Saturday, February 24, 2007

Pusingan 1 - Chapter 8



Pap..!
Tsit... tsit..

Haargh!

Nini bingkas bangun. Dia terkejut lagi. Ceritanya terhenti. Dia pandang atas, jengah ke kiri, jengah ke kanan. Kali ini tak ada cicak pun. Entah dari manalah datangnya bunyi tu. Setahu Nini, semua rakan sekerjanyadah balik awal tadi. General Managernya, En. Rizal yang memang terkenal dengan ‘stay back’ itu pun sudah pulang tepat pukul 5.30 petang tadi. Mungkin ada hal agaknya.

“Kau buat apa tu?” Tiba-tiba ada suara menegur dari belakang.

Haargh!!
Nini terkejut sekali lagi.

“Hoi! Sial betul kau ni Mie, aku ingatkan ada hantu dalam opis kita nih, kecut perut aku. Dah la idea tgh mencurah-curah, ada pulak bunyi-bunyi. Sial betul” Sentak Nini.

“Aku pun ingat aku tinggal sorang je kat opis. Aku pun dengar juga bunyi-bunyi, ko ingat ko sorang je takut hantu?”

“Oii.. bendalah tu jangan la sebut-sebut! Nanti dia datang sungguh baru padan muka.. Syyy…”

“Okay okay, sorry.. sorry..”

“So, what are you doing here at this particular time Nini? Something urgent I guess? Come on la, it is Saturday night. You should be out there enjoying your life.”

“Aaahh.. pandai la kau. Nak suruh aku berpoya-poya. Ni ha.. tak nampak file bertimbun-timbun ni? Next week is the deadline for me to submit the consultancy project for Hakim Mansor’s Trial. Sepatah haram pun aku tak buat lagi. Satu lagi, aku punya 8 Sen project nih.. esok kena submit. Yang kau tu, buat apa kat sini? Tak enjoy?”

“8 Sen? Apa tu?”

“Pasal tu ko jangan tanya lebih-lebih… Nanti dah berjaya aku berketak kat satu Putrajaya.heh heh heh…” Bentak Nini pantas.

“Nini… U dah makan? Jom? Tonight is on me.” Azmi menyeringai disela dgn kekekan nakal.

Tit tit… tit tit…
“Hello, Yes, Azmi here. Yeah.. yeah.. I see… Okay, okay.. I’ll go right away… Thank you Doctor.. Yea..No problem. Thanks.” Azmi letak telefonnya semula dalam ‘pouch’nya. Mukanya pucat bagai darah habis disedut lintah. Serba salah dibuatnya. Apapun baginya, dia mesti control macho.

“Mie, what’s wrong? Something bad is it? Need any help?” Nini menunjukkan kerisauannya. Dalam hati sudah menjangkakan pelbagai kombinasi perbualan Azmi sebentar tadi.

“Err.. Nini.. tader apa. Eh, kau nak pegi makan tak ni?” Ujar Azmi selamba. Tetapi riak mukanya jelas membayangkan soaljawab seribu satu persoalan, kerisauan dan ketakutan.

“Kau jangan tipu aku la Mie, kalau kau sakit gigi pun, satu dunia boleh tau ko tahan sakit. Well, we’ve been friends for many years. I know you and you can trust me.”

“Memanglah.. tapi Nini… Hal ni aku tak pernah cerita kat kau. Aku takut Nini. Aku takut.” Balas Azmi.

“It’s okay Mie. You know whom to look for if you need help. Satu lagi, Aku belum ada selera lagi. Lagipun idea aku tengah rancak ni. Kalau mati idea kang, sampai esok pun aku duduk kat depan laptop nih. Kau pegilah. I know you are in rush. Don’t worry about me okay.”

“Thanks... Wei, aku terpaksa gerak nih. See you next Monday yah!”

Azmi Azmi... misteri betul jejaka seorang ini. Azmi adalah seorang penguam muada ditempat Nini bekerja di Putrajaya. Tidak sampai 2 tahun bekerja, jejaka yang tidak kurang tampannya ini boleh dikategorikan sebagai seorang Casanova. Pantang nampak perempuan berdahi licin, sepantas kilat Azmi akan memainkan peranannya. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan Si Azmi ini...

Itu Azmi. Sebelum ideanya hilang, Nini menyambung ceritanya...

*****************************************


”Takdela..aku ingat dah hilang nombor aku. Tak sms atau call aku pun.”, Karem menjuih mulutnya.

Radi terdiam. Entah kenapa lidahnya terkelu kali ini. Sudah bertahun dia menunggu saat-saat sebegini. Sudah bertahun jugalah dia berlatih untuk meluahkan perasaannya kepada Karem.

Radi serba salah. Telefon yang digenggamnya terasa berat sekali. Lemah lutut Radi untuk meneruskan kata-katanya. Mahu saja dia pengsan waktu itu. Tapi dia gagahkan juga semangatnya. Kalau tidak sekarang, masakan dapat peluang kedua selepas ini.

“Oy... Radi! Ko kenapa nih? Aku tanya kenapa ko tak call aku? Kalau tak sebab aku terbaring ni, memang ko dah kena starlait.” Karem memecahkan suasana.

“Err Karem.... Aku.. Aku..” Radi cuba untuk menyusunkan semula dialog yang pernah dia praktis sebelum ini.

“Ececeh.. Gagap pulak... Ko kenapa Radi? Macam nak cakap sesuatu je? Cuba bagitau aku.”

“Karem...Aku... Aku sayangkan ko, Karem!” Merah padam muka Radi. Matanya merah. Air mata sudah mula bertakung. Tunggu masa saja untuk melimpah. Radi meneruskan kata-katanya. Sudah terlambat untuk menarik balik apa yang dikatakan tadi. Diteruskan juga kata-kata pahit itu.

“Aku betul-betul sayangkan ko, Karem. Aku tak mau kehilangkan ko lagi. Aku ikhlas. Tapi aku sedar, aku bukan seperti Joyah. Dia bijak, dia cantik. Aku pulak... ko tengok nih. Selebet. Serabai. Bodoh. Rupa pun tak ada. Belajar pun tak seberapa. Aku tau Joyah pun suka kat ko... Siapalah aku Karem...” Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Tangisan berterusan tanpa henti.

“Aku tau ko suka kat aku. Aku pun tau Joyah suka kat aku.” Jawab Karem ringkas. Tiada tanda-tanda terkejut pada riak wajah Karem. Bukan Karem tak tahu, memang dia sudah agak dari dulu lagi yang Radi dan Joyah ada menyimpan perasaan terhadapnya. Tiada rasa bangga pada dirinya kerana dua gadis menyukainya. Segala bibit-bibit cinta dan sayang ini timbul sejak mereka ditangkap oleh Tok Aki. Teruk dia dikerjakan Tok Aki. Bukan apa, dia mengaku dia yang memberikan buah fikiran kepada Radi dan Joyah semata-mata untuk menyelamatkan mereka berdua. Karemlah yang mempertahankan Radi bila dia dipukul oleh ibunya. Bukan Radi seorang, dia juga mempertahankan Joyah sekali. Karem juga tahu dulu ibu Radi pernah menyimpan perasaan terhadap ayahnya. Sebab itulah ibu Radi berkeras menghalang Radi menjadi lebih rapat dengan keluarganya. Sebab itu jugalah ibu Radi sentiasa melampiaskan nafsu amarah dan rasa kecewanya terhadap Radi. Kerana itu juga akhirnya Radi dihantar ke asrama anak-anak yatim. Karem tahu semua itu. Ibunya menceritakan segala-galanya selepas ayahnya meninggal dunia.

“Apa? Ko dah tau? Macamana ko tau?”

“Aku bukannya bodoh Di. Dari dulu lagi ko suka kat aku kan? Sejak sebelum ko pindah ke Bandar Beruntung kan? Sejak kita kena tangkap dengan Tok Aki kan? Betul tak Di?”

“Karem! Kenapa ko buat aku mcm ni? Kalau ko dah tau, kenapa ko diam Karem? Kenapa? Sampai hati ko Karem?” Tangisan Radi sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Kalau ikutkan hatinya mahu dicekik Karem masa itu juga. Kalau ikutkan hatinya, mahu dia menjerit sekuat hati. Tetapi, Radi sedar, dia berada di hospital. Dia sedar, siapalah dia untuk memaksa Karem menurut kehendak perasaannya.

“Di, kalau ko kenal aku, ko mesti faham kenapa aku mcm ni. Aku pun tak mau kehilangan ko ngan Joyah. Aku hargai persahabatan kita bertiga. Koranglah tempat aku bersedih. Korang jugaklah tempat aku bergembira. Tambah lagi sejak ayah aku meninggal, aku dah tak ada sapa Di. Aku ada ko dengan Joyah je. Kalau ko nak tau, aku dengan Joyah tak ada apa-apa. Tak ada perasaan langsung lebih dari sahabat. Tak ada beza dengan ko.”

“Tapi Karem, kenapa aku nampak ko dgn Joyah - ” Pintas Radi. Tangisannya mula reda.

“Tak ada tapi... kami jadi rapat sebab ko pindah asrama dulu. Rapat pun bukan sebab perasaan sayang. Rapat sebab keadaan yang menyebabkan kami kongsi segala benda. Alah, samalah rapat macam ko dengan aku masa dulu-dulu. Sama juga mcm ko rapat dengan Joyah sekarang. Tak ada beza Radi oii.” Karem meneruskan hujahnya.

“Karem... Aku malu. Macamana aku nak berdepan dengan ko lepas ni? Macam mana aku nak berdepan dengan Joyah? Aku malu.. Tapi.. Aku tetap sayangkan ko... Aku percaya peluang masih ada.”

“Takpe. Mcm nilah. Ko buatlah apa yang ko rasa betul. Aku faham. Cuma aku nak ko faham aku tak dapat berikan apa yang ko harapkan. Aku betul-betul sayangkan persahabatan kita. Aku tak mau sebab ni ko menjauhkan diri. Aku tak mau sebab ni jugak ko putuskan persahabatan dengan Joyah.” Sambung Karem tersenyum.

“Terima kasih Karem. Tapi bagi la aku peluang. Aku yakin suatu hari nanti ko mesti dapat menerima aku...”

“Hehehe... ko goda aku mcm mana pun mesti tak dapat punye...” Balas Karem dengan hilai tawa bagaikan tiada apa yang berlaku.

“Eeeeeiii..Hampeh... sempat lagi ko buat lawak ye.. Nak amik nih!” Satu starlait hinggap di dahi Karem. Radi ketawa kembali. Hatinya lapang. Semacam satu beban yang dipikulnya sejak sekian lama hilang dengan tiba tiba. Dia bersyukur Karem tidak marah. Dia bersyukur Karem seperti lelaki lain. Kalau orang lain, semestinya dia sudah dihalau keluar.

“Di, bila ko balik Terengganu? Esok ko kat sini tak?” Tanya Karem. Dia pun lega kerana dapat menangani perkara dengan baik. Memang sudah dia menjangka perkara sebegini pasti tiba.

“Hari ni hari Khamis, Alang-alang aku amik cuti esok. Minggu depan aku balik sana. Kenapa?”

“Aku teringin nak makan ketam masak lemak cili padi...”

“Oy Karem.. Ko perli aku ye... Macam la ko tak tau aku tak pandai masak? Nah amik nih..” Satu lagi starlait melayang ke dahi Karem.. Kali ini Karem berjaya mengelak. Terburai mereka ketawa...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Grrr....
Brrrr..... Brrrrllrr.... Krruk!


Nini tersentak lagi. “Kali ini bunyi apa pulak?” Dilihatnya jam pada penjuru kanan laptopnya. Pukul 3:25 am.

“Hish... biar betul? Dah pukul tiga lebih dah.”

GGrrr....
Brrrrllrr.... Krruk!

“Laa... patutlah aku rasa lain macam.. Tak makan lagi rupanya...” katanya pada diri sendiri sambil menggetu perutnya yang langsing itu.

Nini menyelongkar laci mejanya. Di dalam laci meja bawah sekali memang tempat dia menyimpan stok makanan untuk kegunaan masa kecemasan seperti waktu sebegini. Manalah nak cari makanan pukul 3 pagi kat Putrajaya ini. Lainlah kat Petaling Jaya ke, kat tengah-tengah Kuala Lumpur ke, boleh la pegi kedai mamak.

