Wednesday, January 3, 2007

Bluk (Blog Buku) - Part 2

Asal Usul 8sen..

Pasti ramai yg terfikir.. kenapa mesti 8sen? Kenapa bukan 5sen ataupun 10 sen? Atau pun juga.. 20 sen. Harga duit 8sen bukannya sesuatu nilai wang yg cukup untuk membeli apa-apa. Sebatang aiskrim pun belum tentu dapat dibeli dengan harga 8sen. Zaman sekarang... harga aiskrim yg paling murah pun bernilai dalam 80sen. Itu pun hanya boleh didapati di kedai ceruk kampung. Mana mungkin boleh diperolehi di bandar yg sebegini maju ini.

Lapan (8) adalah satu nombor yang selalu dipersebutkan untuk pengiraan dan juga percakapan. Satu nombor yang sinonim dengan kehidupan dan juga sumpah seranah. Satu emosi yang berkubur pada nombor 8 patut dirungkai. Jika dalam animasi & kartun, "jenaka bernombor" selalu disertakan dengan nombor 8, bukan tiga, dua atau enam. Lapan. Tetap lapan.

Dalam 8sen ini... terdapat 8 orang pengarang yg berbilang idea. Setiap pengarang mempunyai nilai harga 1sen. Walaupun 1sen ini dipandang semacam sesuatu yg tidak bernilai, namun ia mempunyai nilai yg sangat tinggi. Nilai yg tidak berbelah bagi. Nilai yg tidak mungkin boleh diganti dengan mata wang ringgit USD sekali pun. Nilai 1sen juga merupakan salah satu kontributor matawang rm1 juta. Benar. Ini adalah realiti. Bukan fakta sains.

Dan antara semua matawang syiling Malaysia, hanya matawang 1sen sahaja yang bernilai tinggi. Benar. Jika tidak, masakan duit 1sen diwarnakan dengan warna merah berbanding warna syiling yang lain. Ini bukan kasta matawang. Tetapi, nilai harga yang tinggi pada duit syiling 1sen berbanding duit syiling yang lain.

Jangka masa untuk satu entri:
1 minggu

Panjang satu entri:
Lebih daripada 2 mukasurat DAN tidak melebihi 4 muka surat ATAU cukop 4 muka surat (MS Word)

Font Style: Normal + Arial
Font Size: 10
Line Spacing: 1.5

ATURAN MUKASURAT:
1. Penghargaan
2. Pengenalan Penulis 8sen
3. Pendahuluan / The Making of 8sen
4. Kompilasi Cerita 8sen
5. Akhiran / Penutup Cerita 8sen
6. Cetusan Lidah Penulis 8sen (Suka Duka Penulis Semasa Pembikinan 8sen & Ucapan Terima Kasih)


GARAPAN CERITA

Permulaan: Seorang kanak-kanak lelaki & perempuan, yang membesar di satu perkampungan, tidak mengenali satu sama lain, dan hidup dalam kisah kanak-kanak yang biasa & lucu. Konflik persekitaran contohnya keluarga, dan rakan-rakan yang mematangkan satu sama lain. Tiada perkataan cinta, tiada perkataan sayang, cuma yang terpancar adalah keihlasan dalam kehidupan kanak-kanak yang penuh warna warni. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Tetapi, hidup dalam satu komuniti yang sama. Rangka cerita meliputi kisah mereka daripada kecil sehingga dewasa sehingga cukup 8 pusingan. Mempunyai 8 pusingan cerita di mana setiap satu pusingan, akan mempunyai 8 cerita dari 8 pengarang.

Watak Heroin: Seorang kanak-kanak yang dibesarkan dengan sepenuh kasih sayang dan kemewahan harta benda tetapi berada dalam kelompok kolot dan agak kekampungan. Menjadi seorang kanak-kanak yang sering dibuli, dan seorang gadis yang comot, tidak pandai bergaya dan anti-sosial. Menyambung pelajaran di IPTA kerana anti kepada sistem pembelajaran di luar negara, sedangkan ibu bapa telah memilih sebuah kolej di UK.Mempunyai pendirian yang tegas walaupun tidak dapat dilihat daripada luaran. Seorang yang penuh dengan adab ketimuran dan kesopanan serta bijak di dalam pelajarannya. Pada masa yang sama adalah seorang yang degil, kuat berpegang teguh pada pendirian sendiri dan sering memberontak dalam diam.

Watak Hero: Kanak-kanak lelaki yang berada di dalam keluarga sederhana, mempunyai ramai kawan, seorang yang nakal, pemalas dan mempunyai IQ bertaraf rendah. Di besarkan dengan kasih sayang dan kepercayaan, menjadi seorang yang agresif. Mempunyai cita-cita yang tinggi tapi tidak mempunyai kelebihan dari segi akademik. Mendapat peluang belajar di IPT yang sama dengan Heroin. Pandai memikat gadis-gadis dengan kelebihan rupa dan wang. Membuat kerja separuh masa untuk menampung kehidupan di IPTA, kerana tabiat boros yang dimiliki.

Watak Sampingan: Unlimited (sukehati pengarang)


RANGKA MASA CERITA

Pusingan 1:
1) Kelahiran watak dari kecil.
2) Sekolah rendah (Darjah 1-3)
3) Hero dan heroin berada dalam satu sekolah yang sama tetapi berlainan kelas.

Pusingan 2:
1) Pembentukan peribadi watak
2) Sekolah rendah (Darjah 4-6)

Pusingan 3:
1) Melangkah ke alam muda remaja
2) Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)
3) Hero masuk sekolah lelaki.
4) Hero masuk sekolah perempuan.
5) Jalan cerita di kedua-dua sekolah berjalan serentak dalam satu masa.

Pusingan 4:
1) Pengaruh alam remaja dalam kehidupan
2) Sekolah Menengah (tingkatan 4-5)

Pusingan 5:
1) Mula melangkah ke alam universiti
2) Belajar selama 4 tahun
3) Ruang lingkup pembelajaran tahun 1-2 di universiti
4) Hero dan heroin berada dalam satu universiti tetapi berlainan kursus.

Pusingan 6:
1) Detik pertengahan di universiti
2) Ruang lingkup pembelajaran tahun 3-4 di universiti.
3) Tahun terakhir di universiti.
4) Watak hero dan heroin dipertemukan buat kali yang pertama.

Pusingan 7:
1) Melangkah ke alam dewasa (Zaman Bekerja)
2) Hero dan heroin mula mencari nafkah dengan cara yang tersendiri.
3) Watak hero dan heroin dipertemukan semula sekali lagi.

Pusingan 8:
1) Sambungan pertemuan hero dan heroin.
2) Happy ending? Atau sad ending..? Akan diperbincangkan ending cerita secara berjemaah bersama kesemua 8 orang penulis.
3) Penutup cerita adalah persetujuan bersama kesemua penulis.

No comments: