Sunday, January 21, 2007

Kenapa 8 sen..?

Diskripsi wajib

8 sen! Kenapa mesti 8 sen? Bukan 80 sen, 80 ribu sen ataupun 80 juta sen. Ini kerana 8 sen itu adalah sangat sedikit jumlahnya jika dibandingkan dengan 80 sen, sangat-sangat sedikit pula jika dibandingkan dengan 80 ribu sen dan tidak bererti langsung jika dibandingkan dengan 80 juta sen. Tapi ingat!, tanpa 8 sen tidak akan cukup 80 sen, 80 ribu sen ataupun 80 juta sen. Ini adalah karya 'complementary' atau karya pelengkap. 8 sen tidak bersaing dengan karya-karya yang bernilai 80 sen, 80 ribu sen atau pun 80 juta sen. Dan sekali lagi 8 sen adalah karya pelengkap. Bacalah kami, kerana hidup anda tidak akan lengkap tanpanya.

* Ini adalah slogan percubaan sahaja. Kemungkinan amat besar untuk di edit semula di saat-saat akhir.

** Ha ha ha....lihatlah kawan-kawan betapa effisyennya aku...(Sambil mengusap-gusap tanduk di kepala)

7 comments:

DarkWan said...

Aku pernah tengok ejaan

1) efisyen
2) effisyen

yg mana kedua-dua pun digunakan dlm penulisan (perhatian kehadiran dua huruf ' f ' pada poin 2)

Yg mana satu yg betul ya?

~inilah saya~ said...

darkwan: bila aku periksa balik kamus dewan edisi ketiga. ejaan sebenarnya adalah "efisien". Sorry erkk.

DarkWan said...

Ehe. Aku pun tatau sebenarnya sbb bila aku search kat Google la mana lagi - ada je org guna effisyen tu. Cuma aku biasa guna efisyen jadi aku pun kompius dengan penggunaan ejaan efisyen aku selama ni.

~inilah saya~ said...

Darkwan: hehe...samalah kita sebenarnya..

Eh..aku tengah buat testing google doc&spreed tuh. Kau bagi google acc kau. kita dua test dulu. kalau ok, baru kita bukak pada yang lain-lain. Amacam?

ataupun kau yang nak uploadkan file utk review tuh, pastu ko addkan google acc aku. Sbb nak tengok camna rupanya file tuh bila kita guna revisions function tuh.

DarkWan said...

Ko maintan je la jadi reviewer rasmi Shah sbb ko ada Kamus Dewan. Aku tade huhuhu.

Lagipun ko pun da mulakan review utk famia dan dani jadi boleh dah guna tu sbg base. Go on aje la dgn benda ada.

Google acc aku - ridzuan.yusop (at) gmail (dot) com

famia said...

saba je la.
layan borak dua orang je ke bang.
hah hah hah..

shah..
aku suke 2 rangkap last tu.
"..Dan sekali lagi 8 sen adalah karya pelengkap. Bacalah kami, kerana hidup anda tidak akan lengkap tanpanya."

ayat tu sungguh hensem.

~inilah saya~ said...

Famia: Itulah pasal, dua orang pun jadilah...tunggu korang jengah putih bulu kening aku ni. ha ha ha


Pasal ayat tuh...hehehe, tu ayat tengah sangap2 tuh....:-)