Saturday, January 13, 2007

Pusingan 1 - Chapter 1

Zap..!

Satu sebatan menjilat tubuhnya.

Zappp...!

Sebatan itu hinggap lagi. Berkerut dahinya menahan sakit.

Zapppppp..!
Zaappppppp..!

Bertubi-tubi sebatan hinggap di badannya. Bukan salah ibu mengandung. Barangkali, salah anak yang dikandung. Masuk ini, bukan sekali badannya dijamah sebatan. Malah, sudah berkali-kali. Badannya sudah hampir lali dipukul ibunya. Sudah hampir renyuk kulitnya dijamah sebatan. Setiap kali ibunya naik hangin, Radi lah yang menjadi mangsa. Segala macam bentuk sebatan pernah dirasanya. Getah paip. Penyangkut baju. Tali pinggang. Lima jari tapak tangan. Dua belah kaki. Sebelah kepala lutut. Azabnya.. hanya Yang Maha Esa saja yang tahu. Kali ini, getah paip yang meratah badannya.

Zapppppppppp...!

Kenyang… si getah paip itu.

"Hah... rasakan. Degil..."
"Aduhhhh mak. Sudah mak... sudah. Sakitnya..."

Matanya berair menahan sakit. Pedih. Perit. Betapa azabnya. Walau bagaimana teruk sakitnya pun, Radi tetap tidak mahu mengalirkan air mata di depan ibunya. Biar ibunya puas. Kedua belah lengannya sudah berbirat dilibas ibunya. Segala bekas libasan itu sudah mula timbul bengkak. Kepalanya ditempeleng ke bawah. Badannya sudah terperosok ke ceruk dinding. Akibatnya, Radi terpaksa mencangkung sambil menundukkan kepala. Bimbang kalau-kalau ibunya membantai muka pula. Libasan getah paip tadi hinggap lagi meratah badannya. Pedih. Perit. Maha azab. Kedua tangannya diletak atas kepala. Sebagai benteng penahan sebatan.

Ibunya semakin menggila. Sebatan itu semakin bertubi-tubi meratah badannya. Makin lama, makin rakus. Badannya sudah mahu hilang daya tahan penyakit. Air matanya tetap ditahan kuat. Biar keluar air mata darah sekalipun... takkan sekali dia bersedekah jujuran air mata itu untuk ibunya. Radi sememangnya keras hati. Setiap kali dibantai ibunya, Radi tidak pernah melawan. Bukannya bodoh. Barangkali, dia tidak mahu mencontohi si Tanggang. Malin Kundang apetah lagi.

Ibunya semakin menggila. Lebih-lebih lagi apabila Radi tidak melawan. Anaknya memang berhati kering. Manalah ibunya tidak bertambah geram.

"Degil kau ye.."
"Taknak mak. Sudah.. sakitnya.."
"Biar padan muka kau... aku cakap kau taknak dengar.."
"Sudah mak.. aduh.."

Malam itu, Radi terkulai lemah. Badannya bengkak-bengkak. Puas hati ibunya. Kadang kala, memang dia perlu memberi sebiji dua pengajaran kepada anak sulungnya ini. Keras kepala. Entah perangai siapa yang diikutnya. Bukannya dia tidak sayang akan anak itu, tetapi kadangkala dia sendiri tidak menyedari kemarahannya yang mampu sampai ke tahap yang menakutkan. Barangkali, dia hanya mampu menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya dengan cara itu. Mungkin.

'Kadang-kadang, orang yang paling kita sayanglah yang paling susah untuk disayang..'

* * * * *

Palace of Justice, Putrajaya.

Jam 8 malam. Langit sudah mahu runtuh. Nini masih lagi di ofis. Migrainnya sudah datang menjemput. Terasa kepalanya semakin berdenyut kuat di bahagian kanan. Semacam ada piranha yang sedang meratah gumpalan otaknya. Semacam otaknya semakin mengembang sedikit demi sedikit. Dan semacam... otaknya sudah menolak keluar tengkoraknya untuk melihat dunia. Dunia yang fana. Penuh dengan masyarakat Jahiliyah. Sampah sarap apetah lagi. Berdesing sakitnya bukan kepalang. Urat kepalanya terasa seperti ditarik-tarik. Nini memicit-micit kuat dahinya. Dengan harapan... picitan itu dapat mengeluarkan segala kerisauannya.

Esok... dateline.

Hari ini sudah Jumaat. Tempoh seminggu yang diberi sememangnya tidak mencukupi langsung. Tidak menang tangan Nini dibuatnya. Mana mungkin dapat dia menyiapkan ceritanya dalam satu malam. Ditambah lagi dengan dateline projek Mahkamah, Isnin depan. Macam lipas kudung Nini dibuatnya. Lainlah kalau dia seorang He-Man. Atau pun... gaban. Atau pun juga... ultraman. Tetapi, bila difikir-fikirnya... lebih baik lagi Doraemon. Poket Doraemon yang sehelai sepinggang itu sudah mencukupi untuknya menghabiskan kerja malam ini. Semua sekali.

"Aaarghhh.. macam mana ni... tak siap lagi..!!"

Malam ini malam Sabtu. Putrajaya masih lagi sunyi. Lain benar kalau disamakan dengan Melawati. Atau... KLCC. Atau juga... Midveli. Malam ini, sudah pasti pusat-pusat itu dihurung manusia. Manusia yang tidak kenal erti malam.

"Susahnyeeee nak dapat idea. Idea... datang la idea.."

Radi Nini menepuk dahinya berkali-kali. Mengharapkan idea terpacul keluar dari kulit dahinya. Sekejap dia bangun dari kerusinya. Sekejap dia duduk semula. Ini semua gara-gara mencari idea. Sangkanya senang. Hah.. rasakan. Terkulat-kulat Nini dibuatnya. Memang mencabar tali urat pusat. Ditambah lagi dengan perangai lamanya yang suka buat kerja last minute. Semakin menjadi-jadi tekanannya.

Lama Nini merenung skrin leptopnya. Masih mengharapkan idea terpacul keluar dari skrin putih itu. Lama skrin itu merenung mata Nini. Masih mengharapkan Nini menconteng sebiji dua huruf di mukanya. Mata Nini mula pedih ditenung skrin. Terkebil-kebil matanya memandang skrin 15 inci itu. Sekejap-sekejap matanya digosok.Sekejap-sekejap dia merenung dinding ofis. Ideanya masih kosong. Kosong untuk Projek 8sen ini. Projek yang disertai bersama 7 orang rakannya lagi. Mujur cuma perlu menulis sekali sahaja dalam satu pusingan. Dan, mujur sungguh cuma ada 8 pusingan. Lega hatinya.

Pap..!
Cit.. cit..
Tsit... tsit..

Berdarau darahnya sekejap. Entah dari mana datangnya bunyi itu. Pandang ke kanan... kosong. Pandang ke kiri... empty. Benda yang disangka makhluk itu berbunyi lagi. Jantungnya berdetak laju. Sekejap pandang ke kiri. Sekejap pandang ke kanan.

Prang..!

Tiba-tiba... sebiji piring terjatuh. Jantung Nini berhenti berdenyut. Dadanya makin berdebar-debar. Sudah la dia berseorangan di ofis malam ini. Semua ofismatenya sudah angkat kaki dari pukul 6 petang tadi. Hari Jumaat. Semua pun tidak sudi terpacak di ofis melebihi jam 6 petang. Sanggup apetah lagi. Benda itu berbunyi lagi. Kali ini... lebih dekat. Semacam berdekatan dengannya. Hatinya cemas. Debarannya makin laju. Semacam sudah melebihi had kelajuan yang sepatutnya.

Nini cuba memandang ke atas. Rupa-rupanya...

"Aaaahhh... bodoh la cicak ni. Buat aku terkejut aje.."
"Harghh.. tensyen betul.."

Membuang masa sahaja darahnya berderau tidak tentu pasal. Kalau ada lastik ditangan, alamatnya selamatlah dua ekor cicak itu. Nasib baik di tangannya cuma ada lima pasang jari. Nasib baik. Nasib Nini sememangnya sangat baik. Idea itu... akhirnya menampakkan kelibat. Nini tersenyum sendirian memikirkan cerita yang bakal ditulisnya.

