Sunday, December 28, 2008

P3C4 - Joyah Insaf

Suatu malam, apabila Suhaila pulang ke rumah, dia tergerak hati untuk berbual dengan Joyah. Lalu menolak daun pintu bilik rakannya itu perlahan-lahan. Bimbang jika mengganggu situasi dan emosi Joyah.

“Yah, boleh kakak masuk?” Sapa Suhaila yang melihat Joyah sedang berbaring.

“Masuklah kak.” Balas Joyah.

Lega hati Suhaila.

“Macam mana keadaan Yah sekarang?”

“Macam ni la kak.” Ujar Joyah. Lalu bingkas dari baringannya.

“Yah, yang pergi tu, redhakanlah pemergiannya. Kita yang tinggal ni, kena teruskan kehidupan. Takkan Yah nak terus menerus begini.”

“Yah menyesal kak. Yah banyak dosa terhadap emak Yah.” Joyah mula menangis.

“Tapi, Yah tak boleh terus menerus begini. Soal dosa pahala, biarlah tuhan tentukan. Tugas kita, teruskan kehidupan.” Pujuk Suhaila.

“Banyakkan berdoa, Yah. Doakan kebahagian emak Yah di sana.” Sambung Suhaila lagi.

“Yah tau, mak takkan maafkan Yah. Yah berdosa pada mak Yah, kak.”

Suhaila mula sebak. Dia tau perasaan Joyah ketika itu. Walaupun keras hati Joyah, tapi malam itu, Joyah benar-benar lemah. Dia lemah menghadapi realiti yang emaknya telah pergi buat selama-lamanya.

“Yah, kuatkan semangat. Walaupun Yah menangis air mata darah sekalipun, yang pergi tetap pergi. Doakan roh mereka, doakan juga untuk diri sendiri. Itu lebih baik dari terus meratap kelemahan dan dosa masa lampau.”

……………………………

Sejak kembali ke Dublin, Suhaila dapati Joyah banyak berubah. Dia kini lebih banyak berada di biliknya sendiri. Kadangkala, Joyah dilihat tidak pergi ke pejabatnya seperti biasa. Hal ini merisaukan Suhaila. Tapi sesuatu yang sedikit melegakan Suhaila apabila Joyah sudah tidak lagi keluar bersosial bersama teman-temannya di waktu malam. Tidak seperti sebelum ini, asal matahari terbenam saja, Joyah akan bergegas keluar rumah. Dengan pakaian yang sangat menyakitkan mata, Joyah akan dijemput dan dihantar pulang oleh lelaki-lelaki yang pelbagai. Dan akan pulang awal pagi. Keluar semula untuk ke pejabat, pulang lewat petang. Begitu lah saban hari. Payah benar untuk lihat Joyah melekat di rumah.

Tapi tidak sekarang. Joyah sudah tidak keluar malam. Malah ke pejabat pun jarang-jarang. Lebih banyak memerap di rumah, di biliknya sendiri. Kadang kala, perubahan ini juga merimaskan Suhaila. Lebih banyak termenung dan menyendiri di dalam bilik. Sepatah ditanya, sepatah juga jawapannya. Teman-teman serumahnya pun sudah mula faham perubahannya sekarang. Namun, seperti kebanyakan manusia di kota-kota besar, mereka tidak ambil pusing keadaan rakan serumah mereka. Sibuk dengan urusan masing-masing. Kalau berbual pun, hanya sebaris dua ayat sahaja. Kemudian sibuk buat hal sendiri.

……………………..

Mata Suhaila tertancap di kaca TV. Tiada apa yang hendak dilakukan ketika itu. Namun, tugasan-tugasan latihan praktikalnya masih lagi bertimbun. Tidak diusiknya walau ketika itu, masanya terluang. Lebih selesa menonton televisyen dari mengadap tugasan.

Ketika asyik menonton, tiba-tiba dia terdengar pintu depan rumahnya dibuka. Tidak diendahkannya. Dia tau, kalau bukan Joyah, rakan-rakan serumahnya yang lain baru pulang dari kerja.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.” Balas Suhaila. Sekadar menjeling kepada pemberi salam. Benar sangkaannya. Joyah baru pulang.

Joyah melabuhkan punggungnya ke sofa, berhampiran Suhaila.

“Macamana kerja Yah hari ni?”. Soal Suhaila lembut. Namun matanya masih ditancap ke kaca TV.

“OK je.” Balas Joyah, ringkas.

Masing-masing mengadap TV. Diam seketika, seolah-olah mengizinkan malaikat lalu.

“Kak...”

“Hmmm…?”

“Yah ingat nak balik Malaysia.”

“Bila?”

“Hujung bulan depan, Insyaallah.”

“Dah mohon cuti? Berapa lama?”.

“Tak mohon cuti, tapi….” Penjelasan Joyah terhenti di situ.

“Tapi apa?”. Tanya Suhaila bagi mendapatkan kepastian.

“Yah nak letak jawatan, lepas tu nak balik ke Malaysia, tinggal di sana terus”.

“Yah dah fikir masak-masak ke?”. Tanya Suhaila lagi. Dia bimbang kerana seringkali Joyah membuat keputusan terburu-buru yang akhirnya merugikan dirinya sendiri. Terburu-buru buat keputusan, akhirnya menyesal tak sudah, itulah Joyah yang dikenalinya.

“Ya. Yah dah buat keputusan, dan Yah rasa inilah keputusan terbaik buat Yah. Yah nak duduk rumah mak, jaga harta peninggalan keluarga Yah.” Jelas Joyah panjang lebar.

Mengakui tindakan itu suatu yang betul, Suhaila akur dengan keputusan Joyah. Walaupun selepas ini dia akan kehilangan teman rapatnya itu, tapi dia harus terima hakikat. Walaupun dia dan Joyah akan terpisah, namun mereka masih lagi boleh berkawan, berhubung antara satu sama lain. Hari ini, jarak bukan lagi alasan untuk tidak berhubung. Pelbagai kemudahan telah tersedia hari ini. Gunakan sahaja. Bukan susah pun.

“Tapi, nanti Yah nak kerja di mana?” Suhaila masih ingin kepastian selanjutnya.

“Tak tau lagi la kak. Tapi Yah percaya, bumi tuhan ni banyak sumber rezekinya.”

“Kalau itu keputusan Yah, akak turutkan saja. Tapi lepas ni, jangan la lupakan orang-orang kat Ireland ni.” Ujar Suhaila sambil tersenyum.

Memahami maksud yang tersirat, Joyah anggukkan kepala sambil tesenyum juga. Lalu kedua-dua teman ini berdakapan.

Dan rancangan di TV itu, hanya dibiarkan sahaja tanpa penonton.

………………….

Segala peristiwa di bumi Ireland ini hanya akan menjadi kenangan. Bumi Ireland inilah yang mengajarnya erti kehidupan. Di bumi Ireland inilah dia mengenal budaya barat - hidup tanpa batasan, tanpa sekatan, tanpa pegangan agama – yang akhirnya meruntuhkan akhlaknya.

Tapi di bumi Ireland ini jugalah dia kenal erti persahabatan dan kasih sayang – yang akhirnya membawa kepada sebuah keinsafan.

Dia masih teringat bagaimana dia memulakan langkahnya di bumi Ireland ini. Diterima masuk untuk menjadi penuntut di salah sebuah universiti terkemuka di Ireland – Lalu mengalami kejutan budaya. Sedikit demi sedikit mula meninggalkan budaya timur. Budaya barat mula meresap ke dalam jiwa anak timur ini – Hakikat sebuah kehidupan, tanpa pegangan yang utuh, hidup bagai lalang ditiup angin. Akhlaknya mula runtuh, dari berpakaian seksi hinggalah seks bebas dan arak. Semuanya telah dijamah satu per satu.

Setelah itu, dia meneruskan kerjayanya dibumi Dublin. Bekerja disebuah syarikat antarabangsa dengan berjawatan professional, sudah semestinya hidup menjadi lebih bebas, dan terbabas.

Nah! Habuan kepada orang yang mengalami kejutan budaya di bumi asing. Selama lebih 6 tahun di sini, segala nikmat dunia telah dirasa. Tanpa batasan.

Tapi, tuhan maha penyayang. Untuk mengelakkan hamba ini terus menerus bergelumang dosa, maka nikmatnya yang maha besar ditarik kembali. Tuhan telah memanggil ibunya untuk kembali ke pangkuanNya. Maka hamba ini tersentak dan mula sedar, yang dia telah jauh tersasar dari landasan hidupnya yang sebenar.

Betapa terperincinya tuhan mengatur perjalanan kehidupan makhlukNya.

“Yah….”

Joyah tersentak. Suhaila tercegat di depannya. Sejak bila Suhaila berada di situ, dia pun tak pasti. Sambil membetulkan duduknya di katil, Joyah hanya mampu tersenyum.

“Jauh termenung, Ingatkan orang Malaysia ke?” Tanya Suhaila mengagak. Lalu dia melabuhkan punngungnya ke atas tilam Joyah.

“Tak lah.” Ujar Joyah mengelak.

“Mulai besok, bilik ni kosong lah.” Suhaila memulakan bicara dengan nada sayu. Walaupun pahit, hakikatnya ditelan jua. Joyah akan meninggalkannya.

“Kak…”

“Hmm…”

“Yah mohon ampun atas segala dosa Yah kat akak. Yah banyak buat benda-benda tak elok depan akak. Walau apapun, jauh di hati Yah, Yah hormat akak macam kakak Yah sendiri.”

“Tak pe la Yah. Apa yang berlaku tu ada hikmahnya.” Suhaila cuba menenangkan Joyah.

“Yah juga nak minta akak halalkan makan minum Yah selama ni.”

Sambil tersenyum tawar, Suhaila sekadar mengangguk. Tidak mampu membalas dengan kata-kata. Bimbang malam terakhir Joyah di sini akan menyebabkan mereka menangis lagi.

Malam itu, mereka berdakapan sekali lagi. Belum kali terakhir, kerana yang pasti, dakapan terakhir mereka adalah di lapangan terbang – keesokan harinya.

………………………………………

Kini Joyah di dalam perut kapal terbang milik Lutfhansa. Meninggalkan segala kenangan di bumi Ireland. Antara sedih meninggalkan bumi Ireland, dan gembira kerana akan pulang ke tanahair, timbul perasaan gelisah di hatinya. Gelisah memikirkan nasibnya di tanah air sendiri. Dalam kegelisahan itu, matanya tertutup rapat. Joyah hanyut dibuai mimpi.

Tidak jauh dari situ, ada mata yang memerhatikan Joyah…

8 comments:

famia said...

mata yang memerhatikan dari jauh..??

perghhh..
ada watak baru.
haha. kacak.
oke jalan cerita kemas.
memang best.

season 3..
kualiti penulisan masing2 dah mantap.
kacaklah korang.

hehe..
eksaited ni nak tau sapa watak baru tu.

oke next.. sape?

LediAgli said...

eh.. dia dah abes blaja.. heheh part time studi nih.. oke oke.. turn aku ke?

iwafays said...

ha ah turn ko ida..
*samel meluku pale si ida

em aku pun sedikit terase kesedihan joyah dr episod ko neh ezad..eceh..kire berkesan gakla neh..

cumenye aku pon x ingat suhaila panggey joyah tu "Jo" ke "Yah"..

...ada mata yang memerhatikan Joyah...mata pramugara terlampau agaknye kot..krekekek!

Ezad said...

famia
ahaha.. ko nak cipta watak baru pun boleh, nak buat mata tu milik watak2 yg ada pun boleh..

segalanya berkemungkinan...

ledi
oo.. ye ke? aku tak tau pun.. ekeke
haa.. buat la assignment ni.. eheh

awi
sedih ke? mcm samarindah la pulak.. :)

oo... dia panggil jo ke?

so nak kena tukar ke ni?

me_ said...

haduiii.. penat aku gelak... bkn sbb entri ni kelakar... tp sebab... "YAH"??

ape?? YAH????? muaaahahahahaha...

but eniwei.. entri ini amat menyentuh kalbu.. bagus joyah sbb dah betobat.. gud choice!!

Dani neh said...

heheh... aku baru bace..

cepat cepat sambung aku nak tahu gak mata sapa la yg memerhatikan YAH tuh..

kalo tak silap aku lah, suhaila panggel Joyah tu Jo.. (sbb entry tuh aku yg cipta.. aku rasala..)

*sori aku lambat baca... tunggu dpt pc baru nih..

spec biase2 jek
widescreen 19"
RAM 4GB
HDD 200+
itu aje..



hehe..

Dani neh said...

eniwei.. gud job ezad.. mantap.. akusuka.. repekan di tahap minima.. ahahah

Ezad said...

me_
Bukan YAH ke?

Sila refer P3C2-Joyah Derhaka?
Haa.. aku refer sini la..

Dani
OK.. aku tak pandai nak merepek tahap maximum... maklum la, IQ rendah.. kekeke

By the way, kalo korang nak aku tukar ganti nama Joyah tu, aku akan lakukan...

Memang geli gak panggil Yah ni.. keke