“Hah, ada pun.. Crispy pun crispy lah...” Rakus sungguh Nini menyentap plastik pembungkus Crispy. Lapar benarlah kononnya. Yelah, tengah hari tadi dia hanya makan pau sebiji. Itu pun Kak Imah front desk yang beri.

Sambil mengunyah Nini baca semula apa yang ditaipnya tadi. Khusyuk betul. Dia pun sudah tidak berapa ingat apa yang ditaipnya. Jarang benar idea datang mencurah-curah sebegini. Nini tersenyum sendirian..

Seingat Nini, kisah Radi, Joyah dan Karem yang ditaipnya memang satu cerita benar. Itupun kerana Nini pernah mengenal rapat rakannya Radi di UiTM Terengganu dulu. Mengingatkan kisah mereka bertiga, Nini teringatkan kisah silamnya yang tidak kurang hebat berbanding dengan kisah Radi.

Seboleh-bolehnya Nini tidak mahu mengingati cerita lamanya. Tetapi apakan daya, makin lama makin kuat ingatannya terhadap peristiwa bertahun-tahun dulu...

Dia bangga dengan apa yang dikecapinya sekarang. Jawatan Penolong Pengarah 1 di Putrajaya cukup untuk menutup segala tomahan yang diberikan oleh saudara-maranya. Cukup untuk membuat kakaknya terdiam. Inilah bukti segala kecekalan dan keperitan yang dialaminya sejak kematian kedua ibubapanya dulu. Hidup Nini bukan seperti apa yang orang lain sangka. Semua orang ingat dia hidup mewah. Makan pakai cukup, apa yang dihajati mesti termakbul. Semua orang tahu Nini adalah anak Dato’ Seri Ismail Mohamad. Anak perempuan Datin Seri Noriani Sulaiman. Tetapi hanya Nini yang tahu siapa dia sebenarnya. Dia hanyalah anak yatim piatu. Selepas kematian ibunya kerana kanser rahim, ayahnya menyusul dengan sakit jantung. Nini terpaksa tinggal dengan kakak dan dua orang adiknya. Dia tahu kakaknya hanya pentingkan wang ringgit. Dia juga tahu, kakaknya cemburu dengan kejayaan akademiknya. Dia tahu sebab itu lah juga kakaknya melayaninya seperti orang gaji.

Nini mula mengenali Datin Seri Noriani semasa dia berada di tahun akhir di UiTM Terengganu. Itupun secara tidak sengaja semasa dia mengarah satu projek komuniti. Dari situ dia mula rapat dgn Datin Seri yang panggilnya Bonda. Datin Seri pula secara kebetulan tidak dikurniakan cahaya mata. Mungkin kerana lewat berkahwin dengan Dato’ Seri Ismail. Mungkin kerana itu mereka menganggap Nini sebagai anak kandung mereka. Kemana saja Dato dan Datin pergi, dibawanya Nini bersama, mereka bangga untuk mengenalkan anak mereka kepada rakan dan kenalan mereka. Maklumlah, anak dara sopanlah katakan.

Bagi Nini, pantang ada cuti. Ada saja tempat yang dibawa ibu dan ayah angkatnya. Bagi Nini sudah lima benua sudah dijelajahinya. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki. Walaupun begitu, Nini sedar, kemewahan yang ada bukan tiket baginya untuk menonjolkan diri. Tiada alasan untuknya berlagak dengan kejayaan orang lain. Namun dia bersyukur, selepas tamat Diploma di UiTM Terengganu, Nini berjaya melanjutkan pengajiannya di University of Wales, UK. Kalau tidak kerana Ayahanda, mungkin Nini tidak berpeluang langsung untuk menjejakkan kaki kesana.

Trit trit.... trit tri...

Lamunannya terhenti. Ada SMS. Nini terlupa sekejap password utk membuka SMS Inboxnya. Handphone canggih zaman sekarang ini lengkap dengan security system. Payah betul.

+60123552616
wei, ko dh tido ke lum? Jom kuar? Aku tau ko x tdo lg. Aku xleh tdo nih.

“Sape nih? Tak kenal pun?” tanya Nini dalam hati nya...



