni macam laut dekat je dengan rumah/kampung .. ?

Anyway, "hasil sungai" selalunya orang tak tangkap dengan hasil yang banyak. Kalo kat kampung biasanya kalau tangkap banyak-banyak pun, tak dijual dan tak dibuat hari-hari. Ikan kolam tu ye.

Joyah buat ape weh kat Ireland. Dia keje ke belajar ? Dia pegi The Cabaret tu nak pegi disko dut ke nak "keje" ? The Cabaret tu club biasa ke striptease club ke? Dia hantar duit ke kampung mesti la dia ada keje kan ? Dia keje ape ek ..

Mengape dia keluar malam Jumaat? Ladies' night ka ?? Nape dia tak pegi malam Sabtu ?

Hm .. banyaknyeh soklan yg memuter di kepalaku huhuhu

Dani neh said...

heheh..

Pak Husin tuh borong kat pasar/ memane second parties, kat kampung aku mcm tu, kitrang tak dekat dengan laut/sungai pun.. kire untuk suri2 rumah yang malas nak ke pasar ke apeke, Pak Husin nih supplier hasil laut lah....

Kesah Joyah ni sekarang die dah kerjeee.. lepas habis Accountancy kat Ireland, die kerje sane, ade kawan aku buat..

die bukan kerje kat Cabaret tuh.. die saje suke lepak2.. Joyah nih tak kire mase, die tensen jek die gi la lepak ctu..

menjadik tugasan orang2 seterusnye untuk menjelaskan:
- Apesal Joyah lately tense
- Apehal la die cam malas sgt nak ckp 2 dgn mak die.. (lupe daratan? culture shock? saje malas, sbb asek call je mintak duit.. apapelah.. lagi pelik lagi best)
- Nape Joyah tanak balek Mesia sgt.. kite tahu die mmg rindu nak balik Kampung tapi ape yang menstop die dari balik kampung? (mungkinkah sbb Karem? ataupun Joyah ade bende untuk disembunyi.. mungkin die pernah ade anak luar nikah ke.. hahak.. kronk habis.. Malu nak balek kampung)

apapelah...

tapikan..

jangan la rosakkan Joyah ni teruk sgt smpai jadi mcm whore keh.. heheh.. die semayang tetap tak tinggal... Suhaila tuh jaga die pasal solat2 nih...

em.. itu buah pikiran aku lah..

korang yang lain.. komen lah eh.. dapat lagi idea2...

tengx korang...

*sori kalau season 2 nih tak seperti yang korang jangkakan.. maaf kerna mengecewakan korang.. (ayat mintak simpati sbb lambat.. wahaha... sorry korang!!)

DarkWan said...

Kompom tade buat part-time stripper la ni kan ?

* nak jugak relate dgn striptease huhuhuhu

famia said...

Hehe. oke takpe. kami baghi penalti 4 hari ye. maka round 3 ko ditolak 4 hari wahai dani.

Berikut persoalan aku utk episod seterusnye..
- cane joyah kenal suhaila
- bape lame derang kawan
- bape banyak suhaila tahu pasal joyah
- housemate lain omputeh bape ramai.. macamane perangai..
- bape umur maktimah (mak joyah) perwatakan die yg terlalu xpose ngn dunia bermaksod die tak la tua sangat... hebat tengok astro bagai.
- kehidupan keluarge joyah cane? susah gile? miskin nak mati ke?
- dok apartment dah 3 tahun.. die belajar kat ireland dulu bape tahun? die tak balek mesia langsung ke pas belajar?

ikot gambaran fikiran aku.. kg joyah..
- pantai timur mungkin
- dekat dengan laut/sungai
- ikan dijual umah ke umah.. maka sah2 la umah kampong kan.
- belah utara x pasti plak environment mcm tu.. belah selatan pon same.. kl selangor langsung takde.. maka.. lojiknye timur la kan.


Wahai DOP..
ko nak start pada hari ape timer ko eh?


p/s: dani.. tolong sms sumeorang bgtau chapter ko dah release. tolong alert kawan2 ye setiap kali dah habes tulis wahai kawan2 yg lain. dan kalo boleh.. agak2 kalo telambat nak release dr dateline.. tolong inform 7sen yg lain 2 hari awal eh kawan2..

timekaseh.

Dani neh said...

dah aku ubah..
smoge korang puas hati sikit, tiada lagi spekulasi eh dop..

famia said...

dani. cite ni bes.
tahniah.

sbb... aku terasa mcm terok la pangai joyah ni buat mak die centu. watak die memang terok la dlm episod ni. terok gile. lupe daratan.

tak baik buat mak centu lah..
isk..

~inilah saya~ said...

Aku berkenan dengan Suhaila dalam cerita kau tu lah.

Akekekekekeeke....

Sorry sebab baru timbul. Aku baru abis exam daa...

Dani neh said...

heheh.. aku pun berkenan :p


nak dengar angan2 tragis aku?
........
si joyah balek lewat, walepon suhaila suruh balik awalkan..
pastu balik2 rumah, apartment derang dah kene rompak... dan Suhaila telah menjadi mangse... em.. mungkin cacat/mati terus...
pastu baru joyah nak regret... barulah die nak pulang ke jalan lurus...
*hahak.. saje kan aku nak matikan watak Suhaila.. kikikiiii

oDJa said...

Tahniah...

huhuhu...bes bes...kelopak mata aku tak berkelip baca entry neh...
cume, sangkaan aku betul pasal joyah jadi cenni... hehehehe...

HEBAT!!!

DarkWan said...

@ famamia
aku kalo bermula pada hari isnin ke khamis ke sama je sbb "aku punya hari" pun sama je iaitu hari khamis hingga sabtu. hari-hari lain aku jadi macam lembu. pegi keje tak nampak matahari, balik rumah pun tak nampak matahari. baik aku shif siang, mahupun shif malam.

jadi kira dari setat dani abes tu la oke. dani lepas dia publish dia dah mesej aku dah.

sape ingat iklan ni aku belanja 8 sen.

" eh ayah pun macam matahari"

@ dani
aku rasa tanak buat tragis lah, asek tragis je dari dulu. tangan patah pastu kaki patah lah pulak (aku pun tatau patah tulang ni boleh berjangkit. ni pes taim aku dengar haha). kena langgau dgn lori bajak sawah lah. siyes mcm baca Final Destination versi buku hu hu hu.

iwafays said...

bagos citer ko neh..tahniah kerane bejaye menimbulkan rase geram aku kat Joyah..grrr! sampai ati ckp kat mak camtu...jage kau Joyah..ish!..dahle suke ngejek org..ish ish..

So konfem ah derang keje pas abeh ACCA kt sane eh..ammm derang tingai bape ramai eh? Kaye la kalo tingai apartment sorg duwe kat ireland..eceh..

amm 1 lagi..Joyah ni free hair la eh skang? Oke tape..so senang la sket nak topap2 kang..

So next chapter aku pon nak tawu mcm kengkawan komen kt atas tuh:

- Mcm mane Joyah kenal Suhaila. Suhaila x keje ke
- Joyah keje ape, part time ke full time..kat mane?
- Joyah da tade ayah ke? Mak die wat ape kat kampong..berape bradik die?
- Joyah tapena balek Mesia ke
- Radi & Karem buat ape skrg?
- Daging pak husin jual sekilo bape? (yg neh gurau je)

famia said...

joyah jadi biatch seh dlm musim ke 2 ni. haha.

haii..
tolong la sedarkan joyah ni.
nak jadi jahat gile pon xpe.
joyah tak kesah.

muahakhakhkahkahks.

Dani neh said...

soalan utama aku nak jawab...
DAGING PAK HUSIN SEKILO RM8.88sen

hahak.. sengal...
eh, kalo tak silap aku, entry IDA ade mengatakan yang Joyah mmg ayahnye sudah meninggal... cube cek tgk..

@awi & famamia
"SAYA SUKA MAKAN SIPUT SEDUT"
sebutla.. sebutlaaa... kikikii..

@dop
tu eklan susu keh..

@odja
jawab la soalan aku kat kotak menjerit tuh...

iwafays said...

@ahmad NADia kikilala
murahnye daging pak husin. tp aku tanye DAGING LEMBU YANG PAK HUSIN JUAL tu sekilo bape? haha ko x menjawab soklan..hahah


*pssst jai..ko ade tepong lagi?

famia said...

tepong susu cap junjung ke wi.
ade. kat kedai.

me_ said...

"Dalam kelembutan Suhaila yang menyerlahkan adab dan kesopanan seorang gadis timur, terselindung seorang gadis yang tegas dan garang juga apabila kena pada tempat dan situasinya.."

aku rs sungguh terharu membace kenyataan diatas.. bagus rupenye budak suhaila ni ek.. kembang idung 80mangkuk.. kekekeke..
[kalaulah kat alam nyata pon camtu.... :P]

TAPI........

"si joyah balek lewat, walepon suhaila suruh balik awalkan..
pastu balik2 rumah, apartment derang dah kene rompak... dan Suhaila telah menjadi mangse... em.. mungkin cacat/mati terus..."

amboiiii!! sadisnyeeeeeee.... xde yg kejam lg ke dani?? ni cam mendoakan ni.. sampai ati.. huhuhuhuh........

ko tunggu la ahad kang aku tembak ko cukup2.. 50++ peluru aku bajet khas tuk DANI+HUZAI+SHAH ngn IDA (termasuk zaki).. kakakaka.. x kire la geng ke x geng.. janji dpt tembak korg!! muahahaha..

me_ said...

eh, aku tertinggal lagi sorg mangse tembakan maut "catbola" --> EN.DOP.. anda juge tidak akan terkecuali dr jd target aku... cam aku ckp.. x kire la geng ke x geng.. asalkan dpt tembak jd la.. kakakaka..

kwn2 sume kite jumpe kat gombak!! nantikan kemunculan sulung aku dikhalayak ramai..!! kekeke :D

famia said...

haha. gile lah.
aku pon eksaited nak jumpe ko suhaila.

patner invisibel 8sen.