Jarinya mula membuka notepad. Papan kekunci itu ditekannya. Ayat pertama ceritanya bermula.



p/s: Orang ke2... tolong sambung sebagai Chapter 2 yek. Orang ke3... Chapter 3. Selamad menulis. Hah hah hah.. ni cerita ke 4 aku karang. Ayat macam keling. Sila beri tunjuk ajar ye kawan-kawan. Tolong betolkan ayat rojak tu sume. Arigato.

17 comments:

Dani neh said...

"Radi menepuk dahinya berkali-kali. Mengharapkan idea terpacul keluar dari kulit dahinya. Sekejap dia bangun dari kerusinya. Sekejap dia duduk semula. Ini semua gara-gara mencari idea. Sangkanya senang. Hah.. rasakan. Terkulat-kulat Nini dibuatnya..."

em.... aku konfiyus... Radi ke Nini

famia said...

hah hah hah..
bagosnye ko check.
aku 8 juta kali bace balek pon x perasan.
oke nanti tlg bold kan merah ye.
grammar sume salah mane2 bold kan la jugak.

trimas neng dani.

~inilah saya~ said...

Orang kedua masih lagi dani ke?

~inilah saya~ said...

Woo lupa plak, cerita ko ni triller jugak err. Apasal piring tuh tiba-tiba aje jatuh. Takkan sebab cicak kot?

LediAgli said...

hahak.. konpiyus aku.. tapi seb baek otak aku laju gak.. tade megrenn hehe..

DarkWan said...

Patut la Nini nak pass utk round kali ni yek. Denyut kuat di sebelah kanan kepala rupanya.

Nasib baik ada cicak. Hahaks.

famia said...

ahkahkahkahkas..
dani kate.. die still org keduwe.
saje je aku bagi cite radi ngn nini tegantong. pandai2 korang la.
korang kan pandai.
hah hah hah..

pape pembetulan..
tlg boldkan merah ye.
hihi

me_ said...

ooo.. tu kire da cite ke.. aku igt ko nk cite yg ki x wat cite lg.. kakaka... aku pon pelik apsal kejap radi kejap nini..

err.. nini cam name coklat celup2 tu la.. hahahah.. gurau2.. org yg ke-seken.. next............

Dani neh said...

gedik la name nini.. heheh

~inilah saya~ said...

ha hah ha ha...mcam-mcam lah korang ni. Famia, ko masih tak jawab pertanyaan aku. Apa kaitan antara piring yang pecah dengan cicak tuh?

famia said...

nama radi ngn nini tu..
aku x sempat pk name laen.
tu je name paleng pendek aku tepikir.
haah.. aku suke makan coklat nini celop2 tu. sedap. hah hah hah..

piring pecah ngn cicak..
hee hee hee..
piring tu pecah bukan sebab cicak..
sbb laen tu..
misteri nusantara..
biar org nex yg sambong.

hah hah hah..
radi tu aku x mention pon die gadis atau laki. korang bebas nak rekacipte sex die ye.

nini pon mebi laki.
hah hah hah..
munken name die harmini.
panggey nye nini.
sbb die jiwe lembot.
kan? boley gak kan?

gunela imejinasi sendiri.
hee hee hee..
korang bebas nak rosakkan watak2 dlm tu.

~berusahalah.

me_ said...

"radi tu aku x mention pon die gadis atau laki. korang bebas nak rekacipte sex die ye"

huh!! mampos la camni kalu cik dani letak dia pompuan, pastu cik ledi letak dia laki lak, pastu cik inilah saya letak dia pompuan balik... gile haruuuu... bapuk nnt watak cite kite ni.. awwww... i x rela u... hahahahaa...

DarkWan said...

Mungkin Nini bertukar menjadi Nana Tanjung agaknya.

DarkWan said...

La .. radi tu perempuan rupanya. Aku terkenang-kenang la radhi bangla spanar jaya tu. isk.

~inilah saya~ said...

ha ha ha ha...mcm-mcm lah ko ni darkwan.

iwafays said...

"Aaaahhh... bodoh la cicak ni. Buat aku terkejut aje.."
"Harghh.. tensyen betul.."

tensyen ke tension?

so radi tu pompuan la eh? aku pon ingtkan jantan td..

famia said...

takla. radi tu boleh jadi laki atau pompuan. ikot suke hati korang la.

ha pastu tlg betolkan grammar yg beterabor ngn manglish tu ye.

cek shah da review aku punye. korang je blom lagi.