13 comments:

oDJa said...

minta maaf semua lambat seminggu.

famia said...

hehe. takpe.
aku tak kisah.
bagos cite ko.
complete ko kaver.

tapi kan...

hehe...
xpe.. aku tgk yg lain komen dulu.

tapi aku suke ko tutop round 1 ni.
sabas oja!

oDJa said...

thanks.. tapi aper ek? ader mcm tak kena je? aku dah tersalah tafsir apa yang ko harapkan masa awal-awal ke? masih ada masa utk aku ubah...

~inilah saya~ said...

odja,

kau telah berjaya mencomplete dan mencomplicatedkan cerita ni.

Bagus-bagus.

Kepada kawan-kawan semua,
Kalau kita baca-baca balik dari chapter 1 sampai chapter laa ni, perasan tak zaman yang dilalui oleh watak-watak utama ini.

Zaman Sekolah - Zaman Kolej - Zaman Kerja.

Kemudian kombinasi dua cerita dalam satu, macam cerita-cerita flashbak atau dua cerita yang berlaku serentak tapi pada plot yang berbeza. Yang aku rasakan agak kritikal ialah apabila kita masuk round 2,3,4,5,6,7 dan 8 nanti. Sekarang ni memang tak nampak lagi masalah dier. Antara masalah yang akan timbul ialah:

1. Kawalan plot cerita yang tidak menentu. Ialah sebab macam yang kita buat sekarang ni, kejap-kejap flashback. Lepas tu flashback merentas zaman yang jauh pulak tu. Mungkin nanti pada perjumpaan kedua, kita kena betul2 specifykan apa watak-watak tu buat pada setiap zaman tu. Kena listdownkan balik.

2. Soal laras bahasa tak menjadi masalah, sbb bagi aku itu merupakan kekuatan cerita ini. Tapi aku cuma bimbang benda ni akan menjadi masalah pada pembaca-pembaca selain kita. Ini cuma hipotesis aku lah. Belum dibuktikan lagi.

Okey, aku cuma nak bgtahu yang perjumpaan kedua pada 3 March tu mungkin aku tak dapat datang. Aku ada hal kat terengganu. Tapi aku cadangkan korang buat jugak.

Okey...

Salam....

Komen cerita odja nanti aku bagi yer...

he he he

Dani neh said...

heheh..
aku rase aku tau ape "tapikan" si famia tuh.. heheh...
meybi yang diharapkan adelah radi n joyah jual mahal lebih sket dalam citer.. tapi... only human..
pompuan gagah camne pun kalo bercinte akan jadik 'typical-girl-in-love' em..
tapikan.. patut die jual mahal lagi lah.. mungkin terlalu awal untuk die ckp die sayang kat karem..
aku tau si famia membayangkan si radi tuh budak hati batu.. hahak.. (macam adelah orang tuh.. hahak)..

nini & azmi?.. echewah... heheh.. bes nih ade watak baru nih.. satu je slack... aku bias peguam2 nih.. hahak.. aku benci.. tapi.. tadehal de.. boleh ejas..

ending die terbaeks... bak kate qaseh.. "kau telah berjaya mencomplete dan mencomplicatedkan cerita ni".. aku suke..
...
azmi tu tukar kerjaye takleh ke.. hahak.. tadelah.. memaen jek...

aku suke je ending cenni..

alah.. perjumpaan nanti suhaila + qaseh tadek a camni eh..

oDJa said...

hehe.. time kasih... rasa nak nangis plak..

Radi memang berhati batu.. tgk lah, dia cakap jugak perasaan dia. pastu kena reject, dia buat keras hati nak jugak cinta dia dibalas... tapi tang jual mahal tu...nak tukar ke? huhuhuhu... boleh je...

iwafays said...

citer aku ayah Karem lumpuh separoh badan je..Ko buat meninggal tros krekekek!

Ha ah aku pon mcm "tawu" masod si faizal tuh..hee..

Sbb tuh aku pon wat mcm tuh..
Ekceli hati keras + tinge tebal tuh masodnye kenkunun susah ah nk makan pujok rayu org & nak becintan cintun neh..suke pendam je. Apetah lagi nk luah perasaan sme..eceh

Tapi olahan citer ko neh bes seh..saspek aku..

Cume kite kekurangan perbincangan je.Mcm qaseh kate tuh..Tape pasni bleh je ejas2 balek..
Kite wat je dulu..At the end kene gak ade editor nk olah & ubah2 balek mane patot mengikot kesesuaian..ye tak? ;)

Emm ala suhaila & qaseh xley join eh? tp aku rase kite pelu gak jupe drpd x jupe langsong...

DarkWan said...

Syabas utk Odja. Bagi aku ini ending yang hebat. Bukan senang nak buat konklusi utk 7 cerita yg lepas-lepas.

Walaupun mungkin confession tu terlalu awal, tapi kalau tengok filem Qabil Khusry Qabil Igam, Rusdi Ramli (Igam) dan Erra Fazira (Karisma) - xditunjukkan pun bagaimana mrk boleh berbaik-baik dan bercinta tapi apa yang dikembangkan selepas itu yang menjadikan ia sebuah cerita.

er .. stop kejap .. korang sume dah muntah psl aku tgk cite ni ..

:
:
:
:

OK aku sambung balik. Lepas tu, aku ada isu kecil saja. Sangat kecil pun. Just in case, aku beritahu la, sblm banyak suntngan kena buat mengenai perkara paling remeh ni.

By right, UiTM Terengganu - kampus utama dia ialah di Dungun. Nama panjang dia - UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun. Tapi aku cuma guna nama UiTM Terengganu Kampus Dungun sekali sahaja, lepas tu aku guna UiTM Dungun utk merujuk kpd kampus Dungun, Terengganu. Jadi, lepas-lepas ni kalau nak refer pada zaman belajar Nini & Radi di UiTM, namanya ialah UiTM Dungun sahaja sudah memadai sbb yg pertama, ia kampus utama di Terengganu, sbb kedua ialah sbb di situ la lokasi pilihan aku iaitu di Dungun.

Timeframe pun kita belum letak lagi. Kalau sebelum tahun 1999, namanya kena tulis ITM dan bukannya UiTM.

famia said...

hmmm..
tapi kan..
dalam round 1 ni...
timeframe kite dah campak 3 frame sekaligus.

susunan cerita tu..
dah jadi pening kadang2.
mungkin aku sorang je kot terasa mcm tu.

ade betulnya ckp qasey..
ade masalah sket nanti nak sambung kat round 2-8.

oja nye ending da oke.
cumanya...
ape yg aku paham..
dia da jd mcm..
sume yg korang tulis ni.. da mcm cerita dlm notepad yg nini karang masa chapter 1.

camtu ke pahaman sebenanye ek?
ke.. aku yg konpius sorang2.

so nye... bila nak start round 2... kite dok cerita kesah nini di zaman keje... yg mane segala flashback tu akan wujud lagi dlm karangan nini.

camtu ke pahamannye ek?
ke.. macamane?
ke... aku konpius lagi.

aduh. sori2.
pikap aku maken slow skang ni.

famia said...

buat awie ngn dani.

bab 'tapi kan...' tu,
xde kaitan psl radi mahupun sekutunye. aku cume runsing dan pening ngn timeframe yg dicampor2.

timeframe itu penting woo.
tapi... aku je kot yg konpius sorang2.

oDJa said...

apa yang aku paham pulak:

MUNGKIN bab 2 ni cerita zaman kerja dan kemasukan watak baru. dan pencarian watak lama. nini mungkin amik cuti tercari2 kawan lama dia (radi). jadi, cerita kita mungkin berpindah pada hidup radi yang yang zaman kerja. ader kah dia berjaya dgn harapannyer? apa jadi dgn si telor? mesti kita sumer nak tau apa jadi dgn derang nih....

pendapat 1 sen

Dani neh said...

to odja: echeh

to pamiya: eleh

to iwAwie: heheh

to qaseh: hmm

to dop: ergh.. (ko da tgk dop.. huhu)

~inilah saya~ said...

timeframe itu penting woo.
tapi... aku je kot yg konpius sorang2.

Famia: Aku rasa bukan ko aje yang konpius sebenarnya. Aku pun ada sedikit terkonpius jugak.

Takpe...next meeting kita clarify balik...