Sunday, December 16, 2007

3rd Meeting

Update Perjumpaan keTiga

Lokasi: Rumah Dani [Taman Selayang]
Tarikh: 15 Dec 2007
Waktu: 11.45pm - 3.15pm
Attendees: Huzai, Dani, DarkWan, Qaseyh


Perjumpaan kali ini.. Walaupun hanya 4 kerat aje yang hadir tapi nekad nak miting jugak. So antara isu-isu yang dibincangkan:


Isu 1 : Watak - Watak Utama

30 minit pertama, kami terpaksa baca balik entry2 8sen yang dulu-dulu sebab masing-masing dah konfiyus dan ingat-ingat lupe. heheh..

DarkWan pernah buat Character Diagram untuk watak-watak yang kita dah wujudkan, tapi dah hilang. Makanya dengan ehsan DarkWan, dia akan buat balik diagram tu and distribute to 8seners, k. Diagram ni sangat membantu nak merefresh balik relationships antara watak-watak and kat mana berlakunya perhubungan tu.

Contoh:
Nini adelah kawan Radi kat UiTM Dungun. Dedi pun diwujudkan masa kat zaman Uni nih jugak. Begitulah hendaknya.

Point Penting mengenai Watak-Watak utama dan Watak-Watak sampingan nih untuk Season 3 and seterusnya akan di utarakan dalam Isu 2, k.

Isu 2 : Rombakan Jalan Cerita

Objektif yang perlu dicapai untuk Season 3 ini adalah:

JOYAH..
- Joyah akan balik ke tanahair (selepas mendengar berita kematian ibunya, yang ditengking masa kat obersi dulu)
- Joyah insaf dari perangai buruk dia.. [clubbing, arak, seksi.. dll]

Watak-Watak
Pewujudan watak2 baru dengan nama khusus adalah perlu dielakkan. Wujudkan watak2 am sahaja.
Dengan kata lain..
Kita fokus untuk memantapkan Watak-watak yang sedia ada, dan pewujudan watak-watak baru sampingan sahaja, tak describe terlalu detail sampai nama penuh, tempat tinggal, pekerjaan, tarikh lahir.. Ala contoh macam pakcik Cleaner ke, Rakan Sekerja ke..
Rephrase kata-kata Qaseyh, pewujudan watak-watak sampingan ini kita cerita sikit-sikit je untuk menguatkan jalan cerita dan kita biarkan pembaca saja yang membayangkan watak-watak itu.

Detail yang perlu ditekankan kita lebihkan pada mendescribe suasana.... supaya pembaca boleh menggambarkan dengan jelas apa yang kita cuba ceritakan.

Isu 3 : 8sen ke WordPress

Huzai dah pun register 8sen ke WordPress. Tapi tak semua entry di pindah kan ke sana lagi. Walaubagaimanapun 8sen.blogspot masih digunakan.

8sen.blogspot -> development, internal comments sesama kita
8sen.wordpress -> final release for Production, kira untuk public reading lah. Publish kat sini bila correction untuk sesuatu episode tu telah di buat.

Isu 4 : Reviewer

Kerja: review setiap 4 episode. Memberi komen dan suggestion bahasa/lojik cerita dll.
Kriteria: ade knowledge bahasa.. tak kisah umo.. komited..

Memerlukan calon seramai 3 orang. Korang bagi suggestions nyeh. Selewat-lewatnya sebelum 15/1... Reviewer kena start review season 1 & 2 dulu sebelom masuk season 3 la kan.. Reviewer akses ke 8sen.blogspot akan diberi lepas 15/1..

Calon [1]: Hani kawan Suhaila

Isu 5 : Format & Konsep Musim ke-3

Panjang: 6-8 ms
Tempoh: 1minggu
*sebarang penalti dahulu akan di reset. hehe..

turn penulis untuk Season 3:
1. Dop
2. Qaseyh
3. Suhaila
4. Ida
5. Awie
6. Odja
7. Xai
8. Dani

#Qaseyh mencadangkan untuk membuat sinopsis.
Tujuan menulis sinopsis adalah untuk mendapat rangka gambaran kasar apa yang akan ditulis oleh penulis. Dengan mereview sinopsis itu ramai-ramai, dapatlah mengukuhkan jalan cerita 8sen nih.

Cara:
First writer akan buat sinopsis,dalam tempoh 3 hari.. Kemudian publish sinopsis tuh. 8seners akan komen sinopsis dalam tempoh 3 hari. Lepas tuh.. writer start menulis dalam tempoh seminggu. Contoh cara menulis sinopsis akan di Email oleh Qaseyh nanti.

Contoh Jadual Season 3:

DarkWan
Mula menulis sinopsis: 25 Dec 2007
Publish sinopsis: 27 Dec 2007
8sen Review n komen sinopsis: 28 Dec - 31 Dec
Mula menulis: 1 Jan 2008
Release Episode 1 Season 3: 7 Jan 2008

Qaseyh:
Mula menulis sinopsis: 1 Jan 2008
Publish sinopsis: 3 Jan 2008
8sen Review n komen sinopsis: 4 Jan - 6 Jan
Mula menulis: 7 Jan 2008
Release Episode 1 Season 3: 13 Jan 2008

..full Jadual akan di release kendian.

Isu 6 : 8sen ke Public

8sen.wordpress akan digunakan untuk public view.
Perihal Domain dan Hosting, akan diserahkan pada Dakwan. Dakwan juga sudah pun menDemo bagaimana untuk publish 8sen.wordpress dengan menggunakan Domain dan Hosting sendiri. Thanks Dop!

Isu 7 : GoogleAdSense

GoogleAdsense adalah meletakkan iklan2 yang dijana oleh Google, dan dengan setiap klik pengunjung ke website kita, kita akan dapatlah sen..

Hal ini masih understudy sebab tak ada yang betul-betul berpengalaman menggunakan GoogleAdsense nih. Tapi.. kite serah pada Dakwan untuk meneraju and sama-samalah kita bace pasal GoogleAdsense nih ae..

Isu 8 : Tips Penulisan

Dari semasa ke semasa Qaseyh akan post tektik2 penulisan yang baik untuk di kongsi bersama. K, Qaseyh...

Isu 9 : Odja

Hasil perbincangan, Odja digugurkan daripada menjadi penulis, juga di downgrade dari akses Admin kepada akses reader aje. K ae Odja..

Ini bermakna.. kita lack seorang penulis.. takkan proceed as 7sen / 8sen-1..
Kena carik writer. Everyone, carik ae.

Kalau boleh lelaki. hensem
Ade komitmen, macam kite2 punye komitmen, heheh.
Ade Akses Internet ofkos, kalau tak cemana dia nak publish and dapat updates kan.

BEFORE JANUARI ENDS!

4 comments:

DarkWan said...

Perihal 8sen versi WordPress, ia akan bernama 8sen.net adanya.

Ada bangkangan, sila cadangkan nama TLD yang lain.

eg:
8sen.org
8sen.us
8sen.tv

8sen.gov, 8sen.mil, 8sen.mil - ni x boleh guna nyeh.

Kalau 8sen.my tu aku cuba tanya untuk kos dan lain-lain prosedur. Aku rasa lecehhhh

Anyway, 8sen.com ada orang dah guna (sbb tu 8sen.net jadi 2nd choice).

famia said...

hehe MOM yg kliye dan mantap.
tengs danik.

dope..
aku oke je..
8sennet pon kacak embun je bunyi die.
perihal price.. cube ko cerite bp inggit perlu bayo monthly atau sbgnye..

laen2..
terpulang pd 8senner yg laen.

awi said...

eceh, memberi komen dari epot thailand aku neh..hee

emm aku da bace miting ripot korang tuh..nampak sket clear kali neh..nnt ade mase aku cek blk kot2 ade ape2 isu atau usul tecicir okeh..

aku setuju lapansendotnet!

~inilah saya~ said...

Wooo...minit dah siap. tapikan, everitime aku baca mesti ada nama Qaseyh! Qaseyh! Qaseyh!

oit...nama tu aku dah tak pakai lagi laa...aduhhh.... korang ni... nama tu dah tak macho laa...

Anyway, pasal domain dan hosting tu, kalau boleh darkwan provide bape cost dia. Aku cadangkan kita share cost dia. dan dengan rela hati aku letak limaploh hinggit sbg initial capital. ada sesapa lagi yang ingin memberi sumbangan?

Akhir kata, selamat hari raya korban pada